Thursday 12 February 2015

BUKAN KEMAHUAN FIKIRAN




     BAB 1



"Tok abah bukan nak paksa Hadif terima Nurul Ain.Tapi kami dah tak ada jalan lain dah.Majlis nikah akan di adakan esok. Hadif nak ke tengok tok abah adan Ayah Ku menangung malu? Mana kami nak letak muka ni?Ain lebih-lebih lagi. Tok abah rasa bersalah sangat pada dia. Si Zarif yang sepatutnya kahwin dengan dia dah menghilangkan diri, Hadif!Kamu saja yang dapat tolong kami dan menyelamatkan maruah Nurul Ain. Tok abah mohon sangat pada kamu..."Rayu tok abah.


"Tok abah...Layak ke Hadif dengan Ain tu?Tok abah sendiri tahu macam mana kehidupan Hadif dulu dan sekarang ni..."


"Ya,Hadif.Tok abah tahu dan tok abah faham sangat.Tapi kamu dah berubah,kan?Tok abah pasti Tengku Hadif Shah boleh menjaga Nurul Ain.Itulah yang tok abah harapkan sangat. Tok abah malu pada Pak Su kamu.Minta anak dia nak kahwinkan dengan Tengku Zarif. Tapi..."


"Baiklah,tok abah.Kalau itu boleh menyenangkan hati tok abah. Hadif akan ikut. Lagipun, Hadif tak boleh lama kat sini. Banyak kerja yang menunggu. Hadif mungkin balik terus ke Kuantan lepas akad nikah nanti..."Kata Tengku Hadif memberi keputusannya.


Gembira sungguh hati rang tua itu bila mendengar keputusan cucu yang seorang itu. Dia tahu dia boleh harapkan Tengku Hadif. Cucu itu nampak saja macam tak peduli atau tak kisahkan orang,tapi di dalam hatinya penuh dengan kasih-sayang.Tubuh tegap itu di peluk dan di tepuk-tepuk gembira.


Jadi,akhirnya pernikahan antara Tengku Hadif dan Nurul Ain di adakan pada keesokan harinya. Dengan baju melayu berwarna putih gading yang di perbuat dari kain satin itu dan bersongkok serta samping,dia duduk tenang-tenang saja menghadap juru nikah mereka. Usai melafazkan akad dan menadah tangan berdoa semoga berbahagia untuk rumah tangganya,dia menghampiri Ain yang sedang duduk bersimpuh di atas kusyen dari kain berwarna kuning emas.Dia tidak tahu apa yang gadis itu rasa bila bertukar pengantin lelakinya.Ah, dia tidak mahu ambil tahu.Yang dia mahu majlis ini perlu di tamatkan segera. Dia rimas dengan mata-mata yang memandang dan kilauan kamera dari juru gambar yang di jemput.


Tanpa salam,terus tangan cik isteri di tarik. Tiada kelembutan langsung, membuatkan Ain terdongak dan mata mereka bertentangan. Bulat mata hitam itu memandangnya seolah terkejut. Matanya juga tidak berkelip memandang wajah yang di solek nipis namun masih nampak keayuan wajah Ain.


Cincin berlian terus di sarungkan ke jari Ain dan dia kemudian tak tahu apa nak buat.Pelipis di garu perlahan bila Ain tunduk meraih tangannya dan mengucupnya.Terasa sejuk tangan gadis itu.Bukan dia tak kenal siapa Nurul Ain Bt Samsul Bahari.Budak ini adalah sepupunya. Tapi lebih kepada 'sepupu angkat'.Mak Su Linanya atau Puan Halina,adalah anak angkat tok abah. Jadi antara bonda dia dan mak su Linanya adalah 'adik-beradik'. Jadi budak ni boleh di kategorikan sebagai 'cucu angkat' tok abah. Jangan jadi isteri 'angkat',sudah  Hadif, bisik hati.

Mereka memang jarang bertemu. Sejak melangkah alam dewasa,masing-masing punya jalan hidup sendiri dan dia pula lebih suka buat hal sendiri juga dari bercampur dengan ahli keluarga yang lain.Masanya banyak di habiskan di luar rumah.Pergi kelab malam melayan muzik dan perempuan.


Dia pun dah tak ingat wajah Ain hinggalah di pertemukan hari ini. Rasanya, Ain masih muda lagi dari dia dan abangnya,Tengku Zarif. Entah macam  mana kisah si abang boleh bertunangan dengan Ain pun dia tak tahu sebab masa tu dia sudah di halau keluar dari villa itu oleh Ayah Ku.


Agak lama juga hidup dia berantakan, tak tentu hala tanpa kerja. Hinggakan duit yang di simpan dalam bank pun makin menyusut. Bila Tengku Shah Putra, menyekat segala wang dari kad kreditnya,dia jadi 'hilang' arah. Kawan-kawan yang selalu menghimpit dia juga hilang entah ke mana.

Tok abah yang kesiankan dia,terus menyuruh Pak Seman,kawan baik tok abah, membawa dia ke Kuantan dan tinggal di sana. Hidup mewah sudah lama di tinggalkan.


Dia kini sudah menjadi penternak kambing di bumi Kuantan. Dia rasa apa yang dia buat kini,lebih bermakna daripada duduklepak-buang-masa  di kelab-kelab malam. Banyak perubahan yang di lakukan dalam hidup dia. Bersama Pak Seman,sebagai penjaga dan pembantu dia.dia banyak belajar tentang hidup dan bersederhana dalam apa jua.


Berlama-lama hidupnya berseorangan.Hanya bertemankan Pak Seman dan kambing-kambingnya itu.Kini, dia akan membawa balik seorang perempuan. Isterinya. Tanpa rasa cinta. Tanpa rasa apa-apa....

1 comment: