Sunday 7 June 2015

HANYA KAMU , JOHANNA BAB 6

BAB 6
            “Adoiii!! Pelan-pelanlah sikit , bro. Sakit tahu tak!” Jerit Johanna geram campur marah.
            “Inilah balasannya sebab tak dengar cakap orang .” Kata Syed Harraz , geram juga . Darah di lengan Johanna di sental geram dengan kapas dan antiseptic .
            “ Bila aku cakap lari , kau lari ajela . Tak payah nak tolong aku belasah mamat-mamat tu!Temgok , dah lebam sana-sini . Berdarah sana-sini!” Sambung Syed Harraz lagi .
            Mak Mah sudah menggeleng kepala melihat gelagat dua orang itu . Dia tak berani nak cuci luka yang nampak agak dalam itu . Kata Tuan Syed Harraz lengan Johanna terkena libasan pisau mamat motor itu . Si Dania itu  lagi tak boleh harap . Awal-awal lagi sudah menjerit kengerian bila melihat Syed Harraz membawa budak Jo ini balik ke rumah dalam keadaan berdarah . Tapi budak Jo ni nampak selamba aje . Tengoklah muka tu . Berkerut pula sikit aje bila Syed Harraz mencucinya dengan iodin pula .
            “ Hari ni tak payah balik rumah umi . Tidur kat sini aje .” Kata Syed Harraz ketika membalut luka itu dengan kain pembalut . Nasib baik dia ada benda-benda ni semua .
            “Kalau barang lu hilang , macam mana?” Tanya Johanna pula . “Gua nikan pencuri!” Balas Johanna lagi . Masih tersinggung dengan tuduhan Syed Harraz siang tadi . Mata Syed Harraz naik merenungnya . Dia diam tidak membalas kata-kata Johanna itu .
            “Malam ni kau tidur dengan Dania kat bilik atas. Tukar baju tu!” Syed Harraz bangun berdiri dan mengemas barang-barang First Aid  tadi . Dia kemudian terus berlalu naik ke atas untuk membersihkan dirinya pula . Langkah di atur ke bilik dan pintu di tutup rapat . Dia menghela nafas panjang .
            Nasib baik dia jumpa Johanna kat simpang itu . Kalau tidak mahu di kendurikan mamat-mamat motor seramai lima orang itu . Butang baju kemeja di buka satu persatu dan baju kemeja yang melekat dengan darah Johanna di tanggalkan dan di campak ke dalam bakul baju kotor .
            Ini semua salah engkau , Harraz . Kalau kau tak suruh budak Jo tu tunggu sampai ke malam sebab idea bodoh kau tu , semua ini takkan terjadi . Nasib baik luka kat tangan aje . Kalau budak tu mati kena rodok dengan pisau ? Siapa nak bertanggung jawab?
            Syed Harraz terduduk di birai katil . Tubuh yang tak berbaju terus di jatuhkan di atas tilam . Sementara kaki masih terjuntai di lantai . Terasa penat dan sakit-sakit badan dia akibat bergaduh tadi . Apa yang dia fikirkan , dia tidak boleh mengalah . Tiap kali memandang ke arah Johanna , rasa bersalah itu semakin kerap meresap dalam hatinya . Nasib baik Johanna mampu menangani lelaki-lelaki itu . Patutlah perangai dia kasar , bahasa dia kasar dan gaya dia juga kasar . Setitik air mata pun tak gugur dari mata bundar itu .
            Siapa Johanna ini ya?

            Johanna mandi dan mencuci rambut dengan sebelah tangan saja. Tangan kirinya yang cedera di tekapkan ke dinding . Tiba-tiba pintu bilik air di ketuk perlahan . Segera pintu bilik air di buka sedikit . Wajah Dania di hadapan matanya .
            “Ambil ni .” Dania menghulurkan sehelai baju . Tanpa menengok baju apa , Johanna capai saja , menutup pintu dan menyambung mandi semula .
            Lama juga dia merenung baju tidur besar gambar Hello Kitty berwarna merah jambu itu di tubuhnya . Johanna merengus keras . Dia tidak ada pilihan lain . Baju dia sudah kotor sangat . Hendak tak hendak , kenalah pakai baju perempuan ini . Macam bukan aku aje , bisik Johanna.
            “Johanna , jom turun makan .” Ajak Dania di belakangnya . Johanna menoleh . Mata menjeling pada baju Dania . Sama macam dia juga . Dah macam kembar tak seiras pulak mereka berdua ni . Dania sudah tersenyum memandang Johanna .
            “Baru nampak macam bff  I . I suka pakai baju sama macam ni . I tak ada adik perempuan . All brothers . Sepupu pun ramai lelaki . Termasuklah abang Syed Haziq dan Syed Harraz ni . Satu aje sepupu perempuan , Sharifah  Heliza . Adik abang Harraz tu . Tapi dia tak ada kat sini . Tengah belajar kat London .” Terang Dania , sungguh-sungguh tentang keluarganya pada Johanna . Johanna angguk-angguk sajalah walaupun dia tak tanya .
            Mata hitam itu nampak sinis saja memandang dia . Mulut itu juga macam senyum tak senyum saja tengok dia . Boleh kata menahan senyum atau ketawalah, kata orang . Mata Johanna sudah memandang tajam pada Syed Harraz yang sedang memerhatikan dia dan Dania mendekati meja makan .
            “Lu kalau nak gelakkan gua , bro , gelak ajelah . Tak payah buat muka macam tu!” Marah Johanna sambil menjeling Syed Harraz . Terus Syed Harraz ketawa kecil .
            “Buat muka macam mana pulak? Aku dah tentu hensem apa!” Balas Syed Harraz , selamba dan bibirnya sudah tersenyum lebar . Suka pulak hati dia tengok Johanna pakai baju tidur Hello Kitty yang besar itu hingga takat paras lutut . Nampak sweet aje . Muka tu pulak nampak cemberut . Dia pasti Johanna tak sukakan baju itu . Nak buat macam mana? Takkan nak pakai baju dia pulak?
            Mata helang Syed Harraz meneliti wajah budak Jo yang baru lepas mandi itu . Rambut pendek kusut-masai tak bersikat dan masih basah itu dia tenung . Pada pendapat Syed Harraz , di ruang mata jahat dia , dia boleh katakan muka budak itu memang cun . Kalau rambut tu panjang , pergh! Memang cantik . Mana-mana mata jahat pun akan pandang Johanna ni .
            Dania sudah perasan renungan tajam Syed Harraz itu kat muka Johanna . Dia pandang wajah Johanna pula yang selamba saja . Macam tak ada apa-apa reaksi . Jadi , gadis ini tak ambil kisah apa yang berlaku di sekelilingnya . Lebih-lebih lelaki hot macam Syed Harraz ini pantang nampak perempuan cantik . Cuma dengan dia saja Syed Harraz tak pandang . Sedih…
            “Johanna , you duduk kat sebelah I ni . Jangan duduk sebelah buaya tu . Nanti kena ngap!” Selamba saja Dania bersuara . Kening Syed Harraz sudah terjonget sebelah apabila mendengar kata-kata si cik sepupu .
            “Gua nak pergi tolong Mak Mah siapkan makan malam . Errr ..Kak Dania tunggu sini.” Kata Johanna pula . Tak tahu nak guna ayat kata diri pada Dania itu . Nak berlu-gua , minah tu ber I-you pulak dengan dia . Jadi dia terus belah dari meja makan itu . Bukan dia tak nampak mata helang Syed Harraz dok meneliti dirinya . Susah jadi orang perempuan ni !
            Dia masuk ke dapur . Mak Mah sedang menyediakan lauk-pauk ke dalam mangkuk. Segera tanpa bertanya , tangan dia menyusun lauk-pauk itu ke dalam dulang . Kemudian dia membawanya ke meja makan . Syed Harraz dan Dania sedang berbual-bual ketika dia keluar semula .
            “Jo , tangan kau kan masih sakit . Nanti berdarah lagi , macam mana?” Tegur Syed Harraz , merenung muka bersahaja itu .
            “Kalau berdarah , wa  tukarlah balutannya nanti . Apa susah? “ Balas Johanna senang . Tangan cekap menyusun mangkuk lauk di atas meja . Dia sudah biasa melakukan tugas macam ni di rumah akhlak mulia itu . Di sana Umi Zakiah mengajar semuanya bagaimana nak menguruskan kehidupan .
            “ Okay , jom kita makan ..” Dania pula sudah merenung lauk-pauk di hadapannya sambil menelan air liur . Perut sudah terasa lapar . Dah pukul sembilan kut!
            Masing-masing duduk mengadap hidangan. Johanna pandang Syed Harraz . Bagai terasa dirinya di tenung , Syed Harraz menoleh dan memandang Johanna .
            “Baca doa makan dulu!” Kata Johanna , sambil menadah tangan . Syed Harraz terus menadah tangan dan berdoa . Dania sudah tersenyum sendiri . Tanpa sedar Syed Harraz , Johanna sudah boleh mengarah lelaki itu .
            “Abang tak keluar ke malam ni?” Tanya Dania , yang memang sudah maklum dengan perangai Syed Harraz yang tidak boleh duduk diam itu . Setiap malam pergi kelab atau ronda-ronda dengan kawan-kawan dia merayap dan melepak di tempat-tempat hiburan .
            “Keluar . Kau duduk sini diam-diam temankan Johanna . Tak payah nak ikut aku .” Awal-awal lagi Syed Harraz sudah mencaras niat Dania itu . Tak suka betul kalau Dania hendak mengekorinya ke mana saja dia pergi . Dia tu dahla perempuan . Nak pergi mana-mana pun risau kalau-kalau kawan-kawan dia ada niat tak baik pada adik sepupunya itu . Lainlah kalau Dania tu lelaki .
            Selepas makan malam , Syed Harraz terus menghilang naik ke tingkat atas . Johanna membantu Mak Mah mengemas meja makan . Dania pula duduk menghadap tv . Biasalah anak orang kaya . Mana buat kerja rumah . Semua pembantu yang buat .
            Johanna tersedar dari tidur bila dia terasa lengannya berdenyut dan terasa sangat sakit . Dia berdesis perlahan sambil bangun dan duduk di sofa panjang itu . Bilik tidur yang kelam itu di perhatikan . Dania sudah terbongkang seorang tidur di atas katil . Tadi , Dania ajak dia tidur satu katil dengannya . Tapi Johanna menolak . Dia bukan biasa pun tidur dengan orang .
            Dia cuma bagi alasan lengannya sakit . Takut berdarah semula . Johanna memandang lengannya yang luka . Memang balutan itu sudah basah dengan darah . Kain selimut dia juga . Perlahan dia bangun dan melangkah ke pintu.
            Pintu di buka perlahan . Bimbang kalau Dania akan terjaga . Kemudian di tutup semula dan melangkah turun ke tingkat bawah . Ruang tamu yang besar itu sunyi . Tidak ada apa-apa bunyi pun memandangkan baru pukul dua pagi . Kaki Johanna melangkah ke dapur . Lampu dapur di hidupkan . Tangan mula mencari first aid  Syed Harraz . Kat mana mamat jambang tu letak benda tu ya ? Fikir Johanna sambil tangan membuka satu demi satu laci kabinet .
            “ Kau cari apa?”
            “Oh mak kau!!” Terjerit Johanna akibat di tegur begitu . Wajah Syed Harraz yang macam baru bangun dari tidur itu sedang memandangnya dengan mata kuyu .
            “Gua cari ubat dan kain balutan . Kat mana lu letak?” Tanya Johanna , memandang Syed Harraz sekilas dan mencari lagi .
            Syed Harraz datang mendekat . Johanna menapak dua tapak ke belakang . Tangan Syed Harraz terus membuka pintu kabinet di bahagian atas dan menarik keluar bekas putih lambang bulan sabit merah itu . Lalu di serahkan kepada Johanna . Mata sudah terpandang darah yang sudah meresap basah pada balutan di lengan Johanna itu .
            Dia sebenarnya tertidur di sofa . Balik saja terus baring di ruang tamu itu . Malas kaki nak melangkah tangga naik ke tingkat atas . Langsung dia tidur di ruang tamu . Tapi baru nak layan mata , dia nampak lampu dapur terbuka . Takkan Mak Mah sudah bangun? Baru pukul dua pagi . Hati bagai di garu suruh pergi tengok siapa yang ada kat dapur tu . Rupanya budak gothic itu sedang menyelongkar sesuatu . Kalau nak cari barang berharga bukan ada apa pun kat dapur ini . Jadi dia rasa Johanna bukan nak mencuri apa-apa . Tak baik betul apa yang dia anggap tentang Johanna ini.
            Mata memerhatikan Johanna yang sudah duduk di meja dapur sambil membuka balutan di lengannya . Berkerut-kerut muka itu menahan sakit bila balutan itu melekat di tempat luka .
            Syed Harraz mencapai gelas dan menuang air . Ain kosong itu di bawa ke mulut dan meneguknya perlahan . Dia pun menunggu juga kalau si budak Jo ni nak minta tolong dia . Tapi hampeh!
            Dia menghampiri dan duduk di sebelah Johanna . Tanpa kata lengan Johanna di tarik dan balutan itu di buka perlahan . Lengan budak Jo ni pun bukan besar sangat . Cuma secekak tangan dia saja . Kerusi di tarik rapat ke arah Johanna dan mula mengelap kesan darah itu . Matanya di tumpukan pada tempat luka itu . Johanna berpaling memandang ke lain sambil menahan rasa pedih bila Syed Harraz mengelap dengan ubat sapu antiseptic itu . Sejuk saja di rasakannya .
            Mata Syed Harraz memandang wajah Johanna sesekali . Dalam satu hari mengenali budak perempuan itu , macam-macam yang terjadi kepadanya . Kena simbah dengan sabunlah , bertekak sebab budak ni kuat membantah cakap dia . Tak pernah dia rasa macam nak cekik seorang perempuan !Huh ..
            Dan malam tadi , dia boleh bergaduh pula dengan mamat-mamat motor itu sebab nak menyelamatkan Johanna dari di kendurikan dia orang itu. Entahlah , rasa ambil berat terhadap budak yang di hantar oleh Umi Zakiah ini macam jadi satu tanggung jawab dia pula .
            “Pagi nanti kita pergi klinik .” Saran Syed Harraz , selepas membalut lengan Johanna dengan kain pembalut yang baru . Johanna mengangguk saja .
            “Thanks, bro.” Ucap Johanna , perlahan . Tangan mula nak kemas ubat dan alat-alat balutan bandage dan gauze . Tapi tangan Syed Harraz menolak tangannya . Lelaki itu pula yang mengemaskannya .
            “Lu baru balik ke?” Tanya Johanna , sambil meneliti balutan di lengan .
            “Hm ,” Balas Syed Harraz perlahan saja . “ Kau nak ais krim?” Tanya Syed Harraz tiba-tiba. Entah , spontan dia teringatkan ada sebekas ais krim Cremeria dalam peti ais itu .
            “Ada ke?” Tanya Johanna , nampak teruja . Sedap ni kalau dapat makan ais krim pagi-pagi buta . Terus Syed Harraz membuka pintu peti ais dan mengeluarkan ais krim itu dan dua batang sudu di capai sekali . Satu sudu di serahkan kepada Johanna . Mereka berdua duduk menikmati ais krim itu . Satu demi satu di skup dan masuk ke mulut masing-masing . Tak sangkakan , boleh kongsi ais krim dengan mamat jambang berlagak ni . Pelik , Johanna memikirkan mamat jambang ini . Siang tadi , lagaknya macam dialah bos besar kat dunia ni .
            Tapi pagi buta macam ni , boleh pulak layan makan ais krim dengan dia macam mereka berdua ni best friend forever !
            Ibu jari Syed Harraz tiba-tiba mengesat tepi bibir dia , membuatkan Johanna tersentak . Berderau darah muda dia . Hish , Syed Harraz ni . Buat jantung dia mengepam laju di dada .
            “Makan ais krim pun comot . Macam budak-budak.” Kata Syed Harraz , menjeling kat dia . Cepat-cepat Johanna mengesat sendiri tepi mulut dia .
            “Makan dengan tangan kiri , mestilah kekok!” Balas Johanna , mengerut hidung .
            “Mulut kau tu kalau tak menjawab tak boleh kan?” Tanya Syed Harraz pula, merenung tajam pada Johanna . Pagi-pagi buta dah mula nak bertekak semula .
            “Ada mulut , jawablah!”
            “ Dah kena cium , baru senyap kut!” Balas Syed Harraz bersahaja sambil senyum jahat . Terus Johanna ketap bibir . Tak nak cakap apa-apa . Tahu pun senyap , Syed Harraz sudah senyum menguntum.

4 comments: