Tuesday, 7 April 2015

KAU SELALU ADA 4

BAB 4
            Aku menoleh bila terasa ada seseorang yang berdiri beberapa tapak dari aku . Encik Ammar sedang merenungku kini . Aku memandang kolam renang semula , membiarkan diri di simbahi matahari pagi . Aku tak tahu apa yang aku fikirkan waktu ini .
            Dia mengatur langkah mendekatiku dan duduk mengadap aku . Sehelai sapu tangan di keluarkan dan mula mengesat muka dan rambut aku . Mata kami saling berpandangan . Tangan dia saja yang bergerak . Dia tak bercakap apa-apa . Nampaknya , aku tak akan mendengar apa-apa penjelasan dari dia tentang Shila itu dan aku sedar diri . Walaupun aku isteri dia , aku tak harus masuk campur dalam urusan hidup dia . Kami tak saling mengenali . Aku cuma isteri yang di gantikan untuk dia . Entah kenapa hati terasa pedih bila mengingatkannya .
            Aku bangun berdiri dan tanpa berkata apa-apa , aku melangkah hendak ke bilik semula dan dia mengekori aku dari belakang . Sampai depan pintu bilik , dia mengeluarkan kad bilik dan pintu terbuka dan membiarkan aku masuk dulu . Aku terus capai tuala dan sehelai baju T yang bersih dan terus masuk bilik air . Aku cuci mukaku yang melekit dan basahkan rambut . Kemudian aku tukar baju T . Baju kemeja aku sudah bau air oren itu aku bilas bersih . Kemudian aku keluar semula dan terpandang Encik Ammar sedang memandangku . Aku lap rambut dan menyangkut tuala di leher saja . Kemudian mula mengemas buku-buku aku yang tersusun atas meja sekarang .
            “ Kita nak balik hari ni ke , Encik Ammar?” Tanyaku , tanpa memandang dia . Dia berdiri di sebelahku kini. Sangat rapat hingga aku terasa tubuhnya bersentuhan denganku. Dengan lembut dia mengambil buku yang ada di tangan aku lalu di letak atas meja . Kemudian dia menarikku hingga ke katil dan ajak aku duduk bersamanya. Muka aku kini di tenungnya pula. Aku rasa mesti dia nak cakap berkenaan perempuan bernama Shila itu .
            “ Awak marahkan saya ke , Iman?” Dia bertanya . Eh , silap andaian aku rupanya . Aku garu dahi . Tidak tahu apa yang aku rasa saat ini . Cuma , aku rasa di persalahkan dalam hubungan antara Encik Ammar ini dengan Shila itu . Aku cuma jungkit bahu . Tak tahu nak cakap apa .
            “ Saya minta maaf atas apa yang Shila buat kat awak …”
            Aku tengok saja wajah dia . Kenapa dia pulak yang nak kena minta maaf atas kesalahan Shila itu ? Sayang benarkah dia pada perempuan itu ? Dan , aku ni pulak siapa pada dia ? Oh , baru aku ingat , aku hanya isteri ganti saja . Ada ke macam tu?
            “ Tak apa , Encik Ammar . Pukul berapa kita nak check out ?” tanyaku , memandangnya dengan mata bulat . Aku malas nak bercakap atau berfikir lagi tentang semua ini .
            “ Iman Suffiyah , saya dah tak ada apa-apa lagi dengan Shila tu …” Jelas Encik Ammar pula .
            “ Encik Ammar , saya tak tanya apa-apa pun tentang awak dan dia . Dan , saya sedar siapa saya pada awak . Tapi sebagai isteri walau kena ganti pun , saya rasa sangat terkilan dengan apa yang berlaku . Kalau awak mengaku saya ni isteri awak , awak tidak akan diamkan hal ni pada Shila . Kenapa saya harus beritahu dia yang saya ni kawan Encik Thoriq ? Sebab saya tahu awak enggan mengaku siapa saya depan Shila tu ..”
            “ Saya tak terfikir sampai macam tu , Iman!” Bentaknya .
            “ Tapi itu yang awak buat , Encik Ammar !” Balasku , terkuat sedikit suara padanya . Aku bangun berdiri . Kenapa aku rasa macam kami ni dah mula bertengkar macam suami-isteri yang lain ?
            “ Saya rasa , Cik Shila tu masih sayangkan awak . Mungkin perkahwinan ini satu kesilapan . Saya tak patut kahwin dengan awak …” Ucapku sendiri . Dia sudah berdiri dan pegang kedua-dua tanganku .
            “ Antara saya dan dia , sudah lama selesai sejak dia tolak lamaran saya dua tahun lalu . Now , you and I will make a better future . Saya nak awak dan saya melakukannya bersama-sama menjayakan alam rumah tangga ini , Iman .  Tak kiralah awak siapa dan saya siapa . Awak dan saya sudah di ikat dengan ijab –kabul itu . Jadi , jangan memutuskannya , Iman Suffiyah .” Katanya dengan tegas lalu melangkah ke pintu dan keluar meninggalkan aku . Ke mana pun dia , aku tidak tahu . Mungkin cuba meredakan perasaannya sendiri .
            Dalam tengahari kami meninggalkan puncak genting itu dan kami tidak berbual sangat . Sampai di KL , kami berhenti di hadapan gerai burger .
            “ Awak nak makan apa-apa tak ?” Tanya Encik Ammar . Aku menggeleng dan memandang ke luar . Dia keluar dari kereta dan melangkah ke gerai burger itu . Siapakah lelaki ini ? Aku meneliti gerak –gerinya . Dia sedang bercakap di telefon kini dan sesekali kepala dia menoleh padaku .
            Encik Ammar kembali semula ke kereta dan menghulurkan plastik yang mengandungi beberapa bungkus burger beberapa minit kemudian .
            “ Boleh tak Encik Ammar hantar saya balik ke rumah sewa saya ?” Tanyaku , bersahaja . Dia yang baru nak menggerakkan kereta terhenti dan memandangku , tak berkelip .
            “ Kenapa ?”
            “ Sebab saya memang tinggal kat situ .” Aku menunduk bila tidak tahan melihat renungan sayu dia .
            “Look , I’m sorry for what I ‘ve done to you , okay . Saya tak biasa lagi punya isteri dan..”
            “ Betul tu , sebab awak sudah terbiasa dengan Cik Shila tu ..” Aku senyum kat dia .
            “ That’s not what I meant . Saya cuma tak tahu macam mana ..”
            “ Encik Ammar !” Celahku . “ Saya juga tak biasa ada suami ni . Jadi , saya rasa adalah lebih baik kalau kita duduk asing-asing dulu sampai kita berdua tahu yang kita ni adalah suami-isteri .”
            “ Iman Suffiyah , do you really know what you’re saying? Saya suami awak dan saya yang akan mengizinkan atau tidak awak pergi .”
            “ Ah , c’ mon! Get real , now you tell me that you are my husband  sedangkan masa kat Genting tu awak macam terpaksa nak akui yang saya ni isteri awak depan Cik Shila tu , Encik Ammar !” Aku mula naik angin . Inilah kelemahanku. Cepat sangat nak marah .
            Mata dia bulat memandang aku tajam . Aku telan air liur .  Aku berdehem , bila mata dia masih padaku . Agaknya , kalau dia boleh telan aku , dia mahu menelan aku sekarang.
            “ Kalau awak tak nak hantar saya , tak apa . Saya boleh balik sendiri . Selama ni pun saya sendiri saja . Saya sangat-sangat memerlukan masa untuk memikirkan hal kita dan awak juga boleh memikirkan sama ada saya layak atau tidak untuk awak . Saya juga tak akan menghalang hubungan awak dengan Cik Shila tu sebab dia dulu yang hadir dalam hidup awak sebelum saya.” Kataku , tanpa memandang dia.
            Dia terdiam . Lama . “ Awak memang macam ni ya ?” Dia bertanya perlahan .
            Aku memandang dia dengan muka selamba .
            “ Ya .” Jawabku , tanpa senyuman di senyuman di bibir .
            Lama juga kami tak bercakap dan kereta juga masih tak bergerak . Kemudian aku terdengar dia menghela nafas .
            “ Sebelum saya hantar awak ke rumah sewa awak , boleh tak kita singgah  rumah papa sekejab ? Mama nak jumpa kita .” Kata Encik Ammar , perlahan . Aku terjeda beberapa ketika .
            “ Kenapa ?” Tanyaku . Soalan bodoh tu , Iman! Dah tentulah mereka nak jumpa kau , menantu baru mereka . Dari apa yang emak beritahu aku , mama Encik Ammar lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Itu sebab dia tak dapat datang ketika majlis pernikahan kami . Cuma , papa saja yang datang menemani Encik Ammar .
             “ Mama nak jumpa menantu dia . Dia nak sangat tengok isteri saya …”Balas Encik Ammar lagi .
            “ Dia tahu tak yang saya bukan Kak Najwa ?” Tanyaku , memandang dia tepat-tepat .
            Encik Ammar  mengangguk perlahan . Dia menghela nafas lagi dan menggerakkan kereta ke rumah keluarganya pula .
            Kereta Volkswagen Passat Encik Ammar terus meluncur memasuki perkarangan  rumah yang bagiku sangat besar itu . Ada empat buah lagi kereta terpakir di bawah garaj . Buat beberapa ketika , aku hanya merenung halaman rumah yang sangat luas itu yang hanya di sinari dengan lampu jalan yang sangat cantik .
            “ Jom.” Ajakan si dia di sebelah membuatkan aku berpaling memandangnya . Aku belum bersedia dengan semua ini . Mengenali lelaki ini juga rasanya aku tak sedia dan kini nak kena mengenali keluarganya pula . Iman , sedia atau tidak , kau memang sudah menjadi sebahagian hidup dia kini .
            “ Kenapa awak tengok saya macam tu ?” Tanya Encik Ammar , tersenyum memandangku .
            “ Tengok macam mana?” Tanyaku , buat muka kering saja .
            “ Macam nak telan saya !” Dia senyum lagi , menampakan baris gigi dan lekuk di pipinya. Aku tak menjawab , terus buka pintu kereta dan keluar . Aku ikut dia dari belakang .
            “ Assalamualaikum …” Dia memberi salam dari muka pintu .
            “ Pak ngah!!” Jeritan satu suara yang nyaring dari dalam rumah dan kemudian seorang budak perempuan yang mungkin berumur dalam lingkungan tiga atau empat tahun , berambut kerinting  berlari dan ‘pak ngah’ Ammarnya terus menyambar ke dalam pelukannya .
            “ Hello beautiful!” Pipi budak perempuan itu di cium geram .  Aku hanya memerhatikan saja dan senyum pada budak perempuan itu .
            “ Ini siapa , pak ngah ?” Tanya si kecil itu , apabila mata bulatnya memandangku . Encik Ammar meletakkan tubuh kecil itu ke bawah dan meraih tanganku . Aku tersentak sedikit . Dia menggengam jemariku kemas-kemas .
            “ Ini  mak ngah .” Dia memperkenalkan kami berdua . “ Iman Suffiyah , this is Puteri Mia Zara , anak abang saya ..”
            “ Oh , hello puteri ..” Aku rendahkan tubuh dan hulur tangan . Dia sambut dan kucup tangan aku . Aku cium pipi tembam dia .
            “ Are you going to take my pak ngah away?” Tanya si kecil itu .
            “Of course not . Mak ngah nak minta tolong puteri , boleh ?”
            Dia angguk laju . Rambut kerinting dia juga turut bergoyang bila dia buat begitu.
            “ Mak ngah sekolah lagi … dan tinggal jauh . So , can you take care of our pak ngah while I’m gone?” Tanyaku , sambil menjeling pada Encik Ammar . Dia sudah berpeluk tubuh dan memandangku , tajam .
            “Cannnn…” Laju saja si kecil itu menjawab. Kami berhigh five sambil aku sudah tersenyum . I love this cute little girl already ! Mungkin kami boleh jadi kawan baik .
            “ Ammar ..” Panggil satu suara mengganggu perbualan kami . Aku berdiri tegak dan memandang seorang perempuan yang duduk di kerusi roda . Dia juga memandangku . Tajam. 

1 comment:

  1. keta si ammar ni bmw or passat? dlm bab 1 tulis cam bmw

    ReplyDelete