Sunday, 10 May 2015

KAU SELALU ADA BAB 9

BAB 9
            Encik Ammar tidak bercakap denganku sejak semalam . Aku rasa dia marahkan aku sebab aku tetap nak balik ke rumah sewaku itu . Sebenarnya , aku tak mahu menyusahkan dia , nak berhantar dan berambil aku kat kolej . Bukannya dekat antara rumah dia ni dengan kolej aku. Kalau aku duduk di rumah sewa aku , senang sikit . Aku boleh tumpang Aida naik motor atau naik bas saja . Lagipun , aku banyak tugasan untuk semesta yang akan datang ini . Tapi nampaknya dia seperti tidak mahu memahami situasi aku .
            Encik Ammar hanya merenungi aku yang mula mengemas pakaianku yang aku bawa sedikit . Yang lain masih tinggal kat rumah sewa .
            “ Iman Suffiyah , kenapa awak degil sangat? Kenapa awak langsung tak hormatkan saya sebagai suami ? Awak tak nak langsung dengar cakap saya . Tak endahkan kata-kata saya . Awak …” Dia tidak meneruskan kata-katanya dan terus keluar dari bilik.
            Kemudian pintu hadapan aku terdengar di buka dan di hempas dengan kuat . Dia marah . Aku mengeluh dan duduk di atas katil . Mata memandang baju-baju yang siap tersusun . Susah macam ni . Sekarang nak buat apa pun kena refer kat encik suami dulu . Kalau dia izinkan , okaylah . Kalau dia tak izinkan , hah macam tadi tulah . Mengamuk .
            Sehingga ke pukul satu pagi , Encik Ammar tak balik lagi . Marah dan merajuk dengan aku . Hati mula risau . Bimbang kalau-kalau ada sesuatu yang terjadi dekat dia di luar sana . Hai , sejak bila pulak aku rasa macam ni ?
            Aku baru nak baring atas sofa sambil menunggu Encik Ammar , bila telingaku terdengar bunyi pintu hadapan di buka orang . Terus aku duduk tegak dan memandang dia . Dia juga terkejut melihat aku . Mungkin tertanya-tanya apa aku buat pukul satu pagi ni . Kami jadi canggung tiba-tiba . Masing-masing pandang-pandang saja .
            “ Saya dah pinjam kereta mama . Nanti bawak aje kereta tu pergi-balik kolej awak tu . Saya tak nak awak duduk jauh dari saya . Muktamad!” Katanya , dengan tegas kali ini .
            Aku hanya memandang dia yang kini sudah berdiri tegak di hadapanku . Mata dia merenung jauh ke dalam anak mataku . Tangan dia sudah memaut pinggang aku .
            “ Saya sanggup lakukan apa saja untuk awak , Iman . Asalkan awak kekal di sisi saya .” Dia menundukkan wajah dan pegang kedua-dua pipi aku dan terus mengucup aku . Aku masih terkaku walau pun dia sudah berlalu masuk ke bilik .
            Macam tu sekali dia buat untuk aku ? Aku melangkah ke bilik yang terbuka dan menjenguk ke dalam . Encik Ammar sudah terbaring meniarap , nampak keletihan . Aku menghela nafas dan mendekatinya . Mata Encik Ammar sudah tertutup rapat . Perlahan aku tunduk mendekatkan muka dan mengucup pipi Encik Ammar perlahan .
            “ I’m sorry …” Bisikku , perlahan . Matanya di buka perlahan dan tangan terus menarik aku berbaring bersamanya .
            “ Awak isteri saya , Iman . Saya sentiasa memaafkan awak .” Katanya , perlahan . “ Saya mengantuk . Kita tidur saja . Saya tahu awak juga mengantuk menunggu saya . Terima kasih sebab risaukan saya .” Dia cium pipiku dan terus menutup mata sambil tangan dia memeluk pinggangku .
            Cuti semestaku sudah tamat dan aku kembali seperti biasa jadi budak kolej balik . Tugas menjadi pelajar semakin mencabar . Kadang-kadang masaku pun tak menentu . Kalau aku balik cepat atau kelas di batalkan , bolehlah aku balik awal dan memasak untuk Encik Ammar . Tapi kalau aku lambat , dia pulak yang masak untuk kami . Masak biasa saja  . Nasi goreng . Sebab , itu saja yang dia tahu buat . Dan aku sejak dah kahwin ni , kenalah rajin masuk dapur dan memasak . Sedap atau tidak Encik Ammar makan juga . Dia sudah kurang komen sejak aku menangis dulu .
            “ Encik Ammar ..”
            “ Abang , Iman … abang . Bukan Encik Ammar .. Encik Ammar ni ..” Dia sudah menggeleng kepala . Tak puas hati denganku .
            “ Abang Ammar ..”
            “ Itu dah macam panggil Abang Izat , abang awak tu !” Bantahnya lagi .
            “ Habis , nak panggil abang saja ke?” Tanyaku pula .
            “ Yalah . Panggil abang sayang ke … panggil babe pun , okay gak !” Katanya seraya angkat-angkat kening tebalnya padaku . Aku sudah jatuh rahang . Aku berkahwin dengan lelaki macam ni ke ? Sengal!!
            “ Saya cuma nak bagi air kopi awak ni , Encik Ammar .” Kataku , meletakkan mug itu di atas meja kopi di dalam bilik kerjanya . Dia merenung aku . Tak suka aku guna ayat ‘encik’ itu lagi . Aku senyum dan terus berlalu . Tapi tangan dia pantas pegang tangan aku dan buat aku terhenti melangkah . Aku pandang dia . Mata dia redup merenungku .
            Sejak aku mula bersekolah dan dia juga sentiasa sibuk dengan kerja dia yang tak berkesudahan itu, masa kami untuk bersama dan berbual agak kurang . Bila aku balik sekolah , dia belum balik kerja lagi . Lagi pulak dia akan memulakan satu projek baru . Jadi masa dia banyak di pejabat dan jumpa klien di luar . Nak jumpa hanya hari minggu saja .
            Dia menarik aku semula dan mendudukkan aku atas riba dia sambil memelukku dari belakang . Dagu di sangkutkan di atas bahuku . Aku pandang dia dari sisi . Dia sedang memejamkan mata .
            “ Rindunya …” Bisik bibir itu . Pelik . Bukan dia tak jumpa aku . Kenapa dia nak merindui aku pulak ?
            “ Awak tak rindu saya ke , sayang ?” Tanya dia di telingaku . Rindu ? Rindu kut …
            “ Saya dapat rasakan , masa kita terlalu sedikit bersama . Apa kata , kita ambil cuti dan pergi berbulan madu?” Tanya si dia lagi .
            “ Bulan madu ? Encik Ammar , awak patut ajak saya masa saya tengah cuti hari itu . Ini saya tengah sibuk nak exam bulan depan . Mana boleh sesuka hati aje nak bercuti .” Kataku pula.
            Dia tergelak halus . Kemudian dia dirikan aku dan dia turut berdiri . Kemudian merendahkan dirinya dan mengangkat tubuhku . Cepat-cepat aku paut leher dia dan pandang wajah dia . Dia mula melangkah ke bilik kami .
            “ Kerja awak dah habis ke . Encik Ammar ?” Tanyaku .
            “ Sayang , kalau asyik fikir pasal kerja . Sampai bila-bila pun tak akan habis . Now , I want to think about you pulak .” Dia tersenyum sejemput ketika meletakkan aku di atas katil . Anak rambutku dia selak sedikit dan mata dia memandangku .
            “ Awak tahu tak apa yang saya fikir saat pertama kali saya di pertemukan dengan awak , Iman Suffiyah?” Tanya dia , tangan turun-naik mengelus pipiku. Aku menggeleng perlahan .
            “ Saya nampak seorang gadis yang sangat cantik . Hatinya cantik dan suci untuk menerima seorang lelaki yang dia tak kenal untuk hidup bersama . Dia sanggup menerima saya tanpa bertanya siapa saya . Saya tak pernah berjumpa dengan Najwa . Hanya lihat gambar saja .” Dia menghela nafas . Macam dia nak luahkan perasaannya saja malam ini . Aku diam dan mendengar .
            “ Bila abah cakap , Najwa tak mahu bernikah dengan saya , saya rasa sangat terhina . Kenapa saat-saat akhir macam ni baru nak beritahu semua . Abah terus pujuk saya dan cakap , “ Ammar, abah minta maaf pasal Najwa . Tapi abah tak akan batalkan pernikahan ini . Abah akan serahkan anak abah yang paling kecil untuk kamu jaga .” Saya diam saja . Kalau ikutkan rasa hati saya , saya mahu batalkan saja pernikahan itu . Papa juga rasa sangat malu dan bimbangkan saya . Saya tak mahu begitu . Jadi , saya minta abah kenalkan dengan anak bongsu dia . Mata saya langsung tak berkelip apabila terpandangkan wajah awak. Berbaju kebaya putih dan berselendeng putih polos . Mata bulat ini tepat memandang saya .” Dia mengucup mataku . Buat aku terpejam .
            “ Saya rasa , degup jantung saya seakan terhenti sendiri dan hati saya berkata , awak adalah jodoh saya . Bukan Najwa .” Bisiknya . Dia meletakkan kepalanya di dadaku . Pasti dia boleh mendengar degup jantung ku yang mengepam darah . Laju .
            “Iman Suffiyah .” Panggil dia .
            “ Ya , saya ..”
            “ Berjanjilah dengan saya yang awak tidak akan meninggalkan saya , susah atau senang.”
            Aku mengelus-elus rambut hitam dia . “ Saya berjanji , Encik Ammar .”
            “ Terima kasih sebab sudi hadir dalam hidup Ammar Hafiz , Iman Suffiyah .” Bisiknya semakin perlahan dan kepalanya semakin memberat di atas dadaku . Aku menunduk sedikit untuk melihat dia . Matanya sudah terpejam rapat . Dia sudah terlena di atas dadaku . Aku menghela nafas . Dalam dan perlahan .
            “ Saya sayang awak , Iman Suffiyah .” Bisik bibir itu perlahan , macam bercakap dalam tidur saja .
            Aku senyum lembut dan entah kenapa mataku terasa hangat dan setitis air mata aku luruh ke pipi . Lelaki ini sangat baik menerima aku yang banyak kekurangan ini . Dia tak sempurna dan dia banyak mengajar aku tentang kasih-sayang . Dia langsung tidak mahu aku pergi dari dia 

6 comments: