Thursday 9 April 2015

KAU SELALU ADA BAB 6

BAB 6
            Aku terkaku dengan dada yang berombak kencang . Encik Ammar merenungku lembut ketika dia melepaskan bibirku . Rambutku yang jatuh menutupi muka dia selak perlahan .
            “ Awak .. tak suka dengan apa yang saya lakukan pada awak , Iman?” Tanya Encik Ammar perlahan . Aku geleng perlahan saja . Dia tunduk mengucup bibirku lagi . Terpejam mataku bila bibir dia bergerak lembut pada bibirku .
            “ Saya suami awak dan awak adalah isteri saya . Awak dan tubuh awak ni adalah milik saya . Kalau kita tak memulakan perkenalan begini sampai bila-bila pun awak dan saya tak akan saling mengenali , sayang . Macam mana kalau kita nak dapatkan anak kalau kita tak melakukan hubungan intim begini ? Saya mahu menjadi bapa kepada anak-anak awak , Iman . Dan , untuk merealiasasikannya , kita harus bekerja sama  . Saling memberi dan menerima . Awak faham tak maksud saya ?” Bisiknya lagi , di telingaku sebelum dia mengucupnya lembut . Kenapa aku tiba-tiba rasa lemah ni ?
            “ Kita harus melakukannya bersama-sama . Saling menyempurnakan tanggung jawab bersama . Hm?” Mata dia redup  merenung aku .
            “ Tapi … awak … saya ..kita tak saling mengenali . Awak tak sayang saya pun ..” Bicaraku terhenti bila dia mengucup bibir aku sekali lagi .
            “I tell you what , lepas ni kita akan saling mengenali , sayang dan awak akan menjadi milik saya .” Bisiknya lagi . Dan , bila wajahnya semakin mendekat , degup jantung semakin laju aku rasakan . Adakah semua isteri akan merasakan debaran begini bila hendak melakukannya dengan seorang suami untuk pertama kali ? Aku sudah tertelan air liur .
            Aku keluar dari bilik air dan melangkah perlahan . Mata terpandangkan tubuh Encik Ammar yang tidak berbaju itu sedang tidur meniarap . Bila terpandangkan dia begitu , muka aku naik sebal . Aku cuba tak nak ingat apa yang telah kami lakukan malam tadi . Aku tepuk-tepuk muka bagi hilangkan semua bayangan semalam . Aku lap rambut sambil memandangnya yang pulas tidur itu .

            “ Encik Ammar …. Encik Ammar , bangun . Dah subuh ni .” Aku memanggil dia perlahan . Dia bergerak perlahan dan membuka mata . Dia mengangkat kepalanya sedikit dan memandang aku . Wajah dia nampak kacak walaupun rambut serabai macam tu. Tubuh di baringkan telentang dan dada bidang dia terpandang depan mata aku . Aku segera melangkah dan membentangkan sejadah di atas lantai .
            “ Awak dah mandi wajib ?” Dia tanya aku ketika bangun berdiri dan memakai tuala saja.
            “ Sudah .” Balasku , tak mampu nak pandang muka dia saat ini . Encik Ammar terus melangkah ke bilik air dan aku terus menyarungkan kain telekung . Bersedia menanti si dia untuk menjadi imam kepadaku .
            Usai solat subuh , dia terus menyarung kemeja dan seluar . Aku pandang dia . Namun , mulut ini tak mampu nak tanya dia hendak ke mana .
            “ Saya nak ke pejabat sekejab hari ni . Awak tunggu saya di sini .” Katanya , memandangku sekilas . Aku diam . Tangan mula hendak mengemas katil .
            “ Iman , tolong saya ikatkan tali leher ni . Tangan saya rasa lenguh pulak . “ Ucapnya , tiba-tiba sudah berdiri di belakangku . Aku meletakkan bantal yang aku pegang dan berpaling menghadap dia kini . Dia mendekat dan menarik pinggang aku rapat pada dia . Aku buat apa yang dia suruh dan aku dapat rasakan mata hitamnya tunak memandang wajahku . Aku cuba sedaya-upaya buat muka bersahaja bila bibir dia bagai sengaja mengucup dahiku , sesekali . Terasa tangan aku mengeletar sedikit . Okay , siap !
            “Thanks .” Ucapnya , mengucup dahiku . Aku tunduk dan mengemas katil semula .
            “ Iman , boleh tak awak tak payah duduk di rumah sewa awak lagi ?” Tanya dia di belakangku . Aku terasa dia sudah memeluk aku dari belakang . Pinggangku di peluk erat .
            “ Tapi rumah sewa saya tu dekat dengan kampus saya , Encik Ammar .” Jawabku pula .
            “ Kalau kita duduk asing-asing , macam mana kita nak saling mengenali diri masing-masing , Iman? Saya macam dah biasa ada awak menemani malam saya …” Bisiknya di telingaku . Aku menggenggam selimut di tangan dan mataku tiba-tiba terpandangkan tompok darah di atas cadar . Terus muka aku jadi merah membahang . Cepat-cepat aku menarik alas cadar itu dan menanggalkannya .
            “ Awak tunggu saya di sini . Saya pergi ofis sekejab aje . Lepas tu , kita balik ke kondo saya .”
            “ Tapi , Encik Ammar ..”
            Dia merenungku tajam . Muka dia sudah nampak serius sekarang.
            “ Habis , kalau kita duduk berasingan macam mana saya nak jumpa awak ? Awak tak rasa berdosa ke tinggalkan saya dan membiarkan saya ? Hukum mana yang awak ikut ni? “ Suara dia sudah kedengaran lain . Aku hanya tegak pandang dia . Tak tahu nak balas apa .
            “ Saya tak nak dengar lagi . Awak tak payah balik ke rumah sewa awak lagi dan itu adalah muktamad. Saya yang akan menjaga awak mulai saat ini , Iman .” Katanya dengan tegas juga .
            Jadi , dalam waktu tengahari dia pulang dari ofis dan terus memberitahu mama kami nak balik ke kondo dia . Mama memelukku dan menyuruh Encik Ammar membawaku datang ke sini setiap minggu . Usai , bersalaman dengan mama dan Kak Sarah , aku ikut Encik Ammar pulang ke kondonya . Sebelum itu , sempat dia singgah ke sebuah restoran .
            “ Kita beli nasi beriyani ajelah ya , sayang . Kita bungkus dan bawa balik makan kat rumah kita .” Katanya lagi . Aku anggukkan saja . Tak dapat nak fikir apa-apa ketika ini . Dia bagai mengawal hidupku untuk pertama kali dan aku pula bagai ikut saja apa yang dia suruh . Agaknya , mungkin semua isteri-isteri macam ni kut!
            Beberapa minit kemudian dia masuk ke dalam kereta dan menyerahkan bungkusan-bungkusan nasi beriyani itu dan dua bungkus air buah . Kereta terus bergerak semula .
            “ Petang nanti kita pergi tesco beli barang-barang untuk memasak . Tak ada apa dalam peti sejuk tu . Cuma ada buah-buah aje .” Kata Encik Ammar ketika membuka pintu kondonya .
            Dia mengajak aku masuk dan dia terus meletakkan bungkusan-bungkusan itu atas meja . Aku memerhatikan keadaan kondonya yang sangat besar itu dan nampak mewah . Perabut juga tak banyak di dalamnya . Jadi membuatkan ruang tamu dan ruang makan nampak luas dan kemas. Senanglah aku kalau nak mengemas nanti .
            Aku berpaling memandang Encik Ammar . Rupanya dia juga sedang memerhatikan aku . Aku terpandangkan bungkusan-bungkusan itu . Alamak , lupa pulak nak saji . Tentu Encik Ammar sudah lapar . Segera aku melangkah ke ruang dapur . Ruang ini sederhana saja besarnya .
            Ada kabinet bahagian atas yang melekat di dinding dan bahagian bawah dekat dengan dapur gas . Bersih aje aku nampak dapur tu . Macam Encik Ammar ni tak pernah memasak . Aku capai dua biji pinggan dan dua gelas untuk aku dan dia . Terus aku bawa ke meja makan . Dia sudah duduk di kerusi sambil bercakap sesuatu di telefon bimbitnya .
            Aku meletakkan nasi ke dalam pinggan dan lauk-lauk ke dalam mangkuk . Bila aku duduk , dia juga sudah habis bercakap di telefon . Dia mengangkat tangan untuk membaca doa makan dan kami mula makan . Dia menyuap perlahan saja makanannya dan sangat tertib . Dia tidak bercakap apa-apa sehinggalah makanannnya habis . Aku makan tak habis . Banyak sangat nasi beriyani itu .
            “ Kenapa tak habis ?” Dia menegur .
            “ Banyak sangat , Encik Ammar . Tak larat perut saya nanti .” Kataku , ketika mencuci tangan di sink .
            “ Tak larat ? Macam mana perut awak nak bawa anak saya pulak nanti kalau nasi pun awak tak larat nak bawak?” Tanya dia sambil tersenyum . Aku menggigit bibir bawah. Dia ketawa halus kemudiannya dan melangkah ke luar dari dapur . Aku mengemas meja dan dia mengelap meja dengan tuala . Rajin juga encik suami ni .
            Usai mencuci pinggan-mangkuk dan aku telungkupkan di atas rak , aku kembali semula ke ruang tamu .
            “ Saya dah nak balik ofis ni , Iman . Nanti petang kita pergi beli barang . awak nak masak apa ? Kejab . Awak tahu masak ke ?” Dia menyoroti wajahku . Aku memang lemah bab masak-memasak ni . Jadi aku geleng perlahan sambil ketap bibir . Dia sudah tersenyum menampakkan lekuk di pipinya .
            “ Tak pandai , boleh belajar . Saya tak cerewet tapi saya suka kompelin .” Dia menghampiriku dan menyerahkan segugus kunci padaku . Mata dia merenungku .
            “ Tunggu saya di sini . Jangan ke mana-mana .” Dia seakan memberi amaran .
            “ Ke mana pulak saya nak pergi , Encik Ammar .” Balasku , mendatar  saja .
            “ Mana saya tahu . Rupa awak ni berpotensi nak tinggalkan saya .” Katanya pula dengan muka selamba dan terus menapak ke arah pintu . Cis , macam tak percayakan aku pulak . Aku balik rumah sewa aku , baru dia tahu !
            “ Iman , saya dah nak pergi ni!” Katanya dari depan pintu . Segera aku melangkah dan dia menghulur tangannya . Aku sambut tangan dia dan cium .  Dia kucup dahi aku dan nak melangkah keluar . Tapi bagai teringatkan sesuatu dia berpatah balik dan dia terus cium bibir aku sebelum sempat aku nak berfikir atau bertanya . Dia tersenyum nampak nakal dan terus keluar , meninggalkan aku terpaku sendiri .

1 comment:

  1. bermula dh episod alam rumah tangga bagi iman yg masih muda tp romantik gak en. suami iman ne.....

    ReplyDelete