Monday, 30 March 2015

KAU SELALU ADA BAB 2

BAB 2
            Aku berdiri di tepi kereta sambil melihat sekeliling . Angin malam yang berhembus lembut membuatkan tubuh menggigil . Tak sangka Encik Ammar bawa aku hingga ke puncak Genting Highlands ini . Beg pakaian kami dia keluarkan dari belakang kereta . Beg dia , dia sangkutkan ke bahu kiri dan tangan kanan dia di hulurkan kepadaku . Mulanya aku tak pasti nak terima atau tidak huluran dari lelaki itu . Tapi bila aku ingat dia tu suami aku , aku capai juga tangan dia dan terus jemarinya menggenggam jemariku dengan kemas dan hangat .
            Kakinya terus di tujukan ke kaunter pendaftaran dan aku hanya melihat persekitaran hotel bertaraf lima bintang itu. rata-rata aku lihat muka pelancong luar negara saja yang berkeliaran di dalam hotel mewah ini . Tak pernah seumur hidup aku masuk hotel macam ini . Inilah pertama kali . Nasib baik dengan suami sendiri . Kalau dengan orang lain , mahunya jadi skandal !
            Aku menggosok-gosok lengan bila terasa sejuk hingga ke tulang aku . Encik Ammar ni pun nak bawa aku ke sini beritahulah dulu . Boleh jugak aku sediakan jaket atau baju lengan panjang ke . Ini , tanpa cakap apa-apa terus dia bawa aku ke tempat sejuk ini . Sudahlah sekarang musim hujan dan cuaca kat puncak bukit ini memang sejuk gila . Rambut aku pun sudah terasa lembab .
            “ Iman Suffiyah !” Si dia sudah panggil aku . Aku segera menghampiri dia sambil menggigil badan . Dia terus memeluk bahu aku . Terasa kekok pula aku bila di peluk dia .
            “ Sejuk ya . Sorry sebab tak beritahu awak , kita nak ke sini .” Katanya ketika kami melangkah ke lif . Terbuka saja pintu lif , dia tarik aku masuk . Ada beberapa muka pelancung luar negara . Dari mana , aku tak pasti . Salah seorang dari dua pelancung lelaki itu senyum kat aku . Aku pun senyum jugalah . Nanti  dia orang ingat kita orang Malaysia ni sombong-sombong pulak . Encik Ammar sudah tarik aku rapat padanya . Erat tubuh ini di peluknya dan muka dia pula nampak selamba saja . Aku yang jadi keras kat situ .
            Pintu lif terbuka dan dia terus tarik aku keluar dan aku terpaksa ikut langkahnya yang panjang-panjang itu . Kad bilik di selitkan pada pintu dan pintu terbuka sendiri . Terus kami masuk ke dalam dan wow , bilik pun nampak mewah . Ada sebuah katil yang agak besar , almari pakaian dan almari solek . Ada sebuah meja di tepi dinding dan sebuah televisyen yang tergantung di dinding .
            Encik Ammar mengeluarkan pakaiannya dan kot yang dia bawa tali segera di gantung . Sehelai kemeja berwarna ungu muda di keluarkan bersama seluar slack hitam . Tangan dia menggosok-gosokkan pada baju yang renyuk itu .
            “ Nak saya gosokkan baju tu ?” Tanyaku . Mata dia terus pandang aku dan kepala di angguk . Aku segera mengambil baju itu dan aku cari seterika . Dia pula terus keluarkan tuala dan selamba buka baju T dia depan aku . Aku tunduk saja buat kerja aku . Segan aku nak tengok badan tegap dia . Dia terus masuk ke bilik air .
            Segera aku menggosok baju kemeja dan seluar dia . Pasti perbincangan ini penting agaknya . Hingga dia tak menyempat nak balik ke KL . Lima belas minit kemudian dia keluar . Aku pula nak mandi . Sejak petang dari rumah , aku rasa tak selesa . Aku ambil tuala nak masuk bilik air . Wah , nasib baik ada water heater dalam bilik air ini . Memang prihatin betullah pemilik hotel ni ! Aku buka baju dan terus mandi air panas . Cuci rambut sekali dengan syampu .
            Tengah bilas rambut , pintu bilik air di ketuk perlahan . Aku buka sedikit . Wajah Encik Ammar di hadapanku . Dia nampak tak berkelip memandang aku .
            “ Ya , Encik Ammar ?” Tanyaku sambil meraup mukaku yang basah . Dia berdehem kecil .
            “ Saya dah nak pergi ni . Kawan saya sudah tunggu kat bawah .” Katanya , memberitahu.
            “ Kejab .” Aku tutup pintu bilik air , capai tuala dan balut tubuh aku . Aku buka pintu dan keluar . Dia agak tersentak dan melangkah dua tapak ke belakang .
            “ Saya dah pesan makanan tadi . Kalau ada orang cakap room service , baru awak buka pintu . Jangan ke mana-mana . Duduk saja dalam bilik ni . Kalau ada sesiapa ketuk , jangan buka atau sahut apa-apa . Diamkan saja .” Pesannya panjang-lebar . Aku mengangguk dan menghulur tangan . Tangan dia hulur dan aku tunduk mencium tangan dia . Dia nak cium dahi aku . Tapi dia macam ubah fikiran . Terus dia cium pipi kiri aku . Agaknya dahi aku basah kut .
            Dia terus pergi ke pintu dan keluar . Aku termanggu dan tunduk melihat diri sendiri . Dia malu tengok aku berkemban macam ni ke ? Ya Allah , aku bagai baru tersedar apa yang telah aku buat . Malunya! Aku terus letak tangan di kepala dan menonong masuk bilik air semula .
            Iman ..Iman , apa yang kau buat ni??
            Selepas makan malam dan menonton tv , aku tak tahu nak buat apa lagi . Bagai teringatkan sesuatu , aku terus capai beg sekolah aku dan mula menyambung assignments yang terbengkalai sebab menyiapkan majlis pernikahan ‘bidan terjun’ aku . Bukan bidan terjun , Iman. Tapi ‘pengantin terjun’ . Semuanya secara tiba-tiba dan kelam-kabut .
            Sehingga ke pukul sebelas , Encik Ammar tak masuk bilik lagi . Aku pula dari duduk bersila atas karpet terus meniarap sambil menulis . Buku-buku tebal aku bersepah atas karpet juga .  Mata ni bila belajar , mulalah mengantuk dan mulut pula asyik menguap aje . Cuba baca novel . Sampai dua-tiga pagi pun besar saja mata ni . Huh!
            Telingaku menangkap suara-suara di bahagian luar bilik . Suara orang berbual dan ketawa kedengaran . Juga tapak kaki yang melangkah juga kedengaran dekat dengan bilik aku . Aku angkat kepala kalau-kalau Encik Ammar sudah pulang . Tapi tak ada tanda-tanda dia akan pulang awal macam ni . Mesej yang dia hantar pada aku pun tadi dalam pukul sepuluh . Dia cuma cakap dia mungkin lewat . Aku menarik dan menghembuskan nafas perlahan . Mata sudah rasa-rasa macam nak  tertutup saja . Tapi aku gagahkan juga bila teringatkan wajah bengis Prof. Madihah itu .
            Aku terasa tubuhku di angkat oleh sesorang . Aku sedang bermimpi ke ? Kemudian tubuhku di letakkan di atas hamparan lembut dan aku buka mataku sedikit. Aku nampak wajah kacak Encik Ammar sedang merenungku . Mataku tertutup semula dan aku terasa rambutku di selak sedikit dan kemudian dahi dan pipiku di kucup Encik Ammar . Terasa indah saja mimpiku ini . Rasa , aku tak nak bangun dari mimpi ini .
            Hangat dan sesekali ada rasa dingin juga .
            Aku buka mata perlahan-lahan dan …eh , aku kat atas katil ? Bila aku tidur ? Aku tertoleh di sebelah . Encik Ammar sedang lena tidur di sebelahku . Terus aku terbangun dan duduk tegak . Kepala tunduk tengok badan sendiri . Fuh , masih lengkap berpakaian . Tapi macam mana aku boleh berada kat atas ni ? Aku cuba memikirkan semula apa yang aku buat malam tadi . Aku buat assignment kat bawah … Mata terus terpandang buku-bukuku elok tersusun di atas meja makan di tepi dinding itu . Jadi , semalam yang aku ingat aku sedang bermimpi yang Encik Ammar angkat aku itu bukan mimpi rupanya .
            Aku pandang lagi wajah Encik Ammar dan tangan dia yang elok saja melingkar kat pinggang aku . Oh , inilah ayah selalu cakap kat emak , “ Awak tukan bantal peluk saya . Takkan saya nak tinggalkan bantal peluk kesayangan saya ?” Bila aku pandang emak , muka emak sudah merah padam . Malulah tu!
            Aku berbaring semula di sebelah Encik Ammar dan merenung wajah itu . Saat begini sajalah aku boleh tengok muka lelaki yang menjadi suami aku ini . Bukan sekali hati ini tertanya-tanya apa perasaan dia bila aku yang menggantikan tempat Kak Najwa . Yang aku tahu , pertunangan antara Kak Najwa dengan Encik Ammar ini berlansung tanpa ada kedua-duanya . Masing-masing sibuk dan hanya emak-bapa kedua belah pihak yang berurusan . Bila cincin tunang itu di serahkan pada Kak Najwa , dia diam saja .

            SEMINGGU SEBELUM KEJADIAN …
            Aku pelik bila Kak Najwa yang duduk di Cheras , menghubungi aku malam itu . Dia nak jumpa aku kat sebuah warung yang berdekatan dengan rumah sewa aku . Jadi , tanpa berfikir panjang aku terus sarung jaket dan terus ke warung Mak Jah yang hanya terletak tiga buah rumah.
            “ Rajinnya Kak Wa datang sini . Selalunya suruh datang ambil Iman pun banyak rungutnya .” Kataku , ketika sampai di warung itu . Dia sudah order air untuk aku sekali . Nescafe panas . Dia tersenyum saja mendengar rungutanku .
            “ Ada apa Kak Wa nak jumpa Iman ni?” Tanyaku sambil menyilang tangan ke dada. “Penting sangat ke sampai Kak Wa sampai ke sini .”
            “ Penting dan sangat mustahak !” Kata Kak Najwa. “ Kak Wa kena jugak cakap dengan kau . Kak Wa dah tak boleh nak simpan . Kalau simpan otak akak akan pecah!” Katanya lagi . Laju aje dan ayat ‘otak pecah ‘ tu memang tak belah !Hiperbola betul kakak aku ni .
            “ Hal apa tu ? Abah nak kahwin lagi satu ke?” Suara aku sudah naik satu tangga .
            “ Hish , kau ni . Jaga sikit mulut tu , boleh tak ? Kau nak ke dapat mak tiri ?” Balas Kak Najwa , menjeling aku . Laju aku menggeleng sambil tersengih .
            “ Habis tu ?” Tanyaku lagi . Kalau bukan pasal itu , pasal apa pulak ?
            Kak Najwa diam beberapa ketika . Macam termenungkan sesuatu pun ada aku tengok . Dia mengeluh lemah pula .
            “ Kenapa ni , Kak Wa ?” Tanyaku , kehairanan . Dia sakit ke ? “ Kak Wa ada penyakit kritikal ke?”
            “Hishhh… Kau ni!!” Dia sudah sergah aku , pakej dengan ketuk kepala aku sekali . Apa? Aku salah cakaplah ni . Adoii , sakit pulak kepala aku kena sekeh . Nasib baik dia kakak aku . Kalau kakak orang lain , kepala dia pulak aku sekeh!
            “ Mulut kau tu cuba jangan main lepas aje . Lagi satu , otak tu cuba fikir yang positif aje!” Katanya merengus keras sambil menjeling tajam kat aku . Aku ketap bibir . Tak nak cakap apa-apa lagi . Nanti salah cakap kena sekeh lagi kepala aku . Jadi pendengar sudah!
            “ Kak Wa tak nak kahwin ..” Katanya , terus cakap macam itu . Okay , dia tak nak kahwin . Jadi , apa kena-mengena dengan aku ?
            “ Kak Wa dah jatuh cinta!” Dia cakap lagi penuh keceriaan di wajahnya . Dia tak nak kahwin tapi dia dah jatuh cinta . Okaylah tu . Jatuh cinta pada tunang sendiri . Jadi , apa kena-mengena dengan aku ? Peliklah Kak Najwa ni .
            Kak Najwa memandang aku tepat-tepat . Bibirnya juga tersenyum lebar
            “ I’m in love!” Katanya , sambil menggengam tangan aku .
            “Yeah , I can see that .” Balasku , meluat . Itu pun nak cakap kat aku ke? Kejab . Ini ke hal penting yang dia nak cakap dengan aku ? Huh , buang masa aku aje!
            “ Kak Wa rasa , Kak Wa terus jatuh cinta bila terpandangkan wajah dia … Love in the first sight ! Kak Wa dah tak boleh lupakan dia , Iman . Dia sangat baik …”
            “ Kak Wa dah nak kahwin pun dengan dia hujung minggu ni , kak  Sabarlah ..” Aku tepuk bahu dia pula . Nak ketawa pun ada aku tengok gelagat kakak aku ni . Dia tak berkelip pandang aku .
            “ Maksud kau ? NO .. no .. no.. Bukan lelaki yang menjadi tunang Kak Wa tu . Tapi orang lain , Iman !” Katanya pula .
            “ Hah?” Aku sudah pandang dia dengan kening terjungkit sebelah . Pelik . Kalau bukan dengan tunang dia , jadi siapa yang buatkan kakak aku jadi angau macam ni?
            “ Ya , nama dia Faiz Hamdan . Kami baru kenal dua minggu lalu dan Kak Wa terus suka dia . Dia sangat baik melayan akak …”
            “ Kak Wa …”
            “ Itu sebabnya akak cakap hal ini penting , Iman. Kak Wa tak nak berkahwin dengan lelaki yang bernama Ammar Hafiz itu . Akak tak kenal dia . Karang ni emak dah sibuk suruh cuba baju nikah . Tapi Kak Wa tak ada hati nak pakai .” Ucap Kak Najwa lagi . Muka dia sudah nampak sedih kini .
            “ Kak Wa , macam mana akak boleh suka dengan lelaki yang akak baru kenal seminggu tu ..”
            “ Dua minggu !” Kak Najwa membetulkan .
            “ Dua minggu tu ? Apa kata abah nanti? Apa kata emak .. kata saudara yang lain ? Lagi penting , apa kata keluarga tunang akak tu ? Majlis nikah tu tinggal beberapa hari aje , kak!”
            “ Kak Wa tahu , Iman . Itu yang akan pening fikirkan sekarang ni .Untuk pertama kali , hati Kak Wa mengenali erti cinta  tapi akak dah jadi tunang orang . Akak tak suka Ammar ni .. akak ..” Dia sudah menangis perlahan . Alamak , drama air mata pulak malam-malam macam ni . Aku mengeluh perlahan .
            “ Iman nak akak lupakan lelaki bernama Faiz ni . Kak Wa tak kenal dia . Jangan buat keputusan terburu-buru , Kak Wa . Ingat abah , mak .. Macam mana dengan dorang nanti ? Mana abah nak letak muka dengan Tan Sri tu ? Walaupun dia kawan baik abah , tapi …  Akak tak suka ke jadi menantu orang kaya ?” Tanyaku , cuba memujuk dia .
            Tapi kepala dia sudah menggeleng laju sambil mengesat air mata .
            “ Kaya tak penting , Iman . Tapi hati . Hati yang inginkan bahagia . Kau tak akan faham.” Kata Kak Najwa , perlahan .


No comments:

Post a Comment