Tuesday 7 April 2015

ENCIK FAYED MY MAN BAB 10

Aku bergegas turun ke bawah bersama staf-staf yang lain untuk keluar makan  tengahari. Sampai di lobi pejabat,  aku sudah ternampak Adam  sedang berdiri di luar sambil bercakap sesuatu dengan pengawal keselamatan di situ.  Segera aku keluar mendapatkannya.  Entah kenapa aku rasa aku perlu pergi segera dari tempat itu.
            Adam tersenyum bila terpandangkan aku yang sedang menghampirinya. Orangnya tak cerah macam Encik Fayed.  Kulitnya macam kulit orang melayu. Tak gelap, tak cerah juga.  Wajah dia juga taklah buruk sangat.  Malah lebih kacak sikit dari Nazim Othman!Oppss..
            Kami terus melangkah ke kereta Viosnya. Tanpa pandang kiri-kanan,  aku terus masuk ke dalam perut kereta.  Adam pandang aku dan tersenyum.  Aku balas senyum segaris.  Entah kenapa senyuman itu tak menggetarkan jiwa aku.Tapi tak apa.  Aku cuma mahu berkawan saja dengan dia.  Manalah tahu,  ada  ‘kimia’ di antara kami.  Abang Azahar pun suruh aku mencuba. Kalau aku tak boleh terima Adam,  aku boleh undur diri.  Macam Adam ni bagai bahan uji aku pula. Dia tidak tahu banyak tentang diri aku.  Aku juga tidak mahu bercerita apa-apa tentang diri aku  .Dia yang banyak bercerita tentang diri dia  .Apa dia suka dan apa yang dia tak suka.
            “Kita nak makan kat mana, Nur?” Tanya Adam,  ketika menggerakkan kereta.  Waktu puncak begini,  kereta memang mula banyak dan kadang-kadang jalan boleh jammed.
            “Saya tak kisah,  abang Adam.  Mana-mana pun boleh.”  Balasku,tersenyum.
            “Ni yang saya suka tentang awak. Awak tak banyak songeh… Saya suka perempuan macam ni..” Dia senyum pada aku.  Aku pandang ke luar.  Melihat bangunan-bangunan tinggi.
            “Boleh tak kita makan kat KLCC aje, Nur?  Lagipun dekat dengan ofis awak..  Taklah nanti awak lambat masuk kerja.”  Katanya lagi memberi lampu isyarat ke kiri.
            “Okay, boleh.  Abang Adam ada kerja ke kat KL ni?” Tanyaku,  sekadar  berbasa-basi dengan dia.

            “Hm,”  Dia mengangguk dan pandang aku sekilas.  ”Terlanjur dah datang ni, bolehlah jumpa awak sekali.  Rindu pulak…”  Dia gelak kecil. Aku menghela nafas perlahan, sebelum membalas senyumannya.
            Kami makan di restoran segera KFC di dalam KLCC.  Lepas makan,  Adam ajak aku pergi ke kedai telekomunikasi,  sebab katanya telefon bimbitnya bermasalah tadi.  Aku ikut saja dia.  Sementara dia bercakap itu-ini dengan taukeh kedai itu,  aku cakap kat dia aku nak ke tandas .Dan,  aku terus berlalu dan mencari lambang perempuan botak pakai skirt.  Entah kenapa hatiku terasa tidak enak saja .Naluri ku berkata ada seseorang yang mengekori aku dari belakang.  Ah, mungkin ada orang nak ke tandas juga.  Aku baru nak tolak pintu tandas  bila tiba-tiba  pinggangku di rangkul dari belakang dan menolak aku ke dinding.  Memang aku terlalu terkejut dengan apa yang terjadi itu.  Jantungku bagai terhenti berdegup bila orang yang berada di hadapanku kini adalah Encik Fayed.  Dia mengekori aku sampai ke sini?
            “Who is he?”  Dia tanya aku dengan nada suara yang bergetar ,  menahan rasa marah mungkin.  Mata coklat dia begitu tajam merenungi aku. Kedua-dua  tangan  dia  sudah  mengepong aku .
            “Encik Fayed, jangan macam ni..” Aku tak jawab pertanyaan dia yang pastinya merujuk pada Adam Naufal.  Dia meraup muka dan rambutnya dan tunduk memejamkan mata seketika .  Bila mata di buka semula renungan tajam itu menakutkan aku.
            “Why are you doing this?  This is not you,  Nur Azah Amira.  Kenapa awak buat macam ni pada saya?”  Tanya dia dengan suara bergetar.

Aku pandang kiri-kanan pada orang yang lalu-lalang yang sudah mula memandang kami yang bertekak di depan pintu tandas. Aku segera masuk ke dalam tanpa mempedulikan dia. Aku nak lari dari dia.  Aku nak sembunyi dan duduk berfikir betul atau tidak apa yang aku buat sekarang. Tapi yang lebih memeranjatkan aku, dia juga turut sama ikut aku masuk tandas perempuan itu. Maka terjeritlah beberapa  perempuan yang ada kat dalam tu. Aku sudah serba-salah.  Tapi Encik Fayed nampaknya tidak kisah langsung.  Dia buat muka kering saja!

            “Encik Fayed, tolong lah jangan macam ni… Kat sinikan tandas perempuan!” Aku mula naik suara dekat dia.
            “I don’t care!” Jeritnya lantang, mengejutkan aku dan yang lain.  Aku terdiam. Hanya memandang dia yang nampak serabut.  Kemudian seorang wanita cina yang sudah agak berumur menghampiri kami dan bercakap cina dengan Encik Fayed.
            Encik Fayed balas juga dalam bahasa cina dengan lembut kat perempuan cina itu dan perempuan cina mengangguk-angguk dan tersenyum padaku .Entah apa yang Encik Fayed katakan pun aku tak tahu.
            “Miss,jangan lawan cakap suami loorr..  Cakap baik-baiklaa..  jangan gaduh ini macam..”  Kata perempuan cina itu.  Aku terkedu.  Suami?  Erk! Aku jeling Encik Fayed yang sedang pandang aku sama.
            “Siapa lelaki tu,  Nur?” Tanya dia,  perlahan dan bergetar.
            “Nama dia Adam.. Adam Naufal, kawan abang Azahar…  Saya dan dia mungkin akan bertunang tak lama lagi… Encik Fayed..  sebab itulah-“
            “Jangan harap!”  Dia menunjukkan jari telunjuknya depan muka aku.  Tanpa bicara lagi terus dia tarik tangan aku dan keluar dari tandas itu.  Aku terpaksa mengikut langkah dia yang panjang-panjang itu.  Kakiku terus terhenti bila terpandangkan Adam yang rupanya sedang menantiku beberapa tapak dari ruang tandas itu.

            Muka dia jelas berubah bila ternampak aku dengan Encik Fayed. Kemudian mata dia turun pada genggaman tangan Encik Fayed padaku.
            “Nur? What’s going on?”  Dia bertanya,  dengan muka pelik. Terus aku rasakan
gengaman Encik Fayed semakin erat dan kemas .Perlahan dia menghampiri Adam dan dia heret aku sama.

            “You, Adam Naufal?” Tanya Encik Fayed.  Adam mengangguk perlahan. Matanya pandang aku. Aku tunduk.  ”Just to remind you…she’s my girlfriend.  If you want one, just find somebody else…”  Dengan kata itu,  Encik Fayed terus tarik aku pergi dari situ.  Aku toleh ke belakang dan pandang kerutan di wajah Adam.  Ya Allah,  apa yang telah aku lakukan pada Adam?

            Sampai di hadapan kereta Honda Accord  Encik Fayed, tangan aku di lepaskan. Mata dia tak berkelip pandang aku.  Dadanya turun-naik menahan marah. Aku rasa sangat takut dan marah dan macam-macam lagi.
            “Do you know what I’m going to do to you, Nur?”  Dia bertanya, dengan suara yang dalam.  Aku geleng perlahan.  ”Kalau boleh,  I want to kiss you right now because you make me feel so stupid in front of him!! You make me feel so stupid and crazy!  What makes  you think that I would allowed you be with him? For the first time my heart is falling in love and feel love to the right person. It’s you, Nur!  Awak buat hari-hari saya begitu indah dan sangat bermakna.  Awak buat saya rasa rindu.. rasa ingin menyayangi seseorang.. membelai dia. .Awak buat saya rasa  sayang. .dan tak boleh melupakan..  semua yang ada pada awak saya suka.. mata awak..gaya awak.. percakapan awak..everything… Saya suka dan saya sayang…  Tapi kenapa awak tak pernah nak faham apa yang saya rasa?”  Dia bertanya dengan geram.
            Aku sudah menangis.  Cuba menahan air mata dari menitik-nitik turun ke pipi tapi tetap juga ia turun.  Hati terasa sangat sedih dan sayu.  Macam tu sekali perasaan dia pada aku.
            “Kalau  awak  sendiri  tak  nak  beritahu  masalah  awak   macam mana   saya  nak  tahu, Nur ?  Awak  terus-terusan ‘menolak’ saya  tiap  kali  saya  mendekat . Awak  nak  saya  buat macam mana  lagi ? Berapa  kali  saya  cakap  pun ,  awak  tak  pernah  nak  dengar . Saya  tahu ini  semua  adalah  sebab  Liyana  tu , kan?” Tanya  Encik  Fayed.  “Sebab  dia ,  awak  cuba  mengelak  dari  saya .  Sebab  abang  Arie ,  awak  jauhkan  diri  awak  saya . Kenapa  awak  lemah  sangat , Nur ?”
            Aku  sudah  memeluk  tubuh  dan  menangis . Memang  aku  lemah .  Sebab  aku  tak mampu  nak  hadapi  ini  semua  bila  ia  melibatkan  maruah  abah .
            “Awak  tak  akan  faham  apa yang  saya  lalui ,  Fayed . Awak  boleh  cakap  apa  saja. Tapi  yang  merasainya … keluarga  saya .  Kami  tak  kaya macam  awak .  Tapi  saya  sayang  keluarga  saya .  Mungkin dengan  cara  macam  ni  saja saya  dapat  melupakan  awak .”
            “Awak  jangan  nak  tipu  saya , Nur.  Awak  tak  akan  mampu  nak  melupakan   saya. Saya  akan  sentiasa  ada  pada tiap  nafas  awak ,  pada  mata  awak  dan  pada  bibir  awak . Awak  akan  sentiasa  menyebut  nama  saya .  Kalau  tak  dari  mulut  awak , ia  akan  datang  dari  hati  awak . Awak  cintakan  saya …”  Kata  Encik  Fayed ,  membuatkan  aku   mendongak merenung  dia .
            “Kadang-kadang  kita  tak  sedar  kita  rindukan  seseorang  sehingga  kita  terpisah  dari  dia . Otak  selalu  cakap , I’ll  be  fine… I’ll  be  okay .. Tapi  hati  tak..  Tiap  kali  kita  melukakan  hati  orang  yang  kita  sayang .  Hati  kita  juga  akan  terasa  sakit . Betul  tak apa  yang  saya  cakapkan  ni ,  Nur  Azah  Amira ?” Tanya  dia , bagai  berbisik .
            Aku  mengangguk  perlahan . Mengakui  kata-katanya  itu . Aku  baru  rasakan tadi. Di  saat  dia  melangkah  pergi  dengan  hati  yang   terluka .  Aku  juga  merasakannya.
            Dia  menghampiri  aku   dan  berdiri  tegak  berhadapan  denganku . Mata  coklat  dia   merenung  aku  lembut  kini .
            “Saya  tak  pernah  menipu  bila  saya  kata , saya  sayang . Saya  sayang  awak , Nur Azah  Amira . Tak  pernah  saya  rasa  macam  ni .  Terlalu  menyayangi  seseorang membuatkan saya rasa  sangat  desperate .
            Aku  menekup  mulut dari  menahan  terisak dengan  tangisan . Aku ingin  sekali  memeluk  dia . Tapi , keadaan  kami  tak  mungkin di izinkan . Jadi ,  aku  hanya  menangis  saja.Dia  membiarkan  aku  begitu . Suasana  di  tempat  letak  kereta itu  terasa  begitu  sepi .
            “Bila   saya  nampak  awak  masuk  ke  dalam  kereta  lelaki  itu .  Saya  rasa  sakitnya  di sini.”  Dia tekap   dada kiri  dia. “Pedih  dan  marah  pada  awak .  Sebab  buat  saya  macam  ni. Saya  tak  mungkin  membenci  awak  sebab  hati penuh  dengan  kasih-sayang .  Saya  dapat  rasakan  pasti  ada  sesuatu  yang  terjadi .  Setiap  perkara  pasti  ada  alasannya . Pasti  ada  sebab. Walaupun awak  tak  nak  cakap  sebab  ia  melibatkan  abang  saya . Saya  tetap  akan pilih  awak  juga .”
            “Saya  nak  awak  berjanji , Nur . Saya  nak  awak  berjanji  yang  awak  akan  sentiasa  bersama  saya  dalam  menghadapi  dugaan  cinta  kita  ini .
            “No matter what would happened, you would never leaved me. Understand? Sebab
saya akan cari awak walau ke lubang cacing sekali pun…”










4 comments:

  1. bila nak sambung lagi ni??

    ReplyDelete
  2. dpt rasakan kepedihan en fayeed..i`m wating for the next episode

    ReplyDelete
  3. Kena pergi beli esok novel ni....nak tahu apa berlaku pada diaorang ni

    ReplyDelete