BAB
1
Jam di tangan sudah menunjukkan
pukul enam petang . Harap-harap Tuan Megat itu tak balik lagi , bisiknya
perlahan . Kaki di atur pantas .
“
Wei , Hannah . Kau nak jumpa siapa sebenarnya ni?” Tanya Jannah , kawan baiknya
. Kakinya juga ikut sama melangkah sepantas Hannah .
“
Aku nak jumpa bakal suami aku !” Hannah memandangnya sudah tersengih . Jannah
sudah ketwa mengekek . Kononnya kelakar sangat dengan lawak bodoh Hannah . Dia
terus buat muka serius kemudian .
“
Kalau menipu pun , agak-agaklah wei ! Kita ni budak sekolah lagi . SPM pun tak
lepas lagi ni!” Dia sudah menjeling Hannah . Hannah tersenyum nipis . Kakinya
tiba-tiba terhenti .
“
Kau kena tolong aku , Jannah . Kau nampak tak pak guard tu ?” Tunjuk Hannah
pada lelaki yang bertopi hitam dan beruniform itu . Jannah menoleh dan
mengangguk .
“
Aku nak kau kacau dia sikit . Kau buat-buatlah tanya kau sesat ke .. nk cari
tempat ke .. apa-apa ajelah . Sebab , aku nak masuk ke dalam . Aku nak jumpa seseorang
.”
“
Aku takutlah . Kau nak jumpa siapa sebenarnya ni ? Dah petang . Mana ada orang
lagi kat atas tu . Kau jangan cari pasal , Hannah !” Balas Jannah pula
panjang-lebar .
“
Sekejab aje , Jannnah . Please …” Hannah
merayu sambil buat muka mohon simpati . Jannah pandang Hannah beberapa detik .
Kemudian dia mengeluh dan mengangguk . Dengan langkah penuh yakin campur cuak
sikit , Jannah terus menghampiri abang guard itu .
Hm
, nasib baik budak tu boleh di harap , bisik Hannah . Perlahan dia menyusup
masuk ke dalam bangunan itu dan segera menghampiri lif . Butang lif terus di
tekan . Bila pintu terbuka saja , dia cepat-cepat masuk ke dalam .
“
Eh , tunggu ! Siapa-“ Dia hanya sempat mendengar ayat itu saja sebab pintu lif
sudah tertutup rapat . Fuh , that was too
closed! Dia menghembuskan nafas lega . Tidak , tak boleh mengeluh lega .
Dabaran di dada semakin kuat terasa bila pintu lif terbuka di tingkat yang dia
nak pergi . Kaki melangkah keluar dari lif dan kepala toleh kiri-kanan . Sunyi
saja . Tentulah . Waktu kerja sudah lama habis . Bulu romanya jadi tegak
tiba-tiba dengan kesunyian dan kedinginan tempat itu .
Baru
nak melangkah untuk mencari bilik Tuan Megat itu , sebuah lagi pintu lif
terbuka dan matanya terus ternampak pak guard tadi keluar bersama Jannah .
Apalagi , Hannah kelang-kabut mencari bilik Encik Megat yang entah apa nama
penuhnya … Yang dia tahu lelaki itu CEO di tempat ni .
Sambil
melangkah laju mata melihat satu demi satu nama yang tertulis pada setiap bilik
. Dia hampir terlajak jauh bila matanya terpandang nama MEGAT DANIAL B MEGAT
KAMARUL , CEO di depan muka pintu . Mata ternampak pak guard dan Jannah laju
nak mendapatkannya . Tangan dia terus memusing tombol pintu dengan pantas dan
pintu di tolak kuat hingga menghentak belakang dinding . Hingga mengejutkan
pasangan yang sedang … Segera Hannah menutup mukanya dengan tangan . Jannah
pula sampai dan terlopong .
Megat
Danial yang baru nak memulakan aksi cumbu-cumbuan dengan teman wanitanya itu
merengus keras . Marah sebab apa yang dia buat dengan Lisa sedikit terganggu .
Baju Lisa yang terlondeh hingga ke bahu , dia naikkan semula dan memandang dua
pasang mata yang sedang memandangnya dan Lisa .
“
Siapa korang ni? Macam mana korang boleh masuk ke sini ? Encik Man ,
macam mana awak buat kerja ni ?” Tanya Megat Danial , sedikit bengang .
“
Pakcik ni mesti kena cover kerja
mamat ni ?” Bisik Jannah . “ Huh , kerjalah sangat dengan minah tu!”
“
Awak , Encik Megat Danial ?” Tanya Hannah , membiarkan saja runguan Jannah itu
.
Mata
hitam Megat Danial terus pada satu wajah . Keningnya terjungkit sebelah . Siapa
pulak budak sekolah ni ? Seingat dia , dia tak pernah ada apa-apa hubungan
dengan budak sekolah .
“
Awak ni , siapa pulak ? Macam mana awak boleh masuk sini ? Kenapa tak balik
lagi?” Tanya Megat Danial pula . Dia menjeling Lisa yang sedang mengenakan
butang baju blausnya semula . Hm , baru nak ringan-ringan tadi , dua budak
sekolah ni buat kacau . Memang spoil!
“
Papa saya , Encik Adam Rizuan . Saya pasti encik Megat kenal dia .” Hannah
terus bercakap tentang tujuannya itu . Yang pasti , hanya dia dan Encik Megat
itu saja yang tahu .
“Saya
nak encik gugurkan tuduhan ke atas papa
saya!” Kata Hannah lagi . Pandangannya tepat ke wajah Megat Danial .
Lama
juga mata Megat Danial merenung wajah budak perempuan yang macam cina itu . Dia
ni anak Encik Adam tu ? Yang telah di tangkap tiga hari lalu sebab seleweng
duit syarikat ? Patutlah dia macam kenal dengan wajah itu . Wajah yang sesekali
muncul bila syarikatnya ini buat Hari Keluarga dengan semua staff MEGAT’S
HOLDINGS .
“Sayang , you balik dulu ya. Malam nanti I
will call you .” Kata Megat Danial pada perempuan bernama Lisa itu .
“
Okay , sayang . Jangan lupa tau ..” Lisa tunjuk aksi gedik dia sambil ,
mengusap pipi Megat Danial dan melayangkan ciuman pada pipi itu . Hannah dan
Jannah saling memandang dan mencebik pakej buat aksi nak muntah sekali . Loya
tekak tengok !!
Lisa
sudah mencerun pandang kedua-dua budak sekolah itu . Dia berdiri tegak dan
bercekak pinggang depan Hannah dan Jannah . Tapi matanya lebih kepada budak
perempuan tinggi lampai dan berwajah ala-ala cina itu . Nampak cantik daripada
budak perempuan yang bertubuh rendah sedikit dari budak ‘cina’ itu .
“
Kenapa buat muka macam tu ?” Tiba-tiba mereka kena sergah dengan perempuan
gedik itu . Terkejut juga dia dan Jannah .
“
Buat muka apa , makcik?” Tanya Jannah pula . Hannah sudah singgung lengan
Jannah .
“
Apa kau panggil aku , budak ?” Tanya Lisa , mula nak menyinga . Apa , dia
nampak tua ke ? Pakaian sikit punya vogue
, dua budak sekolah ni panggil dia ‘makcik’!!
“
Makcik !” Jawab mereka serentak .
“
Sedapnya mulut kau orang bercakap ya!”
“
Pernah rasa ke ?” Tanya Jannah , selamba . Hannah terus tekup mulut , menahan
dari tersembur ketawa . Jannah ni memang , pantang lawan cakap . Ada saja yang
dia nak sebut .
“ Apa ?” Tanya perempuan itu nampak blur sekejab .
“
Mulut saya … kata sedap . Eee … geli ..” Jannah terus buat aksi geli-geleman.
Hannah sudah ketawa perlahan sambil tutup mulut .
Lisa
sudah mahu mendekati budak rendah itu . Mahu saja dia tampar-tampar mulut tak
ada insuran itu .
“
Lisa ..” Panggil Megat Danial yang sejak tadi hanya jadi pemerhati pada dua
budak sekolah itu dan mendengar perbualan mereka .
“
Just go home .” Katanya lagi . Lisa
memandang Megat Danial dan melambai . Kemudian sempat memberi jelingan maut
pada Hannah dan Jannah itu .
Hannah
dan Jannah hanya memandang saja lenggok perempuan itu . Kemudian Hannah
memandang Megat Danial semula .
“
Adik , tinggalkan kami . Tolong tunggu kat luar sekejab . “ Kata Megat Danial
pada Jannah pula . Perkara yang akan mereka bincangkan ini sangat penting dan
tak mungkin dia akan mendedahkan hal papa si budak ‘cina’ ni di depan yang lain
. Ia sangat private .
“
Hannah , aku tunggu kau kat luar . Apa-apa jerit tau! I don’t trust him .” Kata Jannah , perlahan tapi Megat Danial boleh
mendengarnya .
Hek
eleh budak ni . Macamlah aku ni terliur dengan budak sekolah ni ..
Jannah
keluar sambil menutup pintu . Tiba-tiba entah kenapa Hannah jadi semacam pulak
bila di tinggalkan berdua dengan Megat Danial ini .
“
Apa yang adik tahu tentang kes papa adik tu ?” Tanya Megat Danial , sambil
melipat lengan baju kemejanya . Sesekali menjeling pada wajah budak perempuan
itu .
“
Saya tak tahu . Tapi apa pun ia , please
.. tolong tarik balik tuduhan encik tu . Papa saya tak bersalah .” Kata
Hannah , agak terdesak . Dia sayang papa . Papa dia juga sayangkan dia dan
Irfan . Tak mungkin papa dia akan buat kesalahan besar itu .
Megat
Danial sudah memeluk tubuh sambil duduk di hujung meja sedikit dan memandang
Hannah tepat-tepat .
“
Masalahnya sekarang saya dah tak boleh tolong papa awak tu . Kesalahan dia
sangat besar dan sudah jadi kes polis . Pihak lembaga pengarah sudah
mengarahkan papa awak di siasat dan bukti yang papa awak lakukan itu sangat
jelas . Adik tahu tak apa salah papa adik tu ?” Tanya Megat Danial . Hannah
menggeleng perlahan .
“
Dia menggelapkan wang syarikat . Dan , yang paling tidak di sangka , duit itu
telah di masukkan ke dalam akaun orang lain . Awak nak tahu akaun siapa ?”
Tanya Megat Danial lagi.
Hannah
tidak menjawab . Hanya memandang saja lelaki itu . Megat Danial menghampirinya
.
“ Akaun seorang perempuan bernama Salina Bt Hj
Murad .”
“
Siapa tu ?” Tanya Hannah , kehairanan pula .
“
Girlfriend papa awak .” Jawab Megat
Danial sinis . Dahi Hannah sudah berkerut . Papa ada girlfriend ? Dia semakin tidak mengerti .
No comments:
Post a Comment