Monday 29 June 2015

HANYA KAMU , JOHANNA BAB 9

BAB 9
            “Kak Jo , jom kita main monopoli nak?” Ajak Syed Ali , usai mandi petang itu .
            “Tak naklah. Itu game untuk orang kaya. Kak Jo ni orang miskin.” Balas Johanna , tersenyum sambil menyikat rambut Sharifah Aulia yang panjang dan kerinting itu .
            “Itu game ajelah , Kak Jo . Kak Jo pun boleh main nanti .” Sampuk si Aulia pula .
            “Game tukan nak kena beli rumah banglo , hotel lagi . Mana Kak Jo nak cari duit? Kalau salah jalan kena denda . Lepas tu tak pasal-pasal masuk lokap . Tak naklah Kak Jo!” Balas Johanna selamba . Dua-dua wajah comel itu sudah berkerut . Apa-apa ajelah Kak Jo ni . Game aje kut!
            “Sengallah kau , Jo .” Suara Syed Harraz pula mencelah dari tingkat atas . Lelaki itu sudah nampak kemas dan segak . Berkemeja hitam lengan panjang yang di lipat hingga ke siku dan berseluar jean pudar .
            “Pak ngah nak jumpa awek ke ?” Tanya Sharifah Aulia , tersenyum . Syed Harraz senyum juga sambil kenyit mata dekat anak saudaranya yang paling comel itu . Mata sekilas memandang Johanna yang sudah bangun berdiri dan mengutip tuala dan baju kotor budak-budak itu .
            Dia duduk di sofa sambil menyarung stokinnya . Bau minyak wangi Hugo Boss semerbak di ruang tamu itu .  Syed Ali sudah mengeluarkan kotak Monopoli . Dia mesti ajak Kak Jo bermain sama . Kak Jo best . Tak macam awek-awek pak ngahnya yang lain . Asal jumpa saja dengan pak ngah , asyik nak berkepit saja . Langsung tak mahu melayan dia dan adiknya ini.
            Dengan Kak Jo , semua boleh buat . Tak ada pantang-larang asalkan tak merbahayakan diri sendiri . Kenapalah Kak Jo ni bukan awek pak ngah ?
            “ Johanna!”Panggil Syed Harraz , yang sudah siap-siap nak pergi itu . Johanna menoleh dan memandang kosong padanya .
            “Aku pergi dulu . Tolong tengok budak-budak ni .” Kata Syed Harraz lagi .
            “Gua tahulah . Lu pergi ajelah .”
            “Macam menghalau aku nampak?” Sinis Syed Harraz bersuara . Johanna sudah buat kerut muka .
            “Ikut suka lu lah , bro!” Malas Johanna nak melayan Syed Harraz itu .
            Syed Harraz tersengih pada anak-anak saudaranya . Masing-masing sudah cium tangan dia .
            “Pak ngah cuba balik awal malam ni , okay . Jangan tidur lewat sangat . Dengar cakap Kak Johanna , tahu!” pesan si pak ngah pada anak-anak saudaranya . Mata-mata bulat itu mengangguk saja .
            Malam , masing-masing melepak depan tv 42” itu menonton dvd How to train Your Dragon 2.  Kisah Hiccup dan naga Night Furynya . Lepas satu dvd ke satu dvd . Semuanya cerita kartun , sebab melayankan anak-anak saudara Tuan Syed Harraz ini .
            Mata masing-masing sudah mengantuk , termasuk Johanna sekali . Tapi sebab nak menunggu ke dua-duanya tidur , Johanna pula yang tertidur di sofa bersama Sharifah Aulia yang masih menghisap botol susu itu . Siap ada bantal busuknya sekali .
            Bila Syed Harraz pulang dalam pukul dua belas , paling cepat daripada biasa , dia lihat televisyen terpasang tapi tiga manusia yang menontonnya sudah tergolek depan tv . Syed Ali sudah tertiarap atas toto yang sudah di bentang atas karpet . Johanna dan Sharifah Aulia pula sudah tertidur atas sofa . Kalau Sharifah Aulia jatuh tergolek , melalak lagi si kecil itu . Syed Harraz sudah menggeleng perlahan dan menghela nafas . Kaki di atur ke situ.
            Botol susu dari celah bibir si kecil Aulia di tarik perlahan . Kemudian dengan perlahan juga tubuh kecil itu di angkat dari pegangan Johanna . Sharifah Aulia di letakkan di sebelah abangnya dan di selimutkan . Takut sejuk dengan penghawa dingin yang terpasang . Kemudian matanya tertumpu pada budak perempuan kurus berambut pendek itu pula .
            Kaki Johanna yang terjuntai sebelah ke lantai di naikkan . Dia juga sudah mengantuk sebenarnya dan tubuh terasa letih . Mata meliar sambil memikirkan kat mana dia nak mencelah untuk berbaring. Meja kopi di angkat dan di letakkan ke tepi dan terus merebahkan dirinya di sebelah Syed Ali . Okay , malam ini semua melepak di ruang tamu saja . Malas dia nak naik ke atas dan tidur di bilik sorang-sorang .
            Pagi , bila Mak Mah bangun dari tidur dia terlopong bila melihat semuanya tidur di ruang tamu . Syed Harraz juga tergolek di atas karpet tebal itu berbalut dengan selimut tebal berkongsi dengan budak-budak itu . Menggeleng kepala Mak Mah melihatnya . Tapi bibirnya tersenyum . Suka melihat pemandangan itu . Bukan selalu dia melihat Syed Harraz begini bersama anak-anak saudaranya .
            Perlahan dia menghampiri Johanna dan mengejutnya perlahan . Johanna tersedar dan memandang sekeliling .
            “Mak Mah ? Saya tertidur kat sini rupanya .. Dah pagi ke Mak Mah?” Tanya Johanna sambil menguap dan menggaru kepalanya .
            “ Dah subuh ni , kejutkan Tuan Syed Harraz solat subuh ..” Perlahan Mak Mah bersuara, takut mengejutkan anak-anak itu . Johanna mengangguk dan masih tersandar di kepala sofa . Sedap tidur di atas sofa mahal itu . Empuk dan lembut saja . Dia bangun dan mendekati Syed Harraz . Entah pukul berapa mamat jambang itu balik semalam , dia tak sedar dah . Badan lelaki itu di goyang perlahan .
            “ Bro , bangun solat .” Kejut Johanna perlahan . Syed Harraz mengeliat dan membuka matanya . Johanna sedang duduk berlutut menghadapnya .
            “Dah pukul berapa ni?” Tanya Syed Harraz baring meniarap kemudian menongkat badannya dengan kedua-dua sikunya . Johanna tengok jam di ruang tamu .
            “Pukul enam pagi . Solat .” Johanna terus bangun berdiri dan melangkah ke dapur . Semua barang-barang dia kat bilik Mak Mah . Dia bersalin pakaian pun kat bilik Mak Mah .
            Syed Harraz bangun duduk beberapa ketika . Sakit-sakit badannya tidur atas lantai macam ni . Tapi seronok dia rasa . Macam pergi camping pulak dulu sewaktu zaman sekolah.
            Hari ini hari minggu . Memang hari santai sedunia!
            Johanna melepak di depan rumah sambil melihat Syed Ali dan Sharifah Aulia bermain di taman . Bagai teringatkan sesuatu , Johanna masuk ke dalam mencari Syed Harraz .
            Pintu bilik kerja yang terdedah di ketuk perlahan . Syed Harraz mengangkat mukanya dan terpandangkan Johanna hanya berdiri di ambang pintu bilik saja .
            “Yes , Jo? Anything?”
            “Nak tanya , lu ada simpan bola keranjang tak ? Sebab gua ada nampak gelanggang bola keranjang tu . Kat mana lu simpan?” Tanya Johanna selamba . Dahi Syed Harraz sedikit berkerut.
            “Cuba kau cari kat dalam bilik stor kat belakang dapur tu .” Kata Syed Harraz pula . Johanna mengangguk dan tanpa bertanya lagi terus langkahnya di arahkan ke belakang dapur pula . Ada sebuah stor kecil di situ . Terus pintu di buka. Banyak barang-barang lama di simpan di situ . Ada basikal racing lama pun tersimpan di dalam stor itu . Pasti ia milik Syed Harraz .
            Johanna masuk ke dalam sedikit dan mencari bola itu . Bola itu terletak di atas para paling atas . Macam mana nak ambil ? Fikir otak . Mata turun ke bawah mencari sesuatu yang boleh di panjat . Ada sebuah tin biskut lama . Terus di ambilnya tin itu dan di letakkan di antara para yang terletak bola tersebut . Sedang berkira-kira nak panjat para itu , sepasang tangan sudah mengangkat dia dari belakang . Terkejut sungguh Johanna bila terasa tubuh dia kena peluk macam tu . Syed Harraz ni memang nak kena dengan dia .
            “ Tak payah nak memanjat . Kau tu perempuan . Tepi sikit . Aku ambilkan.” Kata Syed Harraz bersahaja saja muka dia . Tegak bulu roma Johanna bila kena peluk begitu . Lelaki ini memang selamba saja .
            Syed Harraz terus mengambil bola keranjang yang sudah berhabuk itu dan di serahkan pada Johanna . Mata sudah merenung wajah Johanna .
            “Apasal lu tengok gua macam tu?” Dahi Johanna sudah berkerut . Syed Harraz tersenyum pula . Nampak semacam aje senyuman itu .
            “Lu jangan nak buat mengada nak fikir bukan-bukan pasal gua ,bro!” Johanna sudah tunjuk penumbuk kat muka Syed Harraz .
            “Fikir pasal apa pulak . Cuma , aku terfikir macam mana perempuan cantik macam kau ni boleh buat lagak-gaya macam ni . “ Tangan Syed Harraz sudah naik nak sentuh pipi Johanna . Cepat Johanna mengelakkan muka dia . Apa kenalah mamat jambang ni nak sentuh-sentuh dia ni?
            “Lu ni dah kenapa , bro? Sejak bila pulak lu sibuk nak fikirkan tentang hal gua?” Tanya Johanna , sudah memeluk bola keranjang itu .
            “Sejak kau mula kerja dengan aku . Aku tertanya-tanya siapa kau sebenarnya ? Kenapa kau buat gaya macam ni.” Tanngan Syed Harraz sudah tunjuk dari atas rambut Johanna hingga ke kakinya .
            “ Simpan ajelah soalan-soalan itu , bro . Tak ada kena-mengena dengan lu pun . Tak payah nak sakitkan otak lu nak fikirkan pasal gua . Family gua pun tak kisahkan hal gua.” Balas Johanna perlahan dan mula nak keluar dari bilik stor itu .
            “ Kau ada family ?” Tanya Syed Harraz , agak terkejut . Lengan Johanna di tarik membuatkan gadis itu terhenti melangkah .
            “ Lupakan aje , bro . Gua lebih suka macam ni . .” Johanna menundukkan muka . Hati tiba-tiba terasa sakit dan pedih . Terus Johanna pergi dari situ meninggalkan Syed Harraz termangu di situ .
           

            

9 comments: