Friday 31 July 2015

CIK HOUSE KEEPING , I LOVE YOU BAB 3

BAB 3
            Aina melangkah perlahan , cuba mengingati bilik encik bos . Mana satu bilik bos ya? Dia sudah garu-garu kepala . Kemudian dia berhenti di hadapan pintu sebuah bilik . Yang ini kut , bisik hatinya . Pintu itu diketuk perlahan dan kemudian dia menunggu .
            Tidak sampai lima minit , pintu bilik dibuka dari dalam dan wajah mat saleh celop encik bos yang baru tersedar dari tidur berada di hadapannya kini .
            Huh , dah tengahari baru bangun tidur encik bos ni? Fikir Aina . Aina menelan liur . Terasa kering tekaknya bila terpandangkan encik bos hanya berseluar panjang kotak-kotak dan baju T putih ketat yang melekat di badan . Nampak sasa pulak . Hish , mata! Jangan pandang dada dia tu .
            “Err .. Kak Zah cakap encik panggil saya . Ada apa encik?” Tanya Aina perlahan dan penuh hormat . Dah tahu mamat itu boskan? Kenalah hormat ..hu hu
            “ Kemaskan bilik saya ..” Kata Issac Daniel perlahan , memandang cik house keeping itu. Pintu di bukakan lebih lebar . Tapi Aina masih tak masuk lagi . Masih terpasak kaki depan pintu bilik . Takut pulak dia nak masuk kali ini . Hari tu dia TERmasuk pun sebab kes terdesak . Sekarang ini , di suruh pula datang .
            “Ke .. kenapa Encik Issac tak suruh orang lain saja yang kemas? Kan masih ramai lagi budak house keeping?” Tanya Aina pula , ragu-ragu . Issac Daniel yang baru nak melangkah itu terhenti dan menoleh kembali kepadanya .
            “Siapa yang bos sekarang ni?” tanya Issac Daniel sambil bercekak pinggang merenung wajah cik house keeping .
            “He he ..Encik Issac ..” Aina dah menyengih saja .
            “Dah , tak payah nak tersengih kat situ . Masuklah . Macam tak biasa .” Issac Daniel sudah memberikan jelingan sambil menyindirnya . Aina sudah ketap gigi . Hati dah mula nak kutuk encik bos .
            “Dah , jangan nak tambah dosa dalam hati awak tu nak mengutuk saya . Awak ni memang tak takut dengan saya , kan? Kalau staf lain , saya suruh aje mereka terus buat tanpa bersoal banyak dengan saya . Awak ni pulak memang sengaja nak cari masalah dengan saya atau nak menarik perhatian saya?” tanya Issac Daniel . Senyuman di bibir sudah menyenget saja .
            Huh? Tarik perhatian mamat celup ni? Aina sudah pandang sekilas pada lelaki tinggi besar itu dengan pandangan pelik.
            “Encik , saya ni orang kampung . Tapi saya tak bodoh tau . Tidaklah saya  nak pandang encik yang macam ni . Apalagi nak tarik perhatian encik yang bukan melayu sejati ni . Saya ni sukakan lelaki melayu , Encik Issac . Lagi satu , tak mungkin saya nak ambil hak orang . Jadi sama-samalah kita beringat Encik Issac ya .” Mulut kecil itu sudah herot-berot bersungguh mengata dia .
            “Apa-apa ajelah , Cik Aina poyo .” Balas Issac Daniel , malas nak berlawan cakap dengan cik house keepingnya itu  .
            “Kemas katil saya dan bilik saya ni . Saya nak mandi .” Kata Issac Daniel lagi , lalu mencapai tuala di penyangkut dan melangkah ke bilik air .
            “Encik , encik ..” Panggil Aina kelam-kabut tiba-tiba . Mata Issac sudah menjuling ke atas . Nak apa lagilah cik house keeping ni . Dia berpaling sambil memberikan pandangan maut kat Aina .
            “Kalau encik keluar bilik air nanti , jangan bertuala aje . Pakai jubah mandi tu sekali ya. Saya tak nak buat dosa kat mata saya ni , encik!” kata Aina sambil tunjuk matanya sendiri .
            Oh my gosh , this girl ! Issac Daniel sudah menggeleng kepala seraya memandang gadis yang banyak mulut itu . Sakit kepala dia kalau melayan cik house keeping mulut murai itu .
            Bunyi pintu bilik air terbuka buat Aina cuak nak pandang ke belakang . Mamat mat saleh celup itu bukan boleh percaya sangat . Buatnya lelaki itu sengaja nak goda dia dengan badan dia yang boleh tahan lawa itu , mahu Aina menjerit ketakutan .
            Aina buat-buat kemas katil Issac Daniel yang memang sudah sedia dia kemas tadi . Bau aroma mandian semerbak menerjah ke hidungnya.
            “Encik Issac , saya dah kemaskan katil ni . saya keluar dulu .  Encik salinlah pakaian. Lepas tu barulah encik panggil saya masuk balik ya .” Usai bercakap macam tu , Aina bergegas nak pergi dari situ .
            “Cik Aina!” Panggil Issac Daniel dengan segera . Dah nama kena panggil. Aina lantas menoleh . Mata dia terus terpandang badan Issac Daniel yang tak berbaju itu dan masih basah dengan titik-titik air .
            Aina sudah menggeleng kepala dan pejam mata . Itulah . Dia dah cakap tadi . Mamat celup ni tidak boleh dipercayai dan seolah sengaja suka-suka nak tayang dada dan perut dia yang kempis dan berotot itu . Macamlah lawa sangat perut tingkat-tingkat itu .Hishh …
            Segera Aina tarik selimut tebal encik bosnya dan menghampiri . Buat muka selamba Aina. Tubuh tinggi bos dia yang tak berbaju itu segera dibungkus dengan selimut tebal. Issac yang berdiri tegak menunduk memandang dia , sudah tersengih jahat . Sengaja dia buat macam tu.
            “Encik Issac , encik ni teruna lagikan? Kan elok encik tutup sikit badan tu . Cuma cik isteri saja yang boleh pandang dada encik ni . Hishh . Takkan semua saya nak kena cakap , encik?” Mulut kecil Aina sudah membebel.
            “Kalau encik buat macam ni lagi , saya tak nak buatkan encik kopi!”
            “Macamlah kopi awak tu sedap sangat , kan?” Sudah menarik selimut yang berbungkus di badannya . Macam apa aje !
            “Encik salin dulu . Saya nak ke dapur tengok kalau-kalau ada kopi .” Terus Aina keluar sambil letak tapak tangan kat muka bagai melindungi pandangannya  .
            Hai , boleh kena darah tinggi dan sakit jantung melayan kerenah bos mat saleh celup dia ni . Tak apa . Nanti aku ‘sekolah’kan dia tentang aurat lelaki ni. Huh!
            Siap bersalin pakaian , Issac Daniel keluar dari bilik . Terus bau aroma kopi menusuk ke pernafasannya . Kaki di bawa ke dapur . Cik house keeping itu sedang mengacau kopi dalam sebiji teko . Bila ternampak dia saja , terus di tuangnya kopi itu ke dalam sebuah muk .
            “Siap dah kopi untuk Encik Issac . Selamat bersarapan tengahari!” Kata Aina sinis .
            Mata kelabu Issac Daniel merenungnya tajam . Aina terus melangkah keluar dari dapur itu . Tak boleh nak pandang muka encik bos lama-lama . Nanti hati terpaut suka susah pulak . Hati baru nak reda sedikit akibat perbuatan curang encik tunang . Aina menghela nafas ketika masuk ke bilik encik bos semula.
            Nasib baik hari ni mamat celup itu tak pakai sut serba hitam lagi . Hari ini dia pakai kemeja putih dan seluar coklat gelap  saja .
            “Sedap kopi yang awak buat ni , Cik Aina . Kalau macam ni bolehlah buatkan kopi untuk saya setiap hari .” Kata Issac ketika memandangnya . Memang sedap kopi buatan Aina Humaira itu . Semua kena dengan tekaknya .
            “Encik biar betul . Saya ni mana ada masa nak buat kopi encik . Sampai saja , saya dah kena buat rutin harian kerja saya dengan Hanina . Nanti kalau staf lain tahu saya buat kerja lain , saya kena marah pulak dengan Kak Zah .” Jelas Aina panjang-lebar . Dahlah minah tu anti dengan dia . Entah apa yang Kak Zah tak suka dekat dia pun , dia tak tahu . Ada saja kesalahan yang dicari untuk memarahi Aina dan Hanina .
            “Okey , tak apa . Nanti saya cakap dengan Kak Zah tu. Pukul lapan awak datang ke bilik saya . Macam mana?” Tanya Issac sambil duduk segak sambil menikmati kopinya .
            “Encik ni , nanti orang ingat kita ada skandal pulak! Bila cik tunang encik tahu , dia tentu meroyan!” Sungguh-sungguh Aina bersuara .
            “Mero what ?” Tanya Issac sudah berkerut , tak faham .
            “Tak payahlah encik tahu.” Aina sudah kibas-kibas tangannya. Issac Daniel hanya memerhatikan saja gelagat cik house keeping itu .
            Kadang-kadang lucu juga dia melihat Aina ini . Mulut itu tak penat agaknya bercakap tanpa henti dan ikut suka dia .
            Pintu bilik di ketuk seseorang . Aina segera memandang encik bos . Bersahaja saja muka encik bos . Macam dah biasa dengan situasi begitu . Dia dah biasa , tapi aku tak . Dahlah berdua saja dengan mamat mat saleh celup melayu ni .

            Tapi siapa pulak yang datang kali ini? Jangan-jangan daddy dan mommy encik bos lagi tak?

6 comments: