Thursday 9 April 2015

KAU SELALU ADA BAB 7

BAB 7
            Aku meneliti bilik tidur Encik Ammar . Besar satu , luas pun satu dan cantik . Bilik utamalah katakan . Tapi satu aje yang tak cantik , bilik itu bersepah dengan baju-baju dan seluar di lantai dan di atas katil ada tuala mandi dan jubah mandi . Aku melangkah dan meneliti ruang bilik itu . Sangat sederhana tapi nampak mewah . Ada sebuah katil saiz king di tengah-tengah bilik dan gambar Encik Ammar sedang berpeluk tubuh dengan pakaian gaya koperat dia . Kacak? Memang kacak suami aku ni . Dan , Kak Najwa tu memang rugi . Bukan rugi sikit . Tapi rugi banyak! Di beri peluang berkahwin dengan anak dato’ tapi dia tolak mentah-mentah sebab mengejar cinta si Faiz Hamdan yang baru di kenali itu .
            Telefon bimbitku bergetar di dalam poket seluar jean aku . Segera aku tarik keluar dan melihat skrin . Ada mesej dari encik suami rupanya . Apalagi yang dia mahukan ?
            Ada x saya ucapkan terima kasih pada awak hari ini , Iman ? Kalau x lg , sy ingin mengucapkan terima kasih kerana menghangatkan malam saya semalam . Dan , terima kasih sebab sudi menjadi isteri kepada Ammar Hafiz . Sy sangat gembira sekarang sebab sudah punya isteri yang akan menjadi peneman hidup saya selamanya .
            Walaupun awak x syng sy , tapi x apa . Kasih-sayang boleh di pupuk perlahan2..
       P/S : Sorry , bilik bersepah sikit sebab  terburu-buru nak bernikah..x smpt nk kemas .Tapi apa gunanya isterikan , Iman Sayang?
            Aku tersenyum sendiri bila membaca ayat-ayat yang tertera di dalam handfon aku itu . Aku pula mula menekan huruf-huruf untuk membalas jawapan Encik Ammar itu .
            Encik Ammar , sebagai suami sy , sy wajib mentaati awk selagi ia tak bercanggah dengan hukum agama . Satu lagi , mana awak tahu sy x syng awk? Sebagai isteri pula , sy wajib mencintai awk . Tp itu mungkin memakan masa …
            P/S : Sy bkn bibik awk!!
            Aku hantar mesej itu kemudiannya  dan mula mengutip baju-baju , seluar dan seluar kecik encik suami dan aku sumbatkan ke dalam bakul . Penuh ! Entah bila kali terakhir dia cuci baju ya ?
            Langsir bilik aku selak ke tepi untuk memberi sinar matahari masuk ke dalam . Aku toleh memandang katil itu pula . Segera aku menghampiri dan terus menanggalkan sarung bantal , kain cadar dan selimut . Aku longgokkan di sebelah bakul baju kotor tadi dan melangkah ke almari pakaian pula . Menggeleng kepala aku tengok baju-baju Encik Ammar yang sudah berselerak dan tidak tersusun itu . Ini mesti main tarik aje baju tu . Mataku terus mencari alas cadar dan sarung bantal yang baru . Selama ni siapalah yang menjaga makan-pakai mamat ni ya?
            Segera aku menukar cadar baru itu dan mengelap meja kaca dan perkakas di dalam bilik itu . Selesai , aku menyapu dan mengemop lantai pula. Bilik air pula kini menjadi tumpuanku . Nasib baik bilik air ni tak tonggang-langgang . Bersih . Tapi tetap aku cuci juga dan susun barang-barang seperti syampu , krim mandian dan sabun .
            Okay , done!
            Aku bawa bakul baju kotor Encik Ammar dan sarung cadar serta sarung bantal ke dapur . Ada satu ruang kecil untuk mencuci baju . Ada mesin pembasuh dan di situ juga ada tempat menyindai baju . Terus aku masukkan baju-baju kotor Encik Ammar dan letak sabun . Aku baca info macam mana nak guna mesin itu . Aku tekan power dan air masuk ke dalam mesin basuhan.
            Aku ke ruang tamu semula dan mengemas surat-surat khabar dan majalah perniagaan yang bersepah . Entah bila tarikh surat khabar itu , aku malas nak tengok nanti kerja aku tergendala pula .
            Habis kerja di ruang tamu itu , aku tersandar kepenatan . Aku terduduk di kusyen empuk Encik Ammar . Aku capai alat kawalan tv dan buka . Ada cerita best . Layan sekejab .
            Aku terasa bagai ada sesuatu yang mengelus pipi aku . Aku buka mata perlahan dan wajah kacak Encik Ammar di depan mataku . Dia sedang tersenyum memerhatikan aku tidur . Tidur? Segera aku terbangun . Aku tertidur rupanya ! Bukan aku tengok tv ke tadi?
            “ Penat ya mengemas rumah tadi?” Tanya si dia sambil tersenyum . Dia duduk mengadap aku . Tangan dia menyelak anak rambutku yang terjuntai di dahi . Aku bangun dan duduk sambil meraup muka .
            “ Encik Ammar baru balik ke ?” Tanyaku memandangnya . Dia sudah duduk menyandar sambil berpeluk tubuh dan pandang aku .
            “You know what ? From now on , there’ll be no more Encik Ammar .. Encik Ammar ni.” Katanya dengan kening ternaik .
            “ Mulai sekarang saya akan panggil awak sayang . Tak nak Iman . Piyah lagi tak nak!”
            Piyah ? Macam payah aje nak sebut . Aku pandang dia juga dan mengangguk .
            “ Okay, saya panggil Encik Ammar , encik ajelah.” Balasku senang dan bersandar sebelah dia .
            “I’m not your boss , Iman! I mean .. sayang!” Balasnya berkerut pula . Ceh! Diri sendiri pun tersasul , nak panggil sayang konon !
            “ Encikkan memang bos saya . Suka memerintah dan suka memaksa!” Kataku pula menjelingnya .
            “ Menolong suami juga satu amal jariah jugak , Iman sayang . Senangkan nak dapat pahala ? Awak tolong saya .. bahagiakan hidup suami awak ni , awak dah boleh masuk syurga ..Insyaallah ..” Balas Encik Ammar , lalu bangun berdiri . Dia menghulur tangan padaku .
            Aku pandang dia . Tak faham . Tapi aku sambut juga huluran tangannya itu .
            “ Kan saya dah janji nak bawa awak pergi beli barang dapur . Hari ni , saya nak awak masakkan saya asam pedas ikan pari untuk makan malam kita .” Kata Encik Ammar , memimpinku hingga ke pintu .
            “ Tapi Encik Ammar , saya tak tahu masak .” Kataku pula , serba-salah dan takut nak masak. Aku masak tak pernah menjadi .
            “ Tak apa . Awak boleh belajar , Iman sayang . Nanti , awak tanya emak atau mama.” Katanya sambil tersenyum memandangku . Kami melangkah ke lif  dan masuk . Aku sudah garu-garu kepala . Macam mana nak masak asam pedas ikan pari ? Aku tahu goreng telur masak kicap atau masak maggi goreng bolehlah!
            Aku perasan Encik Ammar sudah sembunyi senyum kat aku . Ah , cubalah . Tak belajar , tak tahukan , Iman ? Itulah , masa emak ajak masuk dapur ada aje alasan kan?
            Kami melangkah bersama sambil dia menolak troli . Barang-barang basah seperti ayam , ikan pari dan udang serta daging , sudah di sumbatkan di dalam troli . Aku memilih sedikit sayur campur . Goreng sayur tu , tahulah aku . Kemudian kami membeli barangan kering pula . Nak masak asam pedas mestilah ada cili kering , bawang besar , bawang kecil , bawang putih  dan serai  serta asam jawa .
            Encik Ammar membeli keperluan yang lain juga . Memandangkan dia sudah punya teman hidup , kenalah beli barang makanan yang lain juga , katanya . Selesai berbelanja , kami pun pulang ke kondo semula . Dia menolong aku menyimpan barang-barang di dalam peti sejuk dan terus tinggalkan aku sorang-sorang  kat dapur . Aku meletakkan ikan pari yang sudah siap di siang ke dalam besen .
            “ Okay , mula-mula call emak .” Kataku sendiri . Terus aku keluarkan telefon dan dail nombor rumah abah .
            “ Assalamualaikum ..” Itu suara kak chik .
            “ Waalaikumsalam , kak chik! Ini , Iman . Mak ada?” Terus aku bertanya tanpa bertanya khabar atau apa-apa . Itu tak penting buat masa sekarang . Apa yang penting misi memasak asam pedas ikan pari !
            “ Mak ada . Kejab !”
            Lama juga aku menanti emak menyambut panggilanku .
            “ Hah , Iman . Ada apa ?” Tanya emak kat hujung talian .
            “ Emak , macam mana nak masak asam pedas ikan pari ?” Tanyaku . Emak terus ketawa mengekek . Huh , sampai hati emak aku ketawakan anak dia sendiri .
            “ Siapa nak makan ni ? Menantu mak ke ?” Tanya emak , sesekali gelak kecil .
            “ Haah , mak . Mak tolong bagi resepi macam mana nak masak . Iman tulis .” Kataku ,sudah menggagau cari buku dan pen.
            “ Ikan pari tu kena rendam dengan air asam dan air beras dulu , Iman . Bagi hilangkan hanyir ikan tu .. kopek bawang  besar sikit , bawang kecil , bawang putih…”
            Aku terus mencatitkan apa yang emak suruh aku buat . Habis mencatitkan apa yang perlu aku sediakan , aku mula memasak . Akhirnya , siaplah masakan untuk encik suami . Masakan pertama aku . Harap-harap dia tak komen . Komen sikit-sikit tak apa . Kemudian , aku goreng sayur campur pula yang aku letakkan sedikit udang .
            Jadi , lepas sembahyang maghrib , kami duduk di meja makan . Dia tengok saja lauk –lauk yang aku masak . Kemudian , dia menceduk lauk asam pedas ikan pari aku sambil pandang aku dengan pelik .
            “ Ini lauk apa , sayang ?” Dia memulakan sesi Ammar Tanya , Iman kena Jawab .
            “ Asam pedaslah!” Jawabku penuh dengan keyakinan . Dahi dia sudah berkerut semacam.
            “ Setahu abang , asam pedas tak macam ni . Macam asam rebus aje ..” Katanya , memandangku . Hilang terus senyuman penuh keyakinan aku . Asam rebus ? Lauk apa tu? Mak salah bagi resepi ke ? Atau aku yang salah buat ??
            Bila dia sudah lihat muka aku lain macam , dia terus ceduk kuah ‘asam  pedas aka asam rebus’ yang dia katakan itu , dan di letakkan ke dalam pinggan nasi dia . Dia terus gaul perlahan dan makan . Muka dia terus berubah. Dah kenapa pulak tu? Dia seolah terpaksa menelannya .
            “ Masamnya , sayang . Ini betul-betul asam masam pedas ni …” Komennya lagi . Aku sudah rasa serba tak kena . Ya Allah , apa nak jadi dengan aku ni ?
            “ Kan , Iman dah cakap . Iman tak pandai masak .” Aku sudah tolak pinggan . Tak ada selera nak makan dah . Encik Ammar sudah senyum kat aku . Dia ceduk sayur goreng pula dan makan . Dia mengangguk .
            “Yang ni sedap pulak , sayang . Abang makan sayur ni ajelah . Asam rebus tu kita simpan aje . Abang ambil ikannya aje . Tak berani abang nak ambil kuah dia banyak-banyak . Takut sakit perut pula kat ofis besok .” Katanya , bersahaja saja mukanya . Hm , sekurang-kurangnya dia habiskan juga sayur campur goreng aku .  Dia senyum pandang aku sambil makan . Aku menghela nafas perlahan . Kalau emak tahu , sure emak marahkan aku sebab tak pandai nak masak untuk suami . Lagi pulak bila suami teringin nak makan itu-ini . Rasa nak menangis sebab kekurangan diri yang satu ini pun ada .
            Encik Ammar memegang tangan aku yang terletak atas meja . Dia senyum lembut kat aku .
            “ Tak apa , Iman sayang . Belajar dari kesilapan . Buat lagi dan lagi sampai awak boleh masak asam pedas tu . Abang faham , awak masih muda lagi dan masih banyak masa untuk awak belajar ni .” Katanya , cuba menyedapkan hati aku .
            Ya , Iman . Banyak kau kena belajar dan ambil tahu . Terutamanya , apa yang encik suami suka makan dan suka buat . Aku tenung lauk asam pedas itu dan mengeluh lagi …



KAU SELALU ADA BAB 6

BAB 6
            Aku terkaku dengan dada yang berombak kencang . Encik Ammar merenungku lembut ketika dia melepaskan bibirku . Rambutku yang jatuh menutupi muka dia selak perlahan .
            “ Awak .. tak suka dengan apa yang saya lakukan pada awak , Iman?” Tanya Encik Ammar perlahan . Aku geleng perlahan saja . Dia tunduk mengucup bibirku lagi . Terpejam mataku bila bibir dia bergerak lembut pada bibirku .
            “ Saya suami awak dan awak adalah isteri saya . Awak dan tubuh awak ni adalah milik saya . Kalau kita tak memulakan perkenalan begini sampai bila-bila pun awak dan saya tak akan saling mengenali , sayang . Macam mana kalau kita nak dapatkan anak kalau kita tak melakukan hubungan intim begini ? Saya mahu menjadi bapa kepada anak-anak awak , Iman . Dan , untuk merealiasasikannya , kita harus bekerja sama  . Saling memberi dan menerima . Awak faham tak maksud saya ?” Bisiknya lagi , di telingaku sebelum dia mengucupnya lembut . Kenapa aku tiba-tiba rasa lemah ni ?
            “ Kita harus melakukannya bersama-sama . Saling menyempurnakan tanggung jawab bersama . Hm?” Mata dia redup  merenung aku .
            “ Tapi … awak … saya ..kita tak saling mengenali . Awak tak sayang saya pun ..” Bicaraku terhenti bila dia mengucup bibir aku sekali lagi .
            “I tell you what , lepas ni kita akan saling mengenali , sayang dan awak akan menjadi milik saya .” Bisiknya lagi . Dan , bila wajahnya semakin mendekat , degup jantung semakin laju aku rasakan . Adakah semua isteri akan merasakan debaran begini bila hendak melakukannya dengan seorang suami untuk pertama kali ? Aku sudah tertelan air liur .
            Aku keluar dari bilik air dan melangkah perlahan . Mata terpandangkan tubuh Encik Ammar yang tidak berbaju itu sedang tidur meniarap . Bila terpandangkan dia begitu , muka aku naik sebal . Aku cuba tak nak ingat apa yang telah kami lakukan malam tadi . Aku tepuk-tepuk muka bagi hilangkan semua bayangan semalam . Aku lap rambut sambil memandangnya yang pulas tidur itu .

            “ Encik Ammar …. Encik Ammar , bangun . Dah subuh ni .” Aku memanggil dia perlahan . Dia bergerak perlahan dan membuka mata . Dia mengangkat kepalanya sedikit dan memandang aku . Wajah dia nampak kacak walaupun rambut serabai macam tu. Tubuh di baringkan telentang dan dada bidang dia terpandang depan mata aku . Aku segera melangkah dan membentangkan sejadah di atas lantai .
            “ Awak dah mandi wajib ?” Dia tanya aku ketika bangun berdiri dan memakai tuala saja.
            “ Sudah .” Balasku , tak mampu nak pandang muka dia saat ini . Encik Ammar terus melangkah ke bilik air dan aku terus menyarungkan kain telekung . Bersedia menanti si dia untuk menjadi imam kepadaku .
            Usai solat subuh , dia terus menyarung kemeja dan seluar . Aku pandang dia . Namun , mulut ini tak mampu nak tanya dia hendak ke mana .
            “ Saya nak ke pejabat sekejab hari ni . Awak tunggu saya di sini .” Katanya , memandangku sekilas . Aku diam . Tangan mula hendak mengemas katil .
            “ Iman , tolong saya ikatkan tali leher ni . Tangan saya rasa lenguh pulak . “ Ucapnya , tiba-tiba sudah berdiri di belakangku . Aku meletakkan bantal yang aku pegang dan berpaling menghadap dia kini . Dia mendekat dan menarik pinggang aku rapat pada dia . Aku buat apa yang dia suruh dan aku dapat rasakan mata hitamnya tunak memandang wajahku . Aku cuba sedaya-upaya buat muka bersahaja bila bibir dia bagai sengaja mengucup dahiku , sesekali . Terasa tangan aku mengeletar sedikit . Okay , siap !
            “Thanks .” Ucapnya , mengucup dahiku . Aku tunduk dan mengemas katil semula .
            “ Iman , boleh tak awak tak payah duduk di rumah sewa awak lagi ?” Tanya dia di belakangku . Aku terasa dia sudah memeluk aku dari belakang . Pinggangku di peluk erat .
            “ Tapi rumah sewa saya tu dekat dengan kampus saya , Encik Ammar .” Jawabku pula .
            “ Kalau kita duduk asing-asing , macam mana kita nak saling mengenali diri masing-masing , Iman? Saya macam dah biasa ada awak menemani malam saya …” Bisiknya di telingaku . Aku menggenggam selimut di tangan dan mataku tiba-tiba terpandangkan tompok darah di atas cadar . Terus muka aku jadi merah membahang . Cepat-cepat aku menarik alas cadar itu dan menanggalkannya .
            “ Awak tunggu saya di sini . Saya pergi ofis sekejab aje . Lepas tu , kita balik ke kondo saya .”
            “ Tapi , Encik Ammar ..”
            Dia merenungku tajam . Muka dia sudah nampak serius sekarang.
            “ Habis , kalau kita duduk berasingan macam mana saya nak jumpa awak ? Awak tak rasa berdosa ke tinggalkan saya dan membiarkan saya ? Hukum mana yang awak ikut ni? “ Suara dia sudah kedengaran lain . Aku hanya tegak pandang dia . Tak tahu nak balas apa .
            “ Saya tak nak dengar lagi . Awak tak payah balik ke rumah sewa awak lagi dan itu adalah muktamad. Saya yang akan menjaga awak mulai saat ini , Iman .” Katanya dengan tegas juga .
            Jadi , dalam waktu tengahari dia pulang dari ofis dan terus memberitahu mama kami nak balik ke kondo dia . Mama memelukku dan menyuruh Encik Ammar membawaku datang ke sini setiap minggu . Usai , bersalaman dengan mama dan Kak Sarah , aku ikut Encik Ammar pulang ke kondonya . Sebelum itu , sempat dia singgah ke sebuah restoran .
            “ Kita beli nasi beriyani ajelah ya , sayang . Kita bungkus dan bawa balik makan kat rumah kita .” Katanya lagi . Aku anggukkan saja . Tak dapat nak fikir apa-apa ketika ini . Dia bagai mengawal hidupku untuk pertama kali dan aku pula bagai ikut saja apa yang dia suruh . Agaknya , mungkin semua isteri-isteri macam ni kut!
            Beberapa minit kemudian dia masuk ke dalam kereta dan menyerahkan bungkusan-bungkusan nasi beriyani itu dan dua bungkus air buah . Kereta terus bergerak semula .
            “ Petang nanti kita pergi tesco beli barang-barang untuk memasak . Tak ada apa dalam peti sejuk tu . Cuma ada buah-buah aje .” Kata Encik Ammar ketika membuka pintu kondonya .
            Dia mengajak aku masuk dan dia terus meletakkan bungkusan-bungkusan itu atas meja . Aku memerhatikan keadaan kondonya yang sangat besar itu dan nampak mewah . Perabut juga tak banyak di dalamnya . Jadi membuatkan ruang tamu dan ruang makan nampak luas dan kemas. Senanglah aku kalau nak mengemas nanti .
            Aku berpaling memandang Encik Ammar . Rupanya dia juga sedang memerhatikan aku . Aku terpandangkan bungkusan-bungkusan itu . Alamak , lupa pulak nak saji . Tentu Encik Ammar sudah lapar . Segera aku melangkah ke ruang dapur . Ruang ini sederhana saja besarnya .
            Ada kabinet bahagian atas yang melekat di dinding dan bahagian bawah dekat dengan dapur gas . Bersih aje aku nampak dapur tu . Macam Encik Ammar ni tak pernah memasak . Aku capai dua biji pinggan dan dua gelas untuk aku dan dia . Terus aku bawa ke meja makan . Dia sudah duduk di kerusi sambil bercakap sesuatu di telefon bimbitnya .
            Aku meletakkan nasi ke dalam pinggan dan lauk-lauk ke dalam mangkuk . Bila aku duduk , dia juga sudah habis bercakap di telefon . Dia mengangkat tangan untuk membaca doa makan dan kami mula makan . Dia menyuap perlahan saja makanannya dan sangat tertib . Dia tidak bercakap apa-apa sehinggalah makanannnya habis . Aku makan tak habis . Banyak sangat nasi beriyani itu .
            “ Kenapa tak habis ?” Dia menegur .
            “ Banyak sangat , Encik Ammar . Tak larat perut saya nanti .” Kataku , ketika mencuci tangan di sink .
            “ Tak larat ? Macam mana perut awak nak bawa anak saya pulak nanti kalau nasi pun awak tak larat nak bawak?” Tanya dia sambil tersenyum . Aku menggigit bibir bawah. Dia ketawa halus kemudiannya dan melangkah ke luar dari dapur . Aku mengemas meja dan dia mengelap meja dengan tuala . Rajin juga encik suami ni .
            Usai mencuci pinggan-mangkuk dan aku telungkupkan di atas rak , aku kembali semula ke ruang tamu .
            “ Saya dah nak balik ofis ni , Iman . Nanti petang kita pergi beli barang . awak nak masak apa ? Kejab . Awak tahu masak ke ?” Dia menyoroti wajahku . Aku memang lemah bab masak-memasak ni . Jadi aku geleng perlahan sambil ketap bibir . Dia sudah tersenyum menampakkan lekuk di pipinya .
            “ Tak pandai , boleh belajar . Saya tak cerewet tapi saya suka kompelin .” Dia menghampiriku dan menyerahkan segugus kunci padaku . Mata dia merenungku .
            “ Tunggu saya di sini . Jangan ke mana-mana .” Dia seakan memberi amaran .
            “ Ke mana pulak saya nak pergi , Encik Ammar .” Balasku , mendatar  saja .
            “ Mana saya tahu . Rupa awak ni berpotensi nak tinggalkan saya .” Katanya pula dengan muka selamba dan terus menapak ke arah pintu . Cis , macam tak percayakan aku pulak . Aku balik rumah sewa aku , baru dia tahu !
            “ Iman , saya dah nak pergi ni!” Katanya dari depan pintu . Segera aku melangkah dan dia menghulur tangannya . Aku sambut tangan dia dan cium .  Dia kucup dahi aku dan nak melangkah keluar . Tapi bagai teringatkan sesuatu dia berpatah balik dan dia terus cium bibir aku sebelum sempat aku nak berfikir atau bertanya . Dia tersenyum nampak nakal dan terus keluar , meninggalkan aku terpaku sendiri .

Tuesday 7 April 2015

KAU SELALU ADA 5

BAB 5
            Encik Ammar menarik tanganku untuk mendekati wanita itu . Dia terus tunduk meraih tangan wanita itu lalu di kucup . Juga pipi itu . Mata hitam wanita itu tidak berkelip memandangku .
            “ Mama , ini Iman Suffiyah . Isteri Am. Iman , ini mama .” Encik Ammar memperkenalkan kami . Aku segera meraih tangan dia dan tunduk mengucup. Tidak aku sangka, dia terus peluk aku dengan erat . Fuh , lega … Mak mertua aku boleh terima aku walaupun anak dia tu macam tak aje .. Tak apa , Iman . Perlahan-lahan . Semuanya akan baik-baik saja .
            “ Mama sangat gembira Iman jadi isteri Am . Bukan Najwa tu . Dari mula lagi mama dah rasakan , pasti akan terjadi sesuatu . Mama sangat bersyukur dan berterima kasih pada Iman sebab menyelamatkan maruah Ammar .” Mama sudah menangis sambil peluk aku . Sebak juga dada aku bila melihat seorang ibu menangis macam ini demi anak-anak dia . Tapi aku tahankan saja . Pelukan kami terlerai dan wajah Encik Ammar aku pandang . Mata dia juga sedang memandangku .
            “ Malam ni , tidur sini ya . Mama nak sangat berbual dengan kamu . Emak kamu apa khabar ? Lama mama tak jumpa Kiah .” Kata mama lagi . Aku tak cakap apa-apa bila mama sudah mempelawa aku untuk bermalam di sini .
            “ Mama ..” Panggil seseorang pula . Aku dan mama menoleh . Seorang wanita yang sedang mengandung keluar dari dapur agaknya . Dia terus menghampiri kami dan menghulurkan tangan padaku .
            “ Saya Sarah . Panggil saja Kak Sarah ..” Dia memperkenalkan diri dan aku juga memperkenalkan diriku .
            “ Isteri abang Amraz .” Kata Encik Ammar . “ Along dengan papa mana , Kak Long ?” Tanya Encik Ammar pula .
            “ Keluar melawat kawasan !” Balas Kak Sarah , selamba . “Out stationlah . Apa lagi . Awakkan pengantin baru . Jadi , papa bawak along kamu .” Sambungnya lagi sambil senyum pada aku dan Encik Ammar . Aku senyum segaris . Terasa kekok pulak .
            Kak Sarah ni memang happy go lucky orangnya kut . Dua jam aku kat sini , dia sudah terlebih peramah dengan aku . Asyik ketawa saja . Dia suka bercerita . Tentang anak perempuan dia yang comel itulah . Tentang suami dialah dan tentang kandungan dia yang sudah masuk tujuh bulan itu .
            Aku berdiri tegak di tengah-tengah bilik Encik Ammar . Besar dan agak luas . Perabutnya semua berwarna putih . Ada satu sudut bersantai untuk menonton tv . Ada beberpa buah kusyen untuk melepak atas karpet kelabu yang tebal itu . Aku lihat beg pakaian aku dan dia sudah di letakkan di dalam bilik itu .
            Pintu bilik di ketuk perlahan . Segera aku melangkah ke pintu dan membukanya . Wajah Kak Sarah sedang tersenyum lebar di hadapan mataku .
            “ Ada apa , Kak Sarah ?” Tanyaku , memandangnya juga . Dia terus mencapai tangan aku dan meletakkan sesuatu di tapak tangan aku . Aku tunduk dan memandang sehelai kain satin . Lembut dan licin . Aku angkat dan melihatnya . Baju tidur??
            Mataku sudah terbeliak  melihat baju tidur nipis dan bertali halus itu . Ini .. ini … Aku pandang Kak Sarah yang sudah tersenyum penuh makna . Dia tepuk bahu aku sekali .
            “ Akak memang nak bagi baju ni pada isteri Ammar tu . Dia tu keras kejung . Manalah tahu bila tengok Iman pakai macam ni , dia boleh bertukar jadi mat romantik ke . Maybe you need it … well , you know ..” Kak Sarah sudah senyum penuh makna .
            “ Eauwwww…” Jerit ku perlahan . Aku baru nak bagi balik baju tidur itu pada Kak Sarah bila mata terpandang Encik Ammar yang baru keluar dari bilik mama di hujung sana . Segera aku sorokkan baju tidur itu ke belakang .
            “Well , good night … have a pleasant night!” Bisik Kak Sarah , lalu terus berlalu pergi . Encik Ammar selamba saja masuk ke bilik sambil pandang aku sekilas . Dia melangkah ke meja solek dan mengeluarkan telefon bimbit dan dompetnya dari dalam poket seluar .
            “ Harap awak tak kisah kita tidur sini malam ni .” Katanya , tanpa menoleh padaku . Aku tutup pintu bilik dan masih berdiri dekat dengan pintu . Dah tak tahu nak buat apa.
            “ Satu malam tak apa . Tak mati pun .” Balasku , perlahan . Tapi masih tak bergerak dari situ . Dia memandangku kini .
            “ Kenapa tegak aje kat situ ? Tak nak tidur ke ?” Tanya dia sambil memandang dengan kening sebelahnya ternaik . Aku diam . Tangan pegang kemas-kemas baju tidur itu di belakangku . Aku sudah tak tahu nak buat apa bila kakinya mula datang mendekatiku .
            Mata hitam dia meneliti wajahku bagai mencari apa-apa yang aku cuba sembunyikan . Mungkin dia rasa pelik bila melihat aku tak bergerak dan tangan asyik kat belakang sejak dia masuk tadi .
            “ Apa yang awak sorokkan kat belakang tu ?” Si dia mula bertanya . Kepala sudah di jengahkan sedikit ke belakang aku .
            “Nothing!” Aku sedikit mengelak dan pusing sikit badan aku bila dia sudah semakin dekat . Dia terus tarik tubuh aku dan aku terus melekat ke tubuh dia . Terkaku aku bila dia peluk aku begitu dan tangannya terus mengambil barang yang aku sorokkan di belakang.
            Dia menjeling manja kat aku dan kemudian memandang pada gaun tidur di tangannya . Bibirnya sudah senyum senget sedikit .
            “Where did you get this ?” Dia bertanya lembut . Suaranya kedengaran dalam .
            “ Kak Sarah .” Jawabku perlahan saja .
            “ Pakai ajelah . Saya yang nampak awak . Bukan ada orang lain dalam bilik ni .” Katanya berlalu sambil selamba membuka baju T dia dan di campakkan ke dalam bakul tepi bilik air . Dia capai tuala . Kaki yang nak melangkah ke bilik air terhenti dan dia menoleh padaku . Aku sudah menunduk . Malunya!!
            “ Apa nak malu , Iman . Awak pun pernah bertuala saja depan saya .” Katanya , sambil bibir tersenyum menguntum padaku dan berlalu masuk ke bilik air .
            Aku teragak-agak nak keluar dari bilik air. Haishh , kenapa Kak Sarah tak bagi baju tidur yang sopan sikit ? Ini dah macam nak kena joget tarian tiang!
            Aku membetul-betulkan bahagian dada yang sememangnya tak boleh nak tutup itu . Ni , kalau Encik Ammar nampak , sure  aku kena terkam . Segannya aku nak keluar. Apa nak buat ni?
            Pintu bilik air tiba-tiba di ketuk orang . Itu sudah semestinya encik suami ‘tersayang’ . Aku diamkan saja . Takut nak keluar dengan pakaian yang ala-ala perempuan murahan ini . Baju warna merah itu memang nampak seksi . Aku sendiri segan nak tengok .
            “ Iman Suffiyah ?” Suara itu memanggilku dari luar . Terus tegak bulu roma aku . Cepat-cepat gosok lengan yang terdedah . Dengar suara dia saja sudah menegakkan bulu roma aku . Apalagi kalau mata itu pandang baju tidur ini .
            Pintu bilik air di ketuk lagi . Kali ini agak kuat sedikit . Aku pejam mata seketika dan tarik nafas . Kemudian hembus perlahan-lahan . Dengan muka cuba buat selamba macam dah biasa pakai baju macam ni , aku buka pintu bilik air . Tubuh tegap Encik Ammar yang hanya bersinglet putih dan berseluar kapas kotak-kotak  tegak di hadapanku .
            Buat beberapa ketika dia macam terkaku . Matanya juga . Tangan aku dah naik tutup dada dan leher aku . Rasa macam sia-sia aje . Dia berdehem sekali .
            “ Saya ingatkan awak jatuh dalam bilik air tadi . Lama sangat .” Katanya . Aku nampak dia hembus nafas dan menggosok-gosok dadanya perlahan . Aku melangkah keluar sambil tarik-tarik baju itu yang parasnya cuma atas lutut . Dia ikut aku dari belakang .
            Kemudian kami tak tahu nak buat apa . Cuma berdiri tegak di tepi katil . Dia di bahagian kanan dan aku di bahagian kiri .
            “ Err.. dah jom tidur . “ Katanya , lalu menyelak comforter dan naik atas katil dan pandang aku yang masih lagi berdiri tegak di sisi katil .
            “ Awak tunggu saya bentang karpet merah ke ?” Sindir dia . Ceh!
            Bengang dengan kata-kata sinis dia tu , aku terus panjat katil dan terus baring . Ah , bestnya baring atas tilam mahal ni . Aku tersenyum sendiri dan memejamkan mata .
            Tapi kemudian mataku terus terbuka bila kepalaku di angkat dan dia meletakkan di atas lengannya. Tubuh Encik Ammar sudah mendekat padaku . Terasa kehangatan nafasnya di dahiku bila dahi aku pula di kucupnya . Dia menghela nafas perlahan . Kemudian dia angkat kepalanya sedikit dan mengucup pipiku pula .
            “ Awak nampak seksi bila pakai macam ni , Iman.” Bisiknya di telingaku . Desah nafasnya sudah tersekat-sekat . Oh tidak , aku sudah pejam mata . Rasa nak menangis pun ada bila bibir dia sudah mengucup telinga aku dan leher aku .
            “ Encik Ammar … Encik Ammar .. wait ..wait ..wait ..” Aku tolak-tolak dada dia yang sudah menindih aku . Dia terus mengangkat mukanya dari celah leher aku dan tunduk memandangku .
            “ Kenapa ?” Dia bertanya . Kenapa ya ? Aku pun tak tahu kenapa aku panggil dia . Apa yang aku tahu , aku tak selesa bila dia mula bertindak begitu padaku .
            “ Awak tak rasa ke kita ni terlalu awal nak melakukan hubungan ..” Aku jadi segan nak cakap . “ Jom , kita kenal-kenal dulu .” Aku terus bagi cadangan begitu . Kening dia sudah terangkat sedikit dan bibirnya sudah senyum sejemput . Dia melepaskan pelukannya di tubuhku dan aku terus duduk dan menghembuskan nafas . Debaran di dada begitu kuat sekali bila melihat matanya merenung wajahku dan pada tubuhku yang sedikit mendedahkan itu .
            “ Hai , saya Iman Suffiyah . Awak boleh panggil Iman saja . Saya budak kolej .” Kataku , berdehem sesekali . Membetulkan suara yang tiba-tiba nak hilang itu .
            “ Ammar .. Ammar Hafiz Bin Dato’ Azhari . Nice meeting you , Iman .” Mata hitamnya bagai tersenyum memandangku . Mungkin dia tahu apa yang aku cuba nak lakukan . Bukannya apa , aku terlalu gemuruh ni . Mana pernah orang lelaki sentuh aku macam tu sekali !
            “ Awak kerja apa ya , Encik Ammar ?” Tanyaku , bersemangat sungguh nak tahu .
            “ CEO di syarikat papa kita tu ..” Katanya , sudah mendekatiku semula . Aku berganjak sedikit .
            “ O , awak CEO . Mesti susahkan jadi CEO ni …” Kataku lagi . Dia mengangguk dan dia semakin dekat padaku . Tubuhnya sudah bersentuhan dengan tubuhku semula . Aku pula semakin condong ke belakang bila dia semakin menghimpit aku semula .
            “ A ..aw .. awak tak nak tahu pasal saya ke , Encik Ammar ?” Tanyaku , cuba menolak dadanya sekali lagi . Mata dia sudah merenung jauh ke mataku .

            “I know everything about the girl I married . Now , stop talking and let’s get into action . You look so beautiful and so damn sexy and I …” Dia tidak menghabiskan ayat-ayatnya tapi bibirnya terus mengucup bibirku . Memang aku sudah tak bergerak sudahnya .

KAU SELALU ADA 4

BAB 4
            Aku menoleh bila terasa ada seseorang yang berdiri beberapa tapak dari aku . Encik Ammar sedang merenungku kini . Aku memandang kolam renang semula , membiarkan diri di simbahi matahari pagi . Aku tak tahu apa yang aku fikirkan waktu ini .
            Dia mengatur langkah mendekatiku dan duduk mengadap aku . Sehelai sapu tangan di keluarkan dan mula mengesat muka dan rambut aku . Mata kami saling berpandangan . Tangan dia saja yang bergerak . Dia tak bercakap apa-apa . Nampaknya , aku tak akan mendengar apa-apa penjelasan dari dia tentang Shila itu dan aku sedar diri . Walaupun aku isteri dia , aku tak harus masuk campur dalam urusan hidup dia . Kami tak saling mengenali . Aku cuma isteri yang di gantikan untuk dia . Entah kenapa hati terasa pedih bila mengingatkannya .
            Aku bangun berdiri dan tanpa berkata apa-apa , aku melangkah hendak ke bilik semula dan dia mengekori aku dari belakang . Sampai depan pintu bilik , dia mengeluarkan kad bilik dan pintu terbuka dan membiarkan aku masuk dulu . Aku terus capai tuala dan sehelai baju T yang bersih dan terus masuk bilik air . Aku cuci mukaku yang melekit dan basahkan rambut . Kemudian aku tukar baju T . Baju kemeja aku sudah bau air oren itu aku bilas bersih . Kemudian aku keluar semula dan terpandang Encik Ammar sedang memandangku . Aku lap rambut dan menyangkut tuala di leher saja . Kemudian mula mengemas buku-buku aku yang tersusun atas meja sekarang .
            “ Kita nak balik hari ni ke , Encik Ammar?” Tanyaku , tanpa memandang dia . Dia berdiri di sebelahku kini. Sangat rapat hingga aku terasa tubuhnya bersentuhan denganku. Dengan lembut dia mengambil buku yang ada di tangan aku lalu di letak atas meja . Kemudian dia menarikku hingga ke katil dan ajak aku duduk bersamanya. Muka aku kini di tenungnya pula. Aku rasa mesti dia nak cakap berkenaan perempuan bernama Shila itu .
            “ Awak marahkan saya ke , Iman?” Dia bertanya . Eh , silap andaian aku rupanya . Aku garu dahi . Tidak tahu apa yang aku rasa saat ini . Cuma , aku rasa di persalahkan dalam hubungan antara Encik Ammar ini dengan Shila itu . Aku cuma jungkit bahu . Tak tahu nak cakap apa .
            “ Saya minta maaf atas apa yang Shila buat kat awak …”
            Aku tengok saja wajah dia . Kenapa dia pulak yang nak kena minta maaf atas kesalahan Shila itu ? Sayang benarkah dia pada perempuan itu ? Dan , aku ni pulak siapa pada dia ? Oh , baru aku ingat , aku hanya isteri ganti saja . Ada ke macam tu?
            “ Tak apa , Encik Ammar . Pukul berapa kita nak check out ?” tanyaku , memandangnya dengan mata bulat . Aku malas nak bercakap atau berfikir lagi tentang semua ini .
            “ Iman Suffiyah , saya dah tak ada apa-apa lagi dengan Shila tu …” Jelas Encik Ammar pula .
            “ Encik Ammar , saya tak tanya apa-apa pun tentang awak dan dia . Dan , saya sedar siapa saya pada awak . Tapi sebagai isteri walau kena ganti pun , saya rasa sangat terkilan dengan apa yang berlaku . Kalau awak mengaku saya ni isteri awak , awak tidak akan diamkan hal ni pada Shila . Kenapa saya harus beritahu dia yang saya ni kawan Encik Thoriq ? Sebab saya tahu awak enggan mengaku siapa saya depan Shila tu ..”
            “ Saya tak terfikir sampai macam tu , Iman!” Bentaknya .
            “ Tapi itu yang awak buat , Encik Ammar !” Balasku , terkuat sedikit suara padanya . Aku bangun berdiri . Kenapa aku rasa macam kami ni dah mula bertengkar macam suami-isteri yang lain ?
            “ Saya rasa , Cik Shila tu masih sayangkan awak . Mungkin perkahwinan ini satu kesilapan . Saya tak patut kahwin dengan awak …” Ucapku sendiri . Dia sudah berdiri dan pegang kedua-dua tanganku .
            “ Antara saya dan dia , sudah lama selesai sejak dia tolak lamaran saya dua tahun lalu . Now , you and I will make a better future . Saya nak awak dan saya melakukannya bersama-sama menjayakan alam rumah tangga ini , Iman .  Tak kiralah awak siapa dan saya siapa . Awak dan saya sudah di ikat dengan ijab –kabul itu . Jadi , jangan memutuskannya , Iman Suffiyah .” Katanya dengan tegas lalu melangkah ke pintu dan keluar meninggalkan aku . Ke mana pun dia , aku tidak tahu . Mungkin cuba meredakan perasaannya sendiri .
            Dalam tengahari kami meninggalkan puncak genting itu dan kami tidak berbual sangat . Sampai di KL , kami berhenti di hadapan gerai burger .
            “ Awak nak makan apa-apa tak ?” Tanya Encik Ammar . Aku menggeleng dan memandang ke luar . Dia keluar dari kereta dan melangkah ke gerai burger itu . Siapakah lelaki ini ? Aku meneliti gerak –gerinya . Dia sedang bercakap di telefon kini dan sesekali kepala dia menoleh padaku .
            Encik Ammar kembali semula ke kereta dan menghulurkan plastik yang mengandungi beberapa bungkus burger beberapa minit kemudian .
            “ Boleh tak Encik Ammar hantar saya balik ke rumah sewa saya ?” Tanyaku , bersahaja . Dia yang baru nak menggerakkan kereta terhenti dan memandangku , tak berkelip .
            “ Kenapa ?”
            “ Sebab saya memang tinggal kat situ .” Aku menunduk bila tidak tahan melihat renungan sayu dia .
            “Look , I’m sorry for what I ‘ve done to you , okay . Saya tak biasa lagi punya isteri dan..”
            “ Betul tu , sebab awak sudah terbiasa dengan Cik Shila tu ..” Aku senyum kat dia .
            “ That’s not what I meant . Saya cuma tak tahu macam mana ..”
            “ Encik Ammar !” Celahku . “ Saya juga tak biasa ada suami ni . Jadi , saya rasa adalah lebih baik kalau kita duduk asing-asing dulu sampai kita berdua tahu yang kita ni adalah suami-isteri .”
            “ Iman Suffiyah , do you really know what you’re saying? Saya suami awak dan saya yang akan mengizinkan atau tidak awak pergi .”
            “ Ah , c’ mon! Get real , now you tell me that you are my husband  sedangkan masa kat Genting tu awak macam terpaksa nak akui yang saya ni isteri awak depan Cik Shila tu , Encik Ammar !” Aku mula naik angin . Inilah kelemahanku. Cepat sangat nak marah .
            Mata dia bulat memandang aku tajam . Aku telan air liur .  Aku berdehem , bila mata dia masih padaku . Agaknya , kalau dia boleh telan aku , dia mahu menelan aku sekarang.
            “ Kalau awak tak nak hantar saya , tak apa . Saya boleh balik sendiri . Selama ni pun saya sendiri saja . Saya sangat-sangat memerlukan masa untuk memikirkan hal kita dan awak juga boleh memikirkan sama ada saya layak atau tidak untuk awak . Saya juga tak akan menghalang hubungan awak dengan Cik Shila tu sebab dia dulu yang hadir dalam hidup awak sebelum saya.” Kataku , tanpa memandang dia.
            Dia terdiam . Lama . “ Awak memang macam ni ya ?” Dia bertanya perlahan .
            Aku memandang dia dengan muka selamba .
            “ Ya .” Jawabku , tanpa senyuman di senyuman di bibir .
            Lama juga kami tak bercakap dan kereta juga masih tak bergerak . Kemudian aku terdengar dia menghela nafas .
            “ Sebelum saya hantar awak ke rumah sewa awak , boleh tak kita singgah  rumah papa sekejab ? Mama nak jumpa kita .” Kata Encik Ammar , perlahan . Aku terjeda beberapa ketika .
            “ Kenapa ?” Tanyaku . Soalan bodoh tu , Iman! Dah tentulah mereka nak jumpa kau , menantu baru mereka . Dari apa yang emak beritahu aku , mama Encik Ammar lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Itu sebab dia tak dapat datang ketika majlis pernikahan kami . Cuma , papa saja yang datang menemani Encik Ammar .
             “ Mama nak jumpa menantu dia . Dia nak sangat tengok isteri saya …”Balas Encik Ammar lagi .
            “ Dia tahu tak yang saya bukan Kak Najwa ?” Tanyaku , memandang dia tepat-tepat .
            Encik Ammar  mengangguk perlahan . Dia menghela nafas lagi dan menggerakkan kereta ke rumah keluarganya pula .
            Kereta Volkswagen Passat Encik Ammar terus meluncur memasuki perkarangan  rumah yang bagiku sangat besar itu . Ada empat buah lagi kereta terpakir di bawah garaj . Buat beberapa ketika , aku hanya merenung halaman rumah yang sangat luas itu yang hanya di sinari dengan lampu jalan yang sangat cantik .
            “ Jom.” Ajakan si dia di sebelah membuatkan aku berpaling memandangnya . Aku belum bersedia dengan semua ini . Mengenali lelaki ini juga rasanya aku tak sedia dan kini nak kena mengenali keluarganya pula . Iman , sedia atau tidak , kau memang sudah menjadi sebahagian hidup dia kini .
            “ Kenapa awak tengok saya macam tu ?” Tanya Encik Ammar , tersenyum memandangku .
            “ Tengok macam mana?” Tanyaku , buat muka kering saja .
            “ Macam nak telan saya !” Dia senyum lagi , menampakan baris gigi dan lekuk di pipinya. Aku tak menjawab , terus buka pintu kereta dan keluar . Aku ikut dia dari belakang .
            “ Assalamualaikum …” Dia memberi salam dari muka pintu .
            “ Pak ngah!!” Jeritan satu suara yang nyaring dari dalam rumah dan kemudian seorang budak perempuan yang mungkin berumur dalam lingkungan tiga atau empat tahun , berambut kerinting  berlari dan ‘pak ngah’ Ammarnya terus menyambar ke dalam pelukannya .
            “ Hello beautiful!” Pipi budak perempuan itu di cium geram .  Aku hanya memerhatikan saja dan senyum pada budak perempuan itu .
            “ Ini siapa , pak ngah ?” Tanya si kecil itu , apabila mata bulatnya memandangku . Encik Ammar meletakkan tubuh kecil itu ke bawah dan meraih tanganku . Aku tersentak sedikit . Dia menggengam jemariku kemas-kemas .
            “ Ini  mak ngah .” Dia memperkenalkan kami berdua . “ Iman Suffiyah , this is Puteri Mia Zara , anak abang saya ..”
            “ Oh , hello puteri ..” Aku rendahkan tubuh dan hulur tangan . Dia sambut dan kucup tangan aku . Aku cium pipi tembam dia .
            “ Are you going to take my pak ngah away?” Tanya si kecil itu .
            “Of course not . Mak ngah nak minta tolong puteri , boleh ?”
            Dia angguk laju . Rambut kerinting dia juga turut bergoyang bila dia buat begitu.
            “ Mak ngah sekolah lagi … dan tinggal jauh . So , can you take care of our pak ngah while I’m gone?” Tanyaku , sambil menjeling pada Encik Ammar . Dia sudah berpeluk tubuh dan memandangku , tajam .
            “Cannnn…” Laju saja si kecil itu menjawab. Kami berhigh five sambil aku sudah tersenyum . I love this cute little girl already ! Mungkin kami boleh jadi kawan baik .
            “ Ammar ..” Panggil satu suara mengganggu perbualan kami . Aku berdiri tegak dan memandang seorang perempuan yang duduk di kerusi roda . Dia juga memandangku . Tajam. 

KAU SELALU ADA BAB 3

            Aku dan Encik Ammar bangun dalam pukul sembilan . Kalau dah tidur balik lepas solat tadi , memang terlajaklah . Encik Ammar hanya mengenakan baju lengan panjang berkolar bulat warna coklat gelap dan seluar hitam . Memang nampak santai . Orang kalau sudah segak , pakai apa pun segak saja . Aku pula hanya pakai kemeja kotak-kotak lengan panjang yang aku lipat hingga ke siku dan berseluar jean . Rambut aku yang panjang hitam itu , aku ikat satu ke belakang . Macam aku selalu buat kalau ke kolej . Dah memang aku masih muda . Baru dua puluh dua tahun kut . Aku hanya pakai bedak baby saja dan sedikit lip gloss .
            Kalau orang tak tahu , mungkin mereka ingat yang kami ni couple . Sedangkan Encik Ammar itu suami aku . Encik Ammar juga macam tidak kisah dengan apa yang aku pakai . Bukan ke mana pun . Cuma , bersarapan pagi . Kami keluar dan dia menggenggam tanganku kemas-kemas . Langkahnya tenang saja .
            Dia memperkenalkan aku dengan business partner dia , Encik Thoriq . Encik Thoriq pula macam berminat sangat dengan kisah aku . Tanya tentang diri aku . Sedangkan Encik Suami langsung tidak bertanya apa-apa tentang aku .
            “Sekarang ni , you dah masuk tahun ke berapa Iman belajar kat kolej ?” Tanya Encik Thoriq , sebelum mnghirup kopinya dan merenung wajah aku dari balik cawannya .
            “ Masuk tahun ke dua . Saya ambil jurusan perakaunan .”
            “ Wow , you should be proud , buddy . And , you didn’t tell me you had a lovely young wife .” Kata Encik Thoriq pada Encik Ammar yang nampak tenang saja menikmati kopinya .
            “ Kenapalah you tak bawa dia semalam masa makan malam , Ammar . Taklah I bosan tengok Si Shila itu asyik duk bergesel aje dengan you macam kucing parsi . Sampai I tengok pun nak muntah !” Kata Encik Thoriq lagi , menjelingku .
            Okay , satu perkara yang menarik tu . Tapi siapa Shila tu ?
            “Good morning , my handsome heroes! Sorry , I’m late!” Kata suara nyaing yang tiba-tiba menerjah ke telinga kami . Rasa macam nak minta perhatian saja . Aku toleh dan terpandang seorang perempuan bergaun bunga matahari dan berambut perang menarik kerusi dan terus duduk di sebelah Encik Ammar . Aku hanya memandang saja dan sesekali memandang Encik Ammar yang hanya diam tidak bereaksi .
            Encik Thoriq pula hanya memandang kami bertiga dengan penuh minat . Mungkin mahu melihat reaksi aku atau reaksi perempuan itu . Bagi pihak aku pula , aku tidak tahu apa yang aku rasa saat ini bila melihat Shila itu merapatkan wajahnya ke wajah Encik Ammar sambil berbisik sesuatu . Kemudian barulah perempuan bersolek tebal itu ternampak kelibat aku yang duduk tegak di situ memerhatikan dia dan suami aku .
            “Who are you ?” Dia bertanya , dengan kening ternaik . Aku senyum sambil menjeling Encik Ammar .
            “ Saya kawan Encik Thoriq!” Aku hulur tangan untuk bersalaman . Kening Encik Thoriq terus terangkat . Mungkin tak sangka aku bercakap begitu . Habis , encik sebelah buat muka ‘kayu’ saja . Seolah tak mahu si Shila itu tahu aku ni siapa .
            “ Ooo , you girlfriend Thoriq ! Thoriq sayang , you tak beritahu I pun you ada girlfriend!” Kata minah itu lagi . Aku senyum sinis .
            “I pun baru tahu !” Balas Encik Thoriq , tersenyum dan kenyit mata kat aku . Aku terdengar Encik Ammar berdehem kecil .
            “ Shila , this is my wife. Iman Suffiyah ..” Encik Ammar bersuara perlahan dan memandangku sekilas . Mata Shila sudah tak berkelip memandangku beberapa ketika . Tapi kemudian dia ketawa .
            “You must be joking , right? Sayang , you saja nak kenakan I , kan ? Sebab tolak lamaran you dulu ?” Tanya Shila , masih ketawa . Dia seorang saja yang ketawa . Encik Thoriq sudah tongkat dagu dan angkat kening kat aku .
            “That was two years ago , Shila . I kahwin dengan Iman atas family arrangement . I dah serahkan jodoh I pada family I bila you tolak I dulu .” Kata Encik Ammar dengan muka kering . Aku pandang muka Shila yang terus berubah .
            “How could you do this to me?I thought , we had a beautiful relationship . I ingatkan you akan tunggu I sampai I sudah bersedia untuk berkahwin dengan you , Ammar . Tapi …” Shila sudah menangis terisak . Aku dan Encik Thoriq berpandangan .
            Hmm , baru dua hari aku menjadi isteri Encik Ammar , aku sudah di sajikan sebabak drama di pagi hari . Memang tak boleh belah !
            “ Ini semua sebab kau , perempuan !” Suara Shila sudah naik tinggi sedikit dan matanya sedang mencelang padaku . Aku berkerut pandang dia . Kenapa aku pulak dia salahkan ?
            “ Ammar , now you pilih . I atau perempuan tak guna ni?” Dia tunjuk aku . Encik Ammar memandangku sekilas .
            “ Shila , jangan jadi macam budak-budaklah!” Balas Encik Ammar pula. Shila terus bangun . Tangan capai gelas air oren Encik Thoriq dan dia terus simbah aku sebelum aku dapat fikirkan apa-apa . Terkedu aku sekejab dan menjeling wajah perempuan itu yang buat muka tak bersalah pandang aku dengan senyum sinis . Ho ho ho , dia belum kenal siapa Iman Suffiyah ni, agaknya .
            “ Apa you buat ni , Shila ? Iman ..” Encik Ammar baru nak mendekatiku , tapi aku sudah bangun , capai cawan kopi Encik Ammar dan terus simbah ke muka perempuan gedik itu . Maka terjeritlah perempuan itu dengan muka dia penuh dengan kopi hitam pekat itu . Cawan aku hentak ke meja . Puas hati aku . Sesuka hati dia saja nak simbah muka aku dengan air . Ingat dia saja yang boleh buat ? Silap oranglah !
            Aku terus melangkah pergi . Telinga aku sempat mendengar suara Shila menangis dan merengek dan suara Encik Thoriq yang sudah ketawa berdekah-dekah di belakang . Memang aku rasa kelakuan kami menjadi perhatian penghuni dewan makan tadi . Bukan aku yang mulakan dulu .
            Kaki melangkah ke bilik tapi aku terus tepuk dahi bila teringatkan kad hotel ada pada Encik Ammar . Aku keluar semula dan buat selamba aje bila ada mata yang menmandang aku yang sudah lencun dengan air oren dan berbau oren juga . Kaki aku bawa ke kolam renang dan merenung air kolam yang berkocak bila di terjah dua orang budak ‘mat saleh’ .
            Fikiranku jadi kosong dan … entahlah . Aku tidak mampu hendak berfikir saat ini . Semuanya bagai satu kisah di dalam novel . Konon-konon , aku ni perampas kekasih orang dan si Shila gedik itu heroinnya yang tak berdaya sebab kena simbah dengan air kopi . Nasib baik kopi itu sudah sejuk . Kalau tidak , mahu menggelepar perempuan gedik itu!

            Aku sudah menggeleng sendiri bila mengingati aku yang telah aku lakukan tadi . Sikap macam inilah ,emak selalu marah aku . Terlalu cepat tangan bertindak dari akal . Dan , rasa baran ini juga tak pernah kurang .