Thursday, 9 April 2015

KAU SELALU ADA BAB 7

BAB 7
            Aku meneliti bilik tidur Encik Ammar . Besar satu , luas pun satu dan cantik . Bilik utamalah katakan . Tapi satu aje yang tak cantik , bilik itu bersepah dengan baju-baju dan seluar di lantai dan di atas katil ada tuala mandi dan jubah mandi . Aku melangkah dan meneliti ruang bilik itu . Sangat sederhana tapi nampak mewah . Ada sebuah katil saiz king di tengah-tengah bilik dan gambar Encik Ammar sedang berpeluk tubuh dengan pakaian gaya koperat dia . Kacak? Memang kacak suami aku ni . Dan , Kak Najwa tu memang rugi . Bukan rugi sikit . Tapi rugi banyak! Di beri peluang berkahwin dengan anak dato’ tapi dia tolak mentah-mentah sebab mengejar cinta si Faiz Hamdan yang baru di kenali itu .
            Telefon bimbitku bergetar di dalam poket seluar jean aku . Segera aku tarik keluar dan melihat skrin . Ada mesej dari encik suami rupanya . Apalagi yang dia mahukan ?
            Ada x saya ucapkan terima kasih pada awak hari ini , Iman ? Kalau x lg , sy ingin mengucapkan terima kasih kerana menghangatkan malam saya semalam . Dan , terima kasih sebab sudi menjadi isteri kepada Ammar Hafiz . Sy sangat gembira sekarang sebab sudah punya isteri yang akan menjadi peneman hidup saya selamanya .
            Walaupun awak x syng sy , tapi x apa . Kasih-sayang boleh di pupuk perlahan2..
       P/S : Sorry , bilik bersepah sikit sebab  terburu-buru nak bernikah..x smpt nk kemas .Tapi apa gunanya isterikan , Iman Sayang?
            Aku tersenyum sendiri bila membaca ayat-ayat yang tertera di dalam handfon aku itu . Aku pula mula menekan huruf-huruf untuk membalas jawapan Encik Ammar itu .
            Encik Ammar , sebagai suami sy , sy wajib mentaati awk selagi ia tak bercanggah dengan hukum agama . Satu lagi , mana awak tahu sy x syng awk? Sebagai isteri pula , sy wajib mencintai awk . Tp itu mungkin memakan masa …
            P/S : Sy bkn bibik awk!!
            Aku hantar mesej itu kemudiannya  dan mula mengutip baju-baju , seluar dan seluar kecik encik suami dan aku sumbatkan ke dalam bakul . Penuh ! Entah bila kali terakhir dia cuci baju ya ?
            Langsir bilik aku selak ke tepi untuk memberi sinar matahari masuk ke dalam . Aku toleh memandang katil itu pula . Segera aku menghampiri dan terus menanggalkan sarung bantal , kain cadar dan selimut . Aku longgokkan di sebelah bakul baju kotor tadi dan melangkah ke almari pakaian pula . Menggeleng kepala aku tengok baju-baju Encik Ammar yang sudah berselerak dan tidak tersusun itu . Ini mesti main tarik aje baju tu . Mataku terus mencari alas cadar dan sarung bantal yang baru . Selama ni siapalah yang menjaga makan-pakai mamat ni ya?
            Segera aku menukar cadar baru itu dan mengelap meja kaca dan perkakas di dalam bilik itu . Selesai , aku menyapu dan mengemop lantai pula. Bilik air pula kini menjadi tumpuanku . Nasib baik bilik air ni tak tonggang-langgang . Bersih . Tapi tetap aku cuci juga dan susun barang-barang seperti syampu , krim mandian dan sabun .
            Okay , done!
            Aku bawa bakul baju kotor Encik Ammar dan sarung cadar serta sarung bantal ke dapur . Ada satu ruang kecil untuk mencuci baju . Ada mesin pembasuh dan di situ juga ada tempat menyindai baju . Terus aku masukkan baju-baju kotor Encik Ammar dan letak sabun . Aku baca info macam mana nak guna mesin itu . Aku tekan power dan air masuk ke dalam mesin basuhan.
            Aku ke ruang tamu semula dan mengemas surat-surat khabar dan majalah perniagaan yang bersepah . Entah bila tarikh surat khabar itu , aku malas nak tengok nanti kerja aku tergendala pula .
            Habis kerja di ruang tamu itu , aku tersandar kepenatan . Aku terduduk di kusyen empuk Encik Ammar . Aku capai alat kawalan tv dan buka . Ada cerita best . Layan sekejab .
            Aku terasa bagai ada sesuatu yang mengelus pipi aku . Aku buka mata perlahan dan wajah kacak Encik Ammar di depan mataku . Dia sedang tersenyum memerhatikan aku tidur . Tidur? Segera aku terbangun . Aku tertidur rupanya ! Bukan aku tengok tv ke tadi?
            “ Penat ya mengemas rumah tadi?” Tanya si dia sambil tersenyum . Dia duduk mengadap aku . Tangan dia menyelak anak rambutku yang terjuntai di dahi . Aku bangun dan duduk sambil meraup muka .
            “ Encik Ammar baru balik ke ?” Tanyaku memandangnya . Dia sudah duduk menyandar sambil berpeluk tubuh dan pandang aku .
            “You know what ? From now on , there’ll be no more Encik Ammar .. Encik Ammar ni.” Katanya dengan kening ternaik .
            “ Mulai sekarang saya akan panggil awak sayang . Tak nak Iman . Piyah lagi tak nak!”
            Piyah ? Macam payah aje nak sebut . Aku pandang dia juga dan mengangguk .
            “ Okay, saya panggil Encik Ammar , encik ajelah.” Balasku senang dan bersandar sebelah dia .
            “I’m not your boss , Iman! I mean .. sayang!” Balasnya berkerut pula . Ceh! Diri sendiri pun tersasul , nak panggil sayang konon !
            “ Encikkan memang bos saya . Suka memerintah dan suka memaksa!” Kataku pula menjelingnya .
            “ Menolong suami juga satu amal jariah jugak , Iman sayang . Senangkan nak dapat pahala ? Awak tolong saya .. bahagiakan hidup suami awak ni , awak dah boleh masuk syurga ..Insyaallah ..” Balas Encik Ammar , lalu bangun berdiri . Dia menghulur tangan padaku .
            Aku pandang dia . Tak faham . Tapi aku sambut juga huluran tangannya itu .
            “ Kan saya dah janji nak bawa awak pergi beli barang dapur . Hari ni , saya nak awak masakkan saya asam pedas ikan pari untuk makan malam kita .” Kata Encik Ammar , memimpinku hingga ke pintu .
            “ Tapi Encik Ammar , saya tak tahu masak .” Kataku pula , serba-salah dan takut nak masak. Aku masak tak pernah menjadi .
            “ Tak apa . Awak boleh belajar , Iman sayang . Nanti , awak tanya emak atau mama.” Katanya sambil tersenyum memandangku . Kami melangkah ke lif  dan masuk . Aku sudah garu-garu kepala . Macam mana nak masak asam pedas ikan pari ? Aku tahu goreng telur masak kicap atau masak maggi goreng bolehlah!
            Aku perasan Encik Ammar sudah sembunyi senyum kat aku . Ah , cubalah . Tak belajar , tak tahukan , Iman ? Itulah , masa emak ajak masuk dapur ada aje alasan kan?
            Kami melangkah bersama sambil dia menolak troli . Barang-barang basah seperti ayam , ikan pari dan udang serta daging , sudah di sumbatkan di dalam troli . Aku memilih sedikit sayur campur . Goreng sayur tu , tahulah aku . Kemudian kami membeli barangan kering pula . Nak masak asam pedas mestilah ada cili kering , bawang besar , bawang kecil , bawang putih  dan serai  serta asam jawa .
            Encik Ammar membeli keperluan yang lain juga . Memandangkan dia sudah punya teman hidup , kenalah beli barang makanan yang lain juga , katanya . Selesai berbelanja , kami pun pulang ke kondo semula . Dia menolong aku menyimpan barang-barang di dalam peti sejuk dan terus tinggalkan aku sorang-sorang  kat dapur . Aku meletakkan ikan pari yang sudah siap di siang ke dalam besen .
            “ Okay , mula-mula call emak .” Kataku sendiri . Terus aku keluarkan telefon dan dail nombor rumah abah .
            “ Assalamualaikum ..” Itu suara kak chik .
            “ Waalaikumsalam , kak chik! Ini , Iman . Mak ada?” Terus aku bertanya tanpa bertanya khabar atau apa-apa . Itu tak penting buat masa sekarang . Apa yang penting misi memasak asam pedas ikan pari !
            “ Mak ada . Kejab !”
            Lama juga aku menanti emak menyambut panggilanku .
            “ Hah , Iman . Ada apa ?” Tanya emak kat hujung talian .
            “ Emak , macam mana nak masak asam pedas ikan pari ?” Tanyaku . Emak terus ketawa mengekek . Huh , sampai hati emak aku ketawakan anak dia sendiri .
            “ Siapa nak makan ni ? Menantu mak ke ?” Tanya emak , sesekali gelak kecil .
            “ Haah , mak . Mak tolong bagi resepi macam mana nak masak . Iman tulis .” Kataku ,sudah menggagau cari buku dan pen.
            “ Ikan pari tu kena rendam dengan air asam dan air beras dulu , Iman . Bagi hilangkan hanyir ikan tu .. kopek bawang  besar sikit , bawang kecil , bawang putih…”
            Aku terus mencatitkan apa yang emak suruh aku buat . Habis mencatitkan apa yang perlu aku sediakan , aku mula memasak . Akhirnya , siaplah masakan untuk encik suami . Masakan pertama aku . Harap-harap dia tak komen . Komen sikit-sikit tak apa . Kemudian , aku goreng sayur campur pula yang aku letakkan sedikit udang .
            Jadi , lepas sembahyang maghrib , kami duduk di meja makan . Dia tengok saja lauk –lauk yang aku masak . Kemudian , dia menceduk lauk asam pedas ikan pari aku sambil pandang aku dengan pelik .
            “ Ini lauk apa , sayang ?” Dia memulakan sesi Ammar Tanya , Iman kena Jawab .
            “ Asam pedaslah!” Jawabku penuh dengan keyakinan . Dahi dia sudah berkerut semacam.
            “ Setahu abang , asam pedas tak macam ni . Macam asam rebus aje ..” Katanya , memandangku . Hilang terus senyuman penuh keyakinan aku . Asam rebus ? Lauk apa tu? Mak salah bagi resepi ke ? Atau aku yang salah buat ??
            Bila dia sudah lihat muka aku lain macam , dia terus ceduk kuah ‘asam  pedas aka asam rebus’ yang dia katakan itu , dan di letakkan ke dalam pinggan nasi dia . Dia terus gaul perlahan dan makan . Muka dia terus berubah. Dah kenapa pulak tu? Dia seolah terpaksa menelannya .
            “ Masamnya , sayang . Ini betul-betul asam masam pedas ni …” Komennya lagi . Aku sudah rasa serba tak kena . Ya Allah , apa nak jadi dengan aku ni ?
            “ Kan , Iman dah cakap . Iman tak pandai masak .” Aku sudah tolak pinggan . Tak ada selera nak makan dah . Encik Ammar sudah senyum kat aku . Dia ceduk sayur goreng pula dan makan . Dia mengangguk .
            “Yang ni sedap pulak , sayang . Abang makan sayur ni ajelah . Asam rebus tu kita simpan aje . Abang ambil ikannya aje . Tak berani abang nak ambil kuah dia banyak-banyak . Takut sakit perut pula kat ofis besok .” Katanya , bersahaja saja mukanya . Hm , sekurang-kurangnya dia habiskan juga sayur campur goreng aku .  Dia senyum pandang aku sambil makan . Aku menghela nafas perlahan . Kalau emak tahu , sure emak marahkan aku sebab tak pandai nak masak untuk suami . Lagi pulak bila suami teringin nak makan itu-ini . Rasa nak menangis sebab kekurangan diri yang satu ini pun ada .
            Encik Ammar memegang tangan aku yang terletak atas meja . Dia senyum lembut kat aku .
            “ Tak apa , Iman sayang . Belajar dari kesilapan . Buat lagi dan lagi sampai awak boleh masak asam pedas tu . Abang faham , awak masih muda lagi dan masih banyak masa untuk awak belajar ni .” Katanya , cuba menyedapkan hati aku .
            Ya , Iman . Banyak kau kena belajar dan ambil tahu . Terutamanya , apa yang encik suami suka makan dan suka buat . Aku tenung lauk asam pedas itu dan mengeluh lagi …