Aku
sangka dia nak terus hantar aku balik. Tapi bila kereta dia berhenti di hadapan
restoran Warung Kita dan matanya pandang aku. Aku tahu dia ajak aku makan.
“Saya
lapar…” Katanya sambil senyum. Yalah, dah berlari kejar bola dan berpeluh sakan, tentu
perut jadi lapar. Aku senyum juga. Kami buka pintu kereta dan beriringan masuk
ke dalam restoran yang sudah ada beberapa pelanggan yang sedang menikmati
makanan. Kami cari tempat duduk dan
Encik Fayed ajak aku duduk di meja paling hujung. Nak privacy
agaknya. Tak kisahlah. Asalkan dapat berdua dengan dia.
Seorang
pelayan datang dengan buku dan pen. Encik Fayed nak makan nasi
dengan
lauk-lauk. Ini betul-betul lapar ni. Jadi
dia tempah dua pinggan nasi, sup
sayur, ikan siakap masak tiga rasa, ayam goreng berempah dan telur bungkus.
Pandai
dia makan semua ni. Aku senyum sendiri. Air pula dia order dua gelas jus
oren.
“Kenapa
senyum?” Tanya Encik Fayed ,meraup
rambutnya yang terjuntai di dahi ke belakang. Perasan jugak dia dengan senyuman
aku.
“Awaklah,
buat saya tersenyum…” Kataku, masih tersenyum.
Kening tebal dia dah terjongket sebelah. Nampak makin kacak pulak dia
buat gaya macam tu.
“Awak
nampak tak ada beza dengan lelaki lain. Maksud saya, muka awak tu…”
“Kenapa
dengan muka saya?” Tanya dia, berkerut. ”Masih tak cukup kacak ke pada awak, Nur Azah
Amira?” Dia pegang dagu
dia sambil jongket kening
sebelah .
Aku
ketawa kecil.Memang mamat ni cakap ikut suka dia dan perasan kuat!
“Muka
awak tu macam cina. Kalau orang tak kenal, mesti dia orang respect orang cina suka
masakan melayu..” Kataku menjelaskan
sambil ketawa. Dia terus mendekatkan
tubuhnya ke depan dan ketuk dahi aku dengan telunjuknya.
“Muka
cina, muka cinalah..asalkan awak sayang
saya.. Saya tak kisah apa orang lain kata..”
Balas dia selamba dan jeling manja kat aku. Aku pandang muka dia dan
cuba mencari maksud dari tiap ungkapan dia.
“Encik
Fayed suka saya?” Tanyaku tanpa dapat aku fikir kemungkinannya.Adoi, Aku buat
sekali lagi. Mulut aku ni memang sengaja nak memalukan tuan dia.
Encik
Fayed sudah tersenyum lebar. Lebar sangat. Aku dah bersedia .Dia mesti nak
kenakan aku lagi.
“Sukalah! Kalau tak suka, takkan saya nak couple dengan awak,
sayang!” katanya, sambil gelak-gelak kecil. Aduh, kan dah kena! Aku tutup muka dengan kedua-dua tapak tangan.
Malu teramat!
“Nur…” Panggil dia lembut. Tapi aku tetap tutup
muka. Segannya nak pandang dia sekarang ni .
Rasa nak masuk bawah meja pun ada ni.
Tangan dia segera menarik tapak tangan yang menekup muka aku. Aku buat muka serba-salah. Garu dahi..garu
kening..gosok-gosok hidung. Tapi mataku tak pandang dia. Aku tahu dia tengah
tengok aku sekarang sambil senyum.
“Nur
Azah Amira..” Nah, dia panggil aku siap
dengan nama penuh. Aku pandang dia. ”Saya
suka awak. Suka sangat-sangat..”Katanya, perlahan. Mata coklat jernih dia redup pandang aku dan
bibirnya terukir senyuman sedikit.
“Sebenarnya,
sejak mula lagi… maybe two years ago..I saw this girl..She looked so young and
naïve..with her long black hair that she tide up on the back and with her baju
kurung…she looked so cute…with her big black eyed and her small mouth..and when
she smile at me for the first time…I feel my heart beat stopped suddenly…Do you
know who she is? She is you… The girl that I was waiting that make my heart
stopped just to see her smile…”
Aku
tak berkelip pandang dia. Dia tengah luahkan perasaan dia pada aku ke ni? Hatiku
pula sudah terasa semacam bila mata coklat dia tunak memandangku.
“Tapi…awak
memang bebal ,kan?” Dia terus kutuk aku. Apa? Dia kata aku bebal? “Awak
langsung tak dapat tangkap maksud kata-kata saya dan cara saya layan awakkan, Nur Azah Amira?” Dia macam marah kat aku. ”Kita ni adalah bagi dia hint macam-macam kat dia.But,noooo…dia buat bodoh aje kat saya..”
“Bila
masa awak bagi hint kat saya?” Tanyaku pula,
membela diri. Macam pelik aje kata-kata Encik Fayed ni.
“Sayang,
cara saya layan awak, senyum kat awak aje. .takkan awak tak faham?” Dia tanya
aku pula. Memanglah aku tak faham kalau
dia senyum pada semua orang. Apa, senyum
pun ada kategori jugak ke??
Makanan
kami sampai dan kami membiarkan pelayan menghidangkannya di atas meja. Bau
semerbak dari lauk-pauk atas meja membuatkan kami terasa lapar.
“Let’s eat…Baca doa makan dulu…” Dia terus menadah tangan. Aku pun ikut sama dan mengaminkan doa dia. Kami mula makan.
“Hari
ni, saya nak habiskan masa bersama awak. Lagi pun, hari ni hari minggu, Nak relaks sikit, jalan-jalan dengan awek saya. Saya nak rasa
macam mana rasanya ada awek…” Kata Encik Fayed, tersenyum pandang aku. Sedikit
isi ikan siakap di letakkan di dalam pinggan aku.
“Encik
Fayed tak ada girlfriend ke sebelum ni?” Tanyaku. Aku pula mengambil
sedikit
telur bungkus dan letakkan ke dalam pinggannya.
Dia tersenyum melihat aku layan dia makan.
“No one can make my heart stopped the way you
do..” Balas dia bersahaja. Jus
oren
di sedut.
“Saya
sangat-sangat terharu..” Kataku, sambil meletakkan tapak tangan ke dadaku dan
tersenyum manis. Buat drama konon . Lama matanya pandang aku.
“That smile is a beautiful smile I ever saw..” Katanya,
perlahan.
“Thank you…Lelaki ni bukan boleh percaya
sangat, kan? Ayat semanis gula, buat
orang perempuan terpikat…” Aku sindir dia. Dia hanya jongket bahu sedikit.
“Maybe
lelaki lain kot. Tapi tidak saya.
Saya cakap apa yang saya nampak. Ada awak nampak saya puji Liyana?” Tanya
dia pula.
“Mana saya nak tahu, encik. Belakang saya mana saya nampak. Dan lagi ,apa
kena-mengena saya kalau encik nak bermanis gula dengan Cik Liyana?”
“Awak
memang bebal,kan?” Dia sudah jeling tajam kat aku.Aik, marah ke? Aku bebal ke?
“Okay, biar saya terus-terang saja dengan sayang
saya yang bebal ni..” Katanya. Aku
sudah mencebik. Dalam cakap sayang, dia
kutuk aku bebal jugak . Adoilaa..
“I want you to be my girlfriend. Not Liyana or anyone else. Faham tak ni?” Tanya dia, serius wajahnya kini. Sekarang baru aku faham. Dia nak aku jadi teman wanita dia secara
rasminya. Aku angguk perlahan. Cuba sembunyi senyum. Dalam hati dah
melompat-lompat kesukaan.
“Nak
saya cakap lagi ke? Nak saya translate ke bahasa cina atau Pakistan?” Dia tanya aku
lagi. Aku sudah menggigil menahan
ketawa. Aku geleng kepala.
Dia
angguk dan menghela nafas. Dia tersenyum
padaku. Kami makan sambil berbual lagi. Lepas
makan, barulah dia hantar aku pulang.
Aku
masih tersenyum ketika melangkah masuk ke dalam rumah. Eh, abang Azahar tak
keluar ke hari-hari minggu begini?Selalunya dia dah ‘hilang’ sejak pagi kalau
hari minggu begitu. Tak dating dengan Kak Laila, dia keluar dengan kawan baik dia, Abang
Adam Naufal tu.
Dia
sedang menonton tv. Tapi saluran kerap di tukar. Entah cerita apa yang dia nak
tengok pun,aku tak tahu.
“Adik,
along nak cakap sesuatu dengan kau.” Kata
Abang Azahar, tiba-tiba. Aku yang baru
nak melangkah ke bilik, terhenti. Televisyen
terus di tutup dengan alat kawalan. Dia
suruh aku duduk. Macam penting aje? Aku
mengambil tempat dan duduk menghadap along aku ni.
“Along
bukan nak halang kau berkawan dengan Fayed tu…” Kata Abang Azahar. Okay, mesti ada sesuatu yang tak kena. Aku tunggu apa yang Abang Azahar nak
cakapkan.
“Kita
kena sedar diri, dik…along rasa, baik
kau putuskan apa saja hubungan kau dengan Fayed tu… Along tahu dia baik tapi…”
“Kenapa
ni, along?” Tanyaku, hairan melihat
wajah muram Abang Azahar. Mata dia terus pandang aku. Ada sinar kemarahan, pedih
dan kecewa di dalam mata itu.
“Tadi,
abang si Fayed datang sini..” Katanya.
Aku sudah berkerut dahi.
“Encik
Arie?” Tanyaku, mahukan kepastian. Abang Azahar mengangguk.
“Dia
datang dan suruh along cakap dengan kau yang dia tak suka kau berkawan rapat
dengan adik dia. Apa sebenarnya ni , dik?
Along tak faham. Dia cakap, dia dah nak
jodohkan adik dia dengan orang lain. Tapi Fayed tak mahu sebab dia sukakan kau.
Dia cakap kau jadi halangan untuk dia dekatkan Fayed dengan perempuan tu. Kalau dia cakap pasal kita, abang masih boleh
terima. Tapi bila dia hina abah dan kedudukan kita, dik. Memang along marah sangat. Dia ingat dia tu siapa? Kalau tak sebab abah halang along tadi. Memang
pecah dah muka dia along belasah.” Kata
Abang Azahar, dengan wajah tegangnya.
Terkejut
aku mendengar cerita Abang Azahar. Macam
tu sekali tindakan Encik Arie. Demi
maruah dia dan kemahuan dia yang hendak menyatukan Encik Fayed dan Cik Liyana
sanggup dia mencari rumah aku dan menghina abah?? Hati tiba-tiba terasa pedih dan rasa bersalah
pada abah. Kesian abah kena hina sebab
dia tak mampu nak ‘mengkaya’kan anak-anak dia.
“Along
nak kau fikir baik-baik. Along kalau boleh tak nak kau berkawan rapat lagi
dengan Fayed tu. Along tahu dia baik. Tapi … .abang dia yang along geramkan sekarang
ni. Kita kena sedar diri, dik. Demi
abah, kau fikirlah apa yang baik. Kau tak nampak macam mana rupa abah masa
lelaki tu hina abah, yang abah tak tahu nak kawal anak perempuan abah, tak tahu menilai diri abah sendiri…Hati along
sakit sangat. Kalau hati along aje dah rasa macam ni… apalagi hati abah.”
Kata Abang Azahar , memegang dadanya .
“Kalau
kau nak sangat berkawan dengan lelaki. Tu,
Adam Naufal tu..dah lama suka
kat
kau. Along nak kau berkawan dulu dengan
dia dan lupakan Fayed!” Kata Abang
Azahar lagi. Terus dia bangun dan pergi
dari situ. Beberapa minit aku terdengar
bunyi enjin kereta dan kemudian hilang.
Aku
masih duduk di situ, memikirkan tiap
baris kata-kata Abang Azahar tadi. Ya Allah,
apa yang harus aku lakukan? Hati
aku baru nak merasa bahagia bersama Encik Fayed. Tapi dalam sekelip mata ia sudah hilang
lenyap macam tu saja.
Setitis
air mata aku jatuh ke tapak tangan. Aku
sudah tak tahu apa yang harus aku buat.
No comments:
Post a Comment