Sunday, 10 May 2015

KAU SELALU ADA BAB 8

BAB 8
            Kata Encik Ammar , “ Tak kenal maka tak cinta . Tapi kalau sudah hidup berdua , kalau belum ada lagi rasa cinta , rasa suka itu pun dah okay dah .”
            Ya , aku memang tak kenal dia dulu . Dulu , masa baru menikahi dia , aku ingatkan dia seorang perfectionist dan ‘beku’ orangnya . Tapi jauh sungguh anggapanku itu . Terlalu jauh . Ya, dia memang baik melayani aku . Tak pernah tinggi suara dengan aku dan mulut dia kuat mengomen ! Ada saja apa yang aku buat , dia nak komen .
            “ Iman sayang , ni kopi ke air masak ?” komen dia di pagi hari .
            “ Kopi .” Jawabku , telus saja .
            “ Kenapa saya rasa tawar dan rasa kopi tu tak ada ?” Dia tanya aku balik . Aku diam , cuma pandang aje muka dia . Dia suruh aku buat lain . Aku buat kopi yang lain pula untuk dia . Semakin berkerut pula muka dia .
            “ Iman , pahitnya! Awak tak rasa dulu ke bila awak buat kopi ?” Dia tanya aku lagi .
            “ Tak , sebab saya tak minum kopi!” Balasku selamba . Dia mengeluh .
            “ Iman , awak nak jadi isteri yang baik dan di sayangi suami , kan? Nak dapat pahala ni senang aje , sayang . Awak kena fikikan saya dulu sebelum awak nak buat sesuatu . Contohnya , air kopi ni . Kalau awak sayang saya , awak akan fikirkan perasaan saya . Apa saya rasa bila minum kopi pekat dan kelat macam ni ? Melekat kat tekak saya ni . Tawar pulak tu . Jadi , awak kena rasa dulu demi kasih-sayang awak tu . Faham , Iman ?” Dia mendekat dan terus kucup dahi aku .
            Aku cuma garu kepala tak gatal , kena tazkirah oleh ustaz Ammar Hafiz di pagi hari . Tak sangkakan? Tapi itulah perangai Encik Ammar sejak aku bergelar isteri dia dua minggu lalu .
            “ Habis , awak ada fikirkan tentang saya ? Apa saya suka dan apa yang saya tak suka?” Tanyaku pula . Dia berpaling dan tersenyum memandangku .
            “ Ada . Tapi saya tahu , apa yang saya suka, awak pun akan suka . Saya suka awak peluk saya tiap-tiap malam .”
            Aku peluk dia ? Bukan dia yang selalu peluk aku ke ? Lepas tu cium aku ? Lepas tu tangan tu rajin nak tolong bukakan baju aku ??
            Tiba-tiba aku rasa muka aku panas semacam . Encik Ammar sudah pandang aku sambil tersenyum senget  dengan renungan ‘jahat’ dia .
            “ Apa yang awak fikirkan tu , Iman sayang ?” Dia sudah ketawa halus . Tangan mula mengelus pipiku . Terus aku tolak tangan dia  dan melangkah ke dapur . Gila! Memang aku dah gila gamaknya .
            Hai , sabar ajelah Iman . Suami tu . Aku ada juga mengadu dekat emak tentang perangai kuat mengomen Encik Ammar itu . Tapi mak balas macam ni ,” Elok juga dia suka membebel macam tu , Iman oii … bagi kamu tu sedar diri sikit . Belajar masak mulai sekarang kalau tak nak laki kamu tu cari lain !”
            Jadi , selepas dia pergi ke pejabat , aku mula buka internet dan berkenalan dengan pakcik google dengan lebih rapat lagi . Selalunya , aku lebih suka pergi lawan web tentang artis , hiburan atau buat projek untuk kerja sekolah aku . Sekarang , web masakan pulak jadi tumpuan aku kini . Encik Ammar sudah pesan , “Hari ni abang nak makan ayam masak kurma . Abang rasa itu paling senang kut .”
            Ayam masak kurma memang senang untuk orang yang pandai masak . Tapi pada aku yang tak pandai masak ni , ia adalah satu penderaan mental . Setiap tajuk ayam kurma aku tengok . Nak tengok yang paling senang dan mudah . Bila dapat apa yang aku mahukan , aku terus tulis resepi . Okay Iman , kali ini buat elok-elok . Kalau kau tak nak kena komen kaw-kaw dari suami tersayang tu , kena buat yang terbaik . Masak ayam kurma ni , kalau di masak dengan nasi minyak pun sedap juga . Aku terus tulis nasi minyak … dan , hah melambak resepi nasi minyak yang keluar dari dalam I pad yang Encik Ammar hadiahkan untuk aku semalam . Katanya , ia akan memudahkan aku buat kerja dan mencari maklumat . Seperti tadi , aku mencari resepi yang paling mudah dan ringkas untuk the beginner macam aku ni .
            Masa semakin hendak mendekat ke tengahari . Jadi aku perlu masak segera dan bila Encik Ammar balik untuk makan , hidangan sudah tersedia atas meja . Sekarang , aku kena pandai menyusun masa . Antara rumah tangga dan kerja projek sekolah aku . Nak buat macam mana . Dah nak kahwin masa aku masih di bangku kolej lagi . Jadi Encik Ammar pun kenalah terima keadaan aku sebagai budak kolej . Aku termanggu bila memikirkan lagi dua minggu juga cuti semesta aku akan habis . Pastinya , masa aku akan lebih banyak di kolej daripada di rumah . Jadi bagaimana nanti Encik Ammar ? Aku menghela nafas dan mula menyiapkan juadah untuk tengahari nanti . Nasib baik ayam sudahpun Encik Ammar siangkan awal-awal lagi . Sambil masak , sambil tengok resepi .
            Encik Ammar pulang ketika aku sedang bersilat di dapur . Dia ketawa saja melihat aku berpeluh sambil masak dan melangkah menghampiriku . Tisyu di tarik dan segera wajah aku di kesat . Kemudian baru pipi aku di cium .
            “ Boleh buat ke ?” Dia bertanya sambil membantu aku mengacau kuah ayam kurma itu . Aku pula sibuk memotong timun untuk di buat ulaman bersama daun salad yang sudah aku susum atas pinggan leper .
            “ Boleh . Saya tengok dalam google .” Balasku , menyusun timun pula di atas salad , kemudian aku tuangkan sos tomato di atasnya . Tadaaa … Sudah jadi ulaman paling mudah !
            Dia menghampiriku dan memeluk aku dari belakang . Terasa kekok pula bila dia mula nak bermesra macam ni .
            “ Tolong saya siapkan pinggan , boleh ?” Tanyaku , menoleh sedikit ke muka dia . Dia mengangguk dan mencium rambutku sebelum mengambil dua biji pinggan lalu di bawa ke meja makan . Aku segera menceduk lauk ayam kurma itu dan aku bawa ke meja juga .Dia masuk semula dan keluarkan dua biji gelas dan sejug jus durian belanda yang sudah aku bancuh .
            Kami duduk dan mengadap hidangan itu . Kali ini wajah dia nampak teruja dan senyuman juga tak lekang di bibirnya .
            “ Jangan senyum dulu , Encik Ammar . Awak kena rasa dulu masakan saya ni .” Kataku . Dia mengangguk dan menceduk sedikit kuah itu dan di letakkan di atas nasi lalu di gaul . Perlahan nasi itu di suap ke mulut dan kunyah . Muka dia berkerut sedikit .
            “ Nasi minyak ni masin sikit , sayang . Bila dah gaul dengan kuah kurma ni makin masin pulak !” Komen dia , perlahan membuatkan aku terhenti mengunyah . Aku juga berkerut dan terasa betul masinnya . Aku ketap bibir . Apa yang aku buat sepanjang hari kat dapur ni hanya sia-sia . Hati tiba-tiba jadi sedih sebab apa yang aku lakukan tidak menjadi . Penat aje yang aku dapat ! Terus aku bangun meninggalkan meja dan keluar . Aku menangis perlahan sambil duduk peluk lutut . Tak pernah aku malu dan kecewa macam ni . Dah ada suami pun , masih tak reti nak masak lagi . Buat kopi , kopi jadi pahit . Masak asam pedas , jadi asam rebuas !
            Aku terasa seseorang duduk di sebelah dan memeluk bahuku . Aku menundukkan saja kepala di atas kepala lutut . Tak pandang muka dia . Aku pasti mesti sekarang ni dia tengah ketawakan aku . Kalau tak dari mulut dia , mesti dalam hati dia tu!
            “ It’s okay , Iman . Janganlah menangis macam awak dah gagal selamanya . Awakkan baru belajar masak . Lama-lama okaylah nanti .” Pujuk Encik Ammar , lembut . Rambut yang menutupi wajahku , dia selak  dan mengucup pipiku lagi .
            “ Sudah , jom makan . Nanti lapar pulak perut tu . Tak apalah . Masin sikit aje . Saya tak akan kena darah tinggi kalau makan sekali aje . Tapi kalau hari-hari , baru boleh jadi …” Bisiknya di telingaku . Aku terus tolak dia dengan bahu aku dan mengangkat muka pandang dia . Bibirnya sudah tersenyum sejemput .
            “ Benda kecil macam ni pun nak menangis bagai . Nasib baik comel . Hailah , nak buat macam mana , Ammar . Dapat isteri budak sekolah …” Dia bangun berdiri dan menghulur tangan . Aku kesat air mata yang basah di pipi dan sambut tangan dia untuk bangun .
            “ Lain kali masak rasa dulu . Jangan terus letak garam banyak-banyak . Letak sikit-sikit dulu . Faham , Iman sayang . Saya pun reti masak tau . Cuma malas nak tunjuk skill kehebatan saya saja .” Katanya sambil paut bahu aku dan buat muka kerek dia . Aku mencebik . Menyampah dengan ayat tak boleh blah dia tu .
            Kami duduk semula dan makan . Dia ceduk seketul ayam lalu di letakkan dalam pinggan aku .
            “ Kuah ni nanti tambah sikit lagi air . Biar kurang masinnya . Jangan banyak pulak awak letak air . Jadi cair pulak nanti , Iman sayang .” Katanya lagi . Aku mengangguk . Dia mula menyuap nasi .
            Dalam pukul dua , dia kembali semula ke pejabat . Tinggallah aku sendirian di kondo itu.Usai mengemas dapur dan mengemop lantai , aku mandi . Badan sudah berpeluh masa memasak tadi dan mula menghabiskan masa aku dengan membuat kerja kolej hinggalah ke petang .
            Malam , dia membantu aku mencuci pinggan-mangkuk di sinki lepas makan malam . Lauk siang tadi juga . Tapi kuah kurma ayam aku dah tak masin macam siang tadi .
            “ Malam ni malam Jumaat .” Itu ayat penyata dari Encik Ammar . Dia tidak memandangku tapi bibirnya saja tersenyum menguntum . Kalau malam Jumaat dah kenapa ? Dia ada pelan nak keluar ke ?
            “ Encik Ammar nak keluar dengan Shila ke ?” Tanyaku , memandang dia . Dia sudah berkerut sedikit .
            “Nak keluar dengan dia nak buat apa ? Bukan boleh sentuh dia pun . Tengok aje . Lainlah dengan isteri saya ni ..” Dia tolak bahu aku dengan bahu dia . Aku pandang dia . Pelik . Selama ni dia tak pernah tengok aku ? Sentuh aku ? Apa kena-mengenanya dengan malam Jumaat ? Hish, tak faham aku dengan lelaki ini .
            Tanpa bicara lagi dari bibir dia , dia terus cucikan tangan aku dan tangan dia . Aku sudah memandang dia , tak mengerti .
            “ Encik Ammar , saya tak habis lagi cuci pinggan ni !” Bantahku . Tapi dia buat muka kering saja dan ambil tuala kering lalu lap tangan aku dan tangan dia . Kemudian terus di tarik tangan aku keluar dari dapur .
            “ Kita nak ke mana ni , Encik Ammar ?” Tanyaku .
            “ Masuk bilik …” Dia sudah senyum senget .
            “ Tapi …”
            Dia terus tarik aku masuk bilik dan dudukkan aku di atas sofa menghadap tv .
            “ Malam ni ada cerita P. Ramlee .. Musang berjanggut . Saya minat sangat dengan pelakon lagenda tu …”
            Apa ?? Memang betul-betul buang masa akulah !
            “ Kalau awak nak tengok cerita tu , awak tengok ajelah sorang , Encik Ammar . Saya banyak kerja lagi ni . Dapur tu pun saya tak lap lagi .”
            “ Iman , awakkan isteri saya . Takkan saya nak tengok cerita sorang-sorang , ketawa pun sorang-sorang ? Sebagai suami-isteri ni kenalah bertolak-ansur sikit . Tadi , saya teman awak kat dapur . Ini , awaklah pulak temankan saya . Baru adil .” Katanya seraya duduk di sebelahku .
            “ Awak tahu tak setiap insan yang berumah tangga ni kena bertolak-ansur dan saling memberi dan menerrima ?” Tanya dia kini , memandang aku tepat-tepat .
            “ Tak tahu , sebab saya tak kahwin lagi sebelum ni!” Jawabku , bersahaja . Dia sudah merenung tajam padaku .
            “ Tapi sekarang awak dah menerimanya dari sayakan ?” Tanya si dia lagi . Bibir itu sudah senyum senget . Mesti adalah tu dia nak cakap .
            “ Terima apa ?” Tanyaku , polos saja . Tak faham apa maksud dia tu .
            Dia mendekati dan terus memeluk aku .
            “ Terima dari saya tiap-tiap malam . Awak tak ingat ?” Bisiknya ke telingaku . Hishh , dia ni kalau bercakap mesti nak melencung ke lain !
            Aku terus tolak dia . “ Kalau saya tak nak terima , awak tetap nak memberi jugak , Encik Ammar!”
            Dia terus ketawa kuat . Aku terpegun beberapa ketika . Tak pernah aku lihat dia seriang itu .
            “You should , Iman . You should .. Itu yang membuatkan hidup saya lengkap kini dan awaklah yang menyempurnakannya .” Kata Encik Ammar lagi . Bibir masih tersenyum .
            Dia terus ambil remote tv dan duduk tegak memandang skrin .
            “Errr … Encik Ammar ..” Panggilku kemudian .
            “Hm ?” Sahutnya , tanpa menoleh padaku . Bibir asyik tersengih saja menonton kisah Musang Berjanggut yang entah berapa kali main kat tv itu .

            “ Minggu depan cuti semesta saya habis . Saya kena balik rumah sewa saya tu …”Kataku . Dia terdiam lantas memandngku tak berkelip .

1 comment: