Friday 5 June 2015

HANYA KAMU , JOHANNA BAB 5

BAB 5
            Jam sudah menunjukkan ke angka tujuh . Namun , wajah mamat jambang itu tak muncul-muncul lagi . Pukul berapa selalunya dia ni balik kerja? Fikir Johanna , mula mundar-mandir di hadapan rumah besar itu . Ingat hati nak balik saja . Tak payah tunggu mamat jambang itu . Tapi itulah , bila ingat balik ugutan Syed Harraz , dia tak jadi nak balik .
            Terpaksalah dia memberitahu Umi Zakiah yang bos dia nak jumpa dia sebelum balik . Umi Zakiah memberitahu , Syed Harraz sudah memaklumkan padanya siang tadi .
            Lelaki itu memang sengaja nak buli dia . Dia marah sangat sebab Syed Harraz cuba nak katakan dia ni pencuri . Memang kena baling spongelah! Itu pun nasib baik dia baling sponge . Kalau dia baling baldi tadi? Confirm kena report dengan Umi Zakiah sebab mendera majikan.
            Dalam pukul tujuh setengah malam barulah kereta Mazda R8 Syed Harraz masuk ke perkarangan rumah. Johanna sudah merenung tajam pada muka Syed Harraz yang keluar dari kereta . Ada seorang perempuan berambut panjang hingga ke bahu keluar sama dari perut kereta bos dia itu . Riak muka Syed Harraz yang bersahaja itu di renung . Geram saja hatinya bila melihat mata sinis itu .
            Mata Johanna cuma memandang saja . Otak malas nak fikir apa-apa sebab bukan hal dia. Syed Harraz mengangkat muka dan terpandang Johanna yang sedang berpeluk tubuh sambil bersandar di tiang batu , sedang tajam memandangnya .
            Dengar kata jugak budak ni , Syed Harraz sudah tersenyum senget . Tapi dia tahu sangat Johanna sedang menyumpah seranah dia dalam hati itu . Muka tegang Johanna saja dia sudah boleh baca! Syed Harraz ketawa dalam hati .
            “ Jo , mari sini!” Panggil Syed Harraz , menggamitnya . Kening Johanna terjongket sebelah . Kaki bergerak perlahan menghampiri encik berlagak itu .
            “ Johanna , ini Dania . Dania , Johanna..” Syed Harraz memperkenalkan kedua-dua perempuan itu . Mata Johanna dan Dania sudah memandangnya , tak mengerti . Apa kes pulak? Fikir Johanna , memandang gadis putih melepak di hadapannya dengan make up agak tebal itu . Baju gaun kembang paras lutut itu di tenungnya . Tangan yang terseluk di dalam poket seluar di tarik keluar untuk bersalaman dengan perempuan itu .
            “Dania ni sepupu aku.” Kata Syed Harraz lagi . Johanna mengangguk perlahan .
            “Okay , so ?” Tanya Johanna , bersahaja .
            “ Mulai besok , aku nak kau jadi teman dia ke mana saja dia nak pergi .” Arah Syed Harraz dengan muka serius . Johanna sudah pandang dia tepat-tepat .
            “Lu ni apa hal? Lu ni memang dah buang masa gualah , bro! Wa ingat ada kerja pentinglah sangat . Tapi kalau dah nak kena jaga kakak yang dah tua bangka ni , gua belah dulu!” Balas Johanna , bengang dengan Syed Harraz . Ingatkan apalah yang penting sangat sampai tak bagi dia balik dulu . Ruapa-rupanya nak kena jadi body guard  minah ni pulak!
            “Dia panggil I kakak? How old is she ?” Tanya Dania pula , sudah memandang tajam pada budak perempuan berambut pendek-kusut-masai dan berpakaian all black itu. Nampak pelik aje gayanya tu …
            “ Johanna!” Panggil Syed Harraz keras . Johanna terus capai papan skatenya dan memandang Syed Harraz .
            “Jangan suka-suka nak belah macam tu aje . Kau ingat kau tu siapa? Kau tu pekerja aku. Jadi tiap arahan aku , kau kena ikut!” Kata Syed Harraz , meninggikan suaranya .
            “Arahan gila macam ni buat apa nak ikut ! Tak termasuk dalam skop kerja gua !” Balas Johanna , marah juga . Panas … Panas hatinya dengan arahan mengarut Tuan Syed Harraz itu. Dia terus mencampakkan papan luncur ke atas batu jalan dan menolak dengan kakinya. Terus meluncur laju . Menghilang dalam kegelapan malam .
            Syed Harraz merengus keras! Geram sebab Johanna tak mahu dengar cakap dia kali ini. Dania memandang Johanna yang menghilang . Kemudian pada abang sepupunya pula .
            “Kenapa abang suruh budak rock itu temankan Dania?” Tanya Dania , memandang wajah kacak Syed Harraz . Syed Harraz Hussain yang di puja sejak dia tahu perbezaan hubungan lelaki dengan perempuan ini . Walaupun Syed Harraz dah berkali-kali cakap dia tu dah macam adik lelaki itu , tapi hatinya tetap tak berputus asa .
            “Sebab aku dah malas nak temankan kau ke mana-mana . Faham? Abah pulak dah misunderstood pasal kita . Dia ingat kita ni ada apa-apa hubungan . Tolonglah . Kau tu dah macam adik aku . Dan , rasa itu tak akan berubah sampai bila-bila!” Balas Syed Harraz dengan tegas . Entah berapa kali nak kena ulang cakap macam ni pun , dia tak tahu .
            “Kalau ada hubungan pun Nia tak kisah , abang Harraz . Abang pun tahu hati Nia, kan?” Tanya Dania pula , memandangnya sambil tersenyum manis .
            “Jangan nak bermimpilah , Dania . Kau tu dah macam adik aku  si Haleeza tu . Kalau aku nak kahwin pun bukan dengan kau . Tak berkembang keturunan nanti . Asyik kahwin dengan golongan keluarga sendiri . Aku akan berkawin juga . Tapi dengan seseorang yang buat hati aku terasa sesuatu .. Sesuatu yang aku sayang . Macam aku sayang kereta-kereta aku tu …”
            “Oo , macam cerita Kuch-kuch Hota Hai  tu ..”
            “ Kuch-kuch what?” Tanya Syed Harraz pula dengan kerut muka . Dania sudah ketawa memandang wajah abang sepupunya . Tapi kemudian fikirannya teringatkan budak rock tadi .
            “Budak tadi tu siapa ,abang Harraz?” Tanya Dania , menoleh memandang Syed Harraz yang sedang berdiri tegak dan mendongak ke langit gelap .
            “ Pembantu Mak Mah ..  Dia menolong Mak Mah buat kerja rumah . Mak Mahkan dah tua . Jadi aku ingat kalau ada seorang yang tolong dia , kuranglah sikit tugas dia .” Kata Syed Harraz perlahan . Dia pun tak tahu siapa Johanna padanya . Nak kata pekerja dia , asyik nak membangkang dan membantah saja . Suka sangat cakap ikut suka mulut dia dengan muka yang tak ada perasaan itu .
            Nak kata dia bos pada budak gothic itu , apa kuasa dia kalau dia sendiri kena ‘belasah’ dengan budak itu? Syed Harraz menghela nafas panjang .
            Tapi , ada ke bas malam-malam macam ni kat luar sana? Matanya sudah memandang kegelapan malam . Budak gothic ke .. budak rock ke Johanna tetap perempuan . Oh , ini bukan sebab dia sudah suka kat budak tu tapi rasa tanggung jawabnya . Rasa bersalah mula menjalar dalam diri . Kalau jadi apa-apa kat budak tu kat luar sana , apa dia nak cakap pada Umi Zakiah?
            “Dania , kau masuk dulu . Aku nak keluar sekejab!” Kata-kata Syed Harraz yang tiba-tiba itu buat Dania terkejut . Tapi dia akur saja . Pasti Syed Harraz ada benda nak buatlah tu . Muka lelaki itu nampak serius semacam saja . Dia nak membantah pun buang air liur saja . Sebab Syed Harraz ni , kalau cakap dia, cakap dia . Orang lain tak boleh nak membantah . Cuma budak rock tadi itu saja yang berani meninggikan suara kat abang sepupunya itu . Memang berani budak tu!
            Kereta Syed Harraz terus bergerak laju meninggalkan perkarangan rumah dan keluar mencari Johanna . Kawasan perumahan di situ memang sangat sunyi kalau sudah malam begini . Maklumlah , tempat golongan mewah begini . Perlukan privacy.
            Pertengahan jalan , dia memperlahankan kereta dan mata meneliti tiap lorong gelap di situ . Tubuh Johanna yang meluncur dengan papan skate tak nampak juga di ruang matanya . Takkan budak itu sudah begitu cepat menghilangnya . Perhentian bas pun masih jauh di luar sana.
            Hingga ke simpang jalan yang agak sunyi , dia terpandang sekumpulan mamat motor sedang berkumpul . Hatinya mula jadi tidak enak saja melihat kumpulan itu sedang mengerumuni sesuatu . Atau seseorang? Dahi Syed Harraz sudah berkerut bila otaknya memikirkan kemungkinan-kemungkinan . Kemungkinan itu pastilah Johanna!
            Kereta di perlahankan dan berhenti di simpang itu . Lampu kereta di padamkan . Matanya cuba memandang tepat-tepat pada kumpulan itu. Tiba-tiba sesuatu benda di campakkan ke hujung jalan . Macam papan skate saja ..
            Oh , tidak ..
            Syed Harraz keluar dari kereta dan menutup pintu perlahan . Kaki melangkah perlahan menghampiri mamat-mamat yang seramai lima orang itu . Huh , lama juga tak bergaduh ni . Syed Harraz sudah menggenggam penumbuknya . Lima orang rasanya dia boleh ‘makan’ mamat-mamat motor yang kurus kering itu .
            Kedengaran suara-suara bercakap dan ketawa kuat dengan seseorang . Kaki Syed Harraz semakin mendekat dan telinganya semakin jelas mendengar percakapan-percakapan itu .
            “Kalau dah betina tu buatlah cara betina . Tak payah nak berlagak macam jantan . Kalau kena rogol dengan aku memang mengandunglah!” Jerit satu suara dengan nyaring .
            Mata Syed Harraz sudah terpandang wajah Johanna yang bersahaja itu . Dia tunduk memandang ke bawah mencari sesuatu untuk di jadikan sesuatu di lorong itu . Terus matanya terpandang sebatang kayu sederhana panjang . Ni , kalau kena kat kepala memang pecah kepala!Syed Harraz terus tunduk mengambil kayu itu .
            Johanna memerhatikan satu demi satu muka-muka mamat-mamat yang sudah rosak itu . Macam mat ‘pet’ pun ada . Kurus-kering . Johanna rasa dia orang ni baru ‘pekena’ benda itu . Masing-masing nampak segar aje . Cuba kalau tak dapat ‘benda’ tu . Mahu lemah saja .
            “Boleh join sama , bro?” Suara garau seseorang mengejutkan Johanna serta yang lain . Semua mata tertumpu pada satu wajah . Bulat mata Johanna memandang wajah encik bos kini .
            Apa Tuan Syed Harraz buat kat sini? Tapi hatinya tetap bersyukur Allah telah menghantar seseorang untuk menyelamatkan dia . Dia tahu walau dia pandai seni mempertahankan diri , tapi dia tetap perempuan . Dan , mamat-mamat seramai lima orang itu lelaki. Jadi kena sedar diri ,Jo .
            “ Kau ni siapa pulak , der?” Tanya lelaki kurus kering dan nampak selekeh itu . Syed Harraz menjeling tajam pada lelaki itu . Penakut . Inilah melayu . Kalau nak gaduh ramai-ramai baru berani !
            “ Aku abang dia , der! Yang kau kacau adik aku apa hal , der?” Tanya Syed Harraz , sudah melipat baju kemejanya sampai ke pangkal lengan . Kayu di tangan di genggam kemas .
            “ Kau abang dia ?” Tanya lelaki kurus itu lagi , macam tak percaya . Memang bukan pun. Syed Harraz memandang Johanna sekilas yang sedang memandang dia juga.
            “Haah . Kenapa der? Tak percaya? Korang ni dah tak ada kerja ke kacau budak perempuan? Kalau nak ajak gaduh carilah yang sama saiz dan sama jantan , der!” Syed Harraz mula kasi panas hati mamat-mamat tu .
            Mamat-mamat itu sudah ketawa walaupun Syed Harraz bukan buat lawak . Salah seorang dari mereka cuba mendekati dan mahu menyentuh Johanna . Belum sampai tangannya , Johanna sudah menarik dan pulas tangan mamat itu ke belakang dan terus menendang bontot lelaki itu .
            Not bad! Syed Harraz mencebik bibir dan mengangguk . Yang lain bila sudah melihat si kawan jatuh tertumus , terus naik darah dan mula menyerang Johanna dan tanpa pilihan juga buang masa , terus Syed Harraz membelasah kelima-lima mamat motor itu .
            Paling buat Johanna terkejut , salah seorang mengeluarkan pisau . Peluh di dahi dia kesat dengan lengan .
            “ Jo , ada peluang cabut , kau cabut!” Kata Syed Harraz di belakangnya .

            “ Nak cabut macam mana , bro? Kita dah kena kepung dengan mamat dadah ni!” Balas Johanna . Hendak tak hendak dia dan Syed Harraz kena hadapi walau apapun yang datang …

2 comments:

  1. Boleh ker TSH dgn Jo lwn 5org mat pet? Jgn la JD apa2, best, sambung lg Dilla

    ReplyDelete
  2. 5 org nk ngadap.. C'mon.. Fight.. Heheh

    ReplyDelete