Monday 1 June 2015

HANYA KAMU , JOHANNA BAB 2

BAB 2
            Johanna berdiri tegak memandang ke atas pada pagar tinggi dan besar tersergam di hadapannya kini . Ini ke rumah yang Umi Zakiah suruh pergi? Head phone di telinga di tarik dan di sangkutkan ke leher saja . Papan luncur di kaki terus di hinjak dan di peluk di celak ketiak . Ini kalau pencuri nak masuk pun kena fikir banyak kali ni! Kaki segera melangkah ke pondok pengawal di bahagian tepi pagar itu .
            “ Nak cari siapa?” Tanya seorang lelaki berpakaian seragam itu . Matanya tunak memandang wajah gadis di hadapannya . Dari atas hingga ke bawah dia tengok budak itu . Macam pelik pun ada . Dari baju , seluar jean sampai ke lutut dan kasut All America itu serba hitam keseluruhannya . Matanya naik semula ke wajah gadis itu .
            “ Nak jumpa Tuan Syed Harraz … Err… Mak Mah …” Kata Johanna , memberitahu tujuan kedatangannya ke situ . Pak guard mengangguk dan terus membuat panggilan . Beberapa minit kemudian dia keluar semula .
            “Cik Johanna?” Tanya pak guard tersebut . Johanna tersenyum dan mengangguk .
            “Sila bagi kad pengenalan .” Kata pak guard yang bernama Ismail itu . Terus Johanna mengeluarkan dompetnya dari kocek belakang seluar dan segera menyerahkan kepada Pak Mail itu . Lama juga dia nak kena tunggu orang tua itu mencatit namanya di dalam buku kedatangan .
            “Okay , boleh masuk .” Kata Pak Mail ketika menyerahkan semula kad pengenalan Johanna . Mata pula tak lepas dari memandang wajah budak itu . Johanna melangkah masuk ke dalam kawasan rumah itu . Pergh! Punya besar tak tahu nak cakap macam mana .
            “Awak ni dah tak ada baju kaler lain ke nak pakai? Semua hitam . Macam berkabung dah!” Tegur Pak Mail itu . Johanna menoleh dan meletakkan papan skatenya ke atas batu jalan  dan tersengih .
            “ Asalkan saya tak bogel , pak cik! Have a nice day!” Kata Johanna selamba .Pak Mail sudah menggeleng . Budak-budak zaman sekarang ni …
            Johanna meluncur masuk ke kawasan rumah yang tersergam itu . Nampak macam ada dua buah rumah banglo kat dalam kawasan ni . Pokok-pokok ru yang di tanam  di kiri-kanan jalan itu membuatkan suasananya redup dan nyaman . Dari jauh di sudah ternampak pokok-pokok bunga berbagai warna kelihatan cantik dan menarik . Dia menghela nafas panjang . Boleh ke dia hidup dalam rumah besar ini dalam masa satu bulan? Satu bulan!Macam hukuman mandotori baginya .
            Ini semua gara-gara bergaduh dengan Marlia . Kan dah kena hukum dengan Umi Zakiah. Tapi bila fikir balik , memang patut si Marlia itu kena belasah dengan dia . Mulut tak ada insuran dan suka tuduh dia yang bukan-bukan! Johanna sudah senyum jahat . Puas hati dia dapat tampar mulut si Marlia itu semalam . Tapi itulah . Sekarang dia kena menerima balasannya .
            “ Mak Mah , pembantu Tuan Syed Harraz nak cari pembantu untuk membantu dia . Kalau ada yang nak tolong , ringanlah sikit kerja dia kat rumah besar tu . Maklumlah , orang tua Hanna. Mana larat nak turun-naik tangga mengemas bilik dan macam-macam kat rumah tu . Hanna tolong Mak Mah ya.” Pujuk Umi Zakiah , lembut dan tenang saja .
            Hah , ini sebab Umi Zakiah dan Mak Mah saja . Kalau tidak , memang tak inginlah dia menjejakkan diri dan memaksa diri nak tolong Tuan Syed Harraz ini . Entah macam mana orangnya pun , Johanna tidak tahu . Harap jangan banyak cerewet sudah!
            Hampir saja dia menghampiri rumah , matanya bagai ternampak seseorang menyusup masuk dari pagar bahagian belakang . Tubuh macam seorang lelaki . Tinggi dan tegap . Muka saja Johanna tak nampak . Kemudian lelaki itu terus menghilang di sebalik dinding . Johanna berhenti di hadapan pintu hadapan . Sunyi saja . Mana Mak Mah ni? Terus papan skate itu dia angkat dan mencari bahagian belakang dapur . Berpusing agak jauh jugalah dia .
            “Assalamualaikum , Mak Mah!” panggilnya berserta salam sekali . Tak sampai lima minit , Mak Mah sudah tersembul depan pintu dapur .
            “La , Johanna . Kenapa sampai ke belakang ni?” tegur Mak Mah , mesra . Dia kenal dengan budak Johanna ni . Adalah beberapa kali terserempak di Rumah Akhlak Mulia itu . Baik budaknya .
            “Jo lalu kat depan sana . Sunyi aje . Jadi Jo datang sini . Dah agak dah . Mak Mah mesti ada kat dapur .” Johanna tersenyum , seraya menyandarkan papan skatenya ke dinding dapur .
            “ Haah , Mak Mak tengah nak siapkan sarapan untuk tuan rumah . Jom masuk dulu , Johanna .” Ajak Mak Mah gembira saja .
            “Panggil Jo aje , Mak Mah . Macam pelik pulak bila Mak Mah panggil nama saya macam tu . Saya ni rock , Mak Mah . Mana layan yang ayu-ayu ni!” Kata Johanna, sambil membuka kasut hitamnya di depan pintu dapur .
            “Nama Jo macam nama lelaki , Johanna . Kamu tukan perempuan .” Kata Mak Mah lagi . Dia terus menyambung memasak mee hoon goreng yang tergendala sebentar tadi .
            “ Tak apa , Mak Mah . Mak Mah panggil Jo aje . Lebih mesra .” Johanna sudah menyeringai . Bau masakan Mak Mah buat perut dia berbunyi . Lagi pula dia belum bersarapan . Memang kebulur perut dia pagi itu.
            “Jo dah sarapan?” Tanya Mak Mah , macam tahu-tahu aje apa yang dia fikirkan.
            “ Belum , Mak Mah . Lapar ni . Bangun aje pagi tadi terus naik bas ke sini . Tak fikir apa dah .” Ucap Johanna , memerhatikan perempuan bertubuh gempal sedikit itu mengacau mee hoon di dalam kuali .
            “ Kalau macam tu , Jo tolong Mak Mah siapkan meja kat depan tu . Sekejab lagi Tuan Harraz turun nak bersarapan sebelum pergi kerja .Hah , baru Mak Mah teringat . Dia nak jumpa Jo dulu . Nak tengok awak .” Kata Mak Mah lagi , menutup api dapur dan mencapai mangkuk besar pula .
            “ Dia nak jumpa saya ? Nak buat apa?” Tanya Johanna pula ketika menyusun kuih-muih yang telah Mak Mah sediakan atas meja dapur itu ke dalam dulang .
            “ Nak interviewlah tu … Senang hati Mak Mah , Kak Umi nak tolong Mak Mah ni . Nasib baik juga Jo yang nak tolong Mak Mah . Jo cakap aje nak makan apa. Mak Mah boleh masakkan . Itu ajelah yang boleh Mak Mah buat . Nak bagi duit kat kamu , Kak Umi tak kasi .”
            “Tak apa , Mak Mah . Saya okay aje . Saya bawak makanan ni ke depan ya , Mak Mah.” Johanna sudah mengangkat dulang .
            “Yalah . Kamu susun sekali makanan tu atas meja ya , Jo!”
            “Ya!” Sahut Johanna . Mana pulak meja makan ni ? Mata sudah melilau . Hah , itu pun dia! Segera kaki melangkah ke situ . Tangan cekap menyusun pinggan-pinggan kuih-muih . Ramai ke orang kat dalam rumah ni? Macam-macam hidangan yang Mak Mah sediakan , Fikir Johanna. Dia melangkah ke dapur semula dan menyusun dua teko minuman dan satu cawan dan piring .
            “Err .. Mak Mah!” Panggil Johanna , nampak keliru .
            “Ada apa , Jo?” Tanya Mak Mah , ketika meletakkan mangkuk mee hoon itu ke dalam dulang .
            “ Berapa orang yang tinggal kat dalam rumah ni?” Tanya Johanna , memandang perempuan bertubuh gempal itu.
            “Tuan Harraz ajelah . Kenapa?” Tanya Mak Mah , tak mengerti . Johanna pantas menggeleng . Okay , kena ingat satu aje . Orang kaya!
            Johanna keluar semula dan membawa hidangan sekali lagi ke meja makan. Sorang tapi sarapan macam ada lima orang lagi! Johanna tersengih sinis .
            Syed Harraz menuruni laju tangga untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum ke tempat kerja . Langkahnya menjadi perlahan bila ternampak seseorang di meja makan . Budak lelaki mana pulak ni ? Setahunya , Mak Mah tak ada anak lelaki .
            Kebetulan juga Mak Mah keluar dari dapur dengan membawa mangkuk mee hoon . Terus perempuan itu tersenyum . Pelik . Mak Mah senyum dengan siapa? Terus Johanna menoleh ke belakang dan masing-masing terpegun untuk beberapa ketika . Mata Syed Harraz tajam merenung budak perempuan kurus di hadapannya itu.
            “Siapa ni , Mak Mah?” Tanya Syed Harraz . Kaki mula melangkah mendekati meja makan . Beg bimbit hitam dan baju kotnya di letakkan ke kerusi sebelah .
            “ Ini  Johanna . Pembantu yang Mak Mah cakapkan semalam , tuan .” Terang Mak Mah . Syed Harraz diam . Tapi mata masih meneliti budak itu atas-bawah . Semua serba hitam . Dari baju T gambar sebelah tengkorak, sebelah muka perempuan cantik kat bahagian depan , hingga ke seluar jean hitam juga . Gelang di kedua-dua belah tangan yang mungkin dalam sepuluh gelungan itu juga berwarna hitam . Mata bulat juga bercelak hitam buat kening Syed Harraz terjongket sebelah . Dah macam beruang panda pun ada dia tengok . Style macam budak gothic pun ada juga. Rambut pula pendek macam rambut dia. Tapi gaya kusut-masai tak bersikat . Syed Harraz menggeleng perlahan . Mulut kecil itu pula tak berhenti bergerak mengunyah gula-gula getah . Budak macam ni yang Umi Zakiah hantar pada dia? Biar betul!
            Jadi , ini rupanya bakal majikan dia untuk selama satu bulan ini? Mata hitam Johanna melirik ke wajah lelaki di hadapannya . Gila kacak! Dengan jambang yang di trim kemas dan raut wajah yang ala model itu , pasti lelaki ini seorang yang berlagak . Mulut sudah mencebik sedikit .
            “ Siapa namanya tadi?” Tanya Syed Harraz , perlahan dan dalam . Mata memandang mata hitam bercelak itu tepat-tepat .
            “ Johanna …” Balas Johanna bersahaja . Dia berdiri tegak sambil menyeluk poket jean di hujung meja . Syed Harraz mengangkat cawan hingga ke bibir dan menghirup kopi panas itu . Nama sedap , Johanna. Nama perempuan . Tapi bila tengok personality , huh , langsung tak sesuai dengan nama!
            “Cik Johanna, awak dari Rumah Akhlak Mulia tu?” Tanya Syed Harraz . Johanna mengangguk .
            “Awak tahu ke buat kerja rumah?” Mata Syed Harraz sudah mengecil merenungnya . Johanna menjongket bahu sedikit .
            “Pasti ada sesuatu perkara yang awak buatkan sampai umi hantar awak ke mari ?” Syed Harraz merenung tajam ke arah wajah yang bersahaja itu . Macam tak kisah . Macam tak ada rasa gerun pun dengan dia .
            “Saya dah bunuh seseorang!” Kata Johanna bagai berbisik dengan wajah serius dan bersungguh .
            Kening Syed Harraz yang tebal itu sudah hampir bercantum . Mulut Mak Mah pula sudah terlopong . Pasti orang tua itu terkejut . Tentulah . Bukankah dia datang dari rumah akhlak itu? Hati Johanna sudah ketawa .
            Mata Syed Harraz meneliti wajah kecil itu . Nampak macam budak liar saja . Gaya dia saja Syed Harraz dah tahu .  Tapi , kadang-kadang gaya seseorang itu tidak melambangkan hatinya , Harraz . Jangan cepat menjatuhkan hukum . Kalau sudah datangnya dari rumah akhlak mulia itu , pasti ada sesuatu yang Johanna telah lakukan .


No comments:

Post a Comment