BAB
8
Kata
Encik Ammar , “ Tak kenal maka tak cinta . Tapi kalau sudah hidup berdua ,
kalau belum ada lagi rasa cinta , rasa suka itu pun dah okay dah .”
Ya
, aku memang tak kenal dia dulu . Dulu , masa baru menikahi dia , aku ingatkan
dia seorang perfectionist dan ‘beku’
orangnya . Tapi jauh sungguh anggapanku itu . Terlalu jauh . Ya, dia memang
baik melayani aku . Tak pernah tinggi suara dengan aku dan mulut dia kuat
mengomen ! Ada saja apa yang aku buat , dia nak komen .
“
Iman sayang , ni kopi ke air masak ?” komen dia di pagi hari .
“
Kopi .” Jawabku , telus saja .
“
Kenapa saya rasa tawar dan rasa kopi tu tak ada ?” Dia tanya aku balik . Aku
diam , cuma pandang aje muka dia . Dia suruh aku buat lain . Aku buat kopi yang
lain pula untuk dia . Semakin berkerut pula muka dia .
“
Iman , pahitnya! Awak tak rasa dulu ke bila awak buat kopi ?” Dia tanya aku
lagi .
“
Tak , sebab saya tak minum kopi!” Balasku selamba . Dia mengeluh .
“
Iman , awak nak jadi isteri yang baik dan di sayangi suami , kan? Nak dapat
pahala ni senang aje , sayang . Awak kena fikikan saya dulu sebelum awak nak
buat sesuatu . Contohnya , air kopi ni . Kalau awak sayang saya , awak akan
fikirkan perasaan saya . Apa saya rasa bila minum kopi pekat dan kelat macam ni
? Melekat kat tekak saya ni . Tawar pulak tu . Jadi , awak kena rasa dulu demi
kasih-sayang awak tu . Faham , Iman ?” Dia mendekat dan terus kucup dahi aku .
Aku
cuma garu kepala tak gatal , kena tazkirah oleh ustaz Ammar Hafiz di pagi hari
. Tak sangkakan? Tapi itulah perangai Encik Ammar sejak aku bergelar isteri dia
dua minggu lalu .
“
Habis , awak ada fikirkan tentang saya ? Apa saya suka dan apa yang saya tak
suka?” Tanyaku pula . Dia berpaling dan tersenyum memandangku .
“
Ada . Tapi saya tahu , apa yang saya suka, awak pun akan suka . Saya suka awak
peluk saya tiap-tiap malam .”
Aku
peluk dia ? Bukan dia yang selalu peluk aku ke ? Lepas tu cium aku ? Lepas tu
tangan tu rajin nak tolong bukakan baju aku ??
Tiba-tiba
aku rasa muka aku panas semacam . Encik Ammar sudah pandang aku sambil
tersenyum senget dengan renungan ‘jahat’
dia .
“
Apa yang awak fikirkan tu , Iman sayang ?” Dia sudah ketawa halus . Tangan mula
mengelus pipiku . Terus aku tolak tangan dia
dan melangkah ke dapur . Gila! Memang aku dah gila gamaknya .
Hai
, sabar ajelah Iman . Suami tu . Aku ada juga mengadu dekat emak tentang
perangai kuat mengomen Encik Ammar itu . Tapi mak balas macam ni ,” Elok juga
dia suka membebel macam tu , Iman oii … bagi kamu tu sedar diri sikit . Belajar
masak mulai sekarang kalau tak nak laki kamu tu cari lain !”
Jadi
, selepas dia pergi ke pejabat , aku mula buka internet dan berkenalan dengan
pakcik google dengan lebih rapat lagi
. Selalunya , aku lebih suka pergi lawan web tentang artis , hiburan atau buat
projek untuk kerja sekolah aku . Sekarang , web masakan pulak jadi tumpuan aku
kini . Encik Ammar sudah pesan , “Hari ni abang nak makan ayam masak kurma .
Abang rasa itu paling senang kut .”
Ayam
masak kurma memang senang untuk orang yang pandai masak . Tapi pada aku yang
tak pandai masak ni , ia adalah satu penderaan mental . Setiap tajuk ayam kurma
aku tengok . Nak tengok yang paling senang dan mudah . Bila dapat apa yang aku
mahukan , aku terus tulis resepi . Okay Iman , kali ini buat elok-elok . Kalau
kau tak nak kena komen kaw-kaw dari
suami tersayang tu , kena buat yang terbaik . Masak ayam kurma ni , kalau di
masak dengan nasi minyak pun sedap juga . Aku terus tulis nasi minyak … dan ,
hah melambak resepi nasi minyak yang keluar dari dalam I pad yang Encik Ammar
hadiahkan untuk aku semalam . Katanya , ia akan memudahkan aku buat kerja dan
mencari maklumat . Seperti tadi , aku mencari resepi yang paling mudah dan
ringkas untuk the beginner macam aku
ni .
Masa
semakin hendak mendekat ke tengahari . Jadi aku perlu masak segera dan bila
Encik Ammar balik untuk makan , hidangan sudah tersedia atas meja . Sekarang ,
aku kena pandai menyusun masa . Antara rumah tangga dan kerja projek sekolah
aku . Nak buat macam mana . Dah nak kahwin masa aku masih di bangku kolej lagi
. Jadi Encik Ammar pun kenalah terima keadaan aku sebagai budak kolej . Aku
termanggu bila memikirkan lagi dua minggu juga cuti semesta aku akan habis .
Pastinya , masa aku akan lebih banyak di kolej daripada di rumah . Jadi bagaimana
nanti Encik Ammar ? Aku menghela nafas dan mula menyiapkan juadah untuk
tengahari nanti . Nasib baik ayam sudahpun Encik Ammar siangkan awal-awal lagi
. Sambil masak , sambil tengok resepi .
Encik
Ammar pulang ketika aku sedang bersilat di dapur . Dia ketawa saja melihat aku
berpeluh sambil masak dan melangkah menghampiriku . Tisyu di tarik dan segera
wajah aku di kesat . Kemudian baru pipi aku di cium .
“
Boleh buat ke ?” Dia bertanya sambil membantu aku mengacau kuah ayam kurma itu
. Aku pula sibuk memotong timun untuk di buat ulaman bersama daun salad yang
sudah aku susum atas pinggan leper .
“
Boleh . Saya tengok dalam google .”
Balasku , menyusun timun pula di atas salad , kemudian aku tuangkan sos tomato
di atasnya . Tadaaa … Sudah jadi ulaman paling mudah !
Dia
menghampiriku dan memeluk aku dari belakang . Terasa kekok pula bila dia mula
nak bermesra macam ni .
“
Tolong saya siapkan pinggan , boleh ?” Tanyaku , menoleh sedikit ke muka dia .
Dia mengangguk dan mencium rambutku sebelum mengambil dua biji pinggan lalu di
bawa ke meja makan . Aku segera menceduk lauk ayam kurma itu dan aku bawa ke
meja juga .Dia masuk semula dan keluarkan dua biji gelas dan sejug jus durian
belanda yang sudah aku bancuh .
Kami
duduk dan mengadap hidangan itu . Kali ini wajah dia nampak teruja dan senyuman
juga tak lekang di bibirnya .
“
Jangan senyum dulu , Encik Ammar . Awak kena rasa dulu masakan saya ni .”
Kataku . Dia mengangguk dan menceduk sedikit kuah itu dan di letakkan di atas
nasi lalu di gaul . Perlahan nasi itu di suap ke mulut dan kunyah . Muka dia
berkerut sedikit .
“
Nasi minyak ni masin sikit , sayang . Bila dah gaul dengan kuah kurma ni makin
masin pulak !” Komen dia , perlahan membuatkan aku terhenti mengunyah . Aku
juga berkerut dan terasa betul masinnya . Aku ketap bibir . Apa yang aku buat
sepanjang hari kat dapur ni hanya sia-sia . Hati tiba-tiba jadi sedih sebab apa
yang aku lakukan tidak menjadi . Penat aje yang aku dapat ! Terus aku bangun
meninggalkan meja dan keluar . Aku menangis perlahan sambil duduk peluk lutut .
Tak pernah aku malu dan kecewa macam ni . Dah ada suami pun , masih tak reti
nak masak lagi . Buat kopi , kopi jadi pahit . Masak asam pedas , jadi asam
rebuas !
Aku
terasa seseorang duduk di sebelah dan memeluk bahuku . Aku menundukkan saja
kepala di atas kepala lutut . Tak pandang muka dia . Aku pasti mesti sekarang
ni dia tengah ketawakan aku . Kalau tak dari mulut dia , mesti dalam hati dia
tu!
“
It’s okay , Iman . Janganlah menangis
macam awak dah gagal selamanya . Awakkan baru belajar masak . Lama-lama okaylah
nanti .” Pujuk Encik Ammar , lembut . Rambut yang menutupi wajahku , dia
selak dan mengucup pipiku lagi .
“
Sudah , jom makan . Nanti lapar pulak perut tu . Tak apalah . Masin sikit aje .
Saya tak akan kena darah tinggi kalau makan sekali aje . Tapi kalau hari-hari ,
baru boleh jadi …” Bisiknya di telingaku . Aku terus tolak dia dengan bahu aku
dan mengangkat muka pandang dia . Bibirnya sudah tersenyum sejemput .
“
Benda kecil macam ni pun nak menangis bagai . Nasib baik comel . Hailah , nak
buat macam mana , Ammar . Dapat isteri budak sekolah …” Dia bangun berdiri dan
menghulur tangan . Aku kesat air mata yang basah di pipi dan sambut tangan dia
untuk bangun .
“
Lain kali masak rasa dulu . Jangan terus letak garam banyak-banyak . Letak
sikit-sikit dulu . Faham , Iman sayang . Saya pun reti masak tau . Cuma malas
nak tunjuk skill kehebatan saya saja
.” Katanya sambil paut bahu aku dan buat muka kerek dia . Aku mencebik . Menyampah dengan ayat tak boleh blah
dia tu .
Kami
duduk semula dan makan . Dia ceduk seketul ayam lalu di letakkan dalam pinggan
aku .
“
Kuah ni nanti tambah sikit lagi air . Biar kurang masinnya . Jangan banyak
pulak awak letak air . Jadi cair pulak nanti , Iman sayang .” Katanya lagi .
Aku mengangguk . Dia mula menyuap nasi .
Dalam
pukul dua , dia kembali semula ke pejabat . Tinggallah aku sendirian di kondo
itu.Usai mengemas dapur dan mengemop lantai , aku mandi . Badan sudah berpeluh
masa memasak tadi dan mula menghabiskan masa aku dengan membuat kerja kolej
hinggalah ke petang .
Malam
, dia membantu aku mencuci pinggan-mangkuk di sinki lepas makan malam . Lauk
siang tadi juga . Tapi kuah kurma ayam aku dah tak masin macam siang tadi .
“
Malam ni malam Jumaat .” Itu ayat penyata dari Encik Ammar . Dia tidak
memandangku tapi bibirnya saja tersenyum menguntum . Kalau malam Jumaat dah
kenapa ? Dia ada pelan nak keluar ke ?
“
Encik Ammar nak keluar dengan Shila ke ?” Tanyaku , memandang dia . Dia sudah
berkerut sedikit .
“Nak
keluar dengan dia nak buat apa ? Bukan boleh sentuh dia pun . Tengok aje .
Lainlah dengan isteri saya ni ..” Dia tolak bahu aku dengan bahu dia . Aku
pandang dia . Pelik . Selama ni dia tak pernah tengok aku ? Sentuh aku ? Apa
kena-mengenanya dengan malam Jumaat ? Hish, tak faham aku dengan lelaki ini .
Tanpa
bicara lagi dari bibir dia , dia terus cucikan tangan aku dan tangan dia . Aku
sudah memandang dia , tak mengerti .
“
Encik Ammar , saya tak habis lagi cuci pinggan ni !” Bantahku . Tapi dia buat
muka kering saja dan ambil tuala kering lalu lap tangan aku dan tangan dia .
Kemudian terus di tarik tangan aku keluar dari dapur .
“
Kita nak ke mana ni , Encik Ammar ?” Tanyaku .
“
Masuk bilik …” Dia sudah senyum senget .
“
Tapi …”
Dia
terus tarik aku masuk bilik dan dudukkan aku di atas sofa menghadap tv .
“
Malam ni ada cerita P. Ramlee .. Musang berjanggut . Saya minat sangat dengan
pelakon lagenda tu …”
Apa
?? Memang betul-betul buang masa akulah !
“
Kalau awak nak tengok cerita tu , awak tengok ajelah sorang , Encik Ammar . Saya banyak kerja lagi ni . Dapur tu pun
saya tak lap lagi .”
“ Iman , awakkan isteri saya .
Takkan saya nak tengok cerita sorang-sorang
, ketawa pun sorang-sorang ?
Sebagai suami-isteri ni kenalah bertolak-ansur sikit . Tadi , saya teman awak
kat dapur . Ini , awaklah pulak temankan saya . Baru adil .” Katanya seraya
duduk di sebelahku .
“
Awak tahu tak setiap insan yang berumah tangga ni kena bertolak-ansur dan
saling memberi dan menerrima ?” Tanya dia kini , memandang aku tepat-tepat .
“ Tak tahu , sebab saya tak kahwin
lagi sebelum ni!” Jawabku , bersahaja . Dia sudah merenung tajam padaku .
“
Tapi sekarang awak dah menerimanya dari sayakan ?” Tanya si dia lagi . Bibir
itu sudah senyum senget . Mesti adalah tu dia nak cakap .
“
Terima apa ?” Tanyaku , polos saja . Tak faham apa maksud dia tu .
Dia
mendekati dan terus memeluk aku .
“ Terima dari saya tiap-tiap malam .
Awak tak ingat ?” Bisiknya ke telingaku . Hishh , dia ni kalau bercakap mesti nak
melencung ke lain !
Aku
terus tolak dia . “ Kalau saya tak nak terima , awak tetap nak memberi jugak ,
Encik Ammar!”
Dia
terus ketawa kuat . Aku terpegun beberapa ketika . Tak pernah aku lihat dia
seriang itu .
“You should , Iman . You should .. Itu
yang membuatkan hidup saya lengkap kini dan awaklah yang menyempurnakannya .”
Kata Encik Ammar lagi . Bibir masih tersenyum .
Dia
terus ambil remote tv dan duduk tegak
memandang skrin .
“Errr
… Encik Ammar ..” Panggilku kemudian .
“Hm
?” Sahutnya , tanpa menoleh padaku . Bibir asyik tersengih saja menonton kisah
Musang Berjanggut yang entah berapa kali main kat tv itu .
“
Minggu depan cuti semesta saya habis . Saya kena balik rumah sewa saya tu …”Kataku . Dia terdiam lantas memandngku tak berkelip .
Besttt nk lagi hihi
ReplyDelete