Saturday 13 June 2015

KAU SELALU ADA BAB 12

BAB 12
            Bunyi guruh yang kuat mengejutkan aku dari lena . Aku buka mata perlahan dan telinga menangkap bunyi hujan lebat di luar sana . Sesekali kilat memancar menerangi bilik itu . Aku terasa desah nafas lembut di tengkukku . Aku menoleh ke belakang sedikit . Wajah Encik Ammar sedang lena di mataku . Aku tunduk melihat tangannya melingkar di pinggangku . Mata aku pejam seketika . ‘ Kisah kami malam tadi’ terbayang di mataku . Hanya sedikit sentuhan dan bisikan romantisnya , aku terlena di dalam pelukan dia . Sungguh aku lemah bila dia membelai dan membisikan yang dia merindui aku . Kenapa aku jadi macam ni ?
            Aku berpaling menghadapnya . Wajah kacak itu aku renung . Kening tebal dia , hidung dia yang mancung dan bibir dia yang tidak pernah jemu mengucup aku dan berbicara lembut padaku . Aku yang degil dan selalu ingkar arahan dia . Macam mana dia tak marah aku ?
            Aku marah pula sebab aku tidak suka perempuan itu mengendeng dekat dia saja . Aku ingin mempercayai cakap dia yang dia tidak memeluk Shila . Kalau melihat gaya Shila yang bebas sesuka hati nak peluk suami aku itu, aku pasti Encik Ammar tidak bersalah . Yang salahnya masa dan tempat . Dan Shila gedik itu!
            Aku menyentuh wajah Encik Ammar . Perlahan . Sangat perlahan . Bimbang dia tersedar. Encik Ammar , mungkin awak betul . Saya dah mula sukakan awak dan saya benci awak sebab buat saya rasa begini . Awak buat saya jadi lemah hanya dengan bisikan cinta awak itu . Dan , saya benci diri saya sebab terasa lemah begini …
            Tangan dia tiba-tiba menarik pinggangku , merapatkan lagi tubuhku padanya . Aku menarik selimut yang hampir terselak dari menutupi tubuh kami . Aku mahu tidur semula dan mahu melupakan apa yang terjadi antara kami beberapa hari ini .
            “ Sabtu depan ada annual dinner di syarikat papa . Saya nak bawa awak , Iman  untuk memperkenalkkan awak pada staff syarikat . Mesti dia orang tertanya-tanya siapa isteri saya .” Kata Encik Ammar ketika bersiap untuk ke pejabat dan aku pula hendak ke kolej .
            “ Malaslah , Encik Ammar . Encik bawaklah Shila tu!” Balasku sinis dan perlahan saja.
            “ Apa awak cakap? Ulang sekali lagi !” Dia sudah menghampiriku  . Tak sempat aku nak melarikan diri dia dah halang aku . Tubuhku sudah di peluknya .
            “ Awak isteri saya , takkan saya nak bawa dia pulak ? Umum tahu saya tak kahwin dengan dia . Kenapa awak suka sangat mencabar kesabaran saya ?” Katanya , semakin rapat dan rapat padaku hingga aku tersandar di dinding .
            “ Saya tak suka pergi majlis macam tu , Encik Ammar . Bosan!!” Balasku , selamba tapi takut-takut nak pandang muka dia yang sudah dekat sangat dengan muka aku .
            “ Saya tak kira , Iman sayang . Nanti , kita pergi cari gaun makan malam untuk awak . Dan, jangan harap saya nak bawa Shila tu . Nanti , awak  merajuk . Lepas tu lari tinggalkan saya .” Dia melaser aku pula . Aku mencebik sedikit dan pipi aku terus di kucup dan kembali semula menghadap cermin . Dia mula mengikat tali lehernya . Aku suka tengok dia macam ni . Bila dia pakai tali leher , kemeja dan baju kot segala , dia nampak super kacak dan berkarisma . Bertuah ke aku dapat jadi isteri CEO ni ?
            Aku tunggu dia untuk sama-sama keluar bilik . Tak nak aku keluar sorang-sorang . Aku rasa tak selesa untuk duduk semeja dengan papa yang diam seribu bahasa dan nampak alergik bila dia terpandangkan aku .  Siap saja dia mengenakan tali leher , kami keluar dan terserempak dengan abang Amzar dan si kecil puteri . Kak Sarah aku tak nampak . Mungkin sudah siapkan sarapan . Segannya aku . Nama saja menantu tapi aku tak tolong Kak Sarah kat dapur!
            Terus langkahku ke dapur mencari apa-apa yang boleh aku tolong . Kak Sarah sedang menggoreng sesuatu . Aku menghampiri dia .
            “Selamat pagi , Kak Sarah .” Aku menegurnya . Segera kepalanya berpaling dan senyuman lantas terukir .
            “ Selamat pagi , Iman . Dah nak ke kolej ya ?” Tanya dia .
            “ Haah , kak . Ada yang boleh Iman tolong ?” Tanyaku pula, melihat dia sedang mengacau mee hoon goreng di dalam kuali . Sedap bau ..
            “ Boleh . Tolong Kak Sarah bawa pinggan ke meja . Lepas tu air-air tu sekali .” Katanya sambil menceduk mee hoon ke dalam mangkuk besar . Aku buat apa yang dia suruh dan meletakkan pinggan dan cawan di atas meja . Encik Ammar dan abang Amzar sudah duduk di meja sambil berbual perlahan . Mama dan papa aku tak nampak lagi .
            Lepas meletakkan makanan atas meja Kak Sarah terus beritahu nak mandi . Aku panggil Puteri Mia Zara untuk duduk bersamaku . Terus dia turun dari pangkuan papa dia dan menghampiri aku . Aku mula melayan dia makan . Bila melihat Puteri , terus aku teringatkan anak abang Izat dan Kak Liza di kampung . Apa khabar mereka ? Kak Najwa juga , lepas dia buat hal , terus tak call tanya khabar aku . Hidup ke atau mati ke aku lepas kahwin dengan bekas tunangnya ini . Terus senyap-sunyi . Hampeh punya kakak !
            Kami sudah nak keluar rumah bila papa turun sambil mendukung mama dari tingkat atas . Segera aku mengikut Encik Ammar yang menghampiri mama-dan papa dia .
            “ Dah nak pergi , Iman ?” Tanya mama, ketika papa meletakkan dia di atas kerusi roda .
            “ Ya , ma .” Kataku , tunduk mengucup tangan dia . Kemudian tangan papa pula .
            “ Am , jangan lupa petang nanti jumpa Tan Sri Syuib tu . Dia nak sangat jumpa kamu .” Kata papa pada Encik Ammar . Suamiku hanya mengangguk saja . Entah siapa Tan Sri Syuib itu , aku tak tahu dan tak kenal . Pasti ahli perniagaan juga kut . Ah , bukannya aku tahu sangat pun dengan kerja Encik Ammar itu .
            “ Nanti saya ambil awak kat kolej .” Kata Encik Ammar , ketika kami masuk ke dalam kereta . Aku pasang tali pinggang keledar dan memandang dia .
            “ Kereta sayakan ada kat sana . Semalamkan awak bawa saya ke sini . Nanti , saya balik sendirilah . Awakkan sibuk .” Kataku pula . Encik Ammar menepuk-nepuk dahinya . Terlupakah tu!
            Dia mula menurunkan brek tangan dan mengundurkan keretanya , keluar dari perkarangan rumah keluarganya .
            “ Hari ni , mungkin saya lambat balik . Awak masak untuk diri awak saja . Saya makan malam di luar . Ada temu janji dengan klien penting .” Beritahu Encik Ammar , perlahan . Aku anggukkan saja . Lagi pun aku juga tak tahu pukul berapa aku balik ke rumah . Ada study group dengan kumpulan aku malam ini . Nak kena beritahu dia juga ke?
            “ Errr … saya pun balik lambat hari ni , Encik Ammar .” Kataku , memandangnya sekilas. Dia sudah menoleh memandangku .
            “ Saya ada  study group dengan kawan-kawan saya .” Jelasku . Dia mengangguk .
            Kereta Encik Ammar berhenti di tepi jalan berhadapan dengan kolej aku . Dia menghulur tangan padaku . Aku sambut dan cium tangan dia . Dia terus mendekatkan wajah dia dan cium pipiku .
            “Jumpa malam nanti . Jangan balik lambat sangat dan jangan merayap . Habis buat study group terus balik rumah !” Dia memberi arahan .
            Aku anggukkan saja . Malas nak cakap banyak pagi-pagi macam ni . Dah macam abah aku pulak Encik Ammar ni . Huh!
            Aku terus keluar dari kereta dan dia terpandang beberapa pasang mata memandang aku dan kereta BMW Encik Ammar . Kenapa ? Tak pernah nampak budak kolej keluar dari kereta BMW ke?
            Telefon bimbitku bergetar di dalam poket seluar jeanku . Segera aku tarik keluar . Encik Ammar buat panggilan . Segera aku angkat. Ada apa lagilah suami aku ni ..
            “ Miss you already!” Katanya . Aku memandang ke luar . Kereta Encik Ammar masih di situ . Aku tidak menjawab , hanya memandang keretanya berlalu perlahan . Aku tersenyum sendiri  dan menghela nafas . Sungguh , kata-kata manis dan Encik Ammar tak boleh di pisahkan!
            Tengahari aku duduk di kafeteria sambil makan nasi ayam bersendirian . Aku memang suka begini . Tapi rasanya macam ada yang tak suka aku duduk berseorangan . Tengok sekarang. Ada seorang budak lelaki entah dari mana sedang berdiri di hadapanku sambil pegang dulang makanan .
            “ Boleh saya duduk sini . Yang lain semua dah penuh .” Katanya , buat muka simpati padaku . Aku mengangguk dan terus bibir dia tersenyum lebar . Dia terus duduk di hadapanku .
            Dia capai sudu dan garpu dan terus menyuap nasi ayam juga . Aku yang jadi kekok duduk berhadapan dengan mamat aku tak tahu nama ni . Entah budak student  aliran mana pun aku tak tahu .
            “ Saya Aqil . Awak ?” Dia bertanya dengan mulut penuh .
            “ Iman .. Iman Suffiyah .” Balasku , tersenyum segaris . Mata hitam dia merenung aku seketika . Kemudian tunduk makan .
            “ Iman Suffiyah ..” Dia menyebut perlahan . Habis makan , dia terus bangun berdiri dan capai beg galas dia .

            “ Thanks , Iman Suffiyah sebab sudi nak share tempat duduk dengan saya .” Katanya , tersenyum segaris . Aku anggukkan saja . Dia terus berlalu dan sesekali memandang padaku . Apa kenalah mamat cermin mata ni …

No comments:

Post a Comment