Sunday, 24 May 2015

CIK HOUSE KEEPING , I LUV U

BAB 1
            “Zaman sekarang ni , Aina , nak cari kerja bukannya senang tau. Tu , kat luar tu , yang dah graduate  masih susah nak dapatkan pekerjaan . Bersyukurlah dengan apa yang kita dapat.” Kata Hanina , ketika sama-sama menolak troli barang yang sarat dengan barang-barang pencuci , baldi besar untuk meletak cadar , selimut dan sarung bantal kotor .
            “Macam kita yang SPM pun cukup-cukup makan , tak bolehlah nak memilih sangat kerja ni . Lagipun , kerja kita ni bukannya kotor . Yalah , cuci tandas dan bersihkan bilik tu memanglah nampak kotor . Tapi lagi baik daripada menjual diri .” Kata Hanina lagi . Aina mengangguk saja sejak tadi .
            Selama seminggu dia bekerja di hotel terkemuka ini , macam-macam kerenah pelanggan dia dah jumpa dan terpaksa menutup mata saja bila terserempak dengan lelaki tua gatal berkepit dengan perempuan muda yang pakaiannya kalau orang perempuan tengok pun naik malu sebab tak segan-segan nak tunjuk aset sendiri . Mungkin cara itu lagi mudah untuk mencari duit . Dengan menjual diri . Mungkin juga ada kisah sebaliknya kenapa mereka memilih jalan hidup begitu . Aina tidak mahu menjatuhkan hokum pada orang-orang macam ni sebab kata arwah atok, setiap yang terjadi pasti ada sebab dan alasannya . Jangan pandang serong pada orang yang melakukannya . Dia yang melalui hidupnya begitu dan tiada siapa yang boleh membantu kecuali diri sendiri . Terletak pada hati dan niat saja samada mahu meneruskan hidup begitu atau sebaliknya .
            “Eh , abang Radzi kau apa khabar? Bila korang nak kahwin?” Tanya Hanina , mengeluarkan vakum dari troli . Aina pula mula mengemaskan katil yang berselerak . Cadar dan selimut serta sarung bantal di buka dan di sumbatkan ke dalam bakul untuk cadar kotor . Aina tersenyum saja bila nama encik tunang di sebut . Hampir setahun juga mereka bertunang . Suka sama suka . Nenek dan emak tirinya pula tidak cakap apa-apa. Walaupun dia tahu emak Radzi tidak berkenankan dia tapi sebab Radzi itu anak kesayangannya , di ikutkan juga kehendak Radzi .
            Aina cuma berharap Makcik Senah itu akan sukakan dia bila dia dah jadi menantu nanti. Radzi pun sedang nak kumpul duit sebab nak kahwin dengan dia . Tunangnya sudah ke KL untuk bekerja . Dengarnya menjadi PA di sebuah syarikat besar . Baguslah . Aina berharap mereka akan segera berkahwin sebab dia sudah malas nak tengok muka mak tiri dia yang asyik minta duit saja dari dia . Manalah dia nak cekau duit kalau tiap kali mintanya sampai dua-tiga ratus? Gajinya sebagai pembersih hotel atau house keeping ni bukannya besar . Nasib baik duduk menyewa sekali dengan Hanina . Boleh juga tumpang semangkuk nasi dan bumbung untuk berteduh . Kongsi duit sama-sama bayar sewa rumah .
             “Entahlah , Nina . Dia cakap dia tengah kumpul duit sebab nak kahwin . Sekarang ni barang semua mahal . Sekurang-kurangnya , ada sepuluh-dua puluh  ringgit baru boleh kahwin . Itu pun setakat nikah dan jemput orang makan aje . Kalau nak bersanding? Nak tempah pelamin lagi , khemah lagi , baju pengantin lagi …mak andam lagi …” Aina sudah membebel. Hanina cuma ketawa saja dan mengangguk-angguk membenarkan kata-kata kawannya itu . Nak kahwin pun susah . Lagi susah bila pasangan tak mahu bertolak-ansur . Kalau yang jenis nak barangan branded? Mahu botak kepala!
            “Lepas ni kita nak buat kat bilik mana pulak , Nina?” Tanya Aina , usai mencuci bilik air. Walaupun tak kotor sangat tapi Kak Zah kata , cuci aje . Faktor Hygene !
            “Kat bilik nombor 432 .  Dekat tingkat sini jugak . Kau ikut aje aku . Lepas tu , kita rehat kejab . Kita makan dulu .” Kata Hanina lagi . Aina mengangguk . Dia okay saja . Kerja yang dia buat ni pun senang . Cuma penat jugalah bila dalam satu hari ada sepuluh bilik nak kena kemas. Lagi pula bila bilik Deluxe di perlukan secepat mungkin . Memang kena kemaskanlah .
            Usai mengemaskan bilik itu , Aina ikut Hanina keluar . Bunyi troli yang di tolak memang bising . Maklumlah banyak barang kat dalam tu . Pintu bilik di ketuk terlebih dahulu . Takut kalau-kalau masih ada penginap hotel yang belum keluar lagi .
            “House keeping!” Teriak Hanina sambil mengetuk pintu bilik . Aina dan Hanina terkejut bila ada orang yang membuka pintu . Dan , yang paling Aina terkejut wajah lelaki yang membuka pintu bilik itu . Bulat matanya memandang wajah Radzi , tunangnya itu .
            “Abang Radzi!” Panggilnya dengan rasa gembira . Terus jadi terang biji mata Radzi bila namanya di panggil . Berubah riak wajahnya bila terpandangkan Aina dan Hanina berada di hadapannya kini . Segera pintu bilik hotel itu di tutup sedikit .

            “ Abang buat apa kat sini? Abang ada kerja ke kat sini?” Tanya Aina memandangnya . Radzi nampak gelisah dan gugup tiba-tiba bila berhadapan dengan cik tunang . Sungguh dia tak menyangka Aina bekerja sebagai house keeping di hotel ini .
            “Haah ..errr …Aina buat apa kat sini pulak?” Dia pula bertanya walaupun dari pandangan matanya Aina sedang menjalankan tugas .
            “Aina jadi house keeping kat hotel ni . Kan hari tu Aina dah beritahu abang!” Kata Aina lagi . Radzi menggaru-garu kepalanya . Aina merenung tubuh encik tunang yang hanya berseluar pendek dan bersinglet saja itu .
            “Maaf , Radzi . Kami ingatkan tadi bilik ni kosong . Kami nak ke –“
            “Siapa tu , baby? “ Tanya satu suara perempuan dari dalam bilik . Berderau darah Aina bila mendengarkan suara seorang perempuan yang bersama dengan tunangnya itu . Mata dia terus tak berkelip merenung tajam pada Radzi . Radzi sudah menelan liur bila melihat perubahan pada wajah Aina . Aina terus menolak pintu yang di buka sedikit itu dan Radzi tertolak ke tepi .
            Mata Aina terpandangkan seorang perempuan muda yang sedang membalut tubuhnya dengan selimut dan sedang turun dari katil . Dia tersenyum pahit dan matanya tiba-tiba terasa hangat bila memandang encik tunang semula yang sudah nampak serba-salah .
            “Aina …” Itu saja termampu dia ucapkan waktu itu . Hati Aina sudah retak seribu . Hanina pula sudah tak terkata apa-apa . Sungguh dia tidak menyangka Radzi tergamak buat begitu pada Aina .
            “Aina , tolong dengar penjelasan abang …” Radzi mula mencari kata-kata . Aina sudah menggeleng .
            “ Tak apalah , bang . Cara abang ni saja sudah menjelaskan segalanya .” Aina terus pergi dari situ . Tapi tak sempat nak melangkah tangan dia sudah di tarik dari belakang .
            “Aina , please .. Abang boleh jelaskan kenapa abang buat ini semua!” Kata Radzi bagai terdesak . Aina sudah menangis . Air mata di kesat kasar.
            “Nak jelaskan apa lagi?” Jerit Aina geram . “Depan mata Aina abang curang . Abang tidur dengan perempuan lain! Sepatutnya Aina kat tempat dia tu!” Aina sudah memukul-mukul dada Radzi itu dengan geram . Radzi hanya membiarkan saja .
            “Aina .. Aina dengar sini , sayang . Abang masih sayangkan Aina!” Ucap Radzi lagi , cuba memujuk cik tunang yang sudah macam tak boleh nak berfikir itu .
            Aina terus menarik cincin pertunangan yang Radzi berikan dulu dari jari manisnya . Lalu di campakkan ke dada Radzi . Berubah pucat wajah Radzi bila melihat cincin itu sudah di tanggalkan dari jari Aina .
            “Kita putus tunang!” Kata Aina dengan lantang . Dia sudah tak kisah di mana dia berada dan pada orang –orang yang lalu di situ . Dahi Radzi sudah berkerut . Tak mungkin!
            Aina sudah mahu melangkah pergi . Tapi Radzi tidak boleh menerima keputusan itu . Tangan Aina di tarik kembali dan menolak tubuh kecil itu ke dinding . Tubuh dia terus menghimpit tubuh Aina . Kedua-dua pipi Aina di pegang kuat .
            “ Aina… Aina …Jangan macam ni .. Abang minta maaf ..Bukan abang sengaja nak buat macam tu .. Abang ada sebab kenapa abang buat macam tu ..”
            “Tak sengaja ? Abang tidur dengan perempuan tu .. abang cakap tak sengaja? Abang cakap apa ni?” Aina sudah menolak-nolak dada Radzi dan cuba nak melepaskan diri . Bau nafas Radzi juga busuk , macam bau arak atau apa .
            “ Aina , tolong jangan buat macam ni ..Jangan putuskan pertunangan kita , sayang . Abang sayangkan Aina … abang ..”
            Aina sekuat tenaganya menolak tubuh sasa Radzi darinya dan terus melarikan diri . Radzi terus mengejarnya . Hatinya kuat mengatakan ini semua hanya mimpi ngeri . Aina tak mungkin akan meninggalkannya .
            Aina berlari laju mencari tangga . Bila di toleh ke belakang , Radzi masih lagi mengejarnya . Satu demi satu bilik di cuba buka . Manalah tahu ada bilik yang kosong untuk dia menyembunyikan diri dari lelaki itu . Puas satu demi satu bilik di buka dan satu bilik yang terrenggang itu segera dia masuk dan pintu di tutup rapat. Telinga di dekatkan ke daun pintu untuk mendengar apa-apa bunyi dan pergerakan . Sunyi . Telinganya tak mendengar apa-apa bunyi . Rasanya Radzi sudah pergi jauh . Air mata segera di kesat .
            Kemudian dia baru tersedar di mana dia berada . Entah bilik siapalah yang dia masuk . Bila dia berpaling ada satu lembaga berpakaian serba hitam sedang berdiri tegak merenungnya . Apalagi , dia terus menjerit nyaring .
            “ Yang awak menjerit tu , kenapa?” Jerkah suara garau itu dengan kuat seraya melepaskan tangannya dari menekup kedua-dua telinganya bila gadis di hadapannya itu menjerit bukan main nyaring lagi macam ternampak hantu .
            “Awak yang masuk dalam bilik saya . Sepatutnya saya yang terkejut!” Kata lelaki bersut hitam itu . Nasib baik tak pekak telinganya .
            Tadi dia sudah nak keluar dan dah buka pintu pun , tapi telefon bimbitnya pula yang tertinggal di atas meja kopi . Jadi dia berpatah balik ke situ dan bila dia berpusing dia ternampak gadis ini terus masuk ke dalam biliknya dan menutup pintu . Ralit juga dia melihat gerak-geri gadis itu tadi . Apa tujuannya , dia tidak dapat nak menebaknya.
            “Awaklah yang buat saya terkejut . Dahlah pakai baju serba hitam . Ingat lembaga hitam manalah!” Balas Aina . Tidak mahu mengalah , walaupun dia tahu dia bersalah sebab masuk ke bilik itu tanpa izin . Mana dia tahu bilik itu ada penghuni .
            Ini semua si Radzi itu punya pasal . Kalau lelaki itu tak mengejar dia , taklah dia masuk menyorok dalam bilik mamat pakaian serba hitam ini . Nasib baik kulit tu cerah sedikit …
            “Wait , awak ni budak house keeping ke?” Tanya lelaki bersut hitam itu .
            Errr …
            “Kalau saya budak house keeping , kenapa?” Tanya Aina , buat-buat berani .
            “Bagus . Tak payah saya nak call  Kak Zah suruh dia panggilkan budak-budak house keeping kemaskan bilik saya . Awak dah ada ni , so kemaskan bilik saya ni!” Arah lelaki bersut hitam itu . Aina sudah terkebil-kebil memandangnya .
            “Errr … Saya masuk sini bukan sengaja . Saya ada kerja lain kat tingkat bawah. Nanti awak call  Kak Zahlah!” Dia sudah melangkah ke pintu semula. Ingat nak keluar dari sini saja . Harap-harap si Radzi itu sudah pergi dan tak berjumpa dia lagi .
            “ Awak nak ke mana pulak tu?” Tanya lelaki bersut hitam itu .

            “Nak keluarlah!” Jawab Aina pula bersahaja . Lelaki itu perlahan melangkah mendekatinya . Kenapa dia rasa bulu romanya meremang semacam bila melihat renungan tajam lelaki bersut hitam itu?

2 comments: