Monday 6 July 2015

HANYA KAMU , JOHANNA BAB 10

BAB 10
            Seminggu sudah berlalu dan budak-budak itu juga sudah pulang semula ke Johor Baharu. Pelik Johanna rasakan . Dalam seminggu budak-budak itu berada di rumah Syed Harraz , datuk dan nenek budak-budak itu langsung tak mencari . Mungkin begitu cara mereka . Kebiasaan . Itulah yang boleh menjadikan seseorang itu tidak sedar sama ada apa yang dia lakukan itu betul atau tidak . Sebab sudah terbiasa .
            Johanna melakukan tugasnya seperti biasa . Terasa sunyi pula bila budak-budak itu sudah tidak ada . Selama seminggu ini masanya terisi dengan melayan dua orang anak saudara Syed Harraz itu . Johanna masih ingat lagi wajah-wajah itu sayu memandang dia bila Mak Da datang untuk membawa budak-budak itu pulang ke rumah besar sana sebab bapa budak-budak itu sudah datang untuk menjemput mereka. Johanna menghela nafas panjang . Memang sunyi terasa kini .
            Syed Harraz juga sudah sibuk dengan kerja dia . Entah apa kerja tuannya itu , dia tidak tahu . Tak pernah tanya dan tak mahu di anggap kepohchi pulak.
            Minggu berikutnya pula , Mak Mah mengajak dia membantu di dapur . Tuan rumah dekat rumah depan sana nak buat makan-makan keluarga malam nanti .
            “Jadi , nak minta tolong Jo belikan barang-barang . Ni , senarainya .” Sehelai kertas di berikan padanya . Buat beberapa ketika matanya terkebil-kebil memandang Mak Mah .
            “Saya nak naik apa ni , Mak Mah?” Tanya Johanna , sudah merenungi muka orang tua itu.
            “Nanti Mak Mah call Pak Majid , driver Tuan Syed Amiruddin tu . Dia tentu boleh hantarkan kamu sekejab .” Terus Mak Mah menghilang ke dapur semula .
            Johanna meneliti barang-barang di dalam kertas itu . Ada bawang , beras basmathi? Beras apa tu? Berkerut dahi dia sekejab.
            Syed Harraz yang sudah bersiap-siap nak keluar , tertoleh memandangnya . Apa sajalah yang Johanna itu buat ? Macam penting saja nampakya . Serius saja muka gadis itu .
            “ Jo , aku keluar dulu!” Kata Syed Harraz , macam minta izin pula . Johanna memandangnya sekilas dan mengangguk saja . Buat tak tahu . Pen di tangan mula mencatit .
            “Aku nak keluar dating!” Kata Syed Harraz lagi , bagai cuba menarik perhatian Johanna lagi .
            “Okay ..”
            Apa sajalah yang nampak penting sangat kat kertas itu? Fikir Syed Harraz . Dia menghampiri dan menjengah dari bahu Johanna. Dekat sangat . Minyak wangi Syed Harraz terus menusuk ke pernafasan Johanna .
            “Apa kau tengok?” Tanya Syed Harraz , mengejutkan Johanna . Segera Johanna berpaling memandangnya . Bila pulak mamat jambang ni sudah berada di belakangnya?
            “Nak beli barang-barang ni hah . Mak Da dan Mak Mah nak masak . Malam ni ada makan-makan kat rumah depan sana , bro. Lu tak tahu ke?” Tanya Johanna sambil melipat kertas itu .
            Syed Harraz merenung wajah Johanna . Ada makan-makan ? Kenapa abah tak cakap apa-apa pun dengan dia? Ada apa-apa yang dia tida tahu ke?
            Dalam tertanya-tanya , telefonnya berbunyi . Bila di lihat , nama abah tertera di skrin. Segera di jawabnya .
            “ Ya , abah?”
            “ Abah nak Harraz datang rumah malam ni . Ada jamuan makan malam . Don’t be late!”Kata abahnya , Syed Amiruddin .
            “Jamuan apa , bah?” Tanya Syed Harraz sudah berkerut dahi .
            “Jamuan untuk sambut menantu !”
            Terbeliak mata Syed Harraz mendengarnya . Dia memandang Johanna .
            “Kenapa ni , bro ?” tanya Johanna pelik .
            Takkan abah sudah nak mengotakan kata-katanya hari itu? Mana pulak dia nak cekau seorang perempuan dalam waktu singkat macam ni?
            Syed Harraz mula merasa resah . Takkan abah sudah memulakan rancangannya nak carikan dia seorang isteri ? Kalau dia tak suka macam mana? Syed Harraz sudah mula mundar-mandir di ruang tamu . Langsung tergendala rancangannya nak keluar hari ini . Apa yang harus dia lakukan ? Jamuan makan malam itu dalam pukul tujuh setengah malam . Dia kena buat perancangannya semula . Matanya sudah memandang Johanna. Johanna itu perempuankan?
            “Johanna!” Panggil Syed Harraz , tiba-tiba membuatkan Johanna mengangkat muka memandangnya .
            “Kau pernah pergi rumah sebelah? Rumah abah aku?” Tanya Syed Harraz , memandangnya tepat-tepat .
            “Tak ..”
            “Sooo…  Dia orang tak kenal kau, kan?”
            Johanna tidak berkelip memandang wajah kacak itu . Apa yang cuba mamat jambang ni nak katakan?
            “Kenapa ni , bro? Lu jangan nak buat idea mengarut ek!” Johanna sudah memberi amaran. Tapi memang dia rasakan apa yang dia akan lakukan terhadap gadis bernama Johanna ini memang idea yang mengarut dan tak masuk dek akal! Tapi dia harus melakukannya . Terdesak!
            “Kau kena tolong aku!”
            “Hah?” Johanna semakin pelik memandang Syed Harraz . Lelaki itu terus mendekatinya dan mengambil kertas itu dari tangan Johanna . Benda ni tak penting . Apa yang penting sekarang adalah dirinya!
            “ Kau kena jadi awek aku .” Pinta Syed Harraz , seakan terdesak .
            “Hah? Lu ni dah kenapa , bro? Terdesak sangat ke?” Tanya Johanna lagi , semakin tidak mengerti. Mamat jambang ni dah buang tebiat ke apa? Terus dia ketawa gelihati . Tapi bila tengok wajah serius Syed Harraz yang tidak ketawa atau senyum , langsung ketawa dia termati.
            “Lu memang terdesak ke?” Tanya Johanna bersungguh pula kali ini . Syed Harraz mengangguk.
            “Dia orang nak pilihkan seorang perempuan untuk aku . Nak jadikan isteri aku.” Kata Syed Harraz , membuat penjelasan .
            “Okaylah tu . Apa nak risau sangat . Terima ajelah , bro!” Balas Johanna , tersenyum seraya menepuk lengan Syed Harraz sekali . Macam kawan-kawan dia aje . Sedangkan lelaki itu bos dia!
            “Aku tak nak kahwin lagilah!” Marah Syed Harraz . Hati sudah tak tenteram . Yang Si Johanna ni pulak tak nak membantu.
            “ Jo , sekali ni aje . Lepas tu , kita buat macam biasa. Bolehlah , Johanna…” Syed Harraz sudah merayu . “Please …”
            Johanna masih tidak berkata apa , cuma berkerut saja memandang lelaki itu . Tak pernah mamat jambang ni nampak terdesak sangat . Jadi maknanya kali ini dia memang terdesak.
            “ I will explain later . Now I really …really need your help!
            “ Bro , lu ni okay ke tak? Kenapa lu macam ni? Lu tak sihat ke?” Bertalu-talu pulak si Johanna bertanya .
            “ Tak ada masa nak jelaskan . Kau ikut aku dulu . Nanti aku beritahu dalam kereta .” Terus Syed Harraz menghubungi seseorang . Kemudian dia terus memanggil Mak Mah .
            “Mak Mah , saya nak bawa Johanna keluar sekejab . Ada hal penting sangat . Mak Mah pergi beli barang tu sendiri dengan Pak Majid ya . Sorry sangat-sangat . Saya perlukan Johanna sekarang ni . Come, Jo !” Terus lengan Johanna di tarik keluar . Johanna yang sudah terpinga-pinga itu hanya menurut saja bila Syed Harraz membukakan pintu kereta untuknya. Kemudian melangkah ke pintu tempat memandu pula .
            Tali pinggang di tarik dan di pasang . Mata Johanna terus memandang Syed Harraz.
            “Lu kan ramai awek . Apasal gua pulak yang lu pilih?” Tanya Johanna , masih tak faham dengan idea tak berapa bernas si mamat jambang ini . Tak pasal-pasal dia pulak kena temankan si tuan syed ni .
            “Semua tu bukannya stok  boleh buat isteri , Jo.” Jelas Syed Harraz , memandu keretanya laju membelahi jalan raya .
            “Habis , gua boleh? Agak-agaklah , bro!”
            Syed Harraz menoleh memandang ke tubuh Johanna . Mata itu nampak jahat saja.
            “Relakslah , sayang . Takkanlah aku nak ambil kau jadi isteri aku . Nanti anak-anak aku cakap ikut gaya cakap kau lu-gua pulak!” Balas Syed Harraz sambil ketawa . Kening Johanna sudah terjongket sebelah . Serius lelaki ni mantel!
            Wajah Syed Harraz bertukar serius balik . Tegak saja pandangannya ke depan .
            “ Kita nak ke mana ni, bro?” Tanya Johanna , ketika Syed Harraz membelok ke sebuah lorong yang bederetan kedai-kedai perniagaan .
            “Sekarang , kita kena buat sesuatu pada diri kau ni . Aku nak ubah penampilan kau . Biar nampak macam perempuan sikit . Kita nak pergi ke tempat kawan aku . Mungkin dia boleh tolong.” Kata Syed Harraz , perlahan saja kini .
            “Nak buat apa tu?” Tanya Johanna , semakin resah pulak dia dengan idea lelaki itu .
            “Nak make over kaulah!” Balas Syed Harraz bersahaja . Terkebelakang Johanna jadinya sebab terkejut dengan penyataan mamat jambang itu .
            “Apa?” Dia hampir terjerit . Syed Harraz sudah senyum senget . Hati memang dah nak ketawa tengok muka Johanna kali ini . Terus pucat muka budak itu . Ini sah-sah tak pernah pergi salun kecantikan .
            “Relakslah , Jo . Tak menyakitkan pun . Kau cuma duduk diam-diam and let them do the rest ..”
            Mudahnya Si Tuan Syed ni bercakap . Dia bukan pernah pun buat benda-benda tak berfaedah ni! Mungkin pada perempuan lain suka kut , diri tu duduk berejam di belai dan di belek sana-sini . Tapi bagi dia , itu semua buang masa sajalah!







15 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Secoet jer....nanti up lg ye

    ReplyDelete
  3. Semakin menarik x sabar bab seterusnya.

    ReplyDelete
  4. Semakin menarik x sabar bab seterusnya.

    ReplyDelete
  5. Semakin menarik x sabar bab seterusnya.

    ReplyDelete
  6. Xsabar nak thu kisah selanjutnya..... :)

    ReplyDelete
  7. Ini adalah bab yang terakhir dlm blog sy .. insyaallah Hanya Kamu Johanna akan menemui uolls dalam versi naskah hujung tahun ni ..Terima kasih sebab menyokong kisah JOHARRAZ ini ..TQSM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukanya nak ke versi cetak!! Xsabar nak peluk ni =)

      Delete
  8. Alaaaaaaa by the time nk tgu jd jilid dh lupe dh tajuk ape..uwaaaa sambung arr dlm nih..plisss plissss ahahahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe orochimaruNM .. ia berkemungkinan di terbitkan hujung tahun ini di PB1M bulan 12 ni .

      Delete
  9. good luck... Dilla oll de best.. :)

    ReplyDelete