Sunday 24 May 2015

CIK HOUSE KEEPING , I LUV U

BAB 1
            “Zaman sekarang ni , Aina , nak cari kerja bukannya senang tau. Tu , kat luar tu , yang dah graduate  masih susah nak dapatkan pekerjaan . Bersyukurlah dengan apa yang kita dapat.” Kata Hanina , ketika sama-sama menolak troli barang yang sarat dengan barang-barang pencuci , baldi besar untuk meletak cadar , selimut dan sarung bantal kotor .
            “Macam kita yang SPM pun cukup-cukup makan , tak bolehlah nak memilih sangat kerja ni . Lagipun , kerja kita ni bukannya kotor . Yalah , cuci tandas dan bersihkan bilik tu memanglah nampak kotor . Tapi lagi baik daripada menjual diri .” Kata Hanina lagi . Aina mengangguk saja sejak tadi .
            Selama seminggu dia bekerja di hotel terkemuka ini , macam-macam kerenah pelanggan dia dah jumpa dan terpaksa menutup mata saja bila terserempak dengan lelaki tua gatal berkepit dengan perempuan muda yang pakaiannya kalau orang perempuan tengok pun naik malu sebab tak segan-segan nak tunjuk aset sendiri . Mungkin cara itu lagi mudah untuk mencari duit . Dengan menjual diri . Mungkin juga ada kisah sebaliknya kenapa mereka memilih jalan hidup begitu . Aina tidak mahu menjatuhkan hokum pada orang-orang macam ni sebab kata arwah atok, setiap yang terjadi pasti ada sebab dan alasannya . Jangan pandang serong pada orang yang melakukannya . Dia yang melalui hidupnya begitu dan tiada siapa yang boleh membantu kecuali diri sendiri . Terletak pada hati dan niat saja samada mahu meneruskan hidup begitu atau sebaliknya .
            “Eh , abang Radzi kau apa khabar? Bila korang nak kahwin?” Tanya Hanina , mengeluarkan vakum dari troli . Aina pula mula mengemaskan katil yang berselerak . Cadar dan selimut serta sarung bantal di buka dan di sumbatkan ke dalam bakul untuk cadar kotor . Aina tersenyum saja bila nama encik tunang di sebut . Hampir setahun juga mereka bertunang . Suka sama suka . Nenek dan emak tirinya pula tidak cakap apa-apa. Walaupun dia tahu emak Radzi tidak berkenankan dia tapi sebab Radzi itu anak kesayangannya , di ikutkan juga kehendak Radzi .
            Aina cuma berharap Makcik Senah itu akan sukakan dia bila dia dah jadi menantu nanti. Radzi pun sedang nak kumpul duit sebab nak kahwin dengan dia . Tunangnya sudah ke KL untuk bekerja . Dengarnya menjadi PA di sebuah syarikat besar . Baguslah . Aina berharap mereka akan segera berkahwin sebab dia sudah malas nak tengok muka mak tiri dia yang asyik minta duit saja dari dia . Manalah dia nak cekau duit kalau tiap kali mintanya sampai dua-tiga ratus? Gajinya sebagai pembersih hotel atau house keeping ni bukannya besar . Nasib baik duduk menyewa sekali dengan Hanina . Boleh juga tumpang semangkuk nasi dan bumbung untuk berteduh . Kongsi duit sama-sama bayar sewa rumah .
             “Entahlah , Nina . Dia cakap dia tengah kumpul duit sebab nak kahwin . Sekarang ni barang semua mahal . Sekurang-kurangnya , ada sepuluh-dua puluh  ringgit baru boleh kahwin . Itu pun setakat nikah dan jemput orang makan aje . Kalau nak bersanding? Nak tempah pelamin lagi , khemah lagi , baju pengantin lagi …mak andam lagi …” Aina sudah membebel. Hanina cuma ketawa saja dan mengangguk-angguk membenarkan kata-kata kawannya itu . Nak kahwin pun susah . Lagi susah bila pasangan tak mahu bertolak-ansur . Kalau yang jenis nak barangan branded? Mahu botak kepala!
            “Lepas ni kita nak buat kat bilik mana pulak , Nina?” Tanya Aina , usai mencuci bilik air. Walaupun tak kotor sangat tapi Kak Zah kata , cuci aje . Faktor Hygene !
            “Kat bilik nombor 432 .  Dekat tingkat sini jugak . Kau ikut aje aku . Lepas tu , kita rehat kejab . Kita makan dulu .” Kata Hanina lagi . Aina mengangguk . Dia okay saja . Kerja yang dia buat ni pun senang . Cuma penat jugalah bila dalam satu hari ada sepuluh bilik nak kena kemas. Lagi pula bila bilik Deluxe di perlukan secepat mungkin . Memang kena kemaskanlah .
            Usai mengemaskan bilik itu , Aina ikut Hanina keluar . Bunyi troli yang di tolak memang bising . Maklumlah banyak barang kat dalam tu . Pintu bilik di ketuk terlebih dahulu . Takut kalau-kalau masih ada penginap hotel yang belum keluar lagi .
            “House keeping!” Teriak Hanina sambil mengetuk pintu bilik . Aina dan Hanina terkejut bila ada orang yang membuka pintu . Dan , yang paling Aina terkejut wajah lelaki yang membuka pintu bilik itu . Bulat matanya memandang wajah Radzi , tunangnya itu .
            “Abang Radzi!” Panggilnya dengan rasa gembira . Terus jadi terang biji mata Radzi bila namanya di panggil . Berubah riak wajahnya bila terpandangkan Aina dan Hanina berada di hadapannya kini . Segera pintu bilik hotel itu di tutup sedikit .

            “ Abang buat apa kat sini? Abang ada kerja ke kat sini?” Tanya Aina memandangnya . Radzi nampak gelisah dan gugup tiba-tiba bila berhadapan dengan cik tunang . Sungguh dia tak menyangka Aina bekerja sebagai house keeping di hotel ini .
            “Haah ..errr …Aina buat apa kat sini pulak?” Dia pula bertanya walaupun dari pandangan matanya Aina sedang menjalankan tugas .
            “Aina jadi house keeping kat hotel ni . Kan hari tu Aina dah beritahu abang!” Kata Aina lagi . Radzi menggaru-garu kepalanya . Aina merenung tubuh encik tunang yang hanya berseluar pendek dan bersinglet saja itu .
            “Maaf , Radzi . Kami ingatkan tadi bilik ni kosong . Kami nak ke –“
            “Siapa tu , baby? “ Tanya satu suara perempuan dari dalam bilik . Berderau darah Aina bila mendengarkan suara seorang perempuan yang bersama dengan tunangnya itu . Mata dia terus tak berkelip merenung tajam pada Radzi . Radzi sudah menelan liur bila melihat perubahan pada wajah Aina . Aina terus menolak pintu yang di buka sedikit itu dan Radzi tertolak ke tepi .
            Mata Aina terpandangkan seorang perempuan muda yang sedang membalut tubuhnya dengan selimut dan sedang turun dari katil . Dia tersenyum pahit dan matanya tiba-tiba terasa hangat bila memandang encik tunang semula yang sudah nampak serba-salah .
            “Aina …” Itu saja termampu dia ucapkan waktu itu . Hati Aina sudah retak seribu . Hanina pula sudah tak terkata apa-apa . Sungguh dia tidak menyangka Radzi tergamak buat begitu pada Aina .
            “Aina , tolong dengar penjelasan abang …” Radzi mula mencari kata-kata . Aina sudah menggeleng .
            “ Tak apalah , bang . Cara abang ni saja sudah menjelaskan segalanya .” Aina terus pergi dari situ . Tapi tak sempat nak melangkah tangan dia sudah di tarik dari belakang .
            “Aina , please .. Abang boleh jelaskan kenapa abang buat ini semua!” Kata Radzi bagai terdesak . Aina sudah menangis . Air mata di kesat kasar.
            “Nak jelaskan apa lagi?” Jerit Aina geram . “Depan mata Aina abang curang . Abang tidur dengan perempuan lain! Sepatutnya Aina kat tempat dia tu!” Aina sudah memukul-mukul dada Radzi itu dengan geram . Radzi hanya membiarkan saja .
            “Aina .. Aina dengar sini , sayang . Abang masih sayangkan Aina!” Ucap Radzi lagi , cuba memujuk cik tunang yang sudah macam tak boleh nak berfikir itu .
            Aina terus menarik cincin pertunangan yang Radzi berikan dulu dari jari manisnya . Lalu di campakkan ke dada Radzi . Berubah pucat wajah Radzi bila melihat cincin itu sudah di tanggalkan dari jari Aina .
            “Kita putus tunang!” Kata Aina dengan lantang . Dia sudah tak kisah di mana dia berada dan pada orang –orang yang lalu di situ . Dahi Radzi sudah berkerut . Tak mungkin!
            Aina sudah mahu melangkah pergi . Tapi Radzi tidak boleh menerima keputusan itu . Tangan Aina di tarik kembali dan menolak tubuh kecil itu ke dinding . Tubuh dia terus menghimpit tubuh Aina . Kedua-dua pipi Aina di pegang kuat .
            “ Aina… Aina …Jangan macam ni .. Abang minta maaf ..Bukan abang sengaja nak buat macam tu .. Abang ada sebab kenapa abang buat macam tu ..”
            “Tak sengaja ? Abang tidur dengan perempuan tu .. abang cakap tak sengaja? Abang cakap apa ni?” Aina sudah menolak-nolak dada Radzi dan cuba nak melepaskan diri . Bau nafas Radzi juga busuk , macam bau arak atau apa .
            “ Aina , tolong jangan buat macam ni ..Jangan putuskan pertunangan kita , sayang . Abang sayangkan Aina … abang ..”
            Aina sekuat tenaganya menolak tubuh sasa Radzi darinya dan terus melarikan diri . Radzi terus mengejarnya . Hatinya kuat mengatakan ini semua hanya mimpi ngeri . Aina tak mungkin akan meninggalkannya .
            Aina berlari laju mencari tangga . Bila di toleh ke belakang , Radzi masih lagi mengejarnya . Satu demi satu bilik di cuba buka . Manalah tahu ada bilik yang kosong untuk dia menyembunyikan diri dari lelaki itu . Puas satu demi satu bilik di buka dan satu bilik yang terrenggang itu segera dia masuk dan pintu di tutup rapat. Telinga di dekatkan ke daun pintu untuk mendengar apa-apa bunyi dan pergerakan . Sunyi . Telinganya tak mendengar apa-apa bunyi . Rasanya Radzi sudah pergi jauh . Air mata segera di kesat .
            Kemudian dia baru tersedar di mana dia berada . Entah bilik siapalah yang dia masuk . Bila dia berpaling ada satu lembaga berpakaian serba hitam sedang berdiri tegak merenungnya . Apalagi , dia terus menjerit nyaring .
            “ Yang awak menjerit tu , kenapa?” Jerkah suara garau itu dengan kuat seraya melepaskan tangannya dari menekup kedua-dua telinganya bila gadis di hadapannya itu menjerit bukan main nyaring lagi macam ternampak hantu .
            “Awak yang masuk dalam bilik saya . Sepatutnya saya yang terkejut!” Kata lelaki bersut hitam itu . Nasib baik tak pekak telinganya .
            Tadi dia sudah nak keluar dan dah buka pintu pun , tapi telefon bimbitnya pula yang tertinggal di atas meja kopi . Jadi dia berpatah balik ke situ dan bila dia berpusing dia ternampak gadis ini terus masuk ke dalam biliknya dan menutup pintu . Ralit juga dia melihat gerak-geri gadis itu tadi . Apa tujuannya , dia tidak dapat nak menebaknya.
            “Awaklah yang buat saya terkejut . Dahlah pakai baju serba hitam . Ingat lembaga hitam manalah!” Balas Aina . Tidak mahu mengalah , walaupun dia tahu dia bersalah sebab masuk ke bilik itu tanpa izin . Mana dia tahu bilik itu ada penghuni .
            Ini semua si Radzi itu punya pasal . Kalau lelaki itu tak mengejar dia , taklah dia masuk menyorok dalam bilik mamat pakaian serba hitam ini . Nasib baik kulit tu cerah sedikit …
            “Wait , awak ni budak house keeping ke?” Tanya lelaki bersut hitam itu .
            Errr …
            “Kalau saya budak house keeping , kenapa?” Tanya Aina , buat-buat berani .
            “Bagus . Tak payah saya nak call  Kak Zah suruh dia panggilkan budak-budak house keeping kemaskan bilik saya . Awak dah ada ni , so kemaskan bilik saya ni!” Arah lelaki bersut hitam itu . Aina sudah terkebil-kebil memandangnya .
            “Errr … Saya masuk sini bukan sengaja . Saya ada kerja lain kat tingkat bawah. Nanti awak call  Kak Zahlah!” Dia sudah melangkah ke pintu semula. Ingat nak keluar dari sini saja . Harap-harap si Radzi itu sudah pergi dan tak berjumpa dia lagi .
            “ Awak nak ke mana pulak tu?” Tanya lelaki bersut hitam itu .

            “Nak keluarlah!” Jawab Aina pula bersahaja . Lelaki itu perlahan melangkah mendekatinya . Kenapa dia rasa bulu romanya meremang semacam bila melihat renungan tajam lelaki bersut hitam itu?

KAU SELALU ADA BABA 11

BAB 11
            Lama dia menyoroti wajah aku . Aku buat-buat pandang ke lain dan melihat beberapa kepala memandang kami . Tak ramai atau memang tak ada orang yang tahu aku sudah berkahwin dengan lelaki kacak di hadapanku ini .
            “I’m sorry if I hurt your feelings .” Katanya, perlahan . “Saya tak sepatutnya bawa dia ke rumah . Saya khilaf . Sebenarnya , masa awak buka pintu tu saya cuba tolak tangan dia dari memeluk saya . Tapi terlambat dan awak nampak kami .. It’s not what you think , Iman . Saya tak akan sakitkan hati isteri saya … Dan , keputusan yang awak buat ni memang saya tak suka . Kita boleh selesaikan masalah ni . Bukan melarikan diri macam ni .” Katanya lagi , merenung tajam padaku.
            “ Mana-mana isteri pun kalau dah nampak suami mereka berpelukan dengan perempuan lain akan buat perkara yang sama!” Kataku , mempertahankan perbuatanku . Bengang pulak aku. Tapi bibir dia pula yang tersenyum .
            “Yeah , a wife should feel jealous to her husband too..” Balas Encik Ammar , senyum senget .
            Aku pandang sekeliling dan terpandangkan Firman yang baru melangkah masuk ke kafe.
            “ Firman !” Panggilku . Terus wajah Encik Ammar berubah bila terpandangkan seorang lelaki berbaju T putih dan berseluar jean biru . Firman yang tak faham apa-apa menghampiri .
            “Ada apa , Iman ?” Tanya Firman , tersenyum pada aku dan Encik Ammar .
            “ Boleh awak peluk saya?” Tanyaku , buat senyum manis pada Firman . Terus mati senyuman Firman dan memandangku blur.
            “What are you trying to do , Iman Suffiyah ?” Suara Encik Ammar sudah lain . Aku senyum sinis pandang dia . Sekarang siapa yang jealous ?
            Encik Ammar terus bangun dari kerusi dan berdiri tegak  di hadapanku. Tangan aku di tarik dan nasib baik aku sempat capai beg galas aku kat sebelah . Dia melangkah pantas keluar dari kafe itu dengan mengheret aku sama . Kami melangkah hingga ke tempat letak kereta , Muka dia , aku tengok , nampak bengang habis!
            Mata hitam itu sedang memandangku tepat-tepat . Aku buat muka tak kisah . Buat selamba .
            “Saya cuba cakap baik-baik dengan awak tapi awak langsung tak nak dengar . Nak saya berkasar ke ?” Dia tanya aku  dengan muka garang . Aku diam tak sahut pertanyaan dia itu .
            “I don’t care . Hari ni saya akan bawa awak balik ke rumah . Saya tak kira!”
            “ Saya masih nak tinggal kat rumah sewa tu !” Pantas aku mencelah kata-kata dia . Buat kepala batu aku . Dia tenung garang pada aku .
            “ Sampai bila ? Saya bagi awak masa sebab nak beri awak ruang untuk menenangkan perasaan awak tu . Tapi awak terus diam . Kenapa ? Kenapa awak tak nak percaya cakap saya ?” Tanya Encik Ammar , agak lantang .
            Aku cuma pandang dia dengan rasa jengkel . Kalau tak sebab dia tu suami aku , lama dah aku belah dari situ . Aku menghela nafas dan tali beg di bahu aku pegang kemas-kemas .
            “ Macam ni sajalah , Encik Ammar . Beri saya masa nak pulihkan perasaan saya ni . Sebab , tiap kali saya ingat muka perempuan yang peluk awak tu , hati saya jadi sakit . Apa sebenarnya semua ini ? Saya tak suka dengan perasaan ini . Kalau awak masih sayangkan dia , lepaskan saya . Saya tak nak jadi seorang perampas pulak sebab berkahwin dengan awak . Saya sedar , perkahwinan kita ni bukan sebab awak suka saya ..”
            Dia terus memegang bahu aku dan tolak aku ke kereta . “ Iman Suffiyah , will you stop talking like this? Tak kira macam mana pun cara saya ambil awak . Awak tetap dah jadi isteri saya dan dari tiap kata-kata awak tu , saya pasti awak sudah sukakan saya .” Kata Encik Ammar , merenung wajahku . Lembut . Aku tak suka perasaan ini . Ia menyakitkan . Tiap kali perempuan itu memanggil dia sayang , hati ini rasa sakit . Rasa nak tampar mulut Shila itu pun ada !
            “ I hate you . Kalau saya suka awak , saya tak akan rasa menyampah pada awak sekarang ni .” Balasku selamba . Kening dia hampir bercantum .
            “So , you want to go home or not ?” Dia macam sudah tawar hati nak pujuk aku . Suaranya sudah perlahan . Mata dia sudah mengecil memandang aku .
            “ Saya –“
            “ Nope! I will make a decision here . As your husband , I want you to come home with me now!” Dia sudah buka pintu kereta .
            “ Tapi Encik Ammar , saya ..”
            Dia terus pegang kedua-dua pipi aku . Matanya menjelajahi wajahku dan bibir aku . Badan dia sudah menghimpit aku ke keretanya . Aku sudah cemas kalau-kalau dia mula buat aksi mendebarkan jantung aku .
            “ I miss you , Iman Suffiyah .. Miss you so much!” Bisiknya di telingaku sambil bibir dia mengucup dahi , kemudian turun ke pipi dan tepi bibir aku . Desah nafasnya benar-benar di wajah aku . Aku cuba tolak dada dia . Tapi aku tak berdaya . Perasaan ini buat aku jadi lemah. Tolonglah jangan buat aku rasa macam ni … Rasa hendak memeluk dia..dan berada di dalam pelukan dia .. rasa hendak menangis sekuat hati …
            Dia memeluk aku kemas-kemas bila melihat air mata aku tiba-tiba saja mengalir .
            “ I’m sorry , sayang … I’m sorry ..” Bisiknya lagi dan mengucup dahi aku sekali lagi .
            Dia bawa aku pergi ke rumah keluarganya . Lama juga tak pergi melawat mama dan Kak Sarah serta Puteri Mia Sara . Dia cakap mama rindukan aku . Yalah tu …
            Aku diam membeku bila dia bercerita itu-ini . Wajahku cuma memandang ke luar saja . Tiba-tiba aku terasa tangan aku di genggamnya . Aku tidak menoleh , hanya membiarkan saja .
            “ Iman ..” Dia memanggilku . Aku menoleh sekilas padanya .
            “ Jangan layan saya macam ni , Iman Suffiyah . Saya rasa awak macam jauh dari saya.” Katanya , bernada sayu. Aku tidak bercakap apa-apa . Diam seribu bahasa . Hanya melayan diri sendiri .
            Mama menyambut aku di muka pintu dengan kerusi rodanya . Lama dia memeluk aku.
            “ Malam ni tidur sini ya .” Pinta mama . Satu permintaan yang tak mampu aku tolak . Aku senyum segaris dan terasa si dia sedang merenung aku sekarang ini . Tak payah tengok pun, aku tahu .
            Papa dan abang Encik Ammar , Abang Amzar , juga ada di rumah . Aku salam papa dan seperti mula-mula aku jumpa dia dulu , dia tak banyak cakap dengan aku . Pandang tak pandang aje . Mungkin sebab , aku yang menggantikan Kak Najwa dan aku bukan menantu yang dia suka. Kita boleh tahu atau rasa seseorang itu suka atau tidak dengan kita . Itu yang aku rasa tentang perasaan papa terhadap aku .
            Usai makan malam , aku menolong Kak Sarah mengemas meja dan mencuci pinggan-mangkuk . Mama memang tak menggunakan khidmat pembantu rumah . Semuanya Kak Sarah yang buat . Tapi , kadang-kadang simpati juga dengan dia . Dengan perut sarat begitu . Aku pula tak mungkin duduk serumah dengan orang yang tak berkenankan aku . Aku tak ambil hati sangat. Asalkan mama suka kat aku , aku sudah bersyukur .
            Si kecil Puteri Mia Sara sudah merengek mengantuk . Kak Sarah memanggil abang Amzar tolong tengok-tengokkan puteri itu . Abang Amzar datang ke dapur dan memujuk puterinya . Tubuh kecil itu di dukungnya dan di bawa keluar .
            “ Tak apa, , Kak Sarah. Biar Iman buat . Kak Sarah pergilah berehat .” Kataku . “Biar Iman aje yang kemas dapur ni .”
            “ Tak apa ke , Iman? Segan pulak Kak Sarah .” Katanya ketika membuatkan susu untuk anaknya .
            “Tak apa , kak . Akak pergilah berehat .”
            “ Terima kasih , Iman .” Ucapnya , tersenyum . Kemudian berlalu keluar . Aku memandang dia yang berlalu dan terpandang tubuh tegap Encik Ammar pula yang masuk ke dapur . Segera aku berpaling menghadap sinki semula dan mencuci pinggan dengan senyap . Dia membuka peti ais dan menuang air . Aku tetap buat kerjaku dan sebiji gelas dia hulur padaku . Aku ambil tanpa pandang wajah dia dan mencuci semula.
            Aku ingatkan dia sudah melangkah keluar . Tapi aku terasa dia berdiri di belakangku dan tangan dia memeluk aku dari belakang . Aku terkaku .
            “ Maafkan saya , Iman Suffiyah . Saya tak akan menyakiti hati awak lagi sebab hati saya juga rasa sakit bila awak layan dingin macam ni pada saya .” Kata Encik Ammar , perlahan di telingaku . Pipi aku di kucupnya . Lama dia memeluk aku .
            Mataku terus terasa hangat dan bergenang . Hati terus menjadi sayu . Memang susah hendak membenci dia . Memang susah nak jauhkan diri dari dia . Sebab , di mana aku berada , dia selalu ada.

Wednesday 20 May 2015

KAU SELALU ADA BAB 10

BAB 10
            Aku tak sangka Cik Shila datang ke rumah dan yang paling aku tak sangka Encik Ammar yang bawa dia ke mari . Dia memandangku atas-bawah macam pandangan mengejek . Aku buat muka bersahaja juga pandang dia . Apa hal ? Dah kau reject Encik Ammar dulu , ni nak ambil balik ke ?
            “ So this is your wife , Ammar darling?” Dia bertanya walaupun dah tahu . Nak kena simbah kopi lagi ke perempuan ni ?
            “Leave her alone , Shila . We got a lot of things to do . Iman sayang , please buatkan kami air ya ..” Arah Encik Ammar sebelum berlalu ke bilik kerjanya . Shila hanya menjeling dan mengekori Encik Ammar dari belakang . Pintu bilik kerja di tutup , macam sengaja .
            Kalau aku tak terasa memang bodohlah . Isteri mana yang tak rasa pelik bila kerja pejabat pun di bawa ke rumah dan paling teruk si Shila itu pun di bawa datang ke rumah! Aku menggeleng kepala . Hai , bersangka baik sajalah , Iman Suffiyah . Encik Ammar bukan playboy!
            Aku buatkan dua gelas air jus oren seperti yang di pinta oleh Encik Ammar dan segera membawa talam itu ke bilik kerjanya . Pintu bilik yang tertutup rapat aku buka dan terpegun beberapa ketika bila mata ini melihat Encik Ammar sedang berpelukan dengan Shila . Terus berubah wajah Encik Ammar . Aku yang masih terkejut itu meletakkan talam minuman atas meja kopi , diam tidak bersuara . Tak mampu . Tekak sudah tersengkang sesuatu .
            “ Iman …” Suara Encik Ammar seakan bergetar .
            Aku terus keluar bilik , capai beg galas aku yang penuh dengan buku dan terus melangkah keluar . Pintu lif aku tekan dan bila terbuka aku terus masuk .
            “ Sayang ! Iman Suffiyah !” Dia memanggil namaku berapa kali pun , aku sudah tidak berpaling . Air mata sudah mencurah-curah turun ke pipi . Aku kesat kasar . Kenapa mesti menangis , Iman ? Entah kenapa hati terasa bagai di hiris-hiris dengan belati yang tajam . Encik Ammar masih sayangkan Shila itu . Aku terus menangis dan menahan sebuah teksi .
            Entah berapa kali telefon bimbitku berdering pun aku sudah tidak tahu . Pakcik teksi sudah jeling aku . Mungkin bingit agaknya . Terus aku tukar silence mode . Cuma bergetar saja .
            Aku tahu itu dari Encik Ammar . Tapi biarlah . Hati aku sudah patah seribu . Aku ingat dia tak macam lelaki lain . Tak sangka dia sanggup buat begitu padaku . Baru kahwin sebulan dia dah buat aku macam ni .
            Teksi berhenti di hadapan rumah sewa aku . Di sini , si dia tu tidak akan jumpa aku . Dia bukan tahu rumah sewa aku ni . Terus aku membayar tambang dan keluar dari teksi . Aku terus buka pintu . Kosong . Semua tak ada di rumah . Ada yang bekerja dan pergi kelas . Rumah sewa ini aku dan tiga orang lagi duduk menyewa . Kawan aku , Aida tahu aku sudah berkahwin dan dia tak kisah kalau aku nak balik ke sini .
            Sunyi . Bagus juga . Aku mahu bersendiri buat masa ini . Terus aku masuk bilik lamaku dan terus tuju ke katil dan baring . Bayangan Encik Ammar berpelukan dengan Shila bermain di ruang minda . Aku pejam mata rapat-rapat .
                             Iman , awak kt mana?
                           It’s not what u think , sayang… awk dh slh fhm ..
                         Awak kt mana , sy dtng ambil awk ya ..
            Semua mesej-mesej itu , aku baca saja . Tapi aku tak balas . Biarlah dulu . Hati masih sakit dan tak boleh nak lupakan dalam satu malam!
            Aku sedang cuba memikirkan kenapa aku jadi macam ni? Aku terasa sakit bila ada perempuan lain bersama dia . Apa , aku sudah sayang kat dia ke? Kalau sayang , salah ke? Dia suami aku . Masalahnya perempuan bernama Shila itu. Yang akan sentiasa mengganggu rumah tangga kami nanti .
            Aku duduk di tepi tingkap sambil merenung hujan turun dengan lebatnya di luar . Sudah dua hari aku kat rumah ni . Mesej Encik Ammar juga sudah tak mengganggu aku . Tenang sikit perasaanku .
            Pintu bilikku di ketuk perlahan , di ikuti dengan bukaan pintu . Aku menoleh . Wajah Aida terjonggol di pintu .
            “ Jom makan . Aku masak nasi ayam hari ni .” Kata Aida , bagai memancing seleraku sebab aku memang suka makan nasi ayam yang dia masak . Nanti aku ingat nak minta dia resepi itu dan praktikkan di rumah Encik Ammar . Aku menghela nafas bila teringatkan nama itu .
            “Sudahlah tu , Iman . Kau mengeluh sana-sini pun , tak guna jugak . Perkara dah berlaku. Aku sebenarnya memang malas nak cakap benda ni . Tapi , kau masih isteri orang . Tak baik tau keluar rumah macam ni tanpa izin suami . Satu lagi , sampai bila kau nak duduk sini? Merajuk ? Buatnya perempuan itu ambil kesempatan macam ni , kau yang gigit jari .” Kata Aida lagi .
            “ Dah dulu dia orang memang couple , Aida . Aku mana tahu kalau dalam hati Encik Ammar tu masih ada rasa sayang pada ex gf   dia tu . Itu yang berpeluk sakan tu , melepaskan rindu-dendam !” Balasku , geram . Hati berdongkol saja bila teringat balik . Aku lihat Aida tersenyum .
            “ Okaylah . Dah , jom makan . Awin dengan Rose tu dah lama tunggu kat luat . Kang mati kebuluran pulak anak orang .” Kata Aida lagi , menarik lengan aku . Kami melangkah keluar .
            “ Hah , baru nampak muka pengantin ni !” Sergah Awin yang duduk di meja makan . Aku senyum dan menarik kerusi . Aida duduk di sebelah aku . Rose yang tak banyak cakap itu hanya senyum saja .
            “ Bila tengok Iman ni kan. Aku takut nak kahwin! Lagi-lagi bila lelaki tu ada ex … Adoii, tak sanggup aku nak terima . Apa yang kau buat ni , Iman . Aku sokong . Bagi suami kau tu sedar sikit dia tu dah jadi laki orang !” Awin tepuk bahu aku . Kemudian kami berhigh five!
            Aida hanya menggeleng saja . Memandangkan dia lebih tua dari kita orang , jadi lagak dia macam kakak-kakak dalam rumah ni .
            “ Awin , bagi nasihat sikit kat Iman tu . Bukan kau sokong apa yang dia buat . Dia pun kena ingat , dia tu isteri orang . Bukan anak dara lagi !” Kata Aida pula .
            Awin tersengih . Aku diam . Mata memandang kosong pada hidangan di depan . Selera terus tertutup . Apa yang Encik Ammar makan agaknya kat rumah tu ? Ah , kenapa asyik ingat kat dia aje ni ?
            “Apa pandang lagi , Iman ? Makanlah .” Tegur Aida , mengejutkan lamunanku .
            “ Mesti dia ingat kat laki dialah tu ..” Kata Awin pula sambil tangan lincah ceduk nasi dan capai seketul ayam goreng . Lapar sangatlah tu .
            Aku tidak membalas . Cuma tersenyum hambar . Aida ambil seketul ayam dan di letakkan ke dalam pinggan aku . Mulut dia bergerak tanpa bunyi , “Makan!”
            Telefonku bergetar lagi di dalam poket seluar jeanku . Aku bangun dan menarik keluar . Dari Encik Ammar lagi . Aku masukkan semula ke dalam poket . Semua mata sedang memandangku .
            “ Jangan merajuk lama sangat , Iman . Nanti , dia give up nak pujuk lagi , baru padan muka kau!” Kata Aida , menjeling aku . Macam bagi aku satu amaran saja .
            “ Aku tak suruh dia pujuk aku pun . Selama ni , aku memang sendiri . Marah ke .. kecewa ke atau sakit hati dengan keluarga aku , aku pujuk diri sendiri . Tak ada sesiapa pun nak pujuk . Jadi aku dah biasa macam ni .” Balas aku , selamba . Mereka terdiam bila suara aku sudah naik sedikit . Sebenarnya otak aku serabut . Aku lebih suka membiarkan saja masalah itu . Aku mahu bertenang dan berfikir . Bukan di perli atau di suruh . Aku tahu aku isteri Encik Ammar . Apa yang aku inginkan sekarang adalah untuk menenangkan perasaan .
            “Sorry , aku tak nak makan . Korang makanlah dulu . .” Aku bangun dan terus masuk bilik . Aku keluarkan telefon bimbitku dan tengok mesej yang Encik Ammar hantar tadi .
                      Saya ke Penang . Ada kerja di sana. Lps balik nanti sy ambil awak !-AH
            Aku menarik dan menghembuskan nafas  perlahan . Mungkin ini cara terbaik . Berjauhan untuk seketika . Aku malas nak fikir apa-apa . Agaknya , semua pasangan yang sudah berumah tangga akan alami perkara macam ni . Bergaduh , bertekak dan berjauhan . Cuma , rasanya aku dan Encik Ammar mungkin pasangan paling awal bergaduh kut …
            Aku ke kolej macam biasa . Aida hantar aku sebelum dia ke tempat kerjanya . Waktu berada di kolej aku mahu melupakan hal rumah tangga aku . Tugas sebagai pelajar ni bukan senang juga . Ini untuk masa depan aku . Walaupun aku sudah berkahwin , aku juga mahukan diploma atau degree untuk diri sendiri . Masa depan kita tak tahu .
            “ Iman !!” Panggil satu suara yang kuat di belakang aku . Aku yang sibuk memasukkan kertas nota dan buku , berpaling terkejut . Firman , kawan sekelas aku berlari mendapatkan aku .
            Sampai depan aku dia menundukkan badan . Kedua-dua tangannya mencengkam kepala lutut . Mencungap dia .
            “ Ada apa ni , Firman ?” Tanya aku , terus zip beg galas aku .
            “ There is a guy wants to see you , Iman ..” Katanya , tersekat-sekat . Dia berdiri tegak dan bercekak pinggang . Mata dia meneliti wajah aku . “ Dia cakap dia suami kau . Bila kau kahwin , Iman ?”
            “ Dia kat mana?” Aku tanya soalan lain pula . Bagi aku , tak perlulah aku jawab soalan Firman Hadif itu . Sampai ke sini Encik Ammar tu cari aku ?
            “ Dia cakap dia tunggu kau kat kafe sebelah parking .Okay , aku belah dulu .” Firman terus berlalu tergesa-gesa . Jadi pelajar kolej juga macam ni . Masa terlalu penting untuk kami. Lambat masuk kelas markah potong! Aku tengok jam di tangan . Ada masa lagi . Entah kenapa jantung ini berdebar saja ketika kaki aku atur ke kafeteria di mana Encik Ammar menunggu . Bila dia balik dari Penang pun aku tak pasti . Tapi rasanya , baru semalam dia beritahu aku dia ke sana .
            Aku melangkah masuk ke kafe dan nun di hujung sana aku nampak dia sedang mengacau secawan kopi . Aku tahu sebab dia memang gemarkan kopi . Beberapa pasang mata dan kepala memandang dia . Aura Encik Ammar memang sangat kuat . Lihatlah tu , ada beberapa mata  pelajar-pelajar perempuan yang memandang sambil tersenyum . Aku menghembus nafas dan melangkah pantas ke arah dia . Dia mendongak dan tiada senyuman di bibir macam selalu . Mesti dia marah aku sebab aku keluar rumah dan tinggalkan dia empat hari itu .
            Aku letak beg di kerusi sebelah dan duduk menghadap dia . Dia mengangkat cawan kopinya dan tenang-tenang saja memandangku .
            “Aren’t you happy to see me , Iman sayang ?” Tanya dia dengan pandangan sinis . Mesti dia sedang tersenyum dalam hati sebab dapat menjejaki aku sampai ke sini .
            “ Encik Ammar nak apa sebenarnya ?” Tanyaku , bersahaja sambil berpeluk tubuh memandang dia . Dia menghirup perlahan kopi dia dan meletakkan kembali cawan itu ke bawah.
            “ Nak bawa isteri saya baliklah . Apa lagi ? Saya beri awak empat hari untuk bertenang dan berfikir . Mesej .. call .. awak langsung tak angkat atau balas . Apa lagi saya nak buat ? Datang sinilah !” Katanya , cuba mengawal percakapan . Muka dia nampak tegang . Kami saling berpandangan . Bila teringatkan apa dia buat dengan Shila dalam bilik itu , hati aku semakin sakit . Aku tak bercakap apa. Cuma buat muka ‘beku’ saja .


                                                                 







Sunday 10 May 2015

KAU SELALU ADA BAB 9

BAB 9
            Encik Ammar tidak bercakap denganku sejak semalam . Aku rasa dia marahkan aku sebab aku tetap nak balik ke rumah sewaku itu . Sebenarnya , aku tak mahu menyusahkan dia , nak berhantar dan berambil aku kat kolej . Bukannya dekat antara rumah dia ni dengan kolej aku. Kalau aku duduk di rumah sewa aku , senang sikit . Aku boleh tumpang Aida naik motor atau naik bas saja . Lagipun , aku banyak tugasan untuk semesta yang akan datang ini . Tapi nampaknya dia seperti tidak mahu memahami situasi aku .
            Encik Ammar hanya merenungi aku yang mula mengemas pakaianku yang aku bawa sedikit . Yang lain masih tinggal kat rumah sewa .
            “ Iman Suffiyah , kenapa awak degil sangat? Kenapa awak langsung tak hormatkan saya sebagai suami ? Awak tak nak langsung dengar cakap saya . Tak endahkan kata-kata saya . Awak …” Dia tidak meneruskan kata-katanya dan terus keluar dari bilik.
            Kemudian pintu hadapan aku terdengar di buka dan di hempas dengan kuat . Dia marah . Aku mengeluh dan duduk di atas katil . Mata memandang baju-baju yang siap tersusun . Susah macam ni . Sekarang nak buat apa pun kena refer kat encik suami dulu . Kalau dia izinkan , okaylah . Kalau dia tak izinkan , hah macam tadi tulah . Mengamuk .
            Sehingga ke pukul satu pagi , Encik Ammar tak balik lagi . Marah dan merajuk dengan aku . Hati mula risau . Bimbang kalau-kalau ada sesuatu yang terjadi dekat dia di luar sana . Hai , sejak bila pulak aku rasa macam ni ?
            Aku baru nak baring atas sofa sambil menunggu Encik Ammar , bila telingaku terdengar bunyi pintu hadapan di buka orang . Terus aku duduk tegak dan memandang dia . Dia juga terkejut melihat aku . Mungkin tertanya-tanya apa aku buat pukul satu pagi ni . Kami jadi canggung tiba-tiba . Masing-masing pandang-pandang saja .
            “ Saya dah pinjam kereta mama . Nanti bawak aje kereta tu pergi-balik kolej awak tu . Saya tak nak awak duduk jauh dari saya . Muktamad!” Katanya , dengan tegas kali ini .
            Aku hanya memandang dia yang kini sudah berdiri tegak di hadapanku . Mata dia merenung jauh ke dalam anak mataku . Tangan dia sudah memaut pinggang aku .
            “ Saya sanggup lakukan apa saja untuk awak , Iman . Asalkan awak kekal di sisi saya .” Dia menundukkan wajah dan pegang kedua-dua pipi aku dan terus mengucup aku . Aku masih terkaku walau pun dia sudah berlalu masuk ke bilik .
            Macam tu sekali dia buat untuk aku ? Aku melangkah ke bilik yang terbuka dan menjenguk ke dalam . Encik Ammar sudah terbaring meniarap , nampak keletihan . Aku menghela nafas dan mendekatinya . Mata Encik Ammar sudah tertutup rapat . Perlahan aku tunduk mendekatkan muka dan mengucup pipi Encik Ammar perlahan .
            “ I’m sorry …” Bisikku , perlahan . Matanya di buka perlahan dan tangan terus menarik aku berbaring bersamanya .
            “ Awak isteri saya , Iman . Saya sentiasa memaafkan awak .” Katanya , perlahan . “ Saya mengantuk . Kita tidur saja . Saya tahu awak juga mengantuk menunggu saya . Terima kasih sebab risaukan saya .” Dia cium pipiku dan terus menutup mata sambil tangan dia memeluk pinggangku .
            Cuti semestaku sudah tamat dan aku kembali seperti biasa jadi budak kolej balik . Tugas menjadi pelajar semakin mencabar . Kadang-kadang masaku pun tak menentu . Kalau aku balik cepat atau kelas di batalkan , bolehlah aku balik awal dan memasak untuk Encik Ammar . Tapi kalau aku lambat , dia pulak yang masak untuk kami . Masak biasa saja  . Nasi goreng . Sebab , itu saja yang dia tahu buat . Dan aku sejak dah kahwin ni , kenalah rajin masuk dapur dan memasak . Sedap atau tidak Encik Ammar makan juga . Dia sudah kurang komen sejak aku menangis dulu .
            “ Encik Ammar ..”
            “ Abang , Iman … abang . Bukan Encik Ammar .. Encik Ammar ni ..” Dia sudah menggeleng kepala . Tak puas hati denganku .
            “ Abang Ammar ..”
            “ Itu dah macam panggil Abang Izat , abang awak tu !” Bantahnya lagi .
            “ Habis , nak panggil abang saja ke?” Tanyaku pula .
            “ Yalah . Panggil abang sayang ke … panggil babe pun , okay gak !” Katanya seraya angkat-angkat kening tebalnya padaku . Aku sudah jatuh rahang . Aku berkahwin dengan lelaki macam ni ke ? Sengal!!
            “ Saya cuma nak bagi air kopi awak ni , Encik Ammar .” Kataku , meletakkan mug itu di atas meja kopi di dalam bilik kerjanya . Dia merenung aku . Tak suka aku guna ayat ‘encik’ itu lagi . Aku senyum dan terus berlalu . Tapi tangan dia pantas pegang tangan aku dan buat aku terhenti melangkah . Aku pandang dia . Mata dia redup merenungku .
            Sejak aku mula bersekolah dan dia juga sentiasa sibuk dengan kerja dia yang tak berkesudahan itu, masa kami untuk bersama dan berbual agak kurang . Bila aku balik sekolah , dia belum balik kerja lagi . Lagi pulak dia akan memulakan satu projek baru . Jadi masa dia banyak di pejabat dan jumpa klien di luar . Nak jumpa hanya hari minggu saja .
            Dia menarik aku semula dan mendudukkan aku atas riba dia sambil memelukku dari belakang . Dagu di sangkutkan di atas bahuku . Aku pandang dia dari sisi . Dia sedang memejamkan mata .
            “ Rindunya …” Bisik bibir itu . Pelik . Bukan dia tak jumpa aku . Kenapa dia nak merindui aku pulak ?
            “ Awak tak rindu saya ke , sayang ?” Tanya dia di telingaku . Rindu ? Rindu kut …
            “ Saya dapat rasakan , masa kita terlalu sedikit bersama . Apa kata , kita ambil cuti dan pergi berbulan madu?” Tanya si dia lagi .
            “ Bulan madu ? Encik Ammar , awak patut ajak saya masa saya tengah cuti hari itu . Ini saya tengah sibuk nak exam bulan depan . Mana boleh sesuka hati aje nak bercuti .” Kataku pula.
            Dia tergelak halus . Kemudian dia dirikan aku dan dia turut berdiri . Kemudian merendahkan dirinya dan mengangkat tubuhku . Cepat-cepat aku paut leher dia dan pandang wajah dia . Dia mula melangkah ke bilik kami .
            “ Kerja awak dah habis ke . Encik Ammar ?” Tanyaku .
            “ Sayang , kalau asyik fikir pasal kerja . Sampai bila-bila pun tak akan habis . Now , I want to think about you pulak .” Dia tersenyum sejemput ketika meletakkan aku di atas katil . Anak rambutku dia selak sedikit dan mata dia memandangku .
            “ Awak tahu tak apa yang saya fikir saat pertama kali saya di pertemukan dengan awak , Iman Suffiyah?” Tanya dia , tangan turun-naik mengelus pipiku. Aku menggeleng perlahan .
            “ Saya nampak seorang gadis yang sangat cantik . Hatinya cantik dan suci untuk menerima seorang lelaki yang dia tak kenal untuk hidup bersama . Dia sanggup menerima saya tanpa bertanya siapa saya . Saya tak pernah berjumpa dengan Najwa . Hanya lihat gambar saja .” Dia menghela nafas . Macam dia nak luahkan perasaannya saja malam ini . Aku diam dan mendengar .
            “ Bila abah cakap , Najwa tak mahu bernikah dengan saya , saya rasa sangat terhina . Kenapa saat-saat akhir macam ni baru nak beritahu semua . Abah terus pujuk saya dan cakap , “ Ammar, abah minta maaf pasal Najwa . Tapi abah tak akan batalkan pernikahan ini . Abah akan serahkan anak abah yang paling kecil untuk kamu jaga .” Saya diam saja . Kalau ikutkan rasa hati saya , saya mahu batalkan saja pernikahan itu . Papa juga rasa sangat malu dan bimbangkan saya . Saya tak mahu begitu . Jadi , saya minta abah kenalkan dengan anak bongsu dia . Mata saya langsung tak berkelip apabila terpandangkan wajah awak. Berbaju kebaya putih dan berselendeng putih polos . Mata bulat ini tepat memandang saya .” Dia mengucup mataku . Buat aku terpejam .
            “ Saya rasa , degup jantung saya seakan terhenti sendiri dan hati saya berkata , awak adalah jodoh saya . Bukan Najwa .” Bisiknya . Dia meletakkan kepalanya di dadaku . Pasti dia boleh mendengar degup jantung ku yang mengepam darah . Laju .
            “Iman Suffiyah .” Panggil dia .
            “ Ya , saya ..”
            “ Berjanjilah dengan saya yang awak tidak akan meninggalkan saya , susah atau senang.”
            Aku mengelus-elus rambut hitam dia . “ Saya berjanji , Encik Ammar .”
            “ Terima kasih sebab sudi hadir dalam hidup Ammar Hafiz , Iman Suffiyah .” Bisiknya semakin perlahan dan kepalanya semakin memberat di atas dadaku . Aku menunduk sedikit untuk melihat dia . Matanya sudah terpejam rapat . Dia sudah terlena di atas dadaku . Aku menghela nafas . Dalam dan perlahan .
            “ Saya sayang awak , Iman Suffiyah .” Bisik bibir itu perlahan , macam bercakap dalam tidur saja .
            Aku senyum lembut dan entah kenapa mataku terasa hangat dan setitis air mata aku luruh ke pipi . Lelaki ini sangat baik menerima aku yang banyak kekurangan ini . Dia tak sempurna dan dia banyak mengajar aku tentang kasih-sayang . Dia langsung tidak mahu aku pergi dari dia 

KAU SELALU ADA BAB 8

BAB 8
            Kata Encik Ammar , “ Tak kenal maka tak cinta . Tapi kalau sudah hidup berdua , kalau belum ada lagi rasa cinta , rasa suka itu pun dah okay dah .”
            Ya , aku memang tak kenal dia dulu . Dulu , masa baru menikahi dia , aku ingatkan dia seorang perfectionist dan ‘beku’ orangnya . Tapi jauh sungguh anggapanku itu . Terlalu jauh . Ya, dia memang baik melayani aku . Tak pernah tinggi suara dengan aku dan mulut dia kuat mengomen ! Ada saja apa yang aku buat , dia nak komen .
            “ Iman sayang , ni kopi ke air masak ?” komen dia di pagi hari .
            “ Kopi .” Jawabku , telus saja .
            “ Kenapa saya rasa tawar dan rasa kopi tu tak ada ?” Dia tanya aku balik . Aku diam , cuma pandang aje muka dia . Dia suruh aku buat lain . Aku buat kopi yang lain pula untuk dia . Semakin berkerut pula muka dia .
            “ Iman , pahitnya! Awak tak rasa dulu ke bila awak buat kopi ?” Dia tanya aku lagi .
            “ Tak , sebab saya tak minum kopi!” Balasku selamba . Dia mengeluh .
            “ Iman , awak nak jadi isteri yang baik dan di sayangi suami , kan? Nak dapat pahala ni senang aje , sayang . Awak kena fikikan saya dulu sebelum awak nak buat sesuatu . Contohnya , air kopi ni . Kalau awak sayang saya , awak akan fikirkan perasaan saya . Apa saya rasa bila minum kopi pekat dan kelat macam ni ? Melekat kat tekak saya ni . Tawar pulak tu . Jadi , awak kena rasa dulu demi kasih-sayang awak tu . Faham , Iman ?” Dia mendekat dan terus kucup dahi aku .
            Aku cuma garu kepala tak gatal , kena tazkirah oleh ustaz Ammar Hafiz di pagi hari . Tak sangkakan? Tapi itulah perangai Encik Ammar sejak aku bergelar isteri dia dua minggu lalu .
            “ Habis , awak ada fikirkan tentang saya ? Apa saya suka dan apa yang saya tak suka?” Tanyaku pula . Dia berpaling dan tersenyum memandangku .
            “ Ada . Tapi saya tahu , apa yang saya suka, awak pun akan suka . Saya suka awak peluk saya tiap-tiap malam .”
            Aku peluk dia ? Bukan dia yang selalu peluk aku ke ? Lepas tu cium aku ? Lepas tu tangan tu rajin nak tolong bukakan baju aku ??
            Tiba-tiba aku rasa muka aku panas semacam . Encik Ammar sudah pandang aku sambil tersenyum senget  dengan renungan ‘jahat’ dia .
            “ Apa yang awak fikirkan tu , Iman sayang ?” Dia sudah ketawa halus . Tangan mula mengelus pipiku . Terus aku tolak tangan dia  dan melangkah ke dapur . Gila! Memang aku dah gila gamaknya .
            Hai , sabar ajelah Iman . Suami tu . Aku ada juga mengadu dekat emak tentang perangai kuat mengomen Encik Ammar itu . Tapi mak balas macam ni ,” Elok juga dia suka membebel macam tu , Iman oii … bagi kamu tu sedar diri sikit . Belajar masak mulai sekarang kalau tak nak laki kamu tu cari lain !”
            Jadi , selepas dia pergi ke pejabat , aku mula buka internet dan berkenalan dengan pakcik google dengan lebih rapat lagi . Selalunya , aku lebih suka pergi lawan web tentang artis , hiburan atau buat projek untuk kerja sekolah aku . Sekarang , web masakan pulak jadi tumpuan aku kini . Encik Ammar sudah pesan , “Hari ni abang nak makan ayam masak kurma . Abang rasa itu paling senang kut .”
            Ayam masak kurma memang senang untuk orang yang pandai masak . Tapi pada aku yang tak pandai masak ni , ia adalah satu penderaan mental . Setiap tajuk ayam kurma aku tengok . Nak tengok yang paling senang dan mudah . Bila dapat apa yang aku mahukan , aku terus tulis resepi . Okay Iman , kali ini buat elok-elok . Kalau kau tak nak kena komen kaw-kaw dari suami tersayang tu , kena buat yang terbaik . Masak ayam kurma ni , kalau di masak dengan nasi minyak pun sedap juga . Aku terus tulis nasi minyak … dan , hah melambak resepi nasi minyak yang keluar dari dalam I pad yang Encik Ammar hadiahkan untuk aku semalam . Katanya , ia akan memudahkan aku buat kerja dan mencari maklumat . Seperti tadi , aku mencari resepi yang paling mudah dan ringkas untuk the beginner macam aku ni .
            Masa semakin hendak mendekat ke tengahari . Jadi aku perlu masak segera dan bila Encik Ammar balik untuk makan , hidangan sudah tersedia atas meja . Sekarang , aku kena pandai menyusun masa . Antara rumah tangga dan kerja projek sekolah aku . Nak buat macam mana . Dah nak kahwin masa aku masih di bangku kolej lagi . Jadi Encik Ammar pun kenalah terima keadaan aku sebagai budak kolej . Aku termanggu bila memikirkan lagi dua minggu juga cuti semesta aku akan habis . Pastinya , masa aku akan lebih banyak di kolej daripada di rumah . Jadi bagaimana nanti Encik Ammar ? Aku menghela nafas dan mula menyiapkan juadah untuk tengahari nanti . Nasib baik ayam sudahpun Encik Ammar siangkan awal-awal lagi . Sambil masak , sambil tengok resepi .
            Encik Ammar pulang ketika aku sedang bersilat di dapur . Dia ketawa saja melihat aku berpeluh sambil masak dan melangkah menghampiriku . Tisyu di tarik dan segera wajah aku di kesat . Kemudian baru pipi aku di cium .
            “ Boleh buat ke ?” Dia bertanya sambil membantu aku mengacau kuah ayam kurma itu . Aku pula sibuk memotong timun untuk di buat ulaman bersama daun salad yang sudah aku susum atas pinggan leper .
            “ Boleh . Saya tengok dalam google .” Balasku , menyusun timun pula di atas salad , kemudian aku tuangkan sos tomato di atasnya . Tadaaa … Sudah jadi ulaman paling mudah !
            Dia menghampiriku dan memeluk aku dari belakang . Terasa kekok pula bila dia mula nak bermesra macam ni .
            “ Tolong saya siapkan pinggan , boleh ?” Tanyaku , menoleh sedikit ke muka dia . Dia mengangguk dan mencium rambutku sebelum mengambil dua biji pinggan lalu di bawa ke meja makan . Aku segera menceduk lauk ayam kurma itu dan aku bawa ke meja juga .Dia masuk semula dan keluarkan dua biji gelas dan sejug jus durian belanda yang sudah aku bancuh .
            Kami duduk dan mengadap hidangan itu . Kali ini wajah dia nampak teruja dan senyuman juga tak lekang di bibirnya .
            “ Jangan senyum dulu , Encik Ammar . Awak kena rasa dulu masakan saya ni .” Kataku . Dia mengangguk dan menceduk sedikit kuah itu dan di letakkan di atas nasi lalu di gaul . Perlahan nasi itu di suap ke mulut dan kunyah . Muka dia berkerut sedikit .
            “ Nasi minyak ni masin sikit , sayang . Bila dah gaul dengan kuah kurma ni makin masin pulak !” Komen dia , perlahan membuatkan aku terhenti mengunyah . Aku juga berkerut dan terasa betul masinnya . Aku ketap bibir . Apa yang aku buat sepanjang hari kat dapur ni hanya sia-sia . Hati tiba-tiba jadi sedih sebab apa yang aku lakukan tidak menjadi . Penat aje yang aku dapat ! Terus aku bangun meninggalkan meja dan keluar . Aku menangis perlahan sambil duduk peluk lutut . Tak pernah aku malu dan kecewa macam ni . Dah ada suami pun , masih tak reti nak masak lagi . Buat kopi , kopi jadi pahit . Masak asam pedas , jadi asam rebuas !
            Aku terasa seseorang duduk di sebelah dan memeluk bahuku . Aku menundukkan saja kepala di atas kepala lutut . Tak pandang muka dia . Aku pasti mesti sekarang ni dia tengah ketawakan aku . Kalau tak dari mulut dia , mesti dalam hati dia tu!
            “ It’s okay , Iman . Janganlah menangis macam awak dah gagal selamanya . Awakkan baru belajar masak . Lama-lama okaylah nanti .” Pujuk Encik Ammar , lembut . Rambut yang menutupi wajahku , dia selak  dan mengucup pipiku lagi .
            “ Sudah , jom makan . Nanti lapar pulak perut tu . Tak apalah . Masin sikit aje . Saya tak akan kena darah tinggi kalau makan sekali aje . Tapi kalau hari-hari , baru boleh jadi …” Bisiknya di telingaku . Aku terus tolak dia dengan bahu aku dan mengangkat muka pandang dia . Bibirnya sudah tersenyum sejemput .
            “ Benda kecil macam ni pun nak menangis bagai . Nasib baik comel . Hailah , nak buat macam mana , Ammar . Dapat isteri budak sekolah …” Dia bangun berdiri dan menghulur tangan . Aku kesat air mata yang basah di pipi dan sambut tangan dia untuk bangun .
            “ Lain kali masak rasa dulu . Jangan terus letak garam banyak-banyak . Letak sikit-sikit dulu . Faham , Iman sayang . Saya pun reti masak tau . Cuma malas nak tunjuk skill kehebatan saya saja .” Katanya sambil paut bahu aku dan buat muka kerek dia . Aku mencebik . Menyampah dengan ayat tak boleh blah dia tu .
            Kami duduk semula dan makan . Dia ceduk seketul ayam lalu di letakkan dalam pinggan aku .
            “ Kuah ni nanti tambah sikit lagi air . Biar kurang masinnya . Jangan banyak pulak awak letak air . Jadi cair pulak nanti , Iman sayang .” Katanya lagi . Aku mengangguk . Dia mula menyuap nasi .
            Dalam pukul dua , dia kembali semula ke pejabat . Tinggallah aku sendirian di kondo itu.Usai mengemas dapur dan mengemop lantai , aku mandi . Badan sudah berpeluh masa memasak tadi dan mula menghabiskan masa aku dengan membuat kerja kolej hinggalah ke petang .
            Malam , dia membantu aku mencuci pinggan-mangkuk di sinki lepas makan malam . Lauk siang tadi juga . Tapi kuah kurma ayam aku dah tak masin macam siang tadi .
            “ Malam ni malam Jumaat .” Itu ayat penyata dari Encik Ammar . Dia tidak memandangku tapi bibirnya saja tersenyum menguntum . Kalau malam Jumaat dah kenapa ? Dia ada pelan nak keluar ke ?
            “ Encik Ammar nak keluar dengan Shila ke ?” Tanyaku , memandang dia . Dia sudah berkerut sedikit .
            “Nak keluar dengan dia nak buat apa ? Bukan boleh sentuh dia pun . Tengok aje . Lainlah dengan isteri saya ni ..” Dia tolak bahu aku dengan bahu dia . Aku pandang dia . Pelik . Selama ni dia tak pernah tengok aku ? Sentuh aku ? Apa kena-mengenanya dengan malam Jumaat ? Hish, tak faham aku dengan lelaki ini .
            Tanpa bicara lagi dari bibir dia , dia terus cucikan tangan aku dan tangan dia . Aku sudah memandang dia , tak mengerti .
            “ Encik Ammar , saya tak habis lagi cuci pinggan ni !” Bantahku . Tapi dia buat muka kering saja dan ambil tuala kering lalu lap tangan aku dan tangan dia . Kemudian terus di tarik tangan aku keluar dari dapur .
            “ Kita nak ke mana ni , Encik Ammar ?” Tanyaku .
            “ Masuk bilik …” Dia sudah senyum senget .
            “ Tapi …”
            Dia terus tarik aku masuk bilik dan dudukkan aku di atas sofa menghadap tv .
            “ Malam ni ada cerita P. Ramlee .. Musang berjanggut . Saya minat sangat dengan pelakon lagenda tu …”
            Apa ?? Memang betul-betul buang masa akulah !
            “ Kalau awak nak tengok cerita tu , awak tengok ajelah sorang , Encik Ammar . Saya banyak kerja lagi ni . Dapur tu pun saya tak lap lagi .”
            “ Iman , awakkan isteri saya . Takkan saya nak tengok cerita sorang-sorang , ketawa pun sorang-sorang ? Sebagai suami-isteri ni kenalah bertolak-ansur sikit . Tadi , saya teman awak kat dapur . Ini , awaklah pulak temankan saya . Baru adil .” Katanya seraya duduk di sebelahku .
            “ Awak tahu tak setiap insan yang berumah tangga ni kena bertolak-ansur dan saling memberi dan menerrima ?” Tanya dia kini , memandang aku tepat-tepat .
            “ Tak tahu , sebab saya tak kahwin lagi sebelum ni!” Jawabku , bersahaja . Dia sudah merenung tajam padaku .
            “ Tapi sekarang awak dah menerimanya dari sayakan ?” Tanya si dia lagi . Bibir itu sudah senyum senget . Mesti adalah tu dia nak cakap .
            “ Terima apa ?” Tanyaku , polos saja . Tak faham apa maksud dia tu .
            Dia mendekati dan terus memeluk aku .
            “ Terima dari saya tiap-tiap malam . Awak tak ingat ?” Bisiknya ke telingaku . Hishh , dia ni kalau bercakap mesti nak melencung ke lain !
            Aku terus tolak dia . “ Kalau saya tak nak terima , awak tetap nak memberi jugak , Encik Ammar!”
            Dia terus ketawa kuat . Aku terpegun beberapa ketika . Tak pernah aku lihat dia seriang itu .
            “You should , Iman . You should .. Itu yang membuatkan hidup saya lengkap kini dan awaklah yang menyempurnakannya .” Kata Encik Ammar lagi . Bibir masih tersenyum .
            Dia terus ambil remote tv dan duduk tegak memandang skrin .
            “Errr … Encik Ammar ..” Panggilku kemudian .
            “Hm ?” Sahutnya , tanpa menoleh padaku . Bibir asyik tersengih saja menonton kisah Musang Berjanggut yang entah berapa kali main kat tv itu .

            “ Minggu depan cuti semesta saya habis . Saya kena balik rumah sewa saya tu …”Kataku . Dia terdiam lantas memandngku tak berkelip .