Monday 30 March 2015

KAU SELALU ADA BAB 2

BAB 2
            Aku berdiri di tepi kereta sambil melihat sekeliling . Angin malam yang berhembus lembut membuatkan tubuh menggigil . Tak sangka Encik Ammar bawa aku hingga ke puncak Genting Highlands ini . Beg pakaian kami dia keluarkan dari belakang kereta . Beg dia , dia sangkutkan ke bahu kiri dan tangan kanan dia di hulurkan kepadaku . Mulanya aku tak pasti nak terima atau tidak huluran dari lelaki itu . Tapi bila aku ingat dia tu suami aku , aku capai juga tangan dia dan terus jemarinya menggenggam jemariku dengan kemas dan hangat .
            Kakinya terus di tujukan ke kaunter pendaftaran dan aku hanya melihat persekitaran hotel bertaraf lima bintang itu. rata-rata aku lihat muka pelancong luar negara saja yang berkeliaran di dalam hotel mewah ini . Tak pernah seumur hidup aku masuk hotel macam ini . Inilah pertama kali . Nasib baik dengan suami sendiri . Kalau dengan orang lain , mahunya jadi skandal !
            Aku menggosok-gosok lengan bila terasa sejuk hingga ke tulang aku . Encik Ammar ni pun nak bawa aku ke sini beritahulah dulu . Boleh jugak aku sediakan jaket atau baju lengan panjang ke . Ini , tanpa cakap apa-apa terus dia bawa aku ke tempat sejuk ini . Sudahlah sekarang musim hujan dan cuaca kat puncak bukit ini memang sejuk gila . Rambut aku pun sudah terasa lembab .
            “ Iman Suffiyah !” Si dia sudah panggil aku . Aku segera menghampiri dia sambil menggigil badan . Dia terus memeluk bahu aku . Terasa kekok pula aku bila di peluk dia .
            “ Sejuk ya . Sorry sebab tak beritahu awak , kita nak ke sini .” Katanya ketika kami melangkah ke lif . Terbuka saja pintu lif , dia tarik aku masuk . Ada beberapa muka pelancung luar negara . Dari mana , aku tak pasti . Salah seorang dari dua pelancung lelaki itu senyum kat aku . Aku pun senyum jugalah . Nanti  dia orang ingat kita orang Malaysia ni sombong-sombong pulak . Encik Ammar sudah tarik aku rapat padanya . Erat tubuh ini di peluknya dan muka dia pula nampak selamba saja . Aku yang jadi keras kat situ .
            Pintu lif terbuka dan dia terus tarik aku keluar dan aku terpaksa ikut langkahnya yang panjang-panjang itu . Kad bilik di selitkan pada pintu dan pintu terbuka sendiri . Terus kami masuk ke dalam dan wow , bilik pun nampak mewah . Ada sebuah katil yang agak besar , almari pakaian dan almari solek . Ada sebuah meja di tepi dinding dan sebuah televisyen yang tergantung di dinding .
            Encik Ammar mengeluarkan pakaiannya dan kot yang dia bawa tali segera di gantung . Sehelai kemeja berwarna ungu muda di keluarkan bersama seluar slack hitam . Tangan dia menggosok-gosokkan pada baju yang renyuk itu .
            “ Nak saya gosokkan baju tu ?” Tanyaku . Mata dia terus pandang aku dan kepala di angguk . Aku segera mengambil baju itu dan aku cari seterika . Dia pula terus keluarkan tuala dan selamba buka baju T dia depan aku . Aku tunduk saja buat kerja aku . Segan aku nak tengok badan tegap dia . Dia terus masuk ke bilik air .
            Segera aku menggosok baju kemeja dan seluar dia . Pasti perbincangan ini penting agaknya . Hingga dia tak menyempat nak balik ke KL . Lima belas minit kemudian dia keluar . Aku pula nak mandi . Sejak petang dari rumah , aku rasa tak selesa . Aku ambil tuala nak masuk bilik air . Wah , nasib baik ada water heater dalam bilik air ini . Memang prihatin betullah pemilik hotel ni ! Aku buka baju dan terus mandi air panas . Cuci rambut sekali dengan syampu .
            Tengah bilas rambut , pintu bilik air di ketuk perlahan . Aku buka sedikit . Wajah Encik Ammar di hadapanku . Dia nampak tak berkelip memandang aku .
            “ Ya , Encik Ammar ?” Tanyaku sambil meraup mukaku yang basah . Dia berdehem kecil .
            “ Saya dah nak pergi ni . Kawan saya sudah tunggu kat bawah .” Katanya , memberitahu.
            “ Kejab .” Aku tutup pintu bilik air , capai tuala dan balut tubuh aku . Aku buka pintu dan keluar . Dia agak tersentak dan melangkah dua tapak ke belakang .
            “ Saya dah pesan makanan tadi . Kalau ada orang cakap room service , baru awak buka pintu . Jangan ke mana-mana . Duduk saja dalam bilik ni . Kalau ada sesiapa ketuk , jangan buka atau sahut apa-apa . Diamkan saja .” Pesannya panjang-lebar . Aku mengangguk dan menghulur tangan . Tangan dia hulur dan aku tunduk mencium tangan dia . Dia nak cium dahi aku . Tapi dia macam ubah fikiran . Terus dia cium pipi kiri aku . Agaknya dahi aku basah kut .
            Dia terus pergi ke pintu dan keluar . Aku termanggu dan tunduk melihat diri sendiri . Dia malu tengok aku berkemban macam ni ke ? Ya Allah , aku bagai baru tersedar apa yang telah aku buat . Malunya! Aku terus letak tangan di kepala dan menonong masuk bilik air semula .
            Iman ..Iman , apa yang kau buat ni??
            Selepas makan malam dan menonton tv , aku tak tahu nak buat apa lagi . Bagai teringatkan sesuatu , aku terus capai beg sekolah aku dan mula menyambung assignments yang terbengkalai sebab menyiapkan majlis pernikahan ‘bidan terjun’ aku . Bukan bidan terjun , Iman. Tapi ‘pengantin terjun’ . Semuanya secara tiba-tiba dan kelam-kabut .
            Sehingga ke pukul sebelas , Encik Ammar tak masuk bilik lagi . Aku pula dari duduk bersila atas karpet terus meniarap sambil menulis . Buku-buku tebal aku bersepah atas karpet juga .  Mata ni bila belajar , mulalah mengantuk dan mulut pula asyik menguap aje . Cuba baca novel . Sampai dua-tiga pagi pun besar saja mata ni . Huh!
            Telingaku menangkap suara-suara di bahagian luar bilik . Suara orang berbual dan ketawa kedengaran . Juga tapak kaki yang melangkah juga kedengaran dekat dengan bilik aku . Aku angkat kepala kalau-kalau Encik Ammar sudah pulang . Tapi tak ada tanda-tanda dia akan pulang awal macam ni . Mesej yang dia hantar pada aku pun tadi dalam pukul sepuluh . Dia cuma cakap dia mungkin lewat . Aku menarik dan menghembuskan nafas perlahan . Mata sudah rasa-rasa macam nak  tertutup saja . Tapi aku gagahkan juga bila teringatkan wajah bengis Prof. Madihah itu .
            Aku terasa tubuhku di angkat oleh sesorang . Aku sedang bermimpi ke ? Kemudian tubuhku di letakkan di atas hamparan lembut dan aku buka mataku sedikit. Aku nampak wajah kacak Encik Ammar sedang merenungku . Mataku tertutup semula dan aku terasa rambutku di selak sedikit dan kemudian dahi dan pipiku di kucup Encik Ammar . Terasa indah saja mimpiku ini . Rasa , aku tak nak bangun dari mimpi ini .
            Hangat dan sesekali ada rasa dingin juga .
            Aku buka mata perlahan-lahan dan …eh , aku kat atas katil ? Bila aku tidur ? Aku tertoleh di sebelah . Encik Ammar sedang lena tidur di sebelahku . Terus aku terbangun dan duduk tegak . Kepala tunduk tengok badan sendiri . Fuh , masih lengkap berpakaian . Tapi macam mana aku boleh berada kat atas ni ? Aku cuba memikirkan semula apa yang aku buat malam tadi . Aku buat assignment kat bawah … Mata terus terpandang buku-bukuku elok tersusun di atas meja makan di tepi dinding itu . Jadi , semalam yang aku ingat aku sedang bermimpi yang Encik Ammar angkat aku itu bukan mimpi rupanya .
            Aku pandang lagi wajah Encik Ammar dan tangan dia yang elok saja melingkar kat pinggang aku . Oh , inilah ayah selalu cakap kat emak , “ Awak tukan bantal peluk saya . Takkan saya nak tinggalkan bantal peluk kesayangan saya ?” Bila aku pandang emak , muka emak sudah merah padam . Malulah tu!
            Aku berbaring semula di sebelah Encik Ammar dan merenung wajah itu . Saat begini sajalah aku boleh tengok muka lelaki yang menjadi suami aku ini . Bukan sekali hati ini tertanya-tanya apa perasaan dia bila aku yang menggantikan tempat Kak Najwa . Yang aku tahu , pertunangan antara Kak Najwa dengan Encik Ammar ini berlansung tanpa ada kedua-duanya . Masing-masing sibuk dan hanya emak-bapa kedua belah pihak yang berurusan . Bila cincin tunang itu di serahkan pada Kak Najwa , dia diam saja .

            SEMINGGU SEBELUM KEJADIAN …
            Aku pelik bila Kak Najwa yang duduk di Cheras , menghubungi aku malam itu . Dia nak jumpa aku kat sebuah warung yang berdekatan dengan rumah sewa aku . Jadi , tanpa berfikir panjang aku terus sarung jaket dan terus ke warung Mak Jah yang hanya terletak tiga buah rumah.
            “ Rajinnya Kak Wa datang sini . Selalunya suruh datang ambil Iman pun banyak rungutnya .” Kataku , ketika sampai di warung itu . Dia sudah order air untuk aku sekali . Nescafe panas . Dia tersenyum saja mendengar rungutanku .
            “ Ada apa Kak Wa nak jumpa Iman ni?” Tanyaku sambil menyilang tangan ke dada. “Penting sangat ke sampai Kak Wa sampai ke sini .”
            “ Penting dan sangat mustahak !” Kata Kak Najwa. “ Kak Wa kena jugak cakap dengan kau . Kak Wa dah tak boleh nak simpan . Kalau simpan otak akak akan pecah!” Katanya lagi . Laju aje dan ayat ‘otak pecah ‘ tu memang tak belah !Hiperbola betul kakak aku ni .
            “ Hal apa tu ? Abah nak kahwin lagi satu ke?” Suara aku sudah naik satu tangga .
            “ Hish , kau ni . Jaga sikit mulut tu , boleh tak ? Kau nak ke dapat mak tiri ?” Balas Kak Najwa , menjeling aku . Laju aku menggeleng sambil tersengih .
            “ Habis tu ?” Tanyaku lagi . Kalau bukan pasal itu , pasal apa pulak ?
            Kak Najwa diam beberapa ketika . Macam termenungkan sesuatu pun ada aku tengok . Dia mengeluh lemah pula .
            “ Kenapa ni , Kak Wa ?” Tanyaku , kehairanan . Dia sakit ke ? “ Kak Wa ada penyakit kritikal ke?”
            “Hishhh… Kau ni!!” Dia sudah sergah aku , pakej dengan ketuk kepala aku sekali . Apa? Aku salah cakaplah ni . Adoii , sakit pulak kepala aku kena sekeh . Nasib baik dia kakak aku . Kalau kakak orang lain , kepala dia pulak aku sekeh!
            “ Mulut kau tu cuba jangan main lepas aje . Lagi satu , otak tu cuba fikir yang positif aje!” Katanya merengus keras sambil menjeling tajam kat aku . Aku ketap bibir . Tak nak cakap apa-apa lagi . Nanti salah cakap kena sekeh lagi kepala aku . Jadi pendengar sudah!
            “ Kak Wa tak nak kahwin ..” Katanya , terus cakap macam itu . Okay , dia tak nak kahwin . Jadi , apa kena-mengena dengan aku ?
            “ Kak Wa dah jatuh cinta!” Dia cakap lagi penuh keceriaan di wajahnya . Dia tak nak kahwin tapi dia dah jatuh cinta . Okaylah tu . Jatuh cinta pada tunang sendiri . Jadi , apa kena-mengena dengan aku ? Peliklah Kak Najwa ni .
            Kak Najwa memandang aku tepat-tepat . Bibirnya juga tersenyum lebar
            “ I’m in love!” Katanya , sambil menggengam tangan aku .
            “Yeah , I can see that .” Balasku , meluat . Itu pun nak cakap kat aku ke? Kejab . Ini ke hal penting yang dia nak cakap dengan aku ? Huh , buang masa aku aje!
            “ Kak Wa rasa , Kak Wa terus jatuh cinta bila terpandangkan wajah dia … Love in the first sight ! Kak Wa dah tak boleh lupakan dia , Iman . Dia sangat baik …”
            “ Kak Wa dah nak kahwin pun dengan dia hujung minggu ni , kak  Sabarlah ..” Aku tepuk bahu dia pula . Nak ketawa pun ada aku tengok gelagat kakak aku ni . Dia tak berkelip pandang aku .
            “ Maksud kau ? NO .. no .. no.. Bukan lelaki yang menjadi tunang Kak Wa tu . Tapi orang lain , Iman !” Katanya pula .
            “ Hah?” Aku sudah pandang dia dengan kening terjungkit sebelah . Pelik . Kalau bukan dengan tunang dia , jadi siapa yang buatkan kakak aku jadi angau macam ni?
            “ Ya , nama dia Faiz Hamdan . Kami baru kenal dua minggu lalu dan Kak Wa terus suka dia . Dia sangat baik melayan akak …”
            “ Kak Wa …”
            “ Itu sebabnya akak cakap hal ini penting , Iman. Kak Wa tak nak berkahwin dengan lelaki yang bernama Ammar Hafiz itu . Akak tak kenal dia . Karang ni emak dah sibuk suruh cuba baju nikah . Tapi Kak Wa tak ada hati nak pakai .” Ucap Kak Najwa lagi . Muka dia sudah nampak sedih kini .
            “ Kak Wa , macam mana akak boleh suka dengan lelaki yang akak baru kenal seminggu tu ..”
            “ Dua minggu !” Kak Najwa membetulkan .
            “ Dua minggu tu ? Apa kata abah nanti? Apa kata emak .. kata saudara yang lain ? Lagi penting , apa kata keluarga tunang akak tu ? Majlis nikah tu tinggal beberapa hari aje , kak!”
            “ Kak Wa tahu , Iman . Itu yang akan pening fikirkan sekarang ni .Untuk pertama kali , hati Kak Wa mengenali erti cinta  tapi akak dah jadi tunang orang . Akak tak suka Ammar ni .. akak ..” Dia sudah menangis perlahan . Alamak , drama air mata pulak malam-malam macam ni . Aku mengeluh perlahan .
            “ Iman nak akak lupakan lelaki bernama Faiz ni . Kak Wa tak kenal dia . Jangan buat keputusan terburu-buru , Kak Wa . Ingat abah , mak .. Macam mana dengan dorang nanti ? Mana abah nak letak muka dengan Tan Sri tu ? Walaupun dia kawan baik abah , tapi …  Akak tak suka ke jadi menantu orang kaya ?” Tanyaku , cuba memujuk dia .
            Tapi kepala dia sudah menggeleng laju sambil mengesat air mata .
            “ Kaya tak penting , Iman . Tapi hati . Hati yang inginkan bahagia . Kau tak akan faham.” Kata Kak Najwa , perlahan .


Wednesday 25 March 2015

KAU SELALU ADA

BAB 1
            AKU hanya memandang kosong pada abang-abang aku yang sedang menurunkan rangka pelamin di ruang tamu itu . Dan , oh ya , si dia pun ada sama turut membantu mereka yang ada di situ . Majlis persandingan sudah pun selesai dua jam lepas . Para jemputan juga sudah pulang dengan membawa persoalan demi persoalan di minda mereka .
            Pasti mereka akan terfikir bila ternampak aku yang bersanding di atas pelamin . Bukan Kak Najwa . Macam tak percaya . Tapi itulah yang terjadi dan jauh sekali akan memikirkan hal ini . Aku masih belajar di sebuah kolej dan otakku sudah aku set masa percutian ini . Aku nak jalan-jalan makan angin sebelum Kak Najwa melangsungkan perkahwinan dia dan menghabiskan percutian semesta ini dengan menyiapkan beberapa projek sekolahku .
            Tapi , itulah . Segala angan-anganku musnah , bila aku pula mak suruh gantikan tempat Kak Najwa sebab Kak Najwa tak nak berkahwin dengan lelaki pilihan mereka . Aku pandang pada wajah yang baru menggenggam tangan tok kadi pagi tadi . Sekelip mata saja aku kini sudah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak aku kenali . Nama dia … siapa nama dia ya? Dahiku berkerut . Blank sekejab . Adoi , Iman Suffiyah . Nama suami sendiri pun tak ingat ? Mana nak ingat baru pagi tadi tahu , huh! Aku tanya , aku sendiri jawab !
            Aku melangkah meninggalkan ruang tamu yang agak sibuk itu dan keluar untuk ke belakang rumah . Kak Liza , kakak ipar aku dan kak chik sedang ligat mencuci pinggan sambil berbual sakan . Dia orang berdua ni memang pantang jumpa muka . Ada aje benda nak di cerita . Kadang-kadang tu cerita pasal dalam kelambu pun , dorang akan bercerita . Aku yang dengar pun , terus angkat kaki . Malas nak dengar . Belum time aku lagi . Tapi kini , kalau dia orang nak bercerita pasal dalam kelambu jugak , boleh ke aku join  sama ? Hu hu
            “ Eh , pengantin . Kau nak buat apa ni ?” Tanya kak chik , bila melihat aku sudah melipat lengan baju kurung . Baju pengantin yang aku pakai tadi , sudah lama aku tanggalkan . Tak tahan panas . Melekit badan pakai baju songket yang tebal itu .
            “ Nak tolong cuci pingganlah , takkan nak main masak-masak pulak ?” Tanyaku pula .
            “ Tak payahlah . Kau duduk diam-diam aje !” Kata kak chik lagi .
            “ Menghalau nampak ?” Aku sudah cekak pinggang , mencebik dan buat tak tahu . Aku ambil satu bangku dan ambil sebiji pinggan . Terus selamba buat kerja .
            “ Apa rasa dah jadi isteri orang ni ?” Tanya Kak Liza pula , isteri abang long aku .
            “ Biasa aje .” Selamba saja aku menjawab sambil tangan menyabun sebiji lagi pinggan .
            “Alah , Iman . Takkan kau tak faham ? Kahwin ni best tau . Ada orang jaga kita , sayang kat kita …” Kata kak chik  pula sambil sengih-sengih kat aku .
            Yalah tu . Kenal ‘orang tu’ pun tidak . Celah mana pulak datang sayangnya ? Cebikku lagi pada kak chik .
            Orang itu pun agaknya sama macam aku . Janggal . Tapi itulah , memang susah nak percaya yang aku ni dah jadi isteri orang . Apa yang aku tahu dalam bab-bab rumah tangga ni ?
            Aku cuma budak kolej dan dalam otak aku ni penuh dengan projek dan kertas kerja . Yang lain aku langsung tak terfikir . Hinggalah ke hari ini bila DIA secara tiba-tiba muncul dalam hidup aku .
            “ Iman Suffiyah , bercinta selepas kahwin ni lagi bagus dari bercinta sebelum kahwin .” Kak chik memulakan hujahnya . Aku dan Kak Liza dah sesama jeling dan senyum . “ Bila dah kahwin , tersentuh sikit ke banyak ke pun tak apa . Betul tak , Kak Liza?” Tanya kak chik pula .
            Kak Liza hanya tersenyum lagi dan mengangguk saja . Dia bilas pinggan yang aku cuci tadi dan masukkan ke dalam tapisan besar .
            “ Tapikan , Iman . Kenapa Kak Najwa tu tak nak kahwin dengan abang Ammar tu ya?” Tanya kak chik , memandang aku kini . Oh , sekarang aku tahu nama suami aku tu Ammar ! Ya Allah , nama suami sendiri pun boleh lupa . Terima kasihlah kak chik oii sebab mengingatkan aku .
            Aku tahu sebabnya . Tapi aku tak nak cakap . Biarlah Kak Najwa saja yang ceritakan kat dia . Aku adik bongsu . Malas nak cakap apa-apa . Dah nama pun anak bongsu , jadi kena jugalah ikut kata emak dan abah aku menjadi pengganti Kak Najwa . Lagi satu , emak memang sayang lebih dekat Kak Najwa dari aku dan kak chik .
            “ Entahlah , kak chik . Iman pun tak tahu . Iman nikan anak paling comel dalam keluarga dan paling muda . Jadi kenalah ikut perintah walau hati tak merelakan ..” Balasku , bermadah . Kak chik sudah jelir lidah kat aku . Meluatlah tu . Kemudian mata dia tak berkelip pandang sesuatu di belakang aku dan kemudian tersipu-sipu pula . Apa kenalah kakak aku ni ?
            “Tolong ambilkan air sikit . Nak cuci tangan .” Tiba-tiba satu suara garau dan dalam menerjah ke telinga aku . Bau minyak wangi seseorang juga menusuk hidung . Cepat kepala aku toleh dan terpandang wajah ‘dia’ depan aku . Aku terjeda seketika . Bibir dia sedang mengukir senyum kat aku .
            “ Iman , apa lagi tu ? Ammar nak cuci tangan . Nah , ambil mangkuk ni .” Suara Kak Liza pula kedengaran . Cepat tangan aku capai mangkuk yang di hulur Kak Liza , ceduk air dari besen besar sebelah aku dan curahkan ke tangan dia . Dia menggosok-gosok bersih dan mengucapkan terima kasih dekat aku .
            “ Boleh kita bercakap sekejab ?” Tanya dia , perlahan saja . Macam takut Kak Liza dan kak chik dengar pulak . Aku pandang lagi muka dia . “ Saya tunggu awak kat bawah pokok rambutan tu .” Sambungnya dan kemudian berlalu .
            Dia nak cakap apa? Dahiku berkerut . Aku cuci tangan bersih-bersih dan lap saja kat kain kurung aku . Kak Liza dan kak chik dah pandang sambil senyum-senyum kat aku . Kemudian pandang kelibat Ammar pula yang sedang melangkah itu . Aku ikut dia dari belakang sambil memerhatikan orang-orang menurunkan khemah-khemah di halaman rumah .
            Tiba-tiba saja tubuh aku terlanggar belakang dia yang sudah berhenti melangkah . Segera dia berpaling ke belakang dan tersenyum menampakkan giginya . Aku tersengih sambil gosok-gosok dahi aku . Dia berdiri mengadap aku kini . Tinggi jugak mamat ni ..oppss.. suami aku ni . Ingat tu , Iman ya . Suami tu … suami …
            Buat beberapa ketika mata hitam itu tunak memandang ke wajahku . Lama . Entah apa yang dia pandang pun aku tak tahu . Ada sesuatu ke kat muka aku atau rambut aku? Aku pulak kalau orang dah tengok aku macam tu , mulalah serba tak kena .
            “ Ada sesuatu kat muka saya ke?” Tanyaku, sambil merapa pipi . Dia senyum saja.
            “ Awak percaya tak pada jodoh , Cik Iman ?” Dia memulakan mukadimah. Itu soalan tu , Iman . Aku berfikir sejenak sambil garu dahi tak gatal .
            “ Errr… percaya kot .” Jawabku , kemudian sengih .
            “ Macam tak aje ..” Encik Ammar tersenyum sejemput . Aku gigit bibir bawah . Sudah tak tahu nak cakap apa . Kekok sangat .
            “ Saya nak balik KL sekejab lagi .” Katanya kepadaku . “ Jadi , awak kena ikut saya . Saya ada meeting  malam nanti dengan business partner saya .” Sambungnya , meneliti wajahku.
            Boleh tak kalau aku tak payah ikut ? Aku segan nak pandang muka dia yang kacak dan segak itu . Muka dia bersih dari cela . Tak ada jerawat pun . Pandai dia jaga muka . Kenapalah Kak Najwa boleh tinggalkan lelaki sesegak dia ni ?
            “ Saya …”
            “ Seorang isteri wajib ikut ke mana saja suami dia pergi dan mendengar cakap suami selagi tak melampaui hukum agama . Betul?” Tanya dia , menunduk sedikit memandangku . Aku mengangguk sekali .
            “ Saya dah beritahu abah tadi . Sekarang , saya nak awak kemas baju-baju awak . Kita balik KL malam ni . Tapi sebelum tu , saya nak singgah ke satu tempat dulu dan mungkin kita akan bermalam di sana.”
            Aku menghela nafas perlahan ketika melipat pakaianku dan memasukkannya ke dalam beg . Baju Encik Ammar , dia sudah siapkan awal-awal . Lagi pun , dia datang semalam untuk menghadirkan diri sebagai pengantin lelaki . Aku tertanya-tanya apa dia rasa bila Kak Najwa tidak mahu mengahwini dia .
            “ Iman Suffiyah ,” Namaku tiba-tiba di panggil dari belakang . Pantas aku menoleh . Encik Ammar masuk ke bilik pengantin kami dan berdiri tegak di sebelahku . Mata memandang barang-barang yang aku akan bawa di atas katil .
            “ Dah siap ?” Tanya dia seraya melihat jam di tangan . Dia nampak santai saja dengan baju T POLO merahnya dan seluar jean biru . Topi hitam sudah tersarung di kepala .
            “ Sudah . Tinggal nak masukkan dalam kereta .” Kataku . Dia mengangguk dan mengangkat beg dia terlebih dulu , kemudian keluar . Aku segera memasukkan barang-barang seperti minyak wangi , bedak , syampu dan segala barang keperluan wanita ke dalam satu beg . Beg sekolah aku , terus aku sangkut ke bahu . Takut aku lupa .
            Encik Ammar masuk semula dan matanya terpandang hantaran-hantaran itu .
            “ Awak tak nak bawak sekali ke barang-barang ni , Iman ?” Tanya Encik Ammar , memandangku sambil menunjukkan barang-barang hantaran seperti beg tangan , barang penjagaan kulit muka , jam tangan dan entah apa-apa . Sebenarnya itu semua untuk Kak Najwa tapi aku rasa serba-salah nak ambil .
            “ Bawa sekali . Barang-barang ni dah jadi milik awak dah .” Katanya , kedengaran tegas . Dia macam nampak tegang . Entah marahkan Kak Najwa atas tindakannya itu atau dia marah kat aku yang tak nak bawa barang-barang itu , aku tak pasti . Aku masih ingat bila pertama kali kami bertentang mata semasa hari nikah itu . Dia tidak bercakap atau membantah apa-apa . Dia hanya merenungku dengan wajah yang sukar di mengertikan oleh orang lain . Dia suka dengan pilihan mak aku yang main suka-suka ambil aku dan letak kat tempat Kak Najwa  atau tidak , aku pun tak tahu . Sebab rasanya , kakak aku tu lebih cantik sikit dari aku . 
            Emak memohon maaf pada dia sebab terpaksa bertukar pengantin perempuan last-last minute . Aku juga tak pasti samada dia pernah keluar atau berjumpa dengan Kak Najwa semasa mereka bertunang dulu . Entahlah .
            Kami berjumpa ahli keluarga yang lain bila Encik Ammar sudah bersedia untuk bertolak . Emak sudah menangis dan peluk aku ketika aku salam dia . Emak aku ni memang ratu air mata sikit .
            “ Am minta maaf mak , abah sebab tak boleh lama kat sini . Ada urgent meeting yang tak boleh nak elak .” Jelas Encik Ammar .
            “ Tak apa , Ammar . Abah faham . Bawak kereta baik-baik . Iman , jaga diri tu . Jaga suami elok-elok . Jangan ikut kepala degil tu lagi .” Pesan abah pula kat aku . Macam pelik aje aku dengar bila abah cakap macam tu . Bukan suami aku ke kena jaga aku elok-elok ? Aku cuma jeling sekilas pada Encik Ammar . Rupanya dia juga sedang pandang aku dengan senyuman sejemput dia .
            Usai bersalaman dan berpelukan dengan emak dan abah , serta yang lain , aku ikut Encik Ammar masuk ke dalam kereta . Beg sandang aku , aku letakkan ke tempat duduk belakang . Pertama kali duduk dalam kereta mewah macam BMW ni buat aku kekok sedikit . Mata meliar pandang alat-alat kat dalam kereta itu . Dia masuk dan menghidupkan enjin kereta . Muka dia nampak bersahaja saja .
            Entah bila aku terlelap pun aku tak tahu . Bosan sebab Encik Ammar tak nak berbual dengan aku . Dia sibuk bercakap dengan orang lain sana-sini dengan sesuatu yang di selitkan ke telinganya . Sibuk betul dia .  Aku pula hanya bersandar di sebelah dan sumbatkan ear piece kat lubang telinga dan layan diri sendiri dengan lagu-lagu mp3 dalam telefon bimbit aku . Akhirnya , aku terlena .
            Sedar-sedar dia kejut aku perlahan . “ Kita dah sampai .” Katanya , memandangku sekilas seraya menanggalkan tali pinggang keledar . Kereta sudah terpakir baik kat tempat letak kereta .
            Aku duduk tegak sambil meraup rambutku yang hanya paras bahu itu  dan memandang ke luar . Sudah gelap .
            “ Kita kat mana ni , Encik Ammar?” Tanyaku , sambil menjeling tempat itu . Kenapa aku rasa sejuk semacam aje ni ?

            “ Genting Highlands.”