BAB
1
AKU
hanya memandang kosong pada abang-abang aku yang sedang menurunkan rangka
pelamin di ruang tamu itu . Dan , oh ya , si dia pun ada sama turut membantu
mereka yang ada di situ . Majlis persandingan sudah pun selesai dua jam lepas .
Para jemputan juga sudah pulang dengan membawa persoalan demi persoalan di
minda mereka .
Pasti
mereka akan terfikir bila ternampak aku yang bersanding di atas pelamin . Bukan
Kak Najwa . Macam tak percaya . Tapi itulah yang terjadi dan jauh sekali akan
memikirkan hal ini . Aku masih belajar di sebuah kolej dan otakku sudah aku set
masa percutian ini . Aku nak jalan-jalan makan angin sebelum Kak Najwa
melangsungkan perkahwinan dia dan menghabiskan percutian semesta ini dengan
menyiapkan beberapa projek sekolahku .
Tapi
, itulah . Segala angan-anganku musnah , bila aku pula mak suruh gantikan
tempat Kak Najwa sebab Kak Najwa tak nak berkahwin dengan lelaki pilihan mereka
. Aku pandang pada wajah yang baru menggenggam tangan tok kadi pagi tadi .
Sekelip mata saja aku kini sudah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang
tidak aku kenali . Nama dia … siapa nama dia ya? Dahiku berkerut . Blank sekejab . Adoi , Iman Suffiyah .
Nama suami sendiri pun tak ingat ? Mana nak ingat baru pagi tadi tahu , huh!
Aku tanya , aku sendiri jawab !
Aku
melangkah meninggalkan ruang tamu yang agak sibuk itu dan keluar untuk ke
belakang rumah . Kak Liza , kakak ipar aku dan kak chik sedang ligat mencuci
pinggan sambil berbual sakan . Dia orang berdua ni memang pantang jumpa muka .
Ada aje benda nak di cerita . Kadang-kadang tu cerita pasal dalam kelambu pun ,
dorang akan bercerita . Aku yang
dengar pun , terus angkat kaki . Malas nak dengar . Belum time aku lagi . Tapi kini , kalau dia orang nak bercerita pasal
dalam kelambu jugak , boleh ke aku join sama ? Hu hu
“
Eh , pengantin . Kau nak buat apa ni ?” Tanya kak chik , bila melihat aku sudah
melipat lengan baju kurung . Baju pengantin yang aku pakai tadi , sudah lama
aku tanggalkan . Tak tahan panas . Melekit badan pakai baju songket yang tebal
itu .
“
Nak tolong cuci pingganlah , takkan nak main masak-masak pulak ?” Tanyaku pula
.
“
Tak payahlah . Kau duduk diam-diam aje !” Kata kak chik lagi .
“
Menghalau nampak ?” Aku sudah cekak pinggang , mencebik dan buat tak tahu . Aku
ambil satu bangku dan ambil sebiji pinggan . Terus selamba buat kerja .
“
Apa rasa dah jadi isteri orang ni ?” Tanya Kak Liza pula , isteri abang long
aku .
“
Biasa aje .” Selamba saja aku menjawab sambil tangan menyabun sebiji lagi
pinggan .
“Alah
, Iman . Takkan kau tak faham ? Kahwin ni best
tau . Ada orang jaga kita , sayang kat kita …” Kata kak chik pula sambil sengih-sengih kat aku .
Yalah
tu . Kenal ‘orang tu’ pun tidak . Celah mana pulak datang sayangnya ? Cebikku
lagi pada kak chik .
Orang
itu pun agaknya sama macam aku . Janggal . Tapi itulah , memang susah nak
percaya yang aku ni dah jadi isteri orang . Apa yang aku tahu dalam bab-bab
rumah tangga ni ?
Aku
cuma budak kolej dan dalam otak aku ni penuh dengan projek dan kertas kerja .
Yang lain aku langsung tak terfikir . Hinggalah ke hari ini bila DIA secara
tiba-tiba muncul dalam hidup aku .
“
Iman Suffiyah , bercinta selepas kahwin ni lagi bagus dari bercinta sebelum
kahwin .” Kak chik memulakan hujahnya . Aku dan Kak Liza dah sesama jeling dan
senyum . “ Bila dah kahwin , tersentuh sikit ke banyak ke pun tak apa . Betul
tak , Kak Liza?” Tanya kak chik pula .
Kak
Liza hanya tersenyum lagi dan mengangguk saja . Dia bilas pinggan yang aku cuci
tadi dan masukkan ke dalam tapisan besar .
“
Tapikan , Iman . Kenapa Kak Najwa tu tak nak kahwin dengan abang Ammar tu ya?”
Tanya kak chik , memandang aku kini . Oh , sekarang aku tahu nama suami aku tu
Ammar ! Ya Allah , nama suami sendiri pun boleh lupa . Terima kasihlah kak chik
oii sebab mengingatkan aku .
Aku
tahu sebabnya . Tapi aku tak nak cakap . Biarlah Kak Najwa saja yang ceritakan
kat dia . Aku adik bongsu . Malas nak cakap apa-apa . Dah nama pun anak bongsu
, jadi kena jugalah ikut kata emak dan abah aku menjadi pengganti Kak Najwa .
Lagi satu , emak memang sayang lebih dekat Kak Najwa dari aku dan kak chik .
“
Entahlah , kak chik . Iman pun tak tahu . Iman nikan anak paling comel dalam
keluarga dan paling muda . Jadi kenalah ikut perintah walau hati tak merelakan
..” Balasku , bermadah . Kak chik sudah jelir lidah kat aku . Meluatlah tu .
Kemudian mata dia tak berkelip pandang sesuatu di belakang aku dan kemudian
tersipu-sipu pula . Apa kenalah kakak aku ni ?
“Tolong
ambilkan air sikit . Nak cuci tangan .” Tiba-tiba satu suara garau dan dalam
menerjah ke telinga aku . Bau minyak wangi seseorang juga menusuk hidung .
Cepat kepala aku toleh dan terpandang wajah ‘dia’ depan aku . Aku terjeda
seketika . Bibir dia sedang mengukir senyum kat aku .
“
Iman , apa lagi tu ? Ammar nak cuci tangan . Nah , ambil mangkuk ni .” Suara
Kak Liza pula kedengaran . Cepat tangan aku capai mangkuk yang di hulur Kak
Liza , ceduk air dari besen besar sebelah aku dan curahkan ke tangan dia . Dia
menggosok-gosok bersih dan mengucapkan terima kasih dekat aku .
“
Boleh kita bercakap sekejab ?” Tanya dia , perlahan saja . Macam takut Kak Liza
dan kak chik dengar pulak . Aku pandang lagi muka dia . “ Saya tunggu awak kat
bawah pokok rambutan tu .” Sambungnya dan kemudian berlalu .
Dia
nak cakap apa? Dahiku berkerut . Aku cuci tangan bersih-bersih dan lap saja kat
kain kurung aku . Kak Liza dan kak chik dah pandang sambil senyum-senyum kat
aku . Kemudian pandang kelibat Ammar pula yang sedang melangkah itu . Aku ikut
dia dari belakang sambil memerhatikan orang-orang menurunkan khemah-khemah di
halaman rumah .
Tiba-tiba
saja tubuh aku terlanggar belakang dia yang sudah berhenti melangkah . Segera
dia berpaling ke belakang dan tersenyum menampakkan giginya . Aku tersengih
sambil gosok-gosok dahi aku . Dia berdiri mengadap aku kini . Tinggi jugak
mamat ni ..oppss.. suami aku ni . Ingat tu , Iman ya . Suami tu … suami …
Buat
beberapa ketika mata hitam itu tunak memandang ke wajahku . Lama . Entah apa
yang dia pandang pun aku tak tahu . Ada sesuatu ke kat muka aku atau rambut
aku? Aku pulak kalau orang dah tengok aku macam tu , mulalah serba tak kena .
“
Ada sesuatu kat muka saya ke?” Tanyaku, sambil merapa pipi . Dia senyum saja.
“
Awak percaya tak pada jodoh , Cik Iman ?” Dia memulakan mukadimah. Itu soalan
tu , Iman . Aku berfikir sejenak sambil garu dahi tak gatal .
“
Errr… percaya kot .” Jawabku , kemudian sengih .
“
Macam tak aje ..” Encik Ammar tersenyum sejemput . Aku gigit bibir bawah .
Sudah tak tahu nak cakap apa . Kekok sangat .
“
Saya nak balik KL sekejab lagi .” Katanya kepadaku . “ Jadi , awak kena ikut
saya . Saya ada meeting malam nanti dengan business partner saya .” Sambungnya , meneliti wajahku.
Boleh tak kalau aku tak payah ikut ?
Aku segan nak pandang muka dia yang kacak dan segak itu . Muka dia bersih dari
cela . Tak ada jerawat pun . Pandai dia jaga muka . Kenapalah Kak Najwa boleh
tinggalkan lelaki sesegak dia ni ?
“
Saya …”
“
Seorang isteri wajib ikut ke mana saja suami dia pergi dan mendengar cakap
suami selagi tak melampaui hukum agama . Betul?” Tanya dia , menunduk sedikit
memandangku . Aku mengangguk sekali .
“
Saya dah beritahu abah tadi . Sekarang , saya nak awak kemas baju-baju awak .
Kita balik KL malam ni . Tapi sebelum tu , saya nak singgah ke satu tempat dulu
dan mungkin kita akan bermalam di sana.”
Aku
menghela nafas perlahan ketika melipat pakaianku dan memasukkannya ke dalam beg
. Baju Encik Ammar , dia sudah siapkan awal-awal . Lagi pun , dia datang
semalam untuk menghadirkan diri sebagai pengantin lelaki . Aku tertanya-tanya
apa dia rasa bila Kak Najwa tidak mahu mengahwini dia .
“
Iman Suffiyah ,” Namaku tiba-tiba di panggil dari belakang . Pantas aku menoleh
. Encik Ammar masuk ke bilik pengantin kami dan berdiri tegak di sebelahku .
Mata memandang barang-barang yang aku akan bawa di atas katil .
“
Dah siap ?” Tanya dia seraya melihat jam di tangan . Dia nampak santai saja
dengan baju T POLO merahnya dan seluar jean biru . Topi hitam sudah tersarung
di kepala .
“
Sudah . Tinggal nak masukkan dalam kereta .” Kataku . Dia mengangguk dan
mengangkat beg dia terlebih dulu , kemudian keluar . Aku segera memasukkan
barang-barang seperti minyak wangi , bedak , syampu dan segala barang keperluan
wanita ke dalam satu beg . Beg sekolah aku , terus aku sangkut ke bahu . Takut
aku lupa .
Encik
Ammar masuk semula dan matanya terpandang hantaran-hantaran itu .
“
Awak tak nak bawak sekali ke barang-barang ni , Iman ?” Tanya Encik Ammar ,
memandangku sambil menunjukkan barang-barang hantaran seperti beg tangan ,
barang penjagaan kulit muka , jam tangan dan entah apa-apa . Sebenarnya itu
semua untuk Kak Najwa tapi aku rasa serba-salah nak ambil .
“
Bawa sekali . Barang-barang ni dah jadi milik awak dah .” Katanya , kedengaran
tegas . Dia macam nampak tegang . Entah marahkan Kak Najwa atas tindakannya itu
atau dia marah kat aku yang tak nak bawa barang-barang itu , aku tak pasti .
Aku masih ingat bila pertama kali kami bertentang mata semasa hari nikah itu .
Dia tidak bercakap atau membantah apa-apa . Dia hanya merenungku dengan wajah
yang sukar di mengertikan oleh orang lain . Dia suka dengan pilihan mak aku
yang main suka-suka ambil aku dan letak kat tempat Kak Najwa atau tidak , aku pun tak tahu . Sebab rasanya
, kakak aku tu lebih cantik sikit dari aku .
Emak
memohon maaf pada dia sebab terpaksa bertukar pengantin perempuan last-last minute . Aku juga tak pasti
samada dia pernah keluar atau berjumpa dengan Kak Najwa semasa mereka bertunang
dulu . Entahlah .
Kami
berjumpa ahli keluarga yang lain bila Encik Ammar sudah bersedia untuk bertolak
. Emak sudah menangis dan peluk aku ketika aku salam dia . Emak aku ni memang
ratu air mata sikit .
“
Am minta maaf mak , abah sebab tak boleh lama kat sini . Ada urgent meeting yang tak boleh nak elak .”
Jelas Encik Ammar .
“
Tak apa , Ammar . Abah faham . Bawak kereta baik-baik . Iman , jaga diri tu .
Jaga suami elok-elok . Jangan ikut kepala degil tu lagi .” Pesan abah pula kat
aku . Macam pelik aje aku dengar bila abah cakap macam tu . Bukan suami aku ke
kena jaga aku elok-elok ? Aku cuma jeling sekilas pada Encik Ammar . Rupanya
dia juga sedang pandang aku dengan senyuman sejemput dia .
Usai
bersalaman dan berpelukan dengan emak dan abah , serta yang lain , aku ikut
Encik Ammar masuk ke dalam kereta . Beg sandang aku , aku letakkan ke tempat
duduk belakang . Pertama kali duduk dalam kereta mewah macam BMW ni buat aku
kekok sedikit . Mata meliar pandang alat-alat kat dalam kereta itu . Dia masuk
dan menghidupkan enjin kereta . Muka dia nampak bersahaja saja .
Entah
bila aku terlelap pun aku tak tahu . Bosan sebab Encik Ammar tak nak berbual
dengan aku . Dia sibuk bercakap dengan orang lain sana-sini dengan sesuatu yang
di selitkan ke telinganya . Sibuk betul dia .
Aku pula hanya bersandar di sebelah dan sumbatkan ear piece kat lubang telinga dan layan diri sendiri dengan
lagu-lagu mp3 dalam telefon bimbit aku . Akhirnya , aku terlena .
Sedar-sedar
dia kejut aku perlahan . “ Kita dah sampai .” Katanya , memandangku sekilas
seraya menanggalkan tali pinggang keledar . Kereta sudah terpakir baik kat
tempat letak kereta .
Aku
duduk tegak sambil meraup rambutku yang hanya paras bahu itu dan memandang ke luar . Sudah gelap .
“
Kita kat mana ni , Encik Ammar?” Tanyaku , sambil menjeling tempat itu . Kenapa
aku rasa sejuk semacam aje ni ?
“
Genting Highlands.”
No comments:
Post a Comment