Baskin
Robbins??
Aku pandang Encik Fayed dan Encik Fayed juga pandang
aku sambil kenyit mata
kirinya padaku. Jadi, dia bawa aku ke sini sebab dia
nak makan ais krim? Aku
pandang dia yang sedang mendongak merenung menu yang
terpampang di
hadapan kami sambil bercekak pinggang .Lengan baju
kemejanya,sudah dia lipat
hingga hampir ke siku. Ternampak bulu romanya yang
keperangan. Dia nampak
santai saja.
“Okay, Nur…which flavor would you like to eat? Ada
perisa strawberry..chocolate
Mint..pun
ada ni…Semua nampak sedap..” Katanya ,tersenyum . Dua orang
pembantu yang berdiri di depan kaunter sedang
tersenyum pada kami. Bersabar
nak melayan
kami.
“Saya tengah nak pujuk awek saya ni…She seem so sad..” Katanya lagi, yang
membuatkan aku rasa sebal dan segan.
“Encik….” Ucapku, dengan suara perlahan.
“Kitakan couple.
Biasalah kalau boyfriend nak
pujuk girlfriend dia…”
Aku terus pukul bahu dia dengan penumbuk kecil aku. Dah
malu sangat dekat
pembantu kaunter yang sudah tersenyum lebar pada
kami. Hish,Encik Fayed ni…
Tapi bila aku sedar apa yang aku buat, aku terus
gigit bibir. Aku dah pukul bos
aku! Memang tak agak-agak. Boleh bertepuk-bertampar
dengan bos!
“Saya minta maaf,Encik Fayed…” Kataku, serba-salah. Dia
tersenyum saja.
Aku mengambil tempat di tepi cermin kaca dan pandang
ke luar. Boleh nampak
kereta-kereta yang bersimpang siur dari dalam
bangunan ni. Encik Fayed duduk
bertentangan dengan aku. Lama dia pandang wajah aku
yang hanya tunduk dan
pandang mangkuk ais krim itu.
“Makanlah. Nanti cair dah tak sedap.” Katanya, yang
sudah menceduk ais krim
coklatnya. Aku dengar dia mengeluh perlahan.
“I’m sorry,Nur..buat
awak sedih macam ni.” Kata Encik Fayed dan aku perasan
tidak ada ayat ‘cik’ tu lagi pada setiap panggilan
namaku. Dan,aku suka.
“Tak apa, Encik Fayed. Saya dah biasa..”Balasku, perlahan
juga.Dia menggeleng.
“Kalau tak sebab saya buat cerita pada Liyana
tu..hal ni tak akan terjadi. I don’t
know
what my brother say to you since you don’t want to share it with me..
Tapi,saya tahu mesti ada kata-kata dia yang
membuatkan awak sedih macam ni.
Saya betul-betul minta maaf..”Luahnya lagi
bersungguh.Aku pandang mata dia.
Tapi kemudian aku tunduk pandang ais krimku semula.Perlahan
aku skup satu
sudu kecil dan masukkan ke dalam mulutku.Dia masih
pandang aku.
“Saya kenal sangat dengan abang saya tu. Setiap kata
dia itu adalah arahan. No one
can
say No to him.And everything he said is YES and you should obey him. Kalau
pasal kerja, okay saya akan ikut cakap dia. Tapi
kalau melibatkan my personal
life,no
way! This is my life and only me can decide what I want and with whom I
want
to be friend with!” Kata Encik Fayed dengan tegas.
“Dia nak Encik Fayed berkawan dengan Cik
Liyana..”Kataku,perlahan. Membuka
cerita sedikit apa yang Encik Arie beritahu aku.
“Saya tahu.Dia cakap dengan saya tadi.” Encik Fayed
merengus dan meletakkan
sudu plastik itu. Tak jadi nak suap ais krimnya. Dia
terus duduk menyandar.
“Saya tak tahu apa yang dia nampak kat perempuan tu.
Pada saya, she’s got
nothing
special. Even muka dia pun saya tak sanggup nak
tengok. Otak jadi
serabut!”
Aku nak senyum bila dengar Encik Fayed cakap macam
tu. Aku ingatkan aku
sorang saja yang berperasaan begitu. Kemudian mata
dia bergerak pandang aku.
“Tapi, bila saya dengan awak , saya rasa bebas dan
boleh buat apa saja…dan cakap
apa saja.. Sebab orang biasa macam awak ni, Nur. .buat
saya macam manusia biasa
jugak. Saya tak suka cara abang saya tentukan hidup saya
dan dengan siapa saya
harus berkawan. Saya dah dewasa. Suka hati sayalah
nak berkawan dengan
siapa..nak bercinta dengan siapa…siapa pasangan
saya.. Dia tak boleh paksa saya.”
Katanya lagi. Aku pandang dia dan kemudian pada ais
krim dia.
Aku ceduk ais krim aku dan aku sua ke mulut dia.”Nak
rasa ais krim saya?” Aku
cuba menceriakan keadaan kami. Mata coklat dia bagai
tersenyum merenung aku.
Dengan rasa gembira saja dia membuka mulut dan
segera aku sumbatkan ais krim
itu ke dalam mulut dia. Dia mengangguk dan menceduk
pula ais krim coklat dia
dan mahu menyuap aku
pula. Cepat aku ngangakan mulut. Kemudian kami
ketawa.
“Kitakan couple!”
Kata kami serentak. Ah, aku mahu
melupakan apa yang Encik
Arie cakap pada aku tadi. Aku hanya mahu gembira bersama
Encik Fayed. Dia
sangat baik melayan aku. Apa lagi yang aku hendak?
Kami jalan-jalan di dalam pusat membeli-belah itu
seketika dan dia telah membeli
beberapa helai kemeja dan tali leher untuknya. Yang
paling buat aku terpegun, dia
siap tanya pendapat aku lagi dan suruh aku pilihkan
untuk dia. Dah rasa macam
aku ni benar-benar jadi awek dia ni. Ni, yang buat aku susah hati. Sebab aku ni
mudah sangat perasan!
Encik Fayed menghantar aku terus balik rumah
walaupun aku cakap aku dah okay.
Tapi dia cakap, aku tak payah masuk kerja balik dan
suruh aku merehatkan diri dan
mindaku .Dia cakap aku nampak serabut tapi masih
nampak comel…saja nak beli
jiwa akulah tu.
Kereta Encik Fayed berhenti depan pagar rumah dan
aku terpandang abang Azahar
sedang mencuci keretanya. Alamak, kalau dia nampak
mati aku. Abang aku ni
bukan suka sangat aku keluar dengan lelaki. Tapi
lelaki yang hantar aku ni pun bos
aku. Tak boleh aku nak cakap apa walaupun aku
melarang. Harap-harap dia tak
pandang aku kat sini. Aku dah buka pintu kereta bila
Encik Fayed menahan aku
dan menyerahkan satu beg kertas kecil macam beg
hadiah saja.
“Apa ni,Encik Fayed?” Tanyaku, pandang beg itu dan
kemudian pandang dia.Dia
hanya jongket bahu sedikit. Tak nak cakap apa-apa. Jadi
aku buat selidik sendiri
dan jenguk ke dalam beg dan menarik tangan keluar
sebuah patung beruang kecil
berwarna coklat. Comelnya! Di dada anak patung
beruang itu ada bentuk hati dan
tertulis ‘Hug
Me’. Aku sudah tersenyum lebar.
“Untuk awak…” Kata Encik Fayed. Aku pandang dia.” Saya
tak nak tengok awak
sedih-sedih lagi macam tadi. Hati saya jadi sakit. Saya
cuma harap awak tak serik
nak berkawan dengan saya sebab kita akan jadi couple
sampai bila-bila. Malam
nanti sebelum tidur peluk dia, macam awak peluk
saya..” Encik Fayed sudah
senyum semacam. Aku tolak perlahan bahu dia.
“Nak peluk sekarang tak boleh lagi.Tunggulah ,masa
tu akan datang juga…” Ucap
nya perlahan,seolah bercakap pada diri sendiri. Aku
pun tak faham apa maksud
dia. Aku toleh ke luar dan abang Azahar sudah
berdiri memandang kereta Encik
Fayed. Jadi aku kena cepat keluar dari kereta ini.
“Siapa tu?” Tanya Encik Fayed bila terpandangkan
Abang Azahar.
“Abang saya.Dia cuti hari ni..” Jelasku. Encik Fayed
mengangguk dan apa yang
dia buat selepas itu buat aku terkejut. Dia juga
keluar dari kereta dan mengiringi
aku masuk ke kawasan halaman rumah.
“Assalamualaikum…” Kata Encik Fayed, menyapa abang
aku. Berubah muka
abang Azahar sekejab bila melihat Encik Fayed
memberi salam padanya. Mungkin
terkejut bila melihat ‘orang cina’ memberi salam
padanya .Memang muka Encik
Fayed macam Chinese
look sikit. Kalau orang tak kenal dia,mesti orang ingat dia
kaum cina. Abang Azahar menyahut salam dan menyambut
huluran tangan Encik
Fayed.
“Saya,Fayed Arya. Bos Cik Nur…Saya hantar dia sebab
dia tak berapa sihat tadi.”
Cerita Encik Fayed,sambil jeling aku sekilas .Abang
Azahar pandang aku seketika
dan angguk.
“Saya Azahar,abang dia. Silalah masuk ke rumah…” Ajak
Abang Azahar,ramah.
“Tak apa. Lain kali saja. Hari dah lewat ni.. Saya
mohon diri dulu…” Encik Fayed
senyum dan hulur tangan semula.” Cik Nur, jangan
lupa makan panadol. Hari ni
rehat saja.. Banyak kerja tadi.” Kata Encik Fayed pada Abang Azahar lagi.
Kemudian dia melangkah ke kereta semula dan
mengangkat tangan pada kami dan
kereta berlalu.
“Baiknya bos kau, dik. Siap berhantar bagai…”Kata
Abang Azahar,sinis.” Ada
apa-apa ke?”
“Ada apa, apa along?Dah,adik sakit kepala ni..nak
rehat.” Aku ‘chong’ abang aku.
“Abah tak balik lagi?” Tanyaku bila tak nampak teksi
dia depan rumah. Abang
Azahar geleng dan sambung cuci kereta viva dia
semula.
“Jab lagi along nak pergi rumah Kak Laila..” Tiba-tiba
dia beritahu aku. Oh,patut
lah ambil
cuti. Nak jumpa tunang rupanya!
“Okay. Kirim salam kat Kak Laila. Adik masuk dulu..”
Kataku dan melangkah
meninggalkan Abang Azahar. Rumah sederhana
besar itu aku renung. Sunyi
macam biasa. Aku menghela nafas. Bagai teringat
sesuatu aku keluar semula.
“Along Ja dah makan?” Tanyaku ketika menjengahkan
muka. Dia pandang aku
dan geleng.
“Nak keluar makan dengan Kak Laila. Kau masak untuk
kau dan abah ajelah.”
Kata Abang Azahar pula. Aku angguk dan terus tuju ke
dapur. Pintu peti ais aku
buka. Ada beberapa ekor ikan kembung dan sedikit
sayur kobis. Segera ikan itu
aku rendam .Ingat nak masak sambal tumis ikan dan
goreng sayur kobis. Abah tak
cerewet tentang makan. Sejak arwah emak ada lagi. Dia
tak pernah bersungut pasal
masakan emak dan kini masakan aku pula.
Bila ingatkan arwah emak, hati jadi sayu pula. Emak
lama dah pergi. Sejak umur
aku empat belas tahun lagi. Emak sakit lelah. Tak
sangka lelah dia itu membawa
maut. Aku kerdip-kerdipkan mata bila terasa mata
mula menghangat. Ah,semoga
No comments:
Post a Comment