Tuesday 7 April 2015

ENCIK FAYED MY MAN BAB 9

            Aku mengambil cuti mengejut selama seminggu. Aku cuma call  Kak Nurul dan beritahu yang aku kena balik kampung sebab nenek aku sakit kuat. Maaf, nenek sebab kena buat alasan macam tu! Dan,  aku sudah mengagak .Tak sampai sepuluh minit Encik Fayed sudah menghubungi aku.  Aku menahan diri dari menyambut panggilannya itu. Kalau aku nak lupakan dia, aku kena belajar dari sekarang dan selama seminggu ini. Cukup ke? Macam tak aje.  Kena cuba, Nur Mula-mula sekali,  kau perlu berkawan dengan lelaki lain selain Encik Fayed tu.

Jadi, selama seminggu aku duduk di rumah nenek di Seremban. Encik Fayed tak akan jumpa aku di situ. Sebab dia tidak tahu. Abang Azahar beritahu aku ,bos aku tu ada datang ke rumah mencari aku dan alasan yang sama along aku berikan pada dia. Aku rasa sangat bersalah pada Encik Fayed. Hati kami baru nak menyanyi lagu cinta, tapi tiba-tiba belum sempat ia berirama, ia telah di matikan dengan kejam. Susah rupanya nak bercinta ni!
            Apa agaknya Encik Fayed buat selama seminggu ni? Nanarkah dia?  Rindukah dia pada aku ni?  Sebagaimana aku rindukan dia sekarang ni? Taman permainan kanak-kanak itu aku pandang sepi. Telefon bimbitku entah berapa kali berbunyi dengan nama dari orang yang sama.  Encik Fayed.

        Sayang, kenapa tak balas mesej saya?
       Kenapa tak beritahu saya awak nak cuti, Nur?
      Kenapa tak angkat when I call you? Awak marah saya?Am I do anything
wrong to you???

Bertalu-talu mesej dia hantar padaku. Sungguh, aku rasa terseksa sekarang ni. Hati ini terlalu mahu menghubungi dia. Tapi otakku kata jangan Nur. Ingat abah…ingat apa yang Encik Arie cakap pada abah. Walaupun abah tak cakap apa-apa tentang kedatangan Encik Arie hari tu, tapi aku tahu abah tak mahu aku rasa bersalah. Dan mungkin juga Encik Fayed tidak tahu dengan perkara itu.  Kalaulah dia tahu abang dia masuk campur dalam hubungan dia dan aku,t ak dapat aku membayangkan apa akan terjadi.
            Jadi sebelum aku mengeruhkan lagi keadaan, baik aku mengundur diri. Aku kena bertindak sendiri sebab aku tahu Encik Fayed tidak akan melepaskan aku macam tu aje. Telefon bimbitku bergetar lagi. Aku tengok skrin. Okay, nama Adam Naufal pula yang tertera. Kawan Abang Azahar ini, ada menghubungi aku dua hari lalu.
            Nombor aku ni pun along aku tulah yang bagi kat dia. Bukan main gembira dia bila dia dapat tahu, aku sudi berkawan dengan dia. Betul ke apa yang aku buat ni? 
            Mudah sangat ke aku boleh melupakan Encik Fayed dan terus menjalin hubungan baru dengan lelaki lain? Terasa jahat sangat aku ni. Paling teruk, aku rasakan yang aku telah mencurangi Encik Fayed. Wahai hati, bertabahlah.  Kita kena kuat demi abah!
            Seminggu berlalu.  Begitu pantas ia pergi dan aku terpaksa juga menunjukkan muka di pejabat.  Terasa bersalah dan terasa sangat janggal bila mata Kak Nurul memandangku.
            “Awal sampai ,Nur…” Tegurnya sambil tersenyum. Aku juga senyum.  Senyum kelat.  Mata pula asyik pandang perut dia yang sudah besar itu. Sudah lapan bulan aku rasa kandungan Kak Nurul itu. Tapi dia masih kuat lagi.
            “Nenek dah sihat?”  Tanya Kak Nurul.  Entah kenapa aku rasa macam kena perlipulak.  Itulah,  kalau dah buat salah.  Orang tanya benda yang elok pun , negative aje apa yang aku rasakan.
            “Alhamdulillah ,kak .Kak Nurul sihat ke? Rasa macam lama pulak tak datang sini, sedangkan baru seminggu aje..” Kataku, cuba nak beramah balik. Tapi memang betul apa yang aku rasa. Terasa seminggu aku tak ke pejabat,  terasa begitu lama aku tak nampak Encik Fayed.

            “Macam yang Nur nampak nilah…  Tak sabar rasanya nak keluarkan budak kat dalam ni…  Makin hari rasa makin berat pulak.  Agaknya,  anak akak ni besar kot!”  Kak Nurul ketawa.  Dia mula mengemaskan meja dan menekan suis komputernya.  Beg kerja dia masukkan dalam laci dan mula check jadual Encik Fayed pada hari ini.
            “Jumpa saya sekejab kat bilik saya..” Tiba-tiba satu suara garau menegur aku dari belakang, mengejutkan aku. Aku nampak muka dia masam saja.  Alamak…
            Dia terus pergi setelah pandang aku beberapa saat. Aku toleh pandang Kak Nurul. Kakak tu cuma senyum dan angkat ibu jari. Tanda good luck  ke padan muka tu?  Aku tak dapat nak tafsir.  Perlahan aku bangun dan melangkah ke bilik Encik Fayed yang terdedah itu.  Aku ketuk pintu dan dia gamit aku masuk tanpa suara. Dia sedang bercakap sesuatu di telefon beberapa ketika.  Aku masih berdiri di hadapannya.  Resah dan gelisah .Aku rasa mungkin inilah saatnya aku minta dia dan aku tak payah couple  lagi. Sebab ia tak mungkin. Aku tenung wajah dia yang sesekali berkerut, sesekali gosok-gosok dahi dan sesekali pandang aku sekilas.
            Usai bercakap di telefon, dia bangun dan menuju ke pintu.  Dan buat pertama kali, dia menutup pintu biliknya.  Aku rasa dia mahu bercakap dengan aku lebih dari satu ayat.  Aku masih berdiri tegak dan menundukkan muka. Kemudian bau minyak wangi dia menusuk hidungku,  menandakan dia sangat dekat dengan aku.
            “Nenek dah sihat?”  Tanya dia,  sama macam Kak Nurul tanya tadi. Aku angkat muka dan toleh pandang dia yang berdiri tak jauh di belakang aku.
            “Sihat, Alhamdulillah…” Balasku,  perlahan.  Terasa bersalah lagi,  membohongi dia.  Mata dia tak berkelip pandang aku,  seolah mencari sesuatu.  Aku tunduk semula.
            “Kenapa tak jawab panggilan saya?  Mesej saya pun tak balas?  Kenapa, Nur?” Tanya Encik Fayed, dengan muka serius. Serius aku kata.  Inilah wajah dia paling aku takut nak tengok.  Aku tertunduk lagi  .Dia kini mendekatkan dirinya pada aku.
            “Maaf..” Kataku, perlahan.  Itu saja yang mampu aku jawab buat masa sekarang ini.
            “That’s not an excused that I want to hear from you  ,Nur.  Mesti ada sesuatu yang terjadi pada awak dan awak tak pernah nak share  dengan saya. Who am I to you, Nur Azah Amira? Awak ,  teman wanita saya dan saya rasa dalam keadaan kita sekarang,  kita patut saling mengenali diri masing-masing dan berkongsi masalah bersama.  Tapi awak…”  Dia tak mampu nak bercakap panjang lagi bila dia melihat aku sudah menangis.  Bila aku menangis pun, aku tak sedar.  Betapa baiknya dia…dan aku rasa semakin bersalah.
            “Fayed…sa..saya rasa baik kita hentikan semua ni…Saya tak…saya tak layak untuk awak..kita tak boleh bersama…”Kataku, lantas segera bergegas ke pintu.  Pantas tangan dia menahan pintu yang aku cuba buka dan tubuh kami bersentuhan.  Dia berdiri di belakang aku.  Desah nafasnya begitu dekat di telinga aku.
            “What do you mean? Abang Arie ada cakap apa-apa ke?”  Tanya dia, perlahan. Cepat aku geleng kepala.  Tak mungkin aku cakap pada dia. Walau teruk sekali pun lelaki itu dia tetap abang kandung Encik Fayed.
            “Saya rasa..saya tak layak untuk awak..Fayed…”
            “I like the way you call my name…”  Bisiknya. Baru aku sedar aku panggil dia Fayed saja. Mana pergi Encik tu?  Dahi aku sudah berkerut.  Aku dapat rasakan tubuh dia semakin mendekat dan aku kena hentikan.  Dia seolah tak terkawal.
            “Saya nak kita berpisah!” Kataku dengan tegas. Dia yang baru nak mendekatiku terhenti. Wajahnya sudah berubah dan cara renungan dia juga berubah. Matanya memandangku macam tak percaya.
            “Maafkan saya..” Aku terus buka pintu bilik dia dan berlari keluar, tanpa mempedulikan pandangan Kak Nurul dan yang lain. Aku melangkah pantas ke tandas wanita sebab di situ saja Encik Fayed tak boleh cari aku. Telefon bimbitku berbunyi tiba-tiba. Segera aku seluk poket baju kurungku. Nama Adam Naufal tertera. Segera aku jawab panggilan itu sambil menolak pintu tandas.
            “Hello, Abang Adam…” Jawabku, setelah berdehem beberapa kali, membetulkan suaraku.  Takut dia dengar nada suara aku lain pula nanti.

“Hello,  Nur… Saya baru sampai KL ni. Ingat nak ajak awak makan tengahari nanti. Kalau  Nur sudi…”  Katanya,  lembut saja.

“Boleh saja,  bang.  Pukul dua belas nanti,  abang tunggu Nur kat bawah..” Kataku, merenung wajahku yang memucat dengan mata yang basah di depan cermin tandas.
            “Okay, kita jumpa nanti ya.  Bye…”  Suara  Adam terus hilang kemudiannya. Ini saja cara yang aku ada sekarang.  Aku kena lakukannya.  Aku kena tegas dengan perasaan . Aku  kena  lupakan  Encik  Fayed .
            Sebelum  tengahari , Encik  Fayed  tiba-tiba  keluar  dari  bilik  dia .  Aku  tunduk  saja. Tak berani  nak  pandang  muka  dia.
            “Saya  nak  keluar , Kak  Nurul .  Kalau  ada  sesiapa  cari cakap  saya  tak  ada!”  Tegas suaranya  kedengaran  dan  dia  melangkah  pergi .
            Aku  curi-curi  pandang  dia  yang  sudah  melangkah  mendekati  lif .  Kepalanya  tegak merenung  nombor-nombor  yang  tertera .
            Kemudian  dia  menghilang  masuk  ke  dalam perut  lif .  Aku  menghela  nafas  

No comments:

Post a Comment