Sunday 21 June 2015

HANYA KAMU ,JOHANNA BAB 8

BAB 8
            Dua pasang mata yang bulat dan hitam sedang terkebil-kebil memandangnya . Johanna juga sedang tunduk memandang dua tubuh kecil itu . Mungkin ini anak-anak saudara Syed Harraz yang Mak Mah ceritakan hari itu .
            “Kakak ni siapa?Girlfriend baru pak ngah ke?” Tanya si budak lelaki yang bertopi lambang S  di hadapannya . Johanna menunduk sambil mencengkam kepala lutut memandang dua muka comel itu .
            “ Kakak ni nampak macam girlfriend pak ngah awak tu ke?” Tanya Johanna pula . Cepat dua kepala itu menggeleng . Mana mungkin pak ngah mereka yang hot itu akan berkenan dengan kakak yang nampak pelik ini . Dengan rambut pendek kusut-masai , pakaian serba hitam dan bergelang tali hitam yang banyak di tangan. Kelopak mata itu juga berwarna hitam .
            “Adik-adik ni , apa namanya ?” Tanya Johanna , ramah .
            “ Nama kita Syed Ali Iskandar dan ini adik kita Syarifah Aulia Rose .Kakak pulak?” Tanya Syed Ali petah . Johanna rasa budak ini mungkin berumur enam atau tujuh tahun . Si adik pula mungkin dalam empat atau lima tahun .
            “ Nama kakak, Johanna Aulia . Nama kita samakan , Aulia . Tapi korang boleh panggil Kak Jo  So , kita boleh jadi kawan.” Johanna menghulurkan tangan . Mereka berjabat erat .
            Bila ternampak Mak Mah kedua-duanya terus datang dan memeluk perempuan itu . Ya , sudah lama tak berjumpa memandangkan Tuan Syed Haziq duduk di Johor Baharu sana . Jadi masa cuti sekolah beginilah , budak-budak itu dapat berkunjung ke rumah walid mereka.
            “Okay , memandangkan pak ngah korang belum bangun lagi . Apa  kata kita buat sesuatu untuk menghilangkan kebosanan . Nak tak?” Tanya Johanna , memandang budak berdua itu .
            “Nak!!” Sambut mereka riang . “Kita nak buat apa, Kak Jo ?” Tanya Syed Ali .
            “Kita cuci kereta pak ngah korang . Jom!”

            Dalam pukul dua belas , Syed Harraz turun ke tingkat bawah . Telinganya terus terdengar bunyi suara budak-budak sedang menjerit dan ketawa riang . Bibirnya sudah mengorak senyuman . Dia kenal suara-suara itu . Segera kakinya melangkah ke luar rumah . Mata melingas kiri dan kanan mencari . Nah , kat situ rupanya anak-anak saudaranya . Tengah main simbah-simbah air sambil cuci keretanya . Dan , si Johanna itu kepalanya!
            “Ini kalau Abang Haziq nampak  nanti , aku yang kena marah!” Syed Harraz bercakap sendiri .
            Dia sudah bercekak pinggang melihat ketiga-tiganya sudah basah-lencun . Kaki di atur ke situ .
            “Korang buat apa ni?” Dia bertanya garang . Terus tiga pasang mata memandangnya . Hilang lenyap senda-gurau dan ketawa tadi . Johanna , Syed Ali dan Syarifah Aulia berpandangan .
            “Pak ngah!” jerit Syarifah Aulia gembira dan mengejar Syed Harraz . Tapi tak sempat Syed Harraz nak menyambut tubuh itu , Syarifah Aulia sudah jatuh terlentang sebab lantai licin. Segera Johanna dan Syed Harraz berkejar mendapatkan budak itu yang sudah menangis nyaring .
            Syed Harraz segera mengangkat anak abangnya itu dan memujuk Syarifah Aulia . Syed Ali pula sudah menggeleng .
            “Dah tahu lantai tu licin yang pergi lari tu , buat apa?” tanya Syed Ali , garang . Baran dah macam pak ngah dia . Syed Harraz dan Johanna sudah berpandangan . Garang jugak anak saudara dia ni .
            Syed Harraz membawa Syarifah Aulia masuk ke dalam dan di dudukkan di atas sofa . Baju anak itu di buka . Sudah basah kuyup . Tak boleh nak buat apa dah .
            “ Mak Mah tolong pergi ke rumah sebelah ambilkan baju budak-budak ni . Budak tua ni yang mengajar dia orang ni main air .” Syed Harraz sudah menjeling Johanna .
            “Gua mana tua . Lu lagi tua dari gua ,bro!” balas Johanna , mencebik sambil berpeluk tubuh . Syed Ali sudah ketawa mendengar gaya bahasa Kak Jo bercakap dengan pak ngahnya yang macho.
            “Mind your language, Jo . Depan anak saudara aku ni . Tak pasal-pasal dorang ikut gaya bahasa kau pulak nanti ,” Tegur Syed Harraz sambil mengelap tubuh Syarifah Aulia dengan tuala..
            “Ada gua kisah?” Balas Johanna selamba sambil kenyit mata kat Syed Ali .
            “Gua pun tak kisah , bro!” Ucap Syed Ali pula sambil ketawa dan ikut gaya cakap Johanna . Sempat mereka berhigh five lagi .
            “Ali …” Suara pak ngah sudah kedengaran lain saja . Terus Syed Ali terdiam dan tersengih menampakkan satu batang giginya yang hilang . Dalam baik pak ngah dia boleh tahan garang . Lebih garang dari daddynya.
            Dahlah Nek Da Ilah garang gila. Takkan semua orang nak jadi garang dengan dia ? Nasib baik ada Kak Jo ni . Boleh layan kepala masing-masing sebab Kak Jo pun muda lagi. Bolehlah jadi bff dia nanti . Baru cool
            “Kau tu kenapa tak salin baju lagi ? Nak aku salinkan jugak ke macam Aulia ni?” Syed Harraz sudah senyum jahat pada Johanna . Terus tangan Johanna naik ke badan dia . Satu penumbuk kena kat dada dia . Sakit jugalah . Tapi Syed Harraz ketawa saja .
            “ Gila lu ni , bro! Mental !” Balas Johanna , terus bergegas pergi ke dapur . Sedap mulut lelaki tu aje bercakap depan budak-budak tu . Hishhh …
            Johanna keluar bilik air semula . Kali ini dia bawa baju lebih . Tapi warna hitam juga . Biarlah orang kata dia pelik sikit . Asalkan dia tak kacau orang .
            “ Ali , Aulia .. mari makan . Mak Mah dah masak ni . Hari ni kita makan mee sup dan mee kari .” Ajak Mak Mah . Terus anak-anak itu melangkah laju ke meja makan .
            “Pak ngah , malam ni boleh tak kita orang tidur sini?” Tanya Syed Ali , memandang ke wajah Syed Harraz .
            Syed Harraz diam beberapa ketika . Tangannya sibuk mencedukkan kuah mee sup ke dalam mangkuk untuk anak-anak saudaranya . Johanna sudah hilang entah ke mana . Ajak duduk sekali makan sama , budak Jo itu enggan pula .
            “Boleh . Tapi malam ni pak ngah tak ada . Pak ngah ada hal . Ali dengan Aulia tidur dengan Mak Mah boleh ?” Tanya Syed Harraz pula , memandang ke wajah anak-anak saudaranya.
            “Kita ajak Kak Jo tidur sini sekali . Nak tak , Aulia?” Syed Ali sudah menoleh pada si adik pula minta tolong penyokong . Si adik sudah angguk laju dan sebut “ Nak!” Dengan kuat .
            Kening Syed Harraz sudah terjongket sebelah . Nak ajak Johanna tidur sini? Alah , bukan kau berdua aje dengan budak tu , Harraz . Mak Mah ada sekali . Budak dua orang ni pun ada sekali .
            “Okay , tapi kita kena tanya Kak Jo dulu . Nanti , pak ngah tanya dia . Sudah , makan dulu .” Syed Harraz sudah menceduk kuah mee kari untuk dia pula . Mee Kari Mak Mah memang sedap pada tekaknya .
            “Daddy tak ikut sekali ke datang KL ni?” Tanya Syed Harraz , bersahaja memandang anak-anak saudaranya makan .
            “ Lepas daddy hantar kita orang , daddy terus balik Johor . Daddy ada meeting .” Jawab Syed Ali Iskandar dengan jelas . Syed Harraz mengangguk . Abangnya itu memang sibuk sejak dulu lagi . Lagi bila anak-anaknya sudah besar , makin banyak kerjanya dekat pejabat .
            Sejak kakak iparnya meninggal dunia dua tahun lalu akibat kemalangan jalan raya , abangnya langsung tidak mahu memikirkan tentang hidup berumah tangga semula . Katanya , ada ke perempuan yang mahukan lelaki duda macam dia? Dan yang paling penting , adakah perempuan yang boleh menjaga anak-anak dia macam anak sendiri?
            Bila di fikirkan balik , betul juga kata-kata abangnya itu . Sukar hendak mencari seorang perempuan yang mahu menjaga anak orang lain dalam zaman ini . Kalau ada perempuan yang sukakan abang Haziq dia pun , mungkin sebab duit , harta dan wajah kacaknya . Pakej lengkap untuk seorang lelaki pada zaman ini . Tak ada duit tapi muka ada , pun tak boleh jugak . Perempuan zaman sekarang sudah pandai memilih untuk diri sendiri dan masa depan . Tergadai badan pun tak apa , asalkan dapat kumpul harta walau tak semewah mana . Sekurang-kurangnya sebuah kondo untuk dia duduk dan melakukan kerja maksiat itu .
            Syed Harraz sudah ‘masak’ dengan kehidupan di kota besar Kuala Lumpur ini . Carilah peluang selagi ada dan cekuplah ia selagi boleh . Dia sendiri sudah banyak kali mengalaminya . Perempuan mengejar dia dan mencari dia . Jadi dia tak perlu nak susah-susahkan diri hendak mencari teman berhibur . Itu saja . Untuk di buat isteri , itu kena cari yang stok lain pula . Kena tapis hingga ke akar-umbinya .
            Johanna yang sedang mengemas di bahagian hadapan rumah di panggilnya . Berpeluh-peluh muka Johanna ketika datang menghampiri .
            “Malam ni , boleh tak tidur sini? Temankan budak-budak tu ?” Tanya Syed Harraz , meneliti wajah Johanna .
            “Tidur sini , bro? Lu biar betul! Nanti , apa kata orang . Gua cuma datang tolong Mak Mah ajelah wei!” Balas Johanna sudah berkerut pandang muka mamat jambang itu .
            “Just for tonight , Jo . Malam ni aku keluar . Siapa nak tengok-tengokkan budak-budak tu? Dia orang tak nak tidur kat rumah sana . Nenek kebayan tu tak suka budak-budak ni !” Suara Syed Harraz sudah kedengaran lain . Macam marah pada seseorang pun ada . Johanna mengeluh keras .
            “ Tak bolehlah , bro . Nanti , apa kata umi …”
            Syed Harraz sudah menaikkan satu jari di hadapan mukanya . Johanna terdiam . Terus Syed Harraz mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail seseorang . Mata Johanna sudah mengecil ketika memandang lelaki itu .
            “Assalamualaikum , umi … Syed Harraz ni … Umi apa khabar? Alhamdulillah .. Ni , umi , Syed nak minta tolong .. Nak minta izin pasal Johanna ni …” Mata Syed Harraz sudah mendarat ke muka Johanna.
            “Syed nak minta izin Johanna tidur di sini malam ni ..Tak.. Tak..umi , nak minta dia temankan anak-anak saudara Syed ni … dia orang ada kat sini . Bercuti … Haah , Boleh? Okay, terima kasih , umi . Assalamualaikum ..” Syed Harraz mematikan perbualannya dan memandang wajah Johanna yang sudah tunak memandangnya . Lebih tepat sedang merenung tajam kat dia .
            Syed Harraz menunjukkan muka kerek dia pada Johanna . Pelik . Siapa agaknya si mamat jambang ini pada Umi Zakiah itu? Apa yang lelaki ini minta atau cakap , senang saja Umi Zakiah mengizinkannya . Kalau dia , bukan main susah lagi nak dapat keizinan dari wanita itu .
            Mamat jambang ni ada apa-apa kepentingan ke dengan Umi Zakiah itu ?



No comments:

Post a Comment