BAB
9
Encik
Ammar tidak bercakap denganku sejak semalam . Aku rasa dia marahkan aku sebab
aku tetap nak balik ke rumah sewaku itu . Sebenarnya , aku tak mahu menyusahkan
dia , nak berhantar dan berambil aku kat kolej . Bukannya dekat antara rumah
dia ni dengan kolej aku. Kalau aku duduk di rumah sewa aku , senang sikit . Aku
boleh tumpang Aida naik motor atau naik bas saja . Lagipun , aku banyak tugasan
untuk semesta yang akan datang ini . Tapi nampaknya dia seperti tidak mahu
memahami situasi aku .
Encik
Ammar hanya merenungi aku yang mula mengemas pakaianku yang aku bawa sedikit .
Yang lain masih tinggal kat rumah sewa .
“
Iman Suffiyah , kenapa awak degil sangat? Kenapa awak langsung tak hormatkan
saya sebagai suami ? Awak tak nak langsung dengar cakap saya . Tak endahkan
kata-kata saya . Awak …” Dia tidak meneruskan kata-katanya dan terus keluar
dari bilik.
Kemudian
pintu hadapan aku terdengar di buka dan di hempas dengan kuat . Dia marah . Aku
mengeluh dan duduk di atas katil . Mata memandang baju-baju yang siap tersusun
. Susah macam ni . Sekarang nak buat apa pun kena refer kat encik suami dulu . Kalau dia izinkan , okaylah . Kalau
dia tak izinkan , hah macam tadi tulah . Mengamuk .
Sehingga
ke pukul satu pagi , Encik Ammar tak balik lagi . Marah dan merajuk dengan aku
. Hati mula risau . Bimbang kalau-kalau ada sesuatu yang terjadi dekat dia di
luar sana . Hai , sejak bila pulak aku rasa macam ni ?
Aku
baru nak baring atas sofa sambil menunggu Encik Ammar , bila telingaku
terdengar bunyi pintu hadapan di buka orang . Terus aku duduk tegak dan
memandang dia . Dia juga terkejut melihat aku . Mungkin tertanya-tanya apa aku
buat pukul satu pagi ni . Kami jadi canggung tiba-tiba . Masing-masing
pandang-pandang saja .
“
Saya dah pinjam kereta mama . Nanti bawak aje kereta tu pergi-balik kolej awak
tu . Saya tak nak awak duduk jauh dari saya . Muktamad!” Katanya , dengan tegas
kali ini .
Aku
hanya memandang dia yang kini sudah berdiri tegak di hadapanku . Mata dia
merenung jauh ke dalam anak mataku . Tangan dia sudah memaut pinggang aku .
“
Saya sanggup lakukan apa saja untuk awak , Iman . Asalkan awak kekal di sisi
saya .” Dia menundukkan wajah dan pegang kedua-dua pipi aku dan terus mengucup
aku . Aku masih terkaku walau pun dia sudah berlalu masuk ke bilik .
Macam
tu sekali dia buat untuk aku ? Aku melangkah ke bilik yang terbuka dan
menjenguk ke dalam . Encik Ammar sudah terbaring meniarap , nampak keletihan .
Aku menghela nafas dan mendekatinya . Mata Encik Ammar sudah tertutup rapat .
Perlahan aku tunduk mendekatkan muka dan mengucup pipi Encik Ammar perlahan .
“
I’m sorry …” Bisikku , perlahan .
Matanya di buka perlahan dan tangan terus menarik aku berbaring bersamanya .
“
Awak isteri saya , Iman . Saya sentiasa memaafkan awak .” Katanya , perlahan .
“ Saya mengantuk . Kita tidur saja . Saya tahu awak juga mengantuk menunggu
saya . Terima kasih sebab risaukan saya .” Dia cium pipiku dan terus menutup
mata sambil tangan dia memeluk pinggangku .
Cuti
semestaku sudah tamat dan aku kembali seperti biasa jadi budak kolej balik .
Tugas menjadi pelajar semakin mencabar . Kadang-kadang masaku pun tak menentu .
Kalau aku balik cepat atau kelas di batalkan , bolehlah aku balik awal dan
memasak untuk Encik Ammar . Tapi kalau aku lambat , dia pulak yang masak untuk
kami . Masak biasa saja . Nasi goreng .
Sebab , itu saja yang dia tahu buat . Dan aku sejak dah kahwin ni , kenalah
rajin masuk dapur dan memasak . Sedap atau tidak Encik Ammar makan juga . Dia
sudah kurang komen sejak aku menangis dulu .
“
Encik Ammar ..”
“
Abang , Iman … abang . Bukan Encik Ammar .. Encik Ammar ni ..” Dia sudah
menggeleng kepala . Tak puas hati denganku .
“
Abang Ammar ..”
“
Itu dah macam panggil Abang Izat , abang awak tu !” Bantahnya lagi .
“
Habis , nak panggil abang saja ke?” Tanyaku pula .
“
Yalah . Panggil abang sayang ke … panggil babe pun , okay gak !” Katanya seraya
angkat-angkat kening tebalnya padaku . Aku sudah jatuh rahang . Aku berkahwin
dengan lelaki macam ni ke ? Sengal!!
“
Saya cuma nak bagi air kopi awak ni , Encik Ammar .” Kataku , meletakkan mug
itu di atas meja kopi di dalam bilik kerjanya . Dia merenung aku . Tak suka aku
guna ayat ‘encik’ itu lagi . Aku senyum dan terus berlalu . Tapi tangan dia
pantas pegang tangan aku dan buat aku terhenti melangkah . Aku pandang dia .
Mata dia redup merenungku .
Sejak
aku mula bersekolah dan dia juga sentiasa sibuk dengan kerja dia yang tak
berkesudahan itu, masa kami untuk bersama dan berbual agak kurang . Bila aku
balik sekolah , dia belum balik kerja lagi . Lagi pulak dia akan memulakan satu
projek baru . Jadi masa dia banyak di pejabat dan jumpa klien di luar . Nak
jumpa hanya hari minggu saja .
Dia
menarik aku semula dan mendudukkan aku atas riba dia sambil memelukku dari
belakang . Dagu di sangkutkan di atas bahuku . Aku pandang dia dari sisi . Dia
sedang memejamkan mata .
“
Rindunya …” Bisik bibir itu . Pelik . Bukan dia tak jumpa aku . Kenapa dia nak
merindui aku pulak ?
“
Awak tak rindu saya ke , sayang ?” Tanya dia di telingaku . Rindu ? Rindu kut …
“
Saya dapat rasakan , masa kita terlalu sedikit bersama . Apa kata , kita ambil
cuti dan pergi berbulan madu?” Tanya si dia lagi .
“
Bulan madu ? Encik Ammar , awak patut ajak saya masa saya tengah cuti hari itu
. Ini saya tengah sibuk nak exam bulan
depan . Mana boleh sesuka hati aje nak bercuti .” Kataku pula.
Dia
tergelak halus . Kemudian dia dirikan aku dan dia turut berdiri . Kemudian
merendahkan dirinya dan mengangkat tubuhku . Cepat-cepat aku paut leher dia dan
pandang wajah dia . Dia mula melangkah ke bilik kami .
“
Kerja awak dah habis ke . Encik Ammar ?” Tanyaku .
“
Sayang , kalau asyik fikir pasal kerja . Sampai bila-bila pun tak akan habis . Now , I want to think about you pulak .”
Dia tersenyum sejemput ketika meletakkan aku di atas katil . Anak rambutku dia
selak sedikit dan mata dia memandangku .
“
Awak tahu tak apa yang saya fikir saat pertama kali saya di pertemukan dengan
awak , Iman Suffiyah?” Tanya dia , tangan turun-naik mengelus pipiku. Aku
menggeleng perlahan .
“
Saya nampak seorang gadis yang sangat cantik . Hatinya cantik dan suci untuk
menerima seorang lelaki yang dia tak kenal untuk hidup bersama . Dia sanggup
menerima saya tanpa bertanya siapa saya . Saya tak pernah berjumpa dengan Najwa
. Hanya lihat gambar saja .” Dia menghela nafas . Macam dia nak luahkan
perasaannya saja malam ini . Aku diam dan mendengar .
“
Bila abah cakap , Najwa tak mahu bernikah dengan saya , saya rasa sangat
terhina . Kenapa saat-saat akhir macam ni baru nak beritahu semua . Abah terus
pujuk saya dan cakap , “ Ammar, abah minta maaf pasal Najwa . Tapi abah tak
akan batalkan pernikahan ini . Abah akan serahkan anak abah yang paling kecil
untuk kamu jaga .” Saya diam saja . Kalau ikutkan rasa hati saya , saya mahu
batalkan saja pernikahan itu . Papa juga rasa sangat malu dan bimbangkan saya .
Saya tak mahu begitu . Jadi , saya minta abah kenalkan dengan anak bongsu dia .
Mata saya langsung tak berkelip apabila terpandangkan wajah awak. Berbaju
kebaya putih dan berselendeng putih polos . Mata bulat ini tepat memandang saya
.” Dia mengucup mataku . Buat aku terpejam .
“
Saya rasa , degup jantung saya seakan terhenti sendiri dan hati saya berkata ,
awak adalah jodoh saya . Bukan Najwa .” Bisiknya . Dia meletakkan kepalanya di
dadaku . Pasti dia boleh mendengar degup jantung ku yang mengepam darah . Laju
.
“Iman
Suffiyah .” Panggil dia .
“
Ya , saya ..”
“
Berjanjilah dengan saya yang awak tidak akan meninggalkan saya , susah atau
senang.”
Aku
mengelus-elus rambut hitam dia . “ Saya berjanji , Encik Ammar .”
“
Terima kasih sebab sudi hadir dalam hidup Ammar Hafiz , Iman Suffiyah .”
Bisiknya semakin perlahan dan kepalanya semakin memberat di atas dadaku . Aku
menunduk sedikit untuk melihat dia . Matanya sudah terpejam rapat . Dia sudah
terlena di atas dadaku . Aku menghela nafas . Dalam dan perlahan .
“
Saya sayang awak , Iman Suffiyah .” Bisik bibir itu perlahan , macam bercakap
dalam tidur saja .
Aku
senyum lembut dan entah kenapa mataku terasa hangat dan setitis air mata aku
luruh ke pipi . Lelaki ini sangat baik menerima aku yang banyak kekurangan ini
. Dia tak sempurna dan dia banyak mengajar aku tentang kasih-sayang . Dia
langsung tidak mahu aku pergi dari dia