Friday 31 July 2015

CIK HOUSE KEEPING , I LOVE YOU BAB 2

BAB 2
            Lelaki bersut hitam itu mendekatinya dan semakin dekat . Aina rasa macam ada satu aura yang pelik bila mata lelaki itu merenungnya tak berkelip . Tangan dia terus nak pulas tombol pintu dan hampir membuka pintu itu bila tapak tangan lelaki itu menghempasnya dengan kasar menutup pintu itu semula .
            Aina sudah memejamkan mata . Tiba-tiba terasa takut . Takut kalau dirinya tiba-tiba di perlakukan yang tidak baik oleh lelaki itu dan pasti dia akan di persalahkan juga sebab dia yang masuk ke dalam bilik lelaki itu .
            “Do you know who I am?” Tanya lelaki itu begitu dekat dengan telinganya . Aina menggeleng laju sambil menelan air liur . Tekak tiba-tiba jadi kering .
            “Saya ni , bos awak . Faham!”
            “Hah?” Terus dia jadi berani nak pandang wajah lelaki itu . Mata bertentang mata . Memang cantik mata itu , masing-masing sudah memuji . Mata kelabu sedang merenung mata hitam .
            Bunyi ketukan di pintu menghentikan rasa segala getar dan debar yang mula nak bermain-main dalam hati Aina . Kedua-duanya menoleh ke pintu . Dengan muka bersahaja , tubuh lelaki bersut hitam itu bergesel dengan bahu Aina yang sudah menyenget ke tepi. Tangan segera memulas tombol pintu . Tiga wajah kelihatan di hadapan mata mereka. Tiga pasang mata terus menjurus ke cik house keeping yang berdiri di tepinya .
            “Errr … mommy , daddy …what are you doing here?” Tanya Encik sut hitam itu . Aina memandang sekilas pada mamat itu . Mommy? Daddy?
            “What is going on?” Tanya si daddy . Mata yang terlindung dengan cermin mata memandang dia dan cik house keeping . Mata dia dan mata cik house keeping bertatapan seketika . Tak faham soalan daddy . There’s nothing goin’ on between me and this girl . Trust me!
            “ Apa you buat kat dalam bilik tunang I? Sayang , who is she?” Tanya Cik tunang pula. Muka sudah macam nak terkam cik house keeping di sebelahnya .
            Tunang? Aina pandang mamat sut hitam itu sekali lagi . Bila dah kena tanya mulalah masing-masing nak menjelaskan kedudukan sebenar . Hingga tak berbutir dan tak tahu mana yang betul . Terus si mommy mendekati cik house keeping .
            “ Siapa nama kamu ya?” Tanya si mommy pelat melayu. Bibirnya yang berwarna merah jambu terukir senyuman . Hailaa , sejuk hati Aina melihat senyuman itu .
            “Aina , puan ..” Katanya perlahan dan menunduk hormat . Tentulah . Kalau mamat kat sebelah ni bos dia . Dah tentu-tentu mommy and daddy ni orang paling atas kat dalam hotel ni .
            “Sayang , mommy rasa kamu perlu bertanggung jawab!” Ucap si mommy sambil tersenyum pada anak bujangnya yang sudah pandang dia tak berkelip .
            “Apa?!” Empat nada yang berlainan serentak bersuara . Aina sudah seakan berbisik . Si mamat sut hitam dan cik tunang pula sudah bernada terkejut macam tercekik tulang ikan .
            “Puan , saya rasa puan dah salah faham ni . Sa .. saya tak kenal encik ni tadi .. Saya sebenarnya tak ..” Aina jadi gugup tiba-tiba . Nak jelaskan pun ayat-ayatnya sudah tidak tentu arah .. tak tersusun kosa kata .
            “Kalau you tak kenal dia , macam mana you boleh ada dalam bilik Issac ni? You nak menggatal dengan tunang I ya? Nak dapat duit senang ? Jual diri you?” Tuduh perempuan rambut perang-panjang bergulung dan berseluar panjang bunga-bunga warna pink pekat dan blaus jarang yang boleh tembus kat dalam tu .. Aina yang perempuan ni pun malu nak tengok sebab boleh nampak bra dia yang berwarna pink juga! Oh mai …
            Minah ni memang tak sayang mulut agaknya . Suka-suka nak tuduh dia jual diri kat lelaki sut hitam itu . Sabar Aina … sabar … istigafar .. istighafar …
            “ Mana ada , cik . Cik ni buta ke atau rabun? Tak nampak ke uniform yang tersarung di tubuh saya yang kecik-molek ni?” Tanya Aina , sengaja cakap macam tu kat perempuan melayu-konon-nak –jadi-minah saleh itu . Mata itu pun dah warna biru dah . Huh…
            Aina bagi senyum sinis. Cik tunang encik sut hitam itu sudah  mencebik-cebikkan bibir merahnya . Suka-suka aje minah tu nak tuduh dia menggatal dengan mamat sut hitam ni? Aina sudah menjeling pada lelaki yang masih berdiri di sebelahnya . Wangi . Dia tunduk pandang diri sendiri dan cuba bau badan dia . Nasib baik tak hapak!
            Si mommy terus menarik lengan Aina masuk ke dalam bilik anak bujangnya semula . Kalau di layan bertekak dengan Si Ramona ini sampai bila pun masalah ini tak akan selesai . Yang lain turut sama masuk ke bilik juga . Masing-masing memikirkan apa tujuan si mommy ajak cik house keeping masuk semula ke bilik itu . Nak bagi ceramah?
            Mata mommy dan daddy sudah memandang pada katil yang berselerak . Dia sudah memandang si anak bujang yang sudah terjongket kening memandangnya kembali . Mata dah bagi isyarat , it-is-not-what-you-think! kat mommy. Tapi mommy boleh senyum saja .
            “You dah curang pada I , baby !” Jerit cik tunangnya pula . Issac sudah menjeling mata ke atas dan bercekak pinggang . Dahi sudah di gosok-gosok . Mata terus menikam tajam pada cik house keeping yang juga sudah memandang dia dengan rasa bersalah .
            “Ini semua salah faham , okay . Daddy , you know I will never do that to this girl. Look at her . Do you think I want to sleep with her?” Tangan dia lurus menunjukkan Aina . Ya, tengoklah diri kau Aina . Dia tengok pun tak ada selera . Badan kau pun tak wangi. Bau peluh adalah! Aina sudah mencebik . Hek eleh .. macamlah aku hendak sangat tidur dengan dia . Kita nikah baru kau tahu kau nak aku atau tidak . Huh! Erk , mulut… Aina sudah menekup mulutnya sendiri .
            “Daddy rasa , kita dengar penjelasan budak ni dulu.” Kata si daddy pula . Laju Aina mengangguk bersetuju dengan pendapat lelaki tua itu . Tapi si mommy pula menggeleng .
            “Dia pasti tak mahu mengaku yang dia ada hubungan dengan Issac Daniel ni, sayang . “ Balas si mommy pula, masih tersenyum lagi .
            “Puan , saya memang tak kenal dengan dia ni . Demi Allah! Baru kejab tadi dia cakap dia boss saya … Saya ada masalah tadi … Ada orang gila kejar saya … Lepas tu , saya masuk ke sini … nak menyorok ..”
            “Menyorok?” Tanya si mommy , memandang si daddy .
            “Hiding ,sayang!” Balas si daddy . Si mommy mengangguk tanda faham .
            “You ni sengajakan? Sengaja nak goda tunang I !” Cik tunang si Issac namanya aka mamat sut hitam itu sudah melantun suara . Aina sudah mengetap gigi . Nak aje dia cuci mulut perempuan itu dengan Clorox rendam cadar itu …
            “ Cik Aina , dear … Walau apapun alasan awak , awak tidak sepatutnya berada di dalam bilik seorang lelaki …” Kata si mommy , lembut saja . Air muka perempuan macam mat saleh itu juga tenang saja . Tudung di kepalanya nampak kemas dan cantik .
            Hailah , mommy ni . Kalau dia tahu bilik ini bilik lelaki , tidaklah dia suka-suka nak masuk. Bahaya! Nak saja dia cakap macam tu . Tapi itulah , muka buat bodoh-bodoh alang sajalah .
            “Saya minta maaf , puan ..” Aina sudah menunduk . Malas nak bercakap lagi .
            “ Call mommy …” Cik puan mommy sudah tersenyum . Aina panggung kepala dan mata terkebil-kebil memandang wajah mat saleh itu .
            “Sayang , you ni dah kenapa?” Suara daddy sudah kedengaran pelik . Memang pelik kalau isterinya secepat ini sukakan budak Aina ini . Isterinya ini selalu macam ni . Peramah sangat !
            “I like her. Dia mengingatkan saya pada seseorang …”
            Issac sudah memandang cik house keeping atas-bawah . “ Mummy , I don’t know her . She just pop up of nowhere… and you like her?” Tanya Issac , memandang cik house keeping itu atas-bawah .
            Aina sudah mencebik . Macamlah aku ni nak sangat satu bilik dengan kau ,kan?
            Mata kelabu Issac sudah pandang Aina yang buat muka kat dia . Itu mesti tengah kutuk dia dalam hatilah tu . sampai herot-berot mulut tu ..
            “ Apa namanya tadi ?” Tanya daddy .
            “Nur Aina Humaira , encik.” Jawab Aina , hormat .
            “Daddy saya Datuklah . Datuk Iskandar !” Kata mamat kerek  itu pula .
            “Maaf , Datuk!” Balas Aina , menjeling encik bos yang baru dia kenal itu .
            “ Awak baru bekerja kat sini?” Tanya Datuk Iskandar lagi . Aina mengangguk.
            “ Baru seminggu , Datuk… datin .. Cik … Saya memang tak tahu encik ini anak datuk , datin  dan tunang cik ..Saya pun tak tahu ini bilik encik bos ni … Saya kena kejar dengan bekas tunang saya tadi ..”
            “ You pun ada tunang?” Cik tunang si Issac itu pandang dia dan mencebik . Kenapa? Kau ingat aku tak laku ? Saham aku lagi tinggi tau! Bisik Aina dalam hati .
            “Bekas tunanglah! Lain kali kalau orang bercakap telinga tu pasang betul-betul . Lagi satu , jangan menyampuk bila orang lain sedang bercakap!” Aina sudah bercakap dari celah giginya . Lantaklah kalau minah tu nak sentap dengan dia . Ada dia kesah?
            Issac sudah sembunyi senyum melihat gelagat cik house keeping itu . Herot-berot bibir kecil itu mengata cik tunangnya yang sudah terpempan denagn ayat-ayat yang keluar dari mulut cik house keeping itu.
            “Mulut you ni memang tak tahu nak jagakan? You sedar tak dengan siapa you bercakap ni?” Tanya cik tunang mamat sut hitam itu sambil mencelang mata pada Aina .
            “Mulut saya . Pandailah saya jaga .” Balas Aina dengan muka bersahaja .
            “Baby ,you kan bos . Do something to her!” Cik tunang sudah menoleh memandang Issac Daniel dengan geram . Sedap mulut saja budak house keeping itu mengata dia !
            “Cik ..”
            “Aina . “Jawab Aina , masih bersahaja mukanya .
            “Saya rasa baik awak buat kerja awak  kalau tak mahu kena pecat . Awak boleh keluar .” Kata Si mamat sut hitam itu .
            Aina mengangguk . Pada encik bos itu dia senyum tak ikhlas mana . Tapi pada si mommy dan daddynya lebar betul senyuman itu .
            “Terima kasih , datuk .. datin . Maaf sebab saya dah melakukan yang tak sepatutnya .” Kemudian dia menoleh pada mamat sut hitam itu semula , tanpa senyuman .
            “Encik bos , saya minta maaf . Saya harap ia tak akan terjadi lagi .” Kata Aina , mula nak melangkah meninggalkan bilik itu .
            “Wait!” Panggil cik tunang bos itu . Aina menoleh . Muka perempuan itu macam masih tak puas hati nak melepaskan dia begitu saja .
            “You ingat you boleh keluar macam itu aje? Kemas katil tu!” Arahnya macam mak tiri Aina pula . Kening Aina sudah terangkat sebelah .
            “Satu perkara yang orang perempuan kena ingat selepas kahwin ialah mesti kena pandai kemas katil sendiri . Itu menunjukkan kasih-sayang pada suaminya . Itu bukan saya yang cakap. Tapi arwah emak saya yang cakap . Jadi , cik belajarlah kemas katil bakal suami cik ni ya . Selamat berkemas!” terus Aina belah dari situ . Malas nak berlama dan pandang muka-muka mereka . Meninggalkan yang lain dengan berbagai rasa di dalam hati .
            Berani! Itulah yang Issac Daniel fikirkan tentang cik house keeping itu . Si Ramona pula muka sudah merah padam sebab terkena bedilan ayat dari mulut cik house keeping yang memang tak ada insuran itu .
            Si mommy pula sudah ketawa gelihati .
            “I really like her.” kata si mommy. Daddy pula cuma menghela nafas sambil menggeleng kepala . Kalau ada sepuluh pekerja macam budak Aina Humaira itu memang tonggang-terbaliklah hotel ni.

4 comments: