Friday 12 June 2015

HANYA KAMU , JOHANNA BAB 7

BAB 7
            Bagai sudah menjadi satu kebiasaan Syed Harraz akan pulang ke rumah untuk makan tengahari . Entahlah . Sejak ada budak Johanna kat rumah tu , hidup dia tak rasa sunyi sangat . Ada saja benda dia nak suruh budak tu buat . Sampai di rumah dia sudah ternampak Johanna sedang menyapu halaman di bawah panas terik . Nasib baik kepala tu pakai cap .
            “ Johanna , tolong siapkan makan tengahari aku! Aku nak naik atas kejab .” Usai cakap macam tu Syed Harraz terus naik ke atas . Terpaksalah Johanna meninggalkan tugasnya itu bila encik bos sudah mengeluarkan perintah .
            Beberapa minit kemudian Syed Harraz sudah duduk menghadap hidangan . Johanna keluar membawa semangkuk nasi .
            “Lu tak cuci tangan ke , bro?” tegur Johanna . Mak Mah yang keluar membawa minuman sudah terkejut . Beraninya budak Jo ni menegur kelakuan Tuan Syed Harraz itu .
            “ Aku guna sudu dan garfu , sayang.” Balas Syed Harraz , selamba saja panggil Johanna sayang .
            “ Mana sedap makan dengan sudu-garfu . Kitakan orang melayu . Pakai tanganlah baru ada selera nak  makan .” Balas Johanna pula , tidak mahu mengalah .
            “Aku tahulah , Jo . Tapi hari ni aku nak guna sudu dan garfu sebab aku dah lambat ni . Lagi satu , aku bukan orang melayu . Aku orang arab . Faham , sayang!” Syed Harraz sudah tersengih jahat . Johanna meletakkan mangkuk nasi tambah itu di tepi meja makan .
            “Kalau iya pun pakai sudu-garfu , kenalah cuci tangan tu jugak . Tangan kita ni kotor , bro . Walaupun lu tak pegang benda kotor . Tapi lu pegang benda-benda macam pen , kertas , duit . Hah , duit tu orang pegang sana-sini . Lepas tu pass pulak kat lu . Lu pegang . Kita mana tahu dia pegang benda kotor pulak . Kuman , bro!” Johanna bagi syarahan pada Syed Harraz lagi.
            Mak Mah sudah tersenyum kecil . Lalu melangkah masuk ke dapur . Nak saja dia ketawa kat situ juga bila terpandangkan wajah Tuan Syed Harraznya hanya terkebil-kebil mendengar syarahan dari budak rock itu .
            “Yalah, yalah .. aku cuci tanganlah ni .” Syed Harraz mengalah lalu bangun semula dan segera mencuci tangannya di sinki dapur . Dia menjeling sekilas pada Mak Mah . Nampaknya budak Jo ni sengaja nak ‘sekolahkan’ dia tentang faktor kesihatan dan kebersihan. Dah macam dia ni budak iklan sabun cuci tangan demi kebersihanlah pulak!
            Lepas mencuci tangan dia kembali semula ke meja makan dan menceduk nasi . Syed Harraz ni selalu lupa sesuatu . Asyik dia saja nak kena ingatkan . Johanna berdehem . Syed Harraz mengangkat mukanya . Johanna menunjukkan tapak tangan di rapatkan dan menadah . Dengan jengkilan mata dia memberi isyarat ‘berdoa’ pada lelaki itu .
            Syed Harraz menepuk dahi dan meletakkan sudu dan garfu ke bawah . Tangan menadah dan membaca doa makan . Johanna mengangguk dan mahu menyambung kerjanya di luar sana .
            “Nak ke mana tu?” Tanya Syed Harraz , bila ternampak gadis itu sudah nak melangkah.
            “Nak sambung kerja gualah , bro!” Jawab Johanna pula , memandangnya .
            “Aik? Layanlah aku makan dulu . Aku sorang-sorang aje makan ni .”
            “ Lu tu bukan suami gua , bro … nak kena layan bagai!” Ucap Johanna selamba dan melangkah pergi . Terdiam Syed Harraz mendengar kata-kata budak gothic itu .
            Lepas makan , terburu-buru Syed Harraz keluar nak kembali semula ke pejabat . Pukul tiga nanti dia ada mesyuarat pulak .
            “Lepas ni gua nak balik , bro!” Beritahu Johanna tiba-tiba. Sudahlah semalam dia tak balik ke rumah sebab lelaki ini . Apa pulak kata Umi Zakiah nanti kalau dia tak balik hari ini .
            Syed Harraz yang baru nak masuk ke dalam kereta , keluar semula .
            “Bukan kau balik pukul enam ke?” Tanya Syed Harraz , merenung Johanna .
            “Gua ni bukan kerja ofis , bro . Gua datang sini pun sebab nak tolong Mak Mah . Bukan nak kena buat kerja sampingan lu tu .” Balas Johanna , sinis .
            “Ikut suka lu lah , Jo sayang! Gua belah  dulu . I’m late!” Syed Harraz terus masuk ke dalam perut kereta dan terus berdesup pergi .
            Johanna sudah senyum lega . Balik ni bolehlah dia relaks kat rumah umi tu sampai besok pagi!
            Habis kerjanya di bahagian luar , Johanna masuk semula ke dalam rumah . Fuh , punya panas kat luar tu boleh terbakar kulit . Berpinau pandangannya sekejab akibat berjemur tadi . Si Tuan Syed itu pun suka sangat tanam pokok-pokok bunga dan pokok cempaka . Memang wangi baunya . Tapi itulah , nak kena sapu bila daun-daunnya mula gugur .
            Mak Mah menoleh memandang Johanna yang masuk ke dapur . Rupanya Mak Mah sedang berbual dengan Mak Da , pembantu rumah Tuan Syed Amiruddin . Johanna kenal perempuan itu dari Mak Mah juga . Ada beberapa kali terserempak wanita itu datang dan memberikan lauk-pauk untuk Syed Harraz dari rumah sana . Johanna pun tak faham kenapa Syed Harraz lebih suka duduk sendiri  macam ni . Dari apa yang di ceritakan oleh Mak Mah , Syed Harraz tak ‘sebulu’ dengan emak tirinya . Datin Dalilah itu . Entah macam mana rupanya perempuan bernama Datin Dalilah ini pun , Johanna tak pernah nampak dan dia memang tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah yang satu lagi itu .
            “Assalamualaikum , Mak Da .” Sapa Johanna dengan ramah . Segera tangan wanita itu di sambut dan cium hormat .
            “Waalaikumsalam, Cik Johanna . Ni , berpeluh-peluh buat apa?” Tanya Mak Da , ramah .
            “ Menyapu kat luar sana , Mak Da . Hari ni buat kerja semua lambat sebab tangan nilah.” Ujar Johanna , ramah . Mulut dia memang ramah kalau berbual dengan orang yang lebih tua . Bila melihat kedua-dua wanita itu , pasti dia akan teringatkan arwah nenek dan emaknya . Dia sangat sayangkan kedua-dua wanita dalam hidupnya itu . Tapi …
            Johanna menghela halus bila teringatkan emaknya . Entah apa khabarnya , Johanna tidak tahu . Bukan dia tidak ambil tahu . Tapi dia tidak boleh .
            “Cik Johanna kalau nak makan , ada lauk-lauk yang Mak Da bawa untuk Syed Harraz tu . Besok rumah ni akan di kunjungi tetamulah . Besokkan dah mula cuti sekolah .” Kata Mak Da pada Mak Mah . Mak Mah mengangguk-angguk faham . Cuma Johanna saja buat muka kosong .
            “Anak-anak saudara Tuan Syed Harraz suka datang ke sini bila cuti sekolah , Jo . Kalau budak-budak tu ada , Tuan Harraz ambil cuti dan ajak  dia orang jalan-jalan .” Beritahu Mak Mah walaupun Johanna tidak bertanya . Johanna mengangguk saja.
            “Mak Mah , Mak Da .. Saya masuk dulu ya . Nak makan . Dah lapar ni .” Kata Johanna pula sambil menepuk-nepuk perut lepernya .
            “Hah , pergilah makan , Johanna . Lauk kat bawah tudung saji tu .” Beritahu Mak Mah pula . Johanna mengangguk dan melangkah ke sinki untuk mencuci tangan .
            “Sejak budak Jo ada tu , ringan sikit tugas Mah kat rumah ni , Kak Da . Rajin budaknya.” Kata Mak Mah memuji-muji Johanna . Johanna tersenyum saja mendengar kata-kata wanita itu.
            “Mak Mah jangan puji sangat saya ni . Nanti riak pulak saya!” Ucap Johanna , kuat sedikit ketika menceduk nasi dan lauk-pauk .   
            “Puji apanya . Betullah Mak Mah cakap . Awak tu boleh bantu Mak Mah . Ringan tulang. Tak payah kena suruh atau minta tolong . Johanna sedia membantu!” Mak Mah sudah bercakap macam tulisan papan iklan .
            Johanna sudah ketawa . Terus dia bawa pinggan ke meja makan dan duduk . Berdoa makan , kemudian mula menyuap nasi .
            “ Kak Da nak balik dululah , Mah . Nanti , kalau mak datin tu tak nampak muka Kak Da , mahu dia menjerit satu rumah cari Kak Da ni …” Mak Da sudah gelak-gelak kecil. Kemudian terus berlalu balik ke rumah besar sana .
            “Mak Datin tu garang ke , Mak Mah?” Tanya Johanna tiba-tiba. Mak Mah senyum .
            “Entahlah . Garang kut . Semua dia tak suka . Syed Harraz pun dia tak suka . Cucu-cucu dia pun dia tak suka .”
            “Habis , apa yang dia suka?” Tanya Johanna lagi , sambil mengunyah .
            “Suka orang dengar cakap dia , jangan bantah cakap dia … Bershopping dengan kawan-kawan dia .. Itulah kerja dia . Dapat laki kaya , Jo . Duit tak habis buat makan .”Cerita Mak Mah serba sedikit tentang emak tiri Syed Harraz itu .
            Johanna diam . Dia macam pernah berjumpa dengan manusia macam mak datin ini satu masa dulu . Malas Johanna hendak mengingatinya .
            “ Tapi duit ni kalau di belanja hari-hari pun boleh habis , Mak Mah . Bukit tu kalau di tarah hari-hari pun boleh botak dan rata . Apalagi harta dunia ni . Satu kali Allah tarik rezeki tu , semua boleh hilang dalam sekelip mata .” Tukas Johanna pula .

            Mak Mah mengangguk mengiyakan kata-kata Johanna itu . Kalau tak beringat dan bersyukur pasti satu hari nanti Allah akan tarik apa yang kita ada . Hidup ini bukan hanya untuk mengejar dunia . Akhirat juga perlu di kejar . Mati itu pasti . Bila-bila , tak lambat atau cepat . Bila sudah tiba masanya , kita hanya bagai satu boneka . Keras dan kosong tanpa nyawa .

3 comments:

  1. Ehh...adkh mak si jo ni mak tiri si mr boss ??jeng3,next n3 plzz tq :)

    ReplyDelete
  2. nice story. like it!! thubs up! hehe.. klu xkberatn,singgahla blog sy amalinajuraimi@blogspot.com

    ReplyDelete