Monday 1 June 2015

HANYA KAMU , JOHANNA BAB 1

BAB 1
            “ Abah tak suka dengar dengan apa yang telah kamu buat kat luar sana , Syed Harraz Hussain!” Nama penuh dia sudah di sebut . Nampaknya , ada perkara yang telah membuatkan abahnya jadi marah . Suara Tuan Syed Amiruddin juga sudah kedengaran lain di telinganya .
            Dia cuma buat muka kering saja bila abahnya dah mula menyinga . Sambil duduk menyandar di sofa , dia menjeling lelaki itu yang masih menunjukkan muka tak puas hati. Malas nak melayan , dia sibukkan dirinya dengan bermain dengan telefon bimbitnya .
            “Apa yang Harraz dah buat , abah?” Tanya Syed Harraz pula , walaupun dia tahu topik apa yang abah dia nak cakapkan . Tapi dia tetap bersahaja . Perkara yang dia buat pun perkara yang memang biasa yang selalu anak muda sepertinya buat . Kecuali yang satu itu . Kena tangkap basah dengan Gina , gadis cina campur mat saleh . Bukan salah dia . Tapi salah perempuan itu . Sengaja nak perangkap dia . Tidak ke pelik bila hampir di tangkap di rumahnya sendiri sedangkan perempuan itu sendiri yang datang bagai menyerah diri? Syed Harraz sudah menggeleng kepala sendiri bila mengingatinya . Nasib baik Si Kevin dan Remy ada sama di tempat kejadian .
            “Hari tu kamu kena tahan sebab bawa kereta macam kat Formula 1. Lepas tu , kena tahan lagi sebab bergaduh di kelab malam . Yang ni pulak hampir kena tangkap basah. Apa lagi lepas ni ya , Harraz?” Perli si abah , sinis memandangnya .
            “Kalau kamu tu gatal sangat nak kahwin , cakap aje kat abah dan mama ni . Boleh kami carikan satu untuk kamu . Tu , si Dania tu , memang dah tunggu . Cakap aje . Abah boleh pergi pinangkan anak Pak ngah kamu tu!” Suara Tuan Syed Amiruddin sudah naik satu oktaf . Tangan sudah bercekak di pinggang .
            “ Dania tu sepupulah , abah . Harraz dah anggap macam adik pun…” Balas Syed Harraz mendatar saja . Masih juga nak menjawab .
            “Habis , yang kamu arak dia ke sana-sini tu bukan kamu suka kat dia? Kamu jangan main-main dengan anak pak ngah kamu tu,Harraz . Kalau jadi apa-apa , kamu kena bertanggung jawab . Abah tak nak masuk campur!” Tuan Syed Amiruddin sudah mengangkat tangan seolah menyerahkan segala keputusan  di tangan Syed Harraz .
            Semakin berkerut dahi Syed Harraz . Jauh sungguh anggapan abahnya itu . Dia selalu keluar dengan Dania pun sebab cik sepupu ajak dia jadi peneman . Inilah masalah kalau selalu keluar bersama .
            “ Bertanggung jawab apanya , abah? Harraz tak akan buat benda tak senonoh pada Dania tulah. Yang pasal kes khalwat tu pun bukan salah Harraz . Salah perempuan tak tahu malu tu . Bukan Harraz yang bawa dia ke rumah …” Syed Harraz sudah menjeling Tuan Syed Amiruddin .
            Walaupun betul apa yang si anak katakan tapi dia tidak akan mengakui . Tidak boleh. Nanti naik kepala pulak budak itu .
            “ Mama boleh kenalkan Harraz dengan anak-anak kawan mama kalau Harraz nak ..” Suara Datin Dalilah pula mencelah . “ Anak-anak kawan mama semuanya cantik-cantik dan tinggi macam model . Taste Harrazkan suka yang macam tu ,” Sambungnya , sambil menjeling anak tirinya itu .
            “Nasib baik si Kevin dan Remy tu ada kat rumah tu . Kalau tidak kami bakal dapat menantu cinalah . Mana kami nak letak muka nanti?” Sinis saja emak tirinya bersuara
            Yang mak tiri dia ni sibuk-sibuk nak ambil tahu tentang diri dia dan nak jadi pencari jodoh untuk dia , kenapa? Syed Harraz sudah menjongketkan kening dan merenung tajam pada perempuan yang telah menggantikan tempat uminya itu . Tiap kali dia melihat wajah sombong dan sinis Datin Dalilah , hatinya jadi sakit .
            “Abah nak kamu berubah , Harraz . Kamu tu bukannya muda lagi . Kalau dah kahwin , dah ada anak dua dah . Macam along kamu tu.” Tuan Syed Amiruddin sudah menggeleng perlahan . Di mana silapnya dia mendidik anak yang nombor dua ini pun dia tidak tahu . Yang pasti , sejak arwah isterinya meninggal beberapa tahun yang lalu , segalanya berubah . Termasuk diri Syed Harraz Hussain . Syed Haziq Amri , anak sulongnya , tidak banyak buat hal . Dia menerima pemergian uminya dengan tenang dan sekali lagi dia menerima dugaan yang hebat bila isterinya pula meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya . Kini , dia bersendirian membesarkan anak-anaknya yang dua orang itu. Di suruh kahwin , dia belum mahu memikirkannya . Tuan Syed Amiruddin menghela nafas . Mata memandang Syed Harraz semula.
            “Abah bagi tempoh masa setahun untuk kamu cari isteri . Kalau tidak semua saham kamu akan abah serahkan pada Haziq . Fikir . Bukan abah nak susahkan kamu . Tapi demi kebaikan kamu . Sampai bila nak bersendiri macam ni ? Sekurang-kurangnya bila dah kahwin , kamu belajar tanggung jawab sikit dan macam mana nak handle your life ni !” Putus Tuan Syed Amiruddin lagi .
            “Abah mana boleh buat macam ni!” Bantah Syed Harraz , sudah duduk tegak merenung wajah abahnya tidak puas hati .
            “Then get married!” Balas abahnya keras . Kemudian terus keluar dari bilik bacaannya itu . Kepala sudah terasa sakit bila memikirkan tentang hal diri Syed Harraz ini . Tak habis-habis beri masalah kepadanya.
            “Betul kata abah tu , Harraz . Kamu tu dah boleh kahwin sekarang . Umur dah tiga puluh dua . Sedang elok untuk mendirikan rumah tangga .
            “I boleh cari isteri untuk diri I sendiri , makcik . You tak payah nak susah-susahkan diri nak fikirkan pasal diri I . Baik you carikan isteri untuk abang Haziq tu . Dia masih ada anak-anak yang perlukan kasih-sayang ibu . Sebab , ada nenek pun tak guna juga kalau asyik nak menengking cucu saja!” Sinis Syed Harraz bersuara . Bukan dia tak tahu . Datin Dalilah itu tidak sukakan anak-anak saudaranya yang seramai dua orang itu .
            Syed Harraz terus bangun berdiri dan terus meninggalkan bilik itu . Malas dan sakit hati nak mendengar kata-kata perempuan tak sedar diri itu .
            Berubah riak wajah Datin Dalilah sekejab . Kemudian hanya mencebik mendengar kata-kata Syed Haraz itu . Dia lebih sukakan Syed Haziq , yang tidak banyak cakap itu . Anak tiri itu banyak mendengar katanya . Tak macam Syed Harraz yang suka membantah dan membencinya.
            Siapa yang tak kenal Syed Harraz ini ? Seluruh Syarikat SAS Corp. kenal dengan muka jejaka kacak ala arab itu . Berkumis dan jambang yang di jaga . Seorang yang pandai buat kerjanya tanpa perlu nak kena ajar apa yang perlu di buat walaupun baru lima bulan dia bekerja di syarikat itu . Menjadi kegilaan para pekerja wanita dan yang peliknya , Syed Harraz itu langsung tidak ambil kisah dengan semua itu . Terfikir juga Datin Dalilah sekiranya Syed Harraz melakukan hubungan songsang semasa berlama-lama di luar negara .
            Hish , nauzubillah min zalik
            Nasib baiklah Syed Harraz bukan macam tu . Ya , memang kawan lelakinya ramai dan kawan perempuannya juga ramai . Setiap minggu bertukar-ganti macam tukar baju . Datin Dalilah tahu pun sebab dia ada spy kat dalam syarikat itu . Sebab itu jugalah dia mahu Syed Harraz itu berkahwin dan hatinya sudah berkenankan anak gadis Datin Maimon . Tapi bila memikirkan yang Syed Harraz itu suka membantah kata-katanya nampaknya tinggal angan-angan sajalah nak bermenantukan si Naomi itu . Datin Dalilah sudah menggeleng kepala sendiri. Hai , nampaknya kenalah buat aksi pujuk-memujuk ni dengan Syed Amiruddin .
            Syed Harraz mendaki tangga naik ke tingkat atas . Kaki di atur ke biliknya . Selalunya, kalau ada majlis makan malam atau berehat bersama keluarga dia akan tinggal di bilik ini. Rumah banglonya hanya di sebelah rumah abahnya ini . Tuan Syed Amiruddin sengaja membina rumah itu sebab alasannya dia tahu apa yang Syed Harraz buat . Cuma dia pesan jangan bawa perempuan masuk ke rumah itu sekiranya dia hendak tinggal lama di situ . Okay , Syed Harraz akur dengan peraturan itu . Ia lebih baik daripada serumah dengan perempuan tak sedar diri itu.
            Nampak saja katil dia terus merebahkan dirinya di situ . Mata merenung ke atas . Macam mana nak buat ni? Perempuan mana pulak dia nak cekau untuk di jadikan isteri? Kalau tak kahwin dalam tahun ni , alamatnya jatuh miskinlah dia . Bukan dia takut susah sebab dia sendiri sudah punya aset di luar negara . Tapi macam seronok aje bunyinya nak main-main cari isteri ni. Syed Harraz sudah senyum sendiri . Bengong . Masalahnya sekarang dia tidak ada perempuan yang sesuai untuk di jadikan isteri !
            Bagai teringatkan sesuatu , tangannya terus menyeluk saku seluar jeannya dan mengeluarkan telefon bimbit . Nama seseorang di cari dan terus di letakkan ke telinga .
            Lama juga talian hendak di sambungkan . Mana Mak Mah ni? Dah tidur ke orang tua ni? Dalam dia nak tutup bila telinganya terdengar orang memberi salam di hujung sana . Perlahan saja .
            “Mak Mah! Saya ni ..”
            “Ya , Tuan Harraz!” Terus jelas suara Mak Mah .
            “Macam mana? Mak Mah dah dapat pembantu yang saya suruh cari tu?” Tanya Syed Harraz , masih berbaring . Dahi di gosok-gosok perlahan .
            “Sudah , tuan. Besok budak tu datang . Umi Zakiah yang hantar dan suruh budak tu menolong saya .” Kata Mak Mah lagi . Umi Zakiah? Jadi budak itu dari Rumah Akhlak Mulia itu?
            “Okay , Mak Mah . Malam ni saya tidur kat rumah abah . Besok pagi saya balik . Mak Mah suruh dia jumpa saya dulu sebelum saya ke ofis .”
            “ Baik , Tuan Harraz . Terima kasih , tuan . Sebab sudi biarkan Mak Mah cari pembantu untuk Mak Mah …”
            “Tak apa, Mak Mah . Kita tengok dulu orangnya macam mana . Kalau tak sesuai , kita suruh umi carikan yang lain pula . Okay , Mak Mah pergilah tidur .” Kata Syed Harraz .
            Talian di matikan dan dia masih berbaring . Telefon bimbit di letakkan ke tepi . Tapi sekejab kemudian dia terus menelefon Ramy.

            “ Bro , malam ni aku tak jadi keluar . Ada masalah sikit kat rumah  . Okay!” Dia menutup telefon bimbit semula . Malas pula dia nak menukar baju . Kalau sudah berada di rumah abahnya, tak mungkin dia akan keluar dan balik hingga dinihari . Cari pasal namanya . Jadi ada baiknya dia jadi budak baik malam ini .

No comments:

Post a Comment