Thursday 12 February 2015

ENCIK FAYED MY MAN -BAB 5



Baskin Robbins??

Aku pandang Encik Fayed dan Encik Fayed juga pandang aku sambil kenyit mata
kirinya padaku. Jadi, dia bawa aku ke sini sebab dia nak makan ais krim? Aku
pandang dia yang sedang mendongak merenung menu yang terpampang di
hadapan kami sambil bercekak pinggang .Lengan baju kemejanya,sudah dia lipat
hingga hampir ke siku. Ternampak bulu romanya yang keperangan. Dia nampak
santai saja.

Okay, Nur…which flavor would you like to eat? Ada perisa strawberry..chocolate
Mint..pun ada ni…Semua nampak sedap..” Katanya ,tersenyum . Dua orang
pembantu yang berdiri di depan kaunter sedang tersenyum pada kami. Bersabar
nak  melayan kami.

“Saya tengah nak pujuk awek saya ni…She seem so sad..” Katanya lagi, yang  
membuatkan aku rasa sebal dan segan.

“Encik….” Ucapku, dengan suara perlahan.

“Kitakan couple. Biasalah kalau boyfriend nak pujuk girlfriend  dia…”

Aku terus pukul bahu dia dengan penumbuk kecil aku. Dah malu sangat dekat
pembantu kaunter yang sudah tersenyum lebar pada kami. Hish,Encik Fayed ni… 
Tapi bila aku sedar apa yang aku buat, aku terus gigit bibir. Aku dah pukul bos
aku! Memang tak agak-agak. Boleh bertepuk-bertampar dengan bos!
“Saya minta maaf,Encik Fayed…” Kataku, serba-salah. Dia tersenyum saja.

Aku mengambil tempat di tepi cermin kaca dan pandang ke luar. Boleh nampak
kereta-kereta yang bersimpang siur dari dalam bangunan ni. Encik Fayed duduk
bertentangan dengan aku. Lama dia pandang wajah aku yang hanya tunduk dan
pandang mangkuk ais krim itu.

“Makanlah. Nanti cair dah tak sedap.” Katanya, yang sudah menceduk ais krim
coklatnya. Aku dengar dia mengeluh perlahan.

I’m sorry,Nur..buat awak sedih macam ni.” Kata Encik Fayed dan aku perasan
tidak ada ayat ‘cik’ tu lagi pada setiap panggilan namaku. Dan,aku suka.

“Tak apa, Encik Fayed. Saya dah biasa..”Balasku, perlahan juga.Dia menggeleng.

“Kalau tak sebab saya buat cerita pada Liyana tu..hal ni tak akan terjadi. I don’t
know what my brother say to you since you don’t want to share it with me..
Tapi,saya tahu mesti ada kata-kata dia yang membuatkan awak sedih macam ni.
Saya betul-betul minta maaf..”Luahnya lagi bersungguh.Aku pandang mata dia.
Tapi kemudian aku tunduk pandang ais krimku semula.Perlahan aku skup satu
sudu kecil dan masukkan ke dalam mulutku.Dia masih pandang aku.

“Saya kenal sangat dengan abang saya tu. Setiap kata dia itu adalah arahan. No one
can say No to him.And everything he said is YES and you should obey him. Kalau
pasal kerja, okay saya akan ikut cakap dia. Tapi kalau melibatkan my personal
life,no way! This is my life and only me can decide what I want and with whom I
want to be friend with!” Kata Encik Fayed dengan tegas.
“Dia nak Encik Fayed berkawan dengan Cik Liyana..”Kataku,perlahan. Membuka
cerita sedikit apa yang Encik Arie beritahu aku.

“Saya tahu.Dia cakap dengan saya tadi.” Encik Fayed merengus dan meletakkan
sudu plastik itu. Tak jadi nak suap ais krimnya. Dia terus duduk menyandar.

“Saya tak tahu apa yang dia nampak kat perempuan tu. Pada saya, she’s got
nothing special. Even muka dia pun saya tak sanggup nak tengok. Otak jadi
serabut!”

Aku nak senyum bila dengar Encik Fayed cakap macam tu. Aku ingatkan aku
sorang saja yang berperasaan begitu. Kemudian mata dia bergerak pandang aku.

“Tapi, bila saya dengan awak , saya rasa bebas dan boleh buat apa saja…dan cakap
apa saja.. Sebab orang biasa macam awak ni, Nur. .buat saya macam manusia biasa
jugak. Saya tak suka cara abang saya tentukan hidup saya dan dengan siapa saya
harus berkawan. Saya dah dewasa. Suka hati sayalah nak berkawan dengan
siapa..nak bercinta dengan siapa…siapa pasangan saya.. Dia tak boleh paksa saya.”
Katanya lagi. Aku pandang dia dan kemudian pada ais krim dia.

Aku ceduk ais krim aku dan aku sua ke mulut dia.”Nak rasa ais krim saya?” Aku
cuba menceriakan keadaan kami. Mata coklat dia bagai tersenyum merenung aku.
Dengan rasa gembira saja dia membuka mulut dan segera aku sumbatkan ais krim
itu ke dalam mulut dia. Dia mengangguk dan menceduk pula ais krim coklat dia
dan mahu menyuap aku  pula. Cepat aku ngangakan mulut. Kemudian kami
ketawa.

“Kitakan couple!” Kata kami serentak.  Ah, aku mahu melupakan apa yang Encik
Arie cakap pada aku tadi. Aku hanya mahu gembira bersama Encik Fayed.  Dia
sangat baik melayan aku. Apa lagi yang aku hendak?

Kami jalan-jalan di dalam pusat membeli-belah itu seketika dan dia telah membeli
beberapa helai kemeja dan tali leher untuknya. Yang paling buat aku terpegun, dia
siap tanya pendapat aku lagi dan suruh aku pilihkan untuk dia. Dah rasa macam
aku ni benar-benar jadi awek dia ni. Ni,  yang buat aku susah hati. Sebab aku ni
mudah sangat perasan!

Encik Fayed menghantar aku terus balik rumah walaupun aku cakap aku dah okay.
Tapi dia cakap, aku tak payah masuk kerja balik dan suruh aku merehatkan diri dan
mindaku .Dia cakap aku nampak serabut tapi masih nampak comel…saja nak beli
jiwa akulah tu.

Kereta Encik Fayed berhenti depan pagar rumah dan aku terpandang abang Azahar
sedang mencuci keretanya. Alamak, kalau dia nampak mati aku. Abang aku ni
bukan suka sangat aku keluar dengan lelaki. Tapi lelaki yang hantar aku ni pun bos
aku. Tak boleh aku nak cakap apa walaupun aku melarang. Harap-harap dia tak
pandang aku kat sini. Aku dah buka pintu kereta bila Encik Fayed menahan aku
dan menyerahkan satu beg kertas kecil macam beg hadiah saja.

“Apa ni,Encik Fayed?” Tanyaku, pandang beg itu dan kemudian pandang dia.Dia
hanya jongket bahu sedikit. Tak nak cakap apa-apa. Jadi aku buat selidik sendiri
dan jenguk ke dalam beg dan menarik tangan keluar sebuah patung beruang kecil
berwarna coklat. Comelnya! Di dada anak patung beruang itu ada bentuk hati dan
tertulis ‘Hug Me’. Aku sudah tersenyum lebar.

“Untuk awak…” Kata Encik Fayed. Aku pandang dia.” Saya tak nak tengok awak
sedih-sedih lagi macam tadi. Hati saya jadi sakit. Saya cuma harap awak tak serik
nak berkawan dengan saya sebab kita akan jadi  couple sampai bila-bila.  Malam
nanti sebelum tidur peluk dia, macam awak peluk saya..” Encik Fayed sudah
senyum semacam. Aku  tolak perlahan bahu dia.

“Nak peluk sekarang tak boleh lagi.Tunggulah ,masa tu akan datang juga…” Ucap
nya perlahan,seolah bercakap pada diri sendiri. Aku pun tak faham apa maksud
dia. Aku toleh ke luar dan abang Azahar sudah berdiri memandang kereta Encik
Fayed. Jadi aku kena cepat keluar dari kereta ini.

“Siapa tu?” Tanya Encik Fayed bila terpandangkan Abang Azahar.

“Abang saya.Dia cuti hari ni..” Jelasku. Encik Fayed mengangguk dan apa yang
dia buat selepas itu buat aku terkejut. Dia juga keluar dari kereta dan mengiringi
aku masuk ke kawasan halaman rumah.

“Assalamualaikum…” Kata Encik Fayed, menyapa abang aku. Berubah muka
abang Azahar sekejab bila melihat Encik Fayed memberi salam padanya. Mungkin
terkejut bila melihat ‘orang cina’ memberi salam padanya .Memang muka Encik
Fayed macam Chinese look sikit. Kalau orang tak kenal dia,mesti orang ingat dia
kaum cina. Abang Azahar menyahut salam dan menyambut huluran tangan Encik
Fayed.

“Saya,Fayed Arya. Bos Cik Nur…Saya hantar dia sebab dia tak berapa sihat tadi.”
Cerita Encik Fayed,sambil jeling aku sekilas .Abang Azahar pandang aku seketika
dan angguk.

“Saya Azahar,abang dia. Silalah masuk ke rumah…” Ajak Abang Azahar,ramah.

“Tak apa. Lain kali saja. Hari dah lewat ni.. Saya mohon diri dulu…” Encik Fayed
senyum dan hulur tangan semula.” Cik Nur, jangan lupa makan panadol. Hari ni
rehat saja.. Banyak kerja tadi.”  Kata  Encik Fayed pada Abang Azahar lagi.
Kemudian dia melangkah ke kereta semula dan mengangkat tangan pada kami dan
kereta berlalu.

“Baiknya bos kau, dik. Siap berhantar bagai…”Kata Abang Azahar,sinis.” Ada
apa-apa ke?”

“Ada apa, apa along?Dah,adik sakit kepala ni..nak rehat.” Aku ‘chong’ abang aku.

“Abah tak balik lagi?” Tanyaku bila tak nampak teksi dia depan rumah. Abang
Azahar geleng dan sambung cuci kereta viva dia semula.

“Jab lagi along nak pergi rumah Kak Laila..” Tiba-tiba dia beritahu aku. Oh,patut
lah  ambil cuti. Nak jumpa tunang rupanya!

“Okay. Kirim salam kat Kak Laila. Adik masuk dulu..” Kataku dan melangkah
meninggalkan Abang Azahar. Rumah sederhana besar  itu aku renung. Sunyi
macam biasa. Aku menghela nafas. Bagai teringat sesuatu aku keluar semula.

“Along Ja dah makan?” Tanyaku ketika menjengahkan muka. Dia pandang aku
dan geleng.

“Nak keluar makan dengan Kak Laila. Kau masak untuk kau dan abah ajelah.”
Kata Abang Azahar pula. Aku angguk dan terus tuju ke dapur. Pintu peti ais aku
buka. Ada beberapa ekor ikan kembung dan sedikit sayur kobis. Segera ikan itu
aku rendam .Ingat nak masak sambal tumis ikan dan goreng sayur kobis. Abah tak
cerewet tentang makan. Sejak arwah emak ada lagi. Dia tak pernah bersungut pasal
masakan emak dan kini masakan aku pula.

Bila ingatkan arwah emak, hati jadi sayu pula. Emak lama dah pergi. Sejak umur
aku empat belas tahun lagi. Emak sakit lelah. Tak sangka lelah dia itu membawa

maut. Aku kerdip-kerdipkan mata bila terasa mata mula menghangat. Ah,semoga 

BUKAN KEMAHUAN FIKIRAN




     BAB 1



"Tok abah bukan nak paksa Hadif terima Nurul Ain.Tapi kami dah tak ada jalan lain dah.Majlis nikah akan di adakan esok. Hadif nak ke tengok tok abah adan Ayah Ku menangung malu? Mana kami nak letak muka ni?Ain lebih-lebih lagi. Tok abah rasa bersalah sangat pada dia. Si Zarif yang sepatutnya kahwin dengan dia dah menghilangkan diri, Hadif!Kamu saja yang dapat tolong kami dan menyelamatkan maruah Nurul Ain. Tok abah mohon sangat pada kamu..."Rayu tok abah.


"Tok abah...Layak ke Hadif dengan Ain tu?Tok abah sendiri tahu macam mana kehidupan Hadif dulu dan sekarang ni..."


"Ya,Hadif.Tok abah tahu dan tok abah faham sangat.Tapi kamu dah berubah,kan?Tok abah pasti Tengku Hadif Shah boleh menjaga Nurul Ain.Itulah yang tok abah harapkan sangat. Tok abah malu pada Pak Su kamu.Minta anak dia nak kahwinkan dengan Tengku Zarif. Tapi..."


"Baiklah,tok abah.Kalau itu boleh menyenangkan hati tok abah. Hadif akan ikut. Lagipun, Hadif tak boleh lama kat sini. Banyak kerja yang menunggu. Hadif mungkin balik terus ke Kuantan lepas akad nikah nanti..."Kata Tengku Hadif memberi keputusannya.


Gembira sungguh hati rang tua itu bila mendengar keputusan cucu yang seorang itu. Dia tahu dia boleh harapkan Tengku Hadif. Cucu itu nampak saja macam tak peduli atau tak kisahkan orang,tapi di dalam hatinya penuh dengan kasih-sayang.Tubuh tegap itu di peluk dan di tepuk-tepuk gembira.


Jadi,akhirnya pernikahan antara Tengku Hadif dan Nurul Ain di adakan pada keesokan harinya. Dengan baju melayu berwarna putih gading yang di perbuat dari kain satin itu dan bersongkok serta samping,dia duduk tenang-tenang saja menghadap juru nikah mereka. Usai melafazkan akad dan menadah tangan berdoa semoga berbahagia untuk rumah tangganya,dia menghampiri Ain yang sedang duduk bersimpuh di atas kusyen dari kain berwarna kuning emas.Dia tidak tahu apa yang gadis itu rasa bila bertukar pengantin lelakinya.Ah, dia tidak mahu ambil tahu.Yang dia mahu majlis ini perlu di tamatkan segera. Dia rimas dengan mata-mata yang memandang dan kilauan kamera dari juru gambar yang di jemput.


Tanpa salam,terus tangan cik isteri di tarik. Tiada kelembutan langsung, membuatkan Ain terdongak dan mata mereka bertentangan. Bulat mata hitam itu memandangnya seolah terkejut. Matanya juga tidak berkelip memandang wajah yang di solek nipis namun masih nampak keayuan wajah Ain.


Cincin berlian terus di sarungkan ke jari Ain dan dia kemudian tak tahu apa nak buat.Pelipis di garu perlahan bila Ain tunduk meraih tangannya dan mengucupnya.Terasa sejuk tangan gadis itu.Bukan dia tak kenal siapa Nurul Ain Bt Samsul Bahari.Budak ini adalah sepupunya. Tapi lebih kepada 'sepupu angkat'.Mak Su Linanya atau Puan Halina,adalah anak angkat tok abah. Jadi antara bonda dia dan mak su Linanya adalah 'adik-beradik'. Jadi budak ni boleh di kategorikan sebagai 'cucu angkat' tok abah. Jangan jadi isteri 'angkat',sudah  Hadif, bisik hati.

Mereka memang jarang bertemu. Sejak melangkah alam dewasa,masing-masing punya jalan hidup sendiri dan dia pula lebih suka buat hal sendiri juga dari bercampur dengan ahli keluarga yang lain.Masanya banyak di habiskan di luar rumah.Pergi kelab malam melayan muzik dan perempuan.


Dia pun dah tak ingat wajah Ain hinggalah di pertemukan hari ini. Rasanya, Ain masih muda lagi dari dia dan abangnya,Tengku Zarif. Entah macam  mana kisah si abang boleh bertunangan dengan Ain pun dia tak tahu sebab masa tu dia sudah di halau keluar dari villa itu oleh Ayah Ku.


Agak lama juga hidup dia berantakan, tak tentu hala tanpa kerja. Hinggakan duit yang di simpan dalam bank pun makin menyusut. Bila Tengku Shah Putra, menyekat segala wang dari kad kreditnya,dia jadi 'hilang' arah. Kawan-kawan yang selalu menghimpit dia juga hilang entah ke mana.

Tok abah yang kesiankan dia,terus menyuruh Pak Seman,kawan baik tok abah, membawa dia ke Kuantan dan tinggal di sana. Hidup mewah sudah lama di tinggalkan.


Dia kini sudah menjadi penternak kambing di bumi Kuantan. Dia rasa apa yang dia buat kini,lebih bermakna daripada duduklepak-buang-masa  di kelab-kelab malam. Banyak perubahan yang di lakukan dalam hidup dia. Bersama Pak Seman,sebagai penjaga dan pembantu dia.dia banyak belajar tentang hidup dan bersederhana dalam apa jua.


Berlama-lama hidupnya berseorangan.Hanya bertemankan Pak Seman dan kambing-kambingnya itu.Kini, dia akan membawa balik seorang perempuan. Isterinya. Tanpa rasa cinta. Tanpa rasa apa-apa....

Sunday 8 February 2015

ENCIK FAYED MY MAN




BAB 4



"Cik Nur,please come to my office.I would like to speak to you privately!"Suara Encik Arie kedengaran dari telefon bimbitku.Buat beberapa ketika aku terlopong.Pelik!


Tak pernah-pernah Encik Arie menghubungi aku,ni tiba-tiba nak bercakap dengan aku privately.Huh,Mesti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya itu dan aku rasa aku tahu apa yang ingin dia tanyakan.Ini mesti tentang adik dia,Encik Fayed tu.Kalau tak,takkan dia nak suka-suka nak jumpa dan bercakap dengan aku.


Aku bangun dan melangkah ke bilik Encik Arie yang hanya berjarak beberrapa langah dari bilik Encik Fayed.Buat beberapa saat aku tercegat dan dengan menghela nafas perlahan,aku ketuk pintu bilik dia.Bila suara dia memerintahkan aku masuk,barulah aku buka pintu dan penghawa dingin menerpa ke wajahku ketika aku menjengukkan kepala ke dalam bilik itu.


"Encik Arie nak jumpa saya?"Tanyaku.Macam soalan minta penampar aje?


 "Ya,sila masuk!"Katanya,dengan nada suara tegas dan mendatar.saja.Aku masuk dan tutup pintu.Dia menunjukkan kerusi di hadapannya.Aku melangkah dan menarik kerusi lalu duduk tegak pandang dia.Mesti kena berani sebab aku tak buat salah apa-apa.


"Saya cuma nak tahu,is that true what Cik Liyana say about you and my brother,Fayed?"Tanya Encik Fayed,terus ke pokok perjumpaan itu.Sudah aku agak.Aku senyum segaris.


"Errr...tak ada apalah,Encik Arie.Encik Fayed hanya bergurau hari tu dengan Cik Liyana.Mungkin Cik Liyana dah salah tafsir.Encik jangan bimbang ya..Saya langsung tak ambil kisah dengan gurauan Encik Fayed itu.."Jelasku,cuba senyum.


Buat beberapa ketika mata Encik Arie hanya memandang aku,bagai ingin mempercayainya.Kemudian dia mengangguk.


"Sudah berapa lama awak bekerja di sini,Cik Nur Azah?"Dia bertanya,sambil bersandar dan pandang aku.Suara yang garau dan muka yang amat serius buat aku tertelan air liur.


"Err...dekat tiga tahun,Encik Arie.."Balasku,perlahan.Dia mengangguk.


"Saya rasa lama juga awak bekerja dengan kami.Sebenarnya,Cik Nur Azah saya rasa lega bila awak cakap macam tu.Saya harap awak tak ada apa-apa hubungan dengan Fayed.Saya rasa,tentu awak sedar siapa Fayed tu,kan?Saya tak suka dia berkawan rapat dengan mana-mana yang entah apa-apa.Jangan salah faham bila saya cakap macam ni.Dia adik saya dan saya hanya mahukan yang terbaik untuk dia.Saya dapat rasakan dia sangat rapat dengan awak dan saya nak ia harus di hentikan segera.Saya dah pilihkan pasangan yang sesuai untuk dia dan pada pandangan saya Cik Liyana sangat sesuai untuk adik saya."Kata Encik Arie,meneliti wajahku.Aku tetap senyum.

Jantungku bagai terhenti degup beberapa saat. apabila mendengar kata-kata Encik Fayed itu.Terasa sangat kerdil dan terhina bila dia cakap macam tu.Aku mencengkam baju kurungku,menahan rasa.

Dan itu adalah empat puluh minit yang lalu.Sekarang ni,aku kat dalam bilik air wanita,sambil tarik tisyu dan menangis seorang diri sambil pandang wajah kat cermin.Apa,teruk sangat ke aku ni?Tak sesuai ke dengan Encik Fayed?Aku kesat lagi air mata.Mata dah sembab.Hidung dah merah.Aku mengeluh lemah.Sedih,pilu dan tak tahu apa lagi yang aku rasa.Telefon bimbit aku yang berbunyi sejak tadi,tidak aku hiraukan dan tak pandang siapa yang menghubungi aku.Hingus aku hembus dan tisyu aku campak ke dalam bakul.Aku tak boleh lemah macam ni.Segera paip aku buka dan tapak tangan aku tadah.Muka aku cuci bersih dan touch up dengan kertas tisyu kasi kering.Nafas aku tarik dan hembus perlahan.Tak apa,Nur.Ini dugaan untuk kau.Kita lupakan mulut longkang Encik Arie tu dan fokus pada Encik Fayed saja.Memang aku suka dia.Tapi aku tak boleh nak dekati dia lagi.Encik Arie dah bagi warning kat aku tadi.Aku kena sedar diri.Dia,Encik Fayed.Aku,Nur Azah Amira,hanya kerani rendah.Kami tak sama level...


Setelah puas melihat wajah sendiri,aku mula mengatur langkah keluar dari tandas wanita.Terasa bagai ada seseorang yang berdiri di tepi tandas itu,aku menoleh dan tersentak.Encik Fayed sedang memandang aku dengan tajam.Telefon bimbitnya di sisipkan ke dalam seluarnya.Aku hanya memandang dia kosong.Kemudian aku menyambung langkah.

"Nur!"Panggil dia di belakangku.Tapi tetap aku melangkah tanpa mempedulikan dia.Nak jadi JAGA toilet pun,aku tak kisah.


"Nur Azah Amira!Stop right there when I'm calling you!"Katanya dengan suara yang lantang kini.Aku terhenti melangkah dan diam.Tunduk tidak berpaling.Langkah dia aku dengar dari arah belakangku dan aku dapat rasakan dia kini berdiri rapat di belakangku.


"Apa yang abang saya cakap dengan awak?"Tanya Encik Fayed,perlahan.Suara di tekan sedikit.Aku menggeleng.Tak apalah.Biar ia menjadi rahsiaku.Tak mahu aku cakap apa-apa.Nanti aku menangis lagi.Malu pulak dengan Encik Fayed ni.Nak sambung melangkah semula tapi lenganku sudah di tarik dan tubuhku di pusingkan menghadap dia.Jarak kami memang terlalu dekat dan bau minyak wangi dia menusuk ke dalam ronga pernafasanku.Aku telan air liur bila mata dia meneliti wajahku.


"Baik awak cakap,Nur.Apa yang abang saya cakap dengan awak?Kalau tak,saya cium awak kat sini.Nak?Bibir awak pun nampak menggoda sangat."Dia pandang bibir aku dengan senyum senget.Aku cepat-cepat tekup mulut aku dan menggeleng laju.Dia senyum dan menjarakkan tubuh jauh sedikit dari aku.Dan,tanpa bicara lagi,dia terus menarik tangan aku dan membawa aku keluar dari ruang itu.Kakinya yang panjang itu terus mengheret aku keluar dari bangunan pejabat dan terus ke tempat pakir kereta.Ke mana agaknya dia nak bawa aku??

Saturday 7 February 2015

ENCIK FAYED MY MAN




BAB 3



"Sayang,buatkan saya kopi.."Kata Encik Fayed,ketika melintas di hadapan mejaku pagi tadi.Bukan setakat pagi tadi saja,malah sepanjang hari itu dia asyik bersayang-sayang dengan aku saja sampai aku pun naik malu dengan Kak Nurul.Kak Nurul dah pandang aku semacam saja sambil angkat kening  kat aku.Aku pun hanya senyum hambar dan tunjuk lambang 'peace' aje kat dia.


"Kenapa dia panggil kau sayang,ya Nur?"Tanya Kak Julia,macam pelik.Aku tak cakap apa-apa.Takut nanti dorang cakap aku ni perasan dan ada perasaan dengan bos!

"Bos nak bergurau aje tu,Kak Ju.."Balasku,bersahaja.


"Sayang,where's y coffee?"Tanya Encik Fayed,yang kini sudah berdiri di depan bilik dia sambil bercekak pinggang dan pandang tepat kat aku.Cepat-cepat aku bangun dan terus melangkah ke pantri.

Haila,bos aku ni biar betul..Dia memang sengaja nak kenakan aku.Tulah,aku dengan mulut aku yang tak tahu malu ni.Sekarang dia dah buat 'bahan' nak kenakan aku saja.Aku menghela nafas panjang.Tapi takkan dia senang-senang nak bersetuju dengan permintaan bodoh aku tukan?

"Dah,jangan nak buat muka berkerut macam tu.."Tiba-tiba satu suara garau menegur aku dari belakang.Aku toleh.Encik Fayed masuk dan menarik salah satu kerusi di dalam pantri itu lalu melabuhkan punggungnya.Matanya tunak memandangku.

"So,what do you think?Okay tak saya pegang watak teman lelaki awak?"Tanya Encik Fayed.Aku cuma bagi jelingan saja.Aku kacau kopi untuk dia dan kemudian bawa mug itu dan letak di hadapan dia.

"Encik memang sengaja,kan?"Tanyaku,sambil menyilang tangan ke dada dan pandang dia dengan muka serius.Dia cuma senyum saja.

"Sengaja apanya?Kitakan couple..Mestilah kena bersayang dengan awak.."Dia senyum lagi sambil menyisip kopinya perlahan."Beside,you single and I single..should be no problem,kan?"

"Sayang,kurang manislah.Pahit.Tambah gula sikit lagi,please..."Tambah Encik Fayed lagi.Mengada betul bos aku ni.Tapi aku buat juga.Aku ambil semula mug dia,pergi ke kabinet dan tambah sesudu kecil lagi gula,kacau dan letak balik depan dia.Dia ucap terima kasih kat aku.

"Saya main-main aje masa cakap ajak couple tu.Saya cuma nak duga hati encik yang kering tu.Kalau cik Liyana yang cun tu.."

"Cun ke minah tu?"Potong Encik Fayed,mendatar.

"Cunlah.Daripada saya yang comot ni..."Balasku,sedar diri.Dia sengih."Kalau Cik Liyana yang cun tu pun tak boleh nak pikat hati encik,apalagi orang macam saya yang tak punya apa-apa ni.."Sambungku lagi.Buat beberapa ketika mata coklat Encik Fayed merenungi aku,tak berkelip.Entah apa yang dia fikirkan tentang aku pun,aku tak tahu.Aku mula rasa tak selesa bila mata itu semakin redup dan aku pula rasa macam lemah dah nak berdiri.


"There you are,Fayed Arya.I was looking for you!"Satu suara memecahkan keheningan tadi.Kami serentak memandang ke pintu dan wajah Encik Arie Aryan,abang Encik Fayed,sedang memandang kami.Dan,yang membuatkan aku terkejut wajah Cik Liyana juga muncul bersama dia.Kenapa aku rasa tak sedap hati ni?

"Let me introduce you..this is Liyana.My wife's cousin."Kata Encik Arie,kedengaran gembira sambil menoleh pada Cik Liyana di sebelahnya.Aku dan Encik Fayed berpandangan.

"I know her.."Kata Encik Fayed,bersahaja."Kami dah berjumpa beberapa kali pasal projek mega tu.But I didn't know she had a relation with Kak Dina."Sambung Encik Fayed lagi dengan muka serius.

"Yes,abang Arie.Kami dah pernah berjumpa sebelum ni."Balas Cik Liyana,tersenyum pada Encik Fayed.Tapi tiada balasan dari pihak bos aku tu.Kemudian mata dia memandangku dan dahi berkerut sedikit.Baik aku belah dari sini sebelum apa-apa yang tak diingini terjadi.

"Bos,saya keluar dulu."Kataku pada Encik Fayed,perlahan.Aku tunduk dan melangkah hendak keluar dari pantri itu bila lenganku di tarik perlahan.

"You,yang ikut Fayed hari tu,kan?"Tanya Cik Liyana,merenung tajam padaku.Aku pandang Encik Fayed.Kemudian pada Cik Liyana dan mengangguk.Dia kemudian tersenyum sinis.Mata Encik Arie sudah pandang aku tak berkelip.Memang abang Encik Fayed ni terkenal dengan garang dia.Aku pun naik kecut bila dia renung tajam aku macam tu.

"Ya.Dia yang follow I hari tu.Kenapa?Ada masalah dengan you ke?"Tanya Encik Fayed,selamba dan tajam merenung wajah Cik Liyana.Encik Arie pula aku lihat sudah nampak kebingungan.


"Wait a second.I don't understand.Cik Nur,kenapa awak ikut Fayed?Awak dah jadi PA dia ke?Mana Puan Nurul,PA you,Fayed?"Tanya Encik Arie.


"Dia EL hari tu.Pergi check up and not feeling well.Diakan pregnant.So,I ajak Cik Nur ikut I to accompany me,Salah ke?"Tanya Encik Fayed,seakan bengang.Cik Liyana tunduk.Aku yang tercegat kat situ tak tahu nak tunggu atau pergi.Encik Arie dah pandang aku semacam.


"Err..kalau tak ada apa-apa,saya pergi dulu.."

"By the way,Cik Nur...Congratulations,sebab bakal menjadi isteri Encik Fayed!"Kata Cik Liyana,bagai sengaja berkata begitu di hadapan Encik Arie.Aku dan Encik Arie sudah terkejut.Tapi Encik Fayed pula nampak relaks saja sambil minum kopi dia.


"What!!"Suara Encik Arie sudah bergema di setiap ruang pantri itu.Aku pula cepat-cepat melangkah pergi.Tak nak aku tunggu lama kat situ.Encik Fayed,encik pandai-pandailah uruskan masalah tu.Saya belah dulu.Kakiku terus aku bawa ke tandas wanita.Habis...habislah aku kali ini...



Wednesday 4 February 2015

ENCIK FAYED MY MAN

BAB 1

Dari tempat duduk aku ni,aku sudah nampak dia yang sedang mengatur langkah.Penuh segak dan penuh gaya.Kot hitam yang tersarung di tubuhnya nampak kemas dan terletak elok saja.Apa-apa yang dia pakai pun akan nampak elok di mata aku.Orang kacaklah katakan.Dengan rambut tersisir rapid an senyuman tak lekang di bibir,aku nampak dia mengangguk sedikit pada staf-stafnya,yang mungkin mengucapkan selamat pagi kat dia.Dia,bos aku.Namanya Fayed Arya.Agaknya,anak-anak kacukan ni hensem-hensem dan cantik ya.

Kak Nurul beritahu aku,Encik Fayed itu juga dari hasil kacukan Pakistan dan cina.Kalau dah Pakistan  dan cina,mestilah hidung mancung macam Salman Khan atau Saif Ali Khan,kan?Dan kulit dia memang cerah.Kalah kulit aku yang tak berapa nak cerah ni.

Dia semakin mendekat dan aku bagai tersedar yang aku sudah lama tengah tenung dia.Alamak..alamak..aku jadi kalut.Cepat-cepat suis computer aku tekan dan meja yang dah kemas,aku kemas lagi.Buat-buat sibuk,sehinggalah bau minyak wangi dia menerjah ke hidung aku.

“Selamat pagi,Cik Nur..”Sapa dia,seperti selalu.Mesra dan lembut.Aku rasa,dialah bos paling baik dan paling sopan kat dalam dunia ni!Huh..

“Selamat pagi,Encik Fayed..”Balasku,macam biasa juga.Gugup.

“Tolong buatkan saya kopi,Cik Nur.”Pintanya.Oh,yang ni tak biasa lagi.Tapi aku angguk juga.

“Kak Nurul,my PA tu tak datang lagi nampaknya.Saya pun tak tahu,saya bos atau dia yang bos..”Encik Fayed tersenyum padaku.Aku senyum juga bila mendengar kata-kata dia tu.Hailah,orang segak.Senyum pun nampak cantik.

“Tolong ya,Cik Nur.Saya tak sempat sarapan tadi.”Katanya lagi,masih memandangku.

“Baik,Encik Fayed…err..encik nak biskut ke?Boleh saya sediakan.”Kataku,bermu-
rah hati nak tolong dia.Dia pandang aku buat seketika.Kemudian menggeleng.

“Saya nak kopi saja.”Katanya,kemudian berlalu masuk ke biliknya.Aku pun segera melangkah ke pantry dan capai mug Who’s The Boss milik Encik Fayed.Mug yang aku hadiahkan kat dia sempena ulang tahun kelahiran dia tahun lalu.Tak sangka dia sudi guna mug warna merah putih ni.Memang agak besar sikit dari mug-mug lain.

Aku capai balang gula dan kopi.Yang aku tahu dia tak suka nescafe atau kopi dua-atau tiga dalam satu.Hanya kopi biasa.Yang aku tak pasti.Dia nak kopi pekat atau kopi kurang pekat?Manis atau kurang manis?Ah,buat ajelah Nur.Kalau dia tak suka,dia boleh cakap kat aku nanti.Lepas kacau dan rasa,aku bawa minuman itu ke biliknya.Aku ketuk pintu yang memang sedia terbuka.Dia yang sedang bercakap di telefon,menggamit aku suruh masuk dan menunjukkan meja kopi.Jadi aku melangkah ke ruang tamu yang tersedia sofa dan meja.Aku letakkan minumannya di situ dan nak melangkah ke pintu semula.

“Cik Nur!”Panggil Encik Fayed tiba-tiba.Pantas kepala aku berpaling padanya.

“Tengahari nanti,ikut saya jumpa client kat Putrajaya.Kak Nurul,my PA,tak dapat datang hari ni.Dia beritahu dia ambil EL sebab tak sihat..Jadi,awak gantikan dia ya.”Kata Encik Fayed lagi.Mata coklat dia tepat memandang wajahku.

Buat beberapa ketika,mata aku macam terlupa nak berkelip.Bila aku nampak dia sedang tersenyum kat aku,terus aku tersedar.Aku ikut dia jumpa klien?Biar betul!

“Jangan bimbang,Cik Nur.Just follow me..Yang lain biar saya saja yang lakukan.Boleh ya,Cik Nur..”

“Baik,Encik Fayed..”Ucapku,gugup lagi.Dah bos minta tolong,ikut sajalah,Nur.

“Nanti awak bawa sekali dokumen projek yang saya suruh awak semak semalam.Kita pergi sebelum tengahari.Takut jalan sesak..”Kata Encik Fayed lagi.

“Baik,Encik Fayed.Ada apa-apa lagi,Encik Fayed?”Tanyaku,sebelum keluar.

“Emmm..itu ajelah buat masa sekarang.”Katanya,seraya bangun dan menuju ke meja.Kopi di ambil lalu di bawa ke bibir.Orang segak.Minum pun nampak segak.

Dalam tengahari(terlambat sebab Datuk Jaafar,ayah Encik Fayed,nak jumpa dia),Encik Fayed keluar bilik dan aku sudah bersedia dengan fail projek dan beg tangan comel aku.

“Jom..”Ajaknya.Dia berjalan mendahului aku.Kami tak bercakap banyak.Sampai di bawah ,dia membukakan kereta untuk aku.Terpegun jugak aku beberapa saat.Kemudian dia melangkah ke sebelah pula.

By the way,Cik Nur.Kalau this client tanya siapa awak..biar saya saja yang jawab.Awak diam-diam aje tau…Rasanya,client ni banyak songeh sikit..emm..songeh banyak..Ada saja dia tak suka..ada saja dia nak komplen.Fikir sebab business aje ni..Kalau tak,memang saya malas nak tengok muka dia.Susah nak deal dengan orang perempuan ni..”Rungut Encik Fayed,perlahan.Mata di tumpukan di jalan raya.O,jadi yang kami nak jumpa ni orang perempuan.Kak Nurul ada juga bercerita dengan aku tentang satu client  yang banyak songehnya.Tapi kata Kak Nurul,perempuan itu suka dengan bos kami ni.Ooo..lagi panjang mulut aku berbunyi.Huh,orang kacak siapa tak suka?Cuma orang bodoh aje tak suka.Jadi,aku orang pandailah.Sebab suka bos sendiri?Hu hu..

Kami tiba di hadapan sebuah hotel.Hm,biasalah.Nak jumpa dan bercakap tentang business ni perlukan tempat tenang,kan.Aku ikut Encik Fayed dari belakang dan dia seolah sedang menunggu aku ikut di sebelah dia.Perlahan dia mendekatkan wajah dia ke telingaku.

“Itulah orangnya..”Bisiknya.Aku ikut pandang wajah yang bos aku katakan.Wow,memang cantik  orangnya dan kelihatan sangat anggun.Dengan rambut perang terang dan baju kot singkat dan seluar slack hitam,dia macam minah koperat.Dari rambut sampai ke pakaiannya,aku tenung.Memang cantik.Kalau minah ni suka kat bos aku,aku memang kalah habis.Aku pandang diri sendiri.Jauh.. memang jauh aku di tinggalkan ke belakang.Kira markah 10-5 kot..Akulah yang dapat markah lima tu..

Sorry,lambat sikit..You tahulah jalan kat KL ni..”Kata Encik Fayed,menarikkan kerusi untukku.Aku senyum dan ucap terima kasih kat dia.Memang gentleman bos aku ni.

It’s okay..I thought you come alone..”Kata cik minah koperat itu,sambil jeling aku sekilas.Uik,salah aku ke?Aku pandang Encik Fayed sekilas.

Well,you nak bincang pasal projek tu,kan?”Tanya Encik Fayed terus ke pokok pertemuan itu.Cik minah koperat itu macam senyum paksa dan Encik Fayed terus bertanya itu-ini dan bagaimana nak mencapai konklusinya.Bila aku dengar dan lihat,memang minah ni banyak songeh.Sesekali kedengaran juga nada tak puas hati Encik Fayed.Tapi aku tidak bercakap apa.Hanya mencatit apa-apa isi penting yang pernah Kak Nurul ajar.Akukan pembantu PA Kak Nurul.Jadi jadual kerja atau cara kerja Encik Fayed,aku tahulah serba-sedikit.Dan,yang ini adalah pertama kali aku ikut dia jumpa klien kami.

I dari tadi nak tanya..”Suara Cik Liyana(dengar sebab bos kerap sebut nama minah koperat ni) kedengaran.Aku yang sedang mencatit sesuatu  di buku nota,mengangkat muka sedikit.Mata hijau dia..nampak sangat pakai kanta lekap,sedang memandangku.

You ni PA baru Fayed ke?”Tanya Cik Liyana lagi.Aku baru nak buka mulut bila tangan Encik Fayed terus peluk bahu aku dan tarik aku mendekat ke tubuhnya.Aku jadi keras tiba-tiba.Ya Allah,apa kena dengan bos aku ni?

“Oh,I forgot to tell you..this is Cik Nur Azah Amira,my sayang..”Balas Encik Fayed,tersenyum dan menoleh padaku.Kening aku sudah ternaik dan rahang hampir jatuh bila dengar kata-katanya itu.Bukan mata aku saja tak berkelip pandang dia.Cik Liyana pun sama.Tapi lagi besar dari aku.Aku dah tentulah terkejut dengan aksi spontan tak boleh blah bos aku ni.Tapi yang cik minah koperat over terkejut kenapa pulak?

Your sayang?You mean…”Cik Liyana tak habis bercakap,tapi mata dia dah tajam pandang aku.Apasal pulak.Aku tak ada  kena-mengena dengan otak gila bos aku ni!

Yup,this girl..is my future wife!”Encik Fayed dengan bangganya memperkenalkan aku begitu pada Cik Liyana.Lebar betul senyuman dia tu aku tengok.Macam suka sangat dengan kelentong dia tu nak kenakan Cik Liyana.Bukan aku tak tahu helah dia tu.Sebab kami tahu cik minah koperat ni dah tersangkut hati kat bos kacak-segak kami ni.Mungkin sebab itu Encik Fayed potong jalan dia.Tapi kenapa aku?Kenapa tak Kak Nurul yang putih melepak tu?Gila kau,Nur?Kak Nurul tu kan dah kahwin?Dah sarat pun mengandung!Adoiii…


Tuesday 3 February 2015

MY LITTLE BRIDE


          Bab 13



          Matanya semakin mengantuk dan mulut dah beberapa kali menguap.Akhirnya,Megat

          Danial mengalah juga.Nak ke bilik dan mengangkat Hannah,tubuh rasa sudah terlalu

          letih.Jadi tanpa berfikir panjang,dia menghampiri sofa yang di tiduri Hannah.Selimut

          di selak dan dia juga merebahkan tubuhnya di situ.Perlahan kepala Hannah di angkat

          dan di letakkan di atas lengannya.Hannah mengeluh perlahan.Tapi tidak bergerak.


          Di selak rambut itu dari menutup wajah itu.Lama di tenung wajah indah itu.Dia sen-

          yum sendiri.Bagaimana hatinya boleh terbuka hendak mengahwini gadis kecil ini?

          Dia tiada jawapan.Entah kenapa,sejak pertama kali melihat wajah indah itu,hatinya

          bergetar.Lisa pun tak mampu nak buat jantungnya berdegup lebih pantas dari biasa.

          Tak ke pelik tu?Lagi membuatkan dia tertarik,pemikiran gadis itu.Walau nampak mu

          da tapi fikirannya nampak agak matang.Malah lebih pandai berfikir dari Lisa itu,yang

          tahunya nak merengek saja.Kenapalah dulu dia suka perempuan macam ni?Manja

          dan gedik?


          Mungkin sebab dia rasakan makhluk Tuhan yang satu ini perlukan belaian,yang ingin

          di manja dan di sayangi.Mata dia pandang Hannah semula.Kenapa Hannah tak manja

          atau nak merengek dengan dia?Mungkin gadis ini masih segan dengan dia kot?Entah

          lah.Agaknya,kalau Hannah buat macam tu,mahu dia terus terkam sebab tak tahan.La-

          gipun,dah halal.Apa kisah!


           Megat Danial tersenyum lagi.Kemudian perlahan menghela nafas.Haruman dari ram-

           Hannah di sedut dalam,membuatkan dia terbuai.Dahi itu di kucup lembut dan mata

            terasa semakin berat.Selamat malam,alam...

Monday 2 February 2015

En. Fayed My Man

Bab 2

Aku tenung langit gelap di atas sana. Tiada bintang pulak malam ini. Mata pandang pada orang sekeliling. Ramai pulak mamat-mamat lepak kat depan 7-Eleven ni. Tak kisahlah, asal jangan kacau aku sudah! Aku cuba sebenarnya tidak mahu mengingatkan apa yang terjadi di ofis hari ini.  
Puas sudah hati aku cuba mengatakan yang Encik fayed itu hanya bergurau dan cuma nak mengelakkan dirinya dari Cik Liyana, minah koperat itu. Tapi macam semakin kuat pulak hati aku macam nak melencong keterujaan. Ya, aku memang suka dia. Setakat itu saja.
Big Gulp yang aku beli di 7-eleven tadi aku sedut sampai habis, kemudian aku campak cawan kertas itu ke dalam tong sampah. Lebih baik aku balik sekarang sebelum abah yang bekerja sebagai pemandu teksi balik rumah. Enjin motor aku hidupkan. Aku panjat motor dan mula nak bergerak bila sebuah motor Kawasaki Ninja hijau berhenti betul-betul di sebelahku, mengejutkan aku.nasib baik aku sempat brek. Kalau tidak,memang kemek motor kapcai aku. Huh!
Penunggang motor besar itu pandang aku buat beberapa ketika. Apa? Nak marah aku ke? Apa salah aku? Aku sudah pandang dia semacam. Terus helmet dia yang bertutup wajah itu di tanggalkan dari kepala. Rahang aku hampir jatuh bila melihat  dia. Erk! Encik Fayed Arya? Naik motor berkuasa tinggi? Apa dia buat malam-malam kat sini? Dia yang pandang aku macam tak puas hati itu turun dari motornya.
“Kenapa awak macam mengelakkan diri dari saya, Cik Nur? Saya ada buat salah kat awak ke?” tanya Encik Fayed, memegang handle motor aku.
“Mana ada saya mengelak, Encik Fayed… saya biasa aje. Lagi pun sejak bila pulak encik rasa apa yang saya buat itu penting? Apa saya rasa, apa yang saya buat tak ada kena-mengena dengan encik. Encik jangan bimbang ya.” kataku, nak mengelak.
“Dah malam ni. Nampak macam nak hujan aje. Baik encik balik saja. Nanti apa-apa susah…” kataku lagi.
Are you worry about me, Cik Nur?” tanya Encik Fayed pula, sudah senyum senget.
“Huh?” Aku pula buat muka pelik tengok dia. Aku cakap lain, dia cakap lain. Aku pun tak faham. Dan kemudian, setitis air dari langit jatuh terkena hidung aku dan muka dia. Serentak kami mendongak ke langit dan… serta semerta saja tanpa dapat di tahan hujan turun dengan lebatnya.
Kami cepat-cepat menolak motor masing-masing ke tempat teduh. Nak kata tempat teduh pun tak jugak. Kami cuma meletakkannya di tepi kedai dan berlari anak menumpang teduh di kaki lima kedai 7-Eleven itu. Sesekali angin dengan hujan bertiup kuat, menyejukkan suasana malam itu. Aku pandang kosong pada kereta yang bergerak perlahan di dalam hujan lebat itu. Sneakers aku sudah terasa lembab di kaki.
Encik Fayed hanya memeluk tubuh sambil bersandar ke dinding dan memandang ke langit, memerhatikan hujan. Rambut aku dan rambut dia sudah basah. Separuh baju aku juga basah. Harap-harap cepatlah hujan berhenti. Aku memerhatikan air dari lopak-lopak yang terbentuk.
“Kalau awak marah saya sebab saya cakap yang awak tu bakal isteri saya depan Ci Liyana tu, saya minta maaf. Tapi memang saya sengaja cakap macam tu depan dia. Saya tak mahu dia ada rasa apa-apa terhadap saya. Saya tahu dia ada hati dekat saya. Tapi,jawapannya NO. Saya tak boleh terima dia. Hati saya yang tak boleh nak terima dia…”
Aku diam mendengar luahan rasa hati dia. Salah dia ke kalau Cik Liyana sukakan dia? Salah dia ke kalau ada perempuan yang sukakan dia? Aku pandang dia yang sedang meraup muka dan rambutnya yang basah. Rambut basah pun masih nampak kacak. Aku hela nafas. Susah hati aku macam ni.
“Kalau ada gadis lain yang suka dekat encik, apa encik nak buat? Encik terima dia tak?” tanyaku, cuba duga hati dia. Manalah tahu ada peluang aku, kan? Huh!
Dia menoleh dan pandang aku beberapa detik. Kemudian memandang hujan semula. Diam dia menandakan hati dia tidak mahu menerima sesiapa lagi kot. Muka dia nampak kosong saja. Tak dapat nak aku baca apa yang ada di fikirannya kini.
“Jom kita couple!” Mulutku tiba-tiba bersuara, sebelum otak aku kata jangan.
Encik Fayed pantas menoleh dan pandang aku. Matanya tidak berkelip.
“Daripada kita jadi couple, baik saya pinang awak terus! Dah sure awak tu saya yang punya nanti!” kata Encik Fayed pula, tersenyum lebar padaku sambil angkat-angkat kening.
“Huh? Betul ke?” Aku sudah teruja. Terus dia ketuk dahi aku dengan jari telunjuknya. Dia bergurau ajelah tu. Aku sudah mencebik sambil gosok dahi.
“Nampak macam hujan dah reda sikit ni. Jom balik!” ajaknya, seraya sudah melangkah ke tempat motor kami. Tapi bila dia tengok aku masih tidak bergerak, dia menghampiriku semula.
“Kenapa?” tanya dia.
“Encik Fayed baliklah dulu. Saya masih nak tunggu lagi kat sini. Sekejap lagi saya baliklah.” kataku sambil memandang hujan yang mula agak reda sedikit. Tapi kalau aku balik, memang kuyuplah.
“Jangan nak mengada ya, Cik Nur. Awak tu perempuan. Sorang pulak tu. Kalau jadi apa-apa macam mana? Siapa yang susah? Saya jugak sebab nak kena jadi saksi di tempat kejadian pulak. Dah, jom balik.” Dia terus tarik lengan aku menuju ke motor kami. Helmet aku di hulurkan, suruh aku sarung cepat. Aku menyambutnya tapi tak sarung lagi ke kepala.
“Encik…”
“Okay, kita couple. Mulai sekarang awak awek saya. Saya akan jaga awak baik-baik. Sampai awak akan suka dengan saya. Jangan marah saya pulak nanti kalau saya sibuk nak kongkong awak nanti.” katanya lagi, tersenyum lebar macam suka sangat dapat kenakan aku.
“Encik Fayed, saya…”
Dia terus ambil helmet aku dan menyarungkan ke kepalaku. Kedudukan kami sangat dekat.
“Since you are my girl friend,I will treat you right. Jangan bantah cakap saya. Hujan dah berhenti dah ni. Tak payah nak tunggu. Suka ke kalau kena ngurat dengan mamat-mamat tu?” tanya Encik Fayed, perlahan sambil menjeling ke arah sekumpulan lelaki yang duduk lepak tepi kedai 7-Eleven itu sambil memetik gitar.

Wah, belum apa-apa bos aku ni dah menunjukkan kejelousannya? Erk, ada ke ayat macam tu? Tapi kenapa hati aku suka sangat ni?