Bab 2
Aku tenung langit gelap di atas sana. Tiada bintang pulak malam ini. Mata pandang pada orang sekeliling. Ramai pulak mamat-mamat lepak kat depan 7-Eleven ni. Tak kisahlah, asal jangan kacau aku sudah! Aku cuba sebenarnya tidak mahu mengingatkan apa yang terjadi di ofis hari ini.
Aku tenung langit gelap di atas sana. Tiada bintang pulak malam ini. Mata pandang pada orang sekeliling. Ramai pulak mamat-mamat lepak kat depan 7-Eleven ni. Tak kisahlah, asal jangan kacau aku sudah! Aku cuba sebenarnya tidak mahu mengingatkan apa yang terjadi di ofis hari ini.
Puas sudah hati aku cuba mengatakan yang Encik fayed
itu hanya bergurau dan cuma nak mengelakkan dirinya dari Cik Liyana, minah
koperat itu. Tapi macam semakin kuat pulak hati aku macam nak melencong
keterujaan. Ya, aku memang suka dia. Setakat itu saja.
Big Gulp yang aku beli di 7-eleven tadi aku sedut
sampai habis, kemudian aku campak cawan kertas itu ke dalam tong sampah. Lebih
baik aku balik sekarang sebelum abah yang bekerja sebagai pemandu teksi balik
rumah. Enjin motor aku hidupkan. Aku panjat motor dan mula nak bergerak bila
sebuah motor Kawasaki Ninja hijau berhenti betul-betul di sebelahku, mengejutkan
aku.nasib baik aku sempat brek. Kalau tidak,memang kemek motor kapcai aku. Huh!
Penunggang motor besar itu pandang aku buat beberapa
ketika. Apa? Nak marah aku ke? Apa salah aku? Aku sudah pandang dia semacam. Terus
helmet dia yang bertutup wajah itu di tanggalkan dari kepala. Rahang aku hampir
jatuh bila melihat dia. Erk! Encik Fayed
Arya? Naik motor berkuasa tinggi? Apa dia buat malam-malam kat sini? Dia yang
pandang aku macam tak puas hati itu turun dari motornya.
“Kenapa awak macam mengelakkan diri dari saya, Cik
Nur? Saya ada buat salah kat awak ke?” tanya Encik Fayed, memegang handle motor aku.
“Mana ada saya mengelak, Encik Fayed… saya biasa
aje. Lagi pun sejak bila pulak encik rasa apa yang saya buat itu penting? Apa
saya rasa, apa yang saya buat tak ada kena-mengena dengan encik. Encik jangan
bimbang ya.” kataku, nak mengelak.
“Dah malam ni. Nampak macam nak hujan aje. Baik encik
balik saja. Nanti apa-apa susah…” kataku lagi.
“Are you worry
about me, Cik Nur?” tanya Encik Fayed pula, sudah senyum senget.
“Huh?” Aku pula buat muka pelik tengok dia. Aku
cakap lain, dia cakap lain. Aku pun tak faham. Dan kemudian, setitis air dari
langit jatuh terkena hidung aku dan muka dia. Serentak kami mendongak ke langit
dan… serta semerta saja tanpa dapat di tahan hujan turun dengan lebatnya.
Kami cepat-cepat menolak motor masing-masing ke
tempat teduh. Nak kata tempat teduh pun tak jugak. Kami cuma meletakkannya di
tepi kedai dan berlari anak menumpang teduh di kaki lima kedai 7-Eleven itu. Sesekali
angin dengan hujan bertiup kuat, menyejukkan suasana malam itu. Aku pandang
kosong pada kereta yang bergerak perlahan di dalam hujan lebat itu. Sneakers
aku sudah terasa lembab di kaki.
Encik Fayed hanya memeluk tubuh sambil bersandar ke
dinding dan memandang ke langit, memerhatikan hujan. Rambut aku dan rambut dia
sudah basah. Separuh baju aku juga basah. Harap-harap cepatlah hujan berhenti. Aku
memerhatikan air dari lopak-lopak yang terbentuk.
“Kalau awak marah saya sebab saya cakap yang awak tu
bakal isteri saya depan Ci Liyana tu, saya minta maaf. Tapi memang saya sengaja
cakap macam tu depan dia. Saya tak mahu dia ada rasa apa-apa terhadap saya. Saya
tahu dia ada hati dekat saya. Tapi,jawapannya NO. Saya tak boleh terima dia. Hati saya yang tak boleh nak terima
dia…”
Aku diam mendengar luahan rasa hati dia. Salah dia
ke kalau Cik Liyana sukakan dia? Salah dia ke kalau ada perempuan yang sukakan
dia? Aku pandang dia yang sedang meraup muka dan rambutnya yang basah. Rambut
basah pun masih nampak kacak. Aku hela nafas. Susah hati aku macam ni.
“Kalau ada gadis lain yang suka dekat encik, apa
encik nak buat? Encik terima dia tak?” tanyaku, cuba duga hati dia. Manalah
tahu ada peluang aku, kan? Huh!
Dia menoleh dan pandang aku beberapa detik. Kemudian
memandang hujan semula. Diam dia menandakan hati dia tidak mahu menerima
sesiapa lagi kot. Muka dia nampak kosong saja. Tak dapat nak aku baca apa yang
ada di fikirannya kini.
“Jom kita couple!”
Mulutku tiba-tiba bersuara, sebelum otak aku kata jangan.
Encik Fayed pantas menoleh dan pandang aku. Matanya
tidak berkelip.
“Daripada kita jadi couple, baik saya pinang awak
terus! Dah sure awak tu saya yang
punya nanti!” kata Encik Fayed pula, tersenyum lebar padaku sambil
angkat-angkat kening.
“Huh? Betul ke?” Aku sudah teruja. Terus dia ketuk
dahi aku dengan jari telunjuknya. Dia bergurau ajelah tu. Aku sudah mencebik
sambil gosok dahi.
“Nampak macam hujan dah reda sikit ni. Jom balik!” ajaknya,
seraya sudah melangkah ke tempat motor kami. Tapi bila dia tengok aku masih
tidak bergerak, dia menghampiriku semula.
“Kenapa?” tanya dia.
“Encik Fayed baliklah dulu. Saya masih nak tunggu
lagi kat sini. Sekejap lagi saya baliklah.” kataku sambil memandang hujan yang
mula agak reda sedikit. Tapi kalau aku balik, memang kuyuplah.
“Jangan nak mengada ya, Cik Nur. Awak tu perempuan. Sorang
pulak tu. Kalau jadi apa-apa macam mana? Siapa yang susah? Saya jugak sebab nak
kena jadi saksi di tempat kejadian pulak. Dah, jom balik.” Dia terus tarik lengan
aku menuju ke motor kami. Helmet aku di hulurkan, suruh aku sarung cepat. Aku
menyambutnya tapi tak sarung lagi ke kepala.
“Encik…”
“Okay, kita couple.
Mulai sekarang awak awek saya. Saya akan jaga awak baik-baik. Sampai awak akan
suka dengan saya. Jangan marah saya pulak nanti kalau saya sibuk nak kongkong
awak nanti.” katanya lagi, tersenyum lebar macam suka sangat dapat kenakan aku.
“Encik Fayed, saya…”
Dia terus ambil helmet aku dan menyarungkan ke
kepalaku. Kedudukan kami sangat dekat.
“Since you are
my girl friend,I will treat you right. Jangan
bantah cakap saya. Hujan dah berhenti dah ni. Tak payah nak tunggu. Suka ke
kalau kena ngurat dengan mamat-mamat tu?” tanya Encik Fayed, perlahan sambil
menjeling ke arah sekumpulan lelaki yang duduk lepak tepi kedai 7-Eleven itu
sambil memetik gitar.
Wah, belum apa-apa bos aku ni dah menunjukkan kejelousannya? Erk, ada ke ayat macam tu? Tapi
kenapa hati aku suka sangat ni?
No comments:
Post a Comment