Wednesday, 20 May 2015

KAU SELALU ADA BAB 10

BAB 10
            Aku tak sangka Cik Shila datang ke rumah dan yang paling aku tak sangka Encik Ammar yang bawa dia ke mari . Dia memandangku atas-bawah macam pandangan mengejek . Aku buat muka bersahaja juga pandang dia . Apa hal ? Dah kau reject Encik Ammar dulu , ni nak ambil balik ke ?
            “ So this is your wife , Ammar darling?” Dia bertanya walaupun dah tahu . Nak kena simbah kopi lagi ke perempuan ni ?
            “Leave her alone , Shila . We got a lot of things to do . Iman sayang , please buatkan kami air ya ..” Arah Encik Ammar sebelum berlalu ke bilik kerjanya . Shila hanya menjeling dan mengekori Encik Ammar dari belakang . Pintu bilik kerja di tutup , macam sengaja .
            Kalau aku tak terasa memang bodohlah . Isteri mana yang tak rasa pelik bila kerja pejabat pun di bawa ke rumah dan paling teruk si Shila itu pun di bawa datang ke rumah! Aku menggeleng kepala . Hai , bersangka baik sajalah , Iman Suffiyah . Encik Ammar bukan playboy!
            Aku buatkan dua gelas air jus oren seperti yang di pinta oleh Encik Ammar dan segera membawa talam itu ke bilik kerjanya . Pintu bilik yang tertutup rapat aku buka dan terpegun beberapa ketika bila mata ini melihat Encik Ammar sedang berpelukan dengan Shila . Terus berubah wajah Encik Ammar . Aku yang masih terkejut itu meletakkan talam minuman atas meja kopi , diam tidak bersuara . Tak mampu . Tekak sudah tersengkang sesuatu .
            “ Iman …” Suara Encik Ammar seakan bergetar .
            Aku terus keluar bilik , capai beg galas aku yang penuh dengan buku dan terus melangkah keluar . Pintu lif aku tekan dan bila terbuka aku terus masuk .
            “ Sayang ! Iman Suffiyah !” Dia memanggil namaku berapa kali pun , aku sudah tidak berpaling . Air mata sudah mencurah-curah turun ke pipi . Aku kesat kasar . Kenapa mesti menangis , Iman ? Entah kenapa hati terasa bagai di hiris-hiris dengan belati yang tajam . Encik Ammar masih sayangkan Shila itu . Aku terus menangis dan menahan sebuah teksi .
            Entah berapa kali telefon bimbitku berdering pun aku sudah tidak tahu . Pakcik teksi sudah jeling aku . Mungkin bingit agaknya . Terus aku tukar silence mode . Cuma bergetar saja .
            Aku tahu itu dari Encik Ammar . Tapi biarlah . Hati aku sudah patah seribu . Aku ingat dia tak macam lelaki lain . Tak sangka dia sanggup buat begitu padaku . Baru kahwin sebulan dia dah buat aku macam ni .
            Teksi berhenti di hadapan rumah sewa aku . Di sini , si dia tu tidak akan jumpa aku . Dia bukan tahu rumah sewa aku ni . Terus aku membayar tambang dan keluar dari teksi . Aku terus buka pintu . Kosong . Semua tak ada di rumah . Ada yang bekerja dan pergi kelas . Rumah sewa ini aku dan tiga orang lagi duduk menyewa . Kawan aku , Aida tahu aku sudah berkahwin dan dia tak kisah kalau aku nak balik ke sini .
            Sunyi . Bagus juga . Aku mahu bersendiri buat masa ini . Terus aku masuk bilik lamaku dan terus tuju ke katil dan baring . Bayangan Encik Ammar berpelukan dengan Shila bermain di ruang minda . Aku pejam mata rapat-rapat .
                             Iman , awak kt mana?
                           It’s not what u think , sayang… awk dh slh fhm ..
                         Awak kt mana , sy dtng ambil awk ya ..
            Semua mesej-mesej itu , aku baca saja . Tapi aku tak balas . Biarlah dulu . Hati masih sakit dan tak boleh nak lupakan dalam satu malam!
            Aku sedang cuba memikirkan kenapa aku jadi macam ni? Aku terasa sakit bila ada perempuan lain bersama dia . Apa , aku sudah sayang kat dia ke? Kalau sayang , salah ke? Dia suami aku . Masalahnya perempuan bernama Shila itu. Yang akan sentiasa mengganggu rumah tangga kami nanti .
            Aku duduk di tepi tingkap sambil merenung hujan turun dengan lebatnya di luar . Sudah dua hari aku kat rumah ni . Mesej Encik Ammar juga sudah tak mengganggu aku . Tenang sikit perasaanku .
            Pintu bilikku di ketuk perlahan , di ikuti dengan bukaan pintu . Aku menoleh . Wajah Aida terjonggol di pintu .
            “ Jom makan . Aku masak nasi ayam hari ni .” Kata Aida , bagai memancing seleraku sebab aku memang suka makan nasi ayam yang dia masak . Nanti aku ingat nak minta dia resepi itu dan praktikkan di rumah Encik Ammar . Aku menghela nafas bila teringatkan nama itu .
            “Sudahlah tu , Iman . Kau mengeluh sana-sini pun , tak guna jugak . Perkara dah berlaku. Aku sebenarnya memang malas nak cakap benda ni . Tapi , kau masih isteri orang . Tak baik tau keluar rumah macam ni tanpa izin suami . Satu lagi , sampai bila kau nak duduk sini? Merajuk ? Buatnya perempuan itu ambil kesempatan macam ni , kau yang gigit jari .” Kata Aida lagi .
            “ Dah dulu dia orang memang couple , Aida . Aku mana tahu kalau dalam hati Encik Ammar tu masih ada rasa sayang pada ex gf   dia tu . Itu yang berpeluk sakan tu , melepaskan rindu-dendam !” Balasku , geram . Hati berdongkol saja bila teringat balik . Aku lihat Aida tersenyum .
            “ Okaylah . Dah , jom makan . Awin dengan Rose tu dah lama tunggu kat luat . Kang mati kebuluran pulak anak orang .” Kata Aida lagi , menarik lengan aku . Kami melangkah keluar .
            “ Hah , baru nampak muka pengantin ni !” Sergah Awin yang duduk di meja makan . Aku senyum dan menarik kerusi . Aida duduk di sebelah aku . Rose yang tak banyak cakap itu hanya senyum saja .
            “ Bila tengok Iman ni kan. Aku takut nak kahwin! Lagi-lagi bila lelaki tu ada ex … Adoii, tak sanggup aku nak terima . Apa yang kau buat ni , Iman . Aku sokong . Bagi suami kau tu sedar sikit dia tu dah jadi laki orang !” Awin tepuk bahu aku . Kemudian kami berhigh five!
            Aida hanya menggeleng saja . Memandangkan dia lebih tua dari kita orang , jadi lagak dia macam kakak-kakak dalam rumah ni .
            “ Awin , bagi nasihat sikit kat Iman tu . Bukan kau sokong apa yang dia buat . Dia pun kena ingat , dia tu isteri orang . Bukan anak dara lagi !” Kata Aida pula .
            Awin tersengih . Aku diam . Mata memandang kosong pada hidangan di depan . Selera terus tertutup . Apa yang Encik Ammar makan agaknya kat rumah tu ? Ah , kenapa asyik ingat kat dia aje ni ?
            “Apa pandang lagi , Iman ? Makanlah .” Tegur Aida , mengejutkan lamunanku .
            “ Mesti dia ingat kat laki dialah tu ..” Kata Awin pula sambil tangan lincah ceduk nasi dan capai seketul ayam goreng . Lapar sangatlah tu .
            Aku tidak membalas . Cuma tersenyum hambar . Aida ambil seketul ayam dan di letakkan ke dalam pinggan aku . Mulut dia bergerak tanpa bunyi , “Makan!”
            Telefonku bergetar lagi di dalam poket seluar jeanku . Aku bangun dan menarik keluar . Dari Encik Ammar lagi . Aku masukkan semula ke dalam poket . Semua mata sedang memandangku .
            “ Jangan merajuk lama sangat , Iman . Nanti , dia give up nak pujuk lagi , baru padan muka kau!” Kata Aida , menjeling aku . Macam bagi aku satu amaran saja .
            “ Aku tak suruh dia pujuk aku pun . Selama ni , aku memang sendiri . Marah ke .. kecewa ke atau sakit hati dengan keluarga aku , aku pujuk diri sendiri . Tak ada sesiapa pun nak pujuk . Jadi aku dah biasa macam ni .” Balas aku , selamba . Mereka terdiam bila suara aku sudah naik sedikit . Sebenarnya otak aku serabut . Aku lebih suka membiarkan saja masalah itu . Aku mahu bertenang dan berfikir . Bukan di perli atau di suruh . Aku tahu aku isteri Encik Ammar . Apa yang aku inginkan sekarang adalah untuk menenangkan perasaan .
            “Sorry , aku tak nak makan . Korang makanlah dulu . .” Aku bangun dan terus masuk bilik . Aku keluarkan telefon bimbitku dan tengok mesej yang Encik Ammar hantar tadi .
                      Saya ke Penang . Ada kerja di sana. Lps balik nanti sy ambil awak !-AH
            Aku menarik dan menghembuskan nafas  perlahan . Mungkin ini cara terbaik . Berjauhan untuk seketika . Aku malas nak fikir apa-apa . Agaknya , semua pasangan yang sudah berumah tangga akan alami perkara macam ni . Bergaduh , bertekak dan berjauhan . Cuma , rasanya aku dan Encik Ammar mungkin pasangan paling awal bergaduh kut …
            Aku ke kolej macam biasa . Aida hantar aku sebelum dia ke tempat kerjanya . Waktu berada di kolej aku mahu melupakan hal rumah tangga aku . Tugas sebagai pelajar ni bukan senang juga . Ini untuk masa depan aku . Walaupun aku sudah berkahwin , aku juga mahukan diploma atau degree untuk diri sendiri . Masa depan kita tak tahu .
            “ Iman !!” Panggil satu suara yang kuat di belakang aku . Aku yang sibuk memasukkan kertas nota dan buku , berpaling terkejut . Firman , kawan sekelas aku berlari mendapatkan aku .
            Sampai depan aku dia menundukkan badan . Kedua-dua tangannya mencengkam kepala lutut . Mencungap dia .
            “ Ada apa ni , Firman ?” Tanya aku , terus zip beg galas aku .
            “ There is a guy wants to see you , Iman ..” Katanya , tersekat-sekat . Dia berdiri tegak dan bercekak pinggang . Mata dia meneliti wajah aku . “ Dia cakap dia suami kau . Bila kau kahwin , Iman ?”
            “ Dia kat mana?” Aku tanya soalan lain pula . Bagi aku , tak perlulah aku jawab soalan Firman Hadif itu . Sampai ke sini Encik Ammar tu cari aku ?
            “ Dia cakap dia tunggu kau kat kafe sebelah parking .Okay , aku belah dulu .” Firman terus berlalu tergesa-gesa . Jadi pelajar kolej juga macam ni . Masa terlalu penting untuk kami. Lambat masuk kelas markah potong! Aku tengok jam di tangan . Ada masa lagi . Entah kenapa jantung ini berdebar saja ketika kaki aku atur ke kafeteria di mana Encik Ammar menunggu . Bila dia balik dari Penang pun aku tak pasti . Tapi rasanya , baru semalam dia beritahu aku dia ke sana .
            Aku melangkah masuk ke kafe dan nun di hujung sana aku nampak dia sedang mengacau secawan kopi . Aku tahu sebab dia memang gemarkan kopi . Beberapa pasang mata dan kepala memandang dia . Aura Encik Ammar memang sangat kuat . Lihatlah tu , ada beberapa mata  pelajar-pelajar perempuan yang memandang sambil tersenyum . Aku menghembus nafas dan melangkah pantas ke arah dia . Dia mendongak dan tiada senyuman di bibir macam selalu . Mesti dia marah aku sebab aku keluar rumah dan tinggalkan dia empat hari itu .
            Aku letak beg di kerusi sebelah dan duduk menghadap dia . Dia mengangkat cawan kopinya dan tenang-tenang saja memandangku .
            “Aren’t you happy to see me , Iman sayang ?” Tanya dia dengan pandangan sinis . Mesti dia sedang tersenyum dalam hati sebab dapat menjejaki aku sampai ke sini .
            “ Encik Ammar nak apa sebenarnya ?” Tanyaku , bersahaja sambil berpeluk tubuh memandang dia . Dia menghirup perlahan kopi dia dan meletakkan kembali cawan itu ke bawah.
            “ Nak bawa isteri saya baliklah . Apa lagi ? Saya beri awak empat hari untuk bertenang dan berfikir . Mesej .. call .. awak langsung tak angkat atau balas . Apa lagi saya nak buat ? Datang sinilah !” Katanya , cuba mengawal percakapan . Muka dia nampak tegang . Kami saling berpandangan . Bila teringatkan apa dia buat dengan Shila dalam bilik itu , hati aku semakin sakit . Aku tak bercakap apa. Cuma buat muka ‘beku’ saja .


                                                                 







4 comments: